Tuesday, 25 March 2008

Diary Turkey...
















The Journey





Bangun seawal 5.45 pagi untuk bersiap dan menunggu di hadapan Cardiff Castle. Megabus. Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat berjaulah bersama sahabat-sahabat dari Leeds.








Sampai di Victoria Coach Station tepat pukul 11 pagi selepas 3 jam perjalanan. Sungguh ‘efficient’ pak cik Megabus ni..hehe..





Sungguh terasa penantian itu satu penyeksaan. Menunggu ketibaan dari Leeds yang tidak sampai-sampai setelah jam menunjukkan pukul 12 noon. Sempat ke nak kejar flight ni..hati berkata.





Mereka pun sampai tepat pukul 2 ptg, terus menaiki teksi ke Luton Airport. Lepas 1 jam perjalanan, sampai di Luton.








Tapi.....apakan daya..flight kami baru saje berlepas... erm...takde perasaan ape-ape pun.... Sahabat sahabat kelihatan tenang dan masih sempat bergurau senda sesame kami. Mungkin sudah ditakdirkan Allah terlepas flight kan...





Berbincang..





Tindakan kami selepas missed flight ialah..menunggu flight yang seterusnya ke Sabiha Airport, Turkey.





Tapi...ada masalah...hanya 6 seats sahaja yang ade untuk flight seterusnya..lagi 4 nak taruk mane..kami ambil jalan untuk masukkan nama-nama kami ke dalam mana-mana seats yang tak show up mase hari flight tersebut....haha...
Alhamdulillah..semua berjalan lancar...walaupun.............





Terpaksa bermalam selama 2 hari di Luton Airport...sangat horror...dengan sejuknye sampai ke tulang..dengan tidur beralaskan isi dan tulang semata-mata...sungguh menyakitkan... lagi pulak dengan bising suara-suara ‘makcik’ airport tu... dengan tak mandinye...





Makan pula..maggie je..tapi rase sedaplah maggie yang kami bawa tu...erm...lazat..nikmat makan..alhamdulillah.. Nak tau di mana kami masak maggie? Jeng jeng...di chapel kat airport... siap dapat buat hot chocolate lagi untuk memanaskan badan..hehe...









Turkey
So, pada 18 March 2008 bermulalah detik sejarah hidupku - - > menghirup udara Turkey..berbau masin seperti laut la bayu Turki ni..hehe..hari tu,dalam sejarah hidupku juga, melalui hari dengan hanya 22 jam sehari... WHY?? Sebabnye.. Masa Turki kan berbeza dengan UK 2 jam..





Turki..negara yang berada di dua benua....Asia dan Eropah..sungguh unik... Selat Bhosporus yang memisahkan antara dua benua ini dieratkan oleh beberapa buah jambatan sebagai penghubung antara keduanya....





Malam tu..letih sangat..tidur..pertama kali jumpa katil dan tilam yang empuk selepas 2 malam bertemankan lantai airport yang sejukkk..wahhh...sedapnye... ZzzzZzzzZzzzzZzzzz......





Istanbul ~ 19 March 2008





Pagi tu awal-awal lagi seawal pukul 7 .30am dah keluar berjalan-jalan di Istanbul....wahhh....
Macam tak percaya je dah ade kat Turki....rase macam baru semalam tidor kat kaki lima airport di celah-celah kedinginan malam....















Blue Mosque
Destinasi pertama..melihat keindahan Masjid Biru yang tersergam indah...menghadap Selat Bhosporus.. Solat iktikaf di rumah Allah itu...





Hagia Sophia
Then, Hagia Sophia..sebuatannye ialah..Aya Sofia..hehe... Dulunye adalah sebuah gereja yang dibina semasa zaman pemerintahan Byzantine. Kemudian dijadikan masjid setelah kerajaan Byzantine lenyap..





Masih lagi terlihat kesan-kesan lukisan di dinding bangunan, paderi dan Jesus...yang kemudian ditutup dengan seni lukisan Islam... Sekarang, Aya Sofia dijadikan museum untuk tatapan umum...





Turkish Delight
Turkish Delight di Egyptian Bazaar...sedapnye...hanya 4 lira untuk setengah kilogram Turkish Delight tersebut...





Oleh kerana orang Turki ni tidak pandai berbahasa Inggeris, kami menggunakan kamus bahasa Turki ketika urusan tawar menawar dan jual beli..hehe...





Merhaba - - > Hello
Ne kadar? - - > berape harga?
Indirim - - > discount
Gule-gule - - > bye bye









Boat Tour




Kemudian, lunch dengan fish kebab at jetty before ‘Boat Tour’ melewati Selat Golden Horn dan Selat Bhosporus...Part ni yang paling best.. Angin laut yang sejuk sampai ke tulang...suhu di Turki ketika itu sama je macam kat UK.





Mase ni, dapatlah melihat Selat Golden Horn di mana terletaknye ‘chain’ yang dikatakan menjadi penghalang kepada bahtera Sultan Mehmed Fatih ketika ingin menawan Kota Constantinople...





Tidak dapat dibayangkan bagaimana tentera Sultan Mehmed Fatih berjaya membawa kapal-kapal mereka melalui bukit untuk mengelak sekatan ‘chain’ tersebut..hanya pada satu malam...satu malam sahaja...





Sesungguhnya sebaik-baik tentera ialah tentera yang dapat menawan Kota Constantinople...Allah Maha Besar...





Eyyup
Selepas menghirup udara sejuk atas boat..kami menaiki bas ke Eyyup..tempat di mana makam Abu Ayub Al-Ansari bersemadi..





Beliau adalah sahabat baginda Rasulullah SAW yang turut menyumbang dalam sejarah negara Turki...





Beliau antara panglima perang yang berjaya mengepung kubu Constantinople selama 4 tahun...tetapi tenteranya tidak berjaya menawan kota terkaya dalam kerajaan Kristian itu....
Kemudian kami menaiki cable car..melihat view indah dari atas bukit...terus ke Selat Golden Horn...best...









The Mosques
Hari itu, banyak sungguh masjid yang kami lawati...Yeni Camii Mosque..Fatih Mosque...Suleiman Mosque...Beyazit Mosque...





Cantik betul rekabentuk masjid-masjid tersebut...senibina Islam...





Sempat juga melihat panorama ketika waktu solat di salah satu masjid tersebut..ramai sungguh jemaah..tak kira tua atau muda,lelaki atau perempuan..berpusu-pusu ke masjid menunaikan perintah Yang Maha Satu..





Ape yang menarik perhatian ialah...kebanyakan mereka yang pergi berjemaah di masjid, datang secara berpasang-pasangan...suami dan isteri..berpegangan tangan...sweetnye....
Dalam hati...I wish I were them...hehe....





Hari itu berlalu begitu cepat..tup tup...dah malam..perut pun rase lapar..Kebab time!!! Yay...kebab Tukey ni memang sedap..dahla murah...hehe...pastu minum air jus delima yang merah..maniss....semanis tuan yang minum..hehhe..









Topkapi Palace





The next day..20 March 2008 di Istanbul yang dahulunya Kota Constantinople..kami mulakan pengembaraan ke Topkapi..Istana yang sangat besar lengkap dengan semua bangunan seperti sebuah kerajaan...





Yang paling menarik ialah The Harem....





Harem ialah tempat di mana isteri-isteri, dayang-dayang dan anak-anak perempuan sultan tinggal...boleh dikatakan segala drama dalam istana berlaku di sini...





Semasa masuk ke dalam Harem tu..melihat seni ukiran arkitek ternama zaman itu..kagum sungguh...paip air diperbuat daripada emas.... Melambangkan kemewahan kehidupan dalam istana...










Precious Moment





Saat yang paling menyentuh hati dan perasaan ialah ketika melewati masjid-masjid di bandar Istanbul pada waktu azan Maghrib berkumandang....





Saling bersahut-sahutan suara azan dari masjid-masjid di sekitar Istanbul..sungguh sayu...mendengar panggilan untuk menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan...





Itulah rasenye kali pertama diri ini mendengar suara azan secara live sejak bergelar pencari ilmu di bumi Allah ini...









University of Istanbul





Kedatangan kami ke Turkey dikira bertuah juga..kerana salah seorang daripada kami mempunyai teman yang berbangsa Turki di sini...Hilal..belajar di University of Istanbul dalam jurusan Literature..manis orangnye...





Sempat juga berbual dengan Hilal yang memahami Bahasa Melayu kerana beliau pernah tinggal di Malaysia selama 6 tahun sebelum berpindah balik ke Turki...





Kata Hilal, pelajar perempuan Islam di Turki yang belajar di university, tidak dibenarkan memakai tudung (hijab)...biar betul??? Habis tu bagaimana?





“Jadi, kami akan pakai topi lah untuk menutup rambut kami ketika di university, tapi kami boleh pakai hijab apabila berada di luar university..”





Itulah jawapan Hilal yang telah di’translate’kan kepada Bahasa Melayu...





Dalam hati..alhamdulillah kerana dilahirkan di negara yang membenarkan pemakaian tudung bagi muslimah...Islam dapat dipraktikkan dengan sempurna...









Perjalanan pulang





Alhamdulillah...pengalaman berada di bumi Turki sungguh bermakna..banyak pengalaman baru yang diperolehi...





Bak kata pepatah Melayu..Jauh berjalan luas pengalaman...





Pengalaman ini sungguh berharga...dari terlepas flight, bermalam di airport hinggalah dapat pulang dengan selamat ke bumi Wales ini....

my forbidden face

Easter break has begin. Dimulakan dengan pengembaraan penuh bermakna ke Turki pada minggu pertama cuti.


Kemudian disusuli pula dengan Cardiff Games di Talybont Sports Centre pada 22nd March 2008.


Then, sibukkan diri dengan Journal for Basic Counselling Skills 1 yang kena hantar before 1st April 2008. Alhamdulillah dah siap. Esok nak hantar dah kat Senghennydd Life Long Learning Centre.


Hari ni, busy dengan preparation for patchwork text yang kena hantar 25th April 2008. Belum siap, in progress....


And kena baca this book for my Planning Poster Project ... My Forbidden Face by Latifa.. Kisah yang berlaku semasa Afghanistan diserang oleh tentera Amerika beberapa tahun dulu.. Buku tu baru je sampai sebentar tadi..beli kat Amazon pada harga 1 penny..hehe...


Insyaallah, esok sahabat dari Sheffield nak datang melawat Cardiff..maybe nak bawak pegi jalan-jalan di Caerphilly Castle...sambil ber'picnic'....yay...


And hari Jumaat ni, bertolak ke London...Majlis sambutan hari lahir Joanna Crocker di Cardiff City Centre terpaksa tak pergi...sorry Jo...


And hari Sabtu..bermulalah perngembaraan ke Europe.....Amsterdam, Paris, Swiss Alps, Brussels and Calais...hehe..semoga selamat perjalanan pergi dan pulang..amiinnn...


Mahfuzah..