“Kakak, boleh saya tahu apa itu Occupational Therapy?”
Soalan yang bertalu-talu ditujukan kepadaku ketika Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 baru-baru ini. Agak sukar untuk aku jelaskan kepada mereka.
Occupational Therapy. Bunyinya tidak sehebat Medicine, Engineering, Pharmacy, Biotechnology ataupun Law.
Hendak menyebutnya juga susah...
Oc-cu-pa-ti-o-nal The-ra-py
Berbelit lidah...
Apatah lagi hendak mengingat...
Entry kali ini, akan ku ceritakan apa itu OT dalam bahasa yang mudah. Akan ku jelaskan kepada mereka yang bertanya. Akan ku ku ceritakan juga bagaimana dan apa yang aku belajar.
Occupational Therapy....
Mitosnya, ramai rakan ku menyangkakan aku belajar mengurut. Oh tidak. Aku tidak belajar teknik-teknik mengurut badan secara formal dalam course ini. Pernah sekali ketika aku ‘placement’ di Spinal Cord Department, Rookwood Hospital, salah seorang daripada OT technician di situ mengajar aku Hand Therapy Massage iaitu urutan fungsi tangan kepada pesakit. Sangat mudah! “Please see me if you want to learn - - > haha...”
Aku belajar konsep dan etika dalam merawat pesakit. Sedikit ilmu ‘psychology’. Cara meng’handle’ pesakit menggunakan alat-alat di hospital seperti hoist, wheelchair, splinting dan pelbagai alatan lain yang begitu canggih dan ‘mewah’(costly).
OT student juga belajar sociology, laws behind healthcare practices, biological background of common disease of OT patients. Contohnya seperti stroke (CVA), spinal cord injury, Parkinson, Neurology conditions, multiple sclerosis, cardiac and respiratory disease and osteoarthritis. Semua ilmu perubatan ini perlu diketahui oleh pelajar OT.
Occupational therapy....
Antara yang menarik ialah, course OT di Cardiff University tidak dinilai dengan peperiksaan. No exams. It sounds unbelievable, but that’s the truth. Walaubagaimanapun, assignments, courseworks dan VIVA akan dinilai dan diberi markah penilaian. Rasionalnya di sini mengapa kami tidak dinilai dengan peperiksaan ialah... “to be qualified as an OT, OT student do not need 2-3 hours sitting in exam hall answering questions on a paper. OT students need a lot of practical in real situations, learning through experiences.”
Learning by doing.
Oleh hal yang demikian, kami perlu menjalani practical bermula dari first year lagi. Aku telah menjalani latihan practical sebanyak 2 kali di tahun pertama. Sekali di Elderly Care Assessment Service (ECAS) dan kali kedua di Neurology Department, Rookwood Hospital. Kami di’wajib’kan untuk melakukan ‘assessment’ terhadap patient under supervision from an Occupational Therapist sepanjang tempoh practical selama 12 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, seorang OT student akan dibimbing oleh seorang Occupational Therapist bertauliah (educator) dari mula hinggalah akhir tempoh latihan praktikal.
Sebenarnya terlalu banyak perkara menarik tentang jurusan Occupational Therapy yang pastinya tidak terluah di ruang yang sempit ini....
Sebagai pelajar tunggal pertama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diberi peluang mengambil jurusan ini di University of Cardiff, United Kingdom, I certainly deeply in LOVE with this OT course... One word to describe myself towards Occupational Therapy is.....PASSION....!!
Sekian...