Tuesday, 23 September 2008

RAMADHAN

Ramadhan dan ...

Salam Ramadhan..bermula 1 September 2008, umat Islam di Malaysia dan sebahagian Negara Islam di dunia mula menyambut bulan yang mulia ini. Di celah-celah gelora kenaikan harga barang keperluan dan perdebatan politik tanah air yang tidak menentu, rakyat Malaysia tetap menyambut Ramadhan kali ini dengan meriah..

Gerai-gerai kuih muih dan makanan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Semuanya ingin mengaut keuntungan kesempatan daripada mereka yang berpuasa. Semoga mereka jujur dengan apa yang mereka lakukan.

Pada 2 September 2008, aku mula bertugas sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di sini bagi menggantikan seorang guru yang bercuti sambil belajar. Takdirnya, aku mengajar murid Year 1 sekaligus mengambil alih tugas sebagai guru kelas mereka. Subjek-subjek yang aku ajar ialah Bahasa Melayu, Science, Mathematics, Art dan Health Education. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, aku sudah biasa mengajar subjek English tapi bukan Year 1. Alhamdulillah..terima semua ini dengan senang hati.

Mengajar Year 1 agak mencabar bagi aku..hehe...sebabnye...ada antara murid-murid ini tak tahun membaca lagi. Dalam kelas aku, ada 3 orang yang dikenalpasti tidak lancar membaca..susah juga fikir aku..

Tapi ibuku juga seorang guru Year 1, beliau banyak member nasihat tentang bagaimana untuk meng’handle’ murid-murid tahun 1 ini..

Guru-guru lain juga banyak menasihatkan supaya tunjuk sikit garang kepada mereka ini...(memang aku garang orangnya..haha).

Semuanya berjalan dengan lancar sejak hari pertama aku mengajar ..alhamdulillah..semuanya dengan pertolongan Allah.. mereka mudah untuk dikawal dan mendengar kata. Lega juga hatiku bilamana melihat telatah mereka ini..

Satu perkara lagi, tentunya mereka sangat lucu dan menghiburkan..
I love being a teacher..that is my passion..other than Occupational Therapy!

Walaupun sebagai guru ganti sementara di sekolah rendah..