Thursday, 23 July 2009

Seanggun Fatimah

Fatimah Az-Zahara

Nama ini cukup sinomin pada zaman Rasulullah SAW suatu ketika dahulu...

Peribadi beliau yang sungguh mulia ditambah pula beliau adalah puteri kesayangan baginda. Cerita beliau cukup menyentuh hati saya..

Di saat-saat beliau dinikahkan dengan Saidina Ali hinggalah di akhir hayat beliau setelah kemangkatan Rasulullah SAW.

Sebenarnya, saya telah dihadiahkann sebuah buku oleh seseorang yang istimewa. Buku itu ialah cerita tentang Fatimah Az-Zahara... Orang yang menghadiahkan buku ini ingin saya mencontohi sifat-sifat Fatimah semasa hayat beliau..

Inshaallah..mungkin saya tidak dapat menandingin 100% peribadi dan character beliau, namun buku tersebut telah memberi inspirasi bari dalam hidup saya untuk mengejar keabadian cinta kepada Allah dan Rasul-Nya....

Dan saya juga yakin, seseorang itu mahu saya jadi yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga saya dapat lagi hadiah buku-buku seperti ini di masa akan datang..hehe...

Antara 4 wanita yang menjadi tunggak Islam ialah..Khadijah..Fatimah...Asiah (isteri Firaun) dan Maryam (ibunda Nabi Isa)... Fatimah dah dapat...lagi 3 bila lagi..hok hok hok....

Thursday, 16 July 2009

Cerita Magic

Harry Harry!!!!

Saya bukanlah peminat cerita magic ini..saya tahu ada kawan-kawan lain yang suka dan ter'gila-gila' kan jalan cerita fiksyen ini.. Saya tidak nafikan ia bergitu menyeronokkan...hehe

Sebenarnya, hari ini kawan baik saya..Pija (Norhafiza) ajak saya pegi menonton cerita ini di pawagam (Panggung Wayang Gambar) berdekatan dengan rumah kami.. Saya dah cakap kat dia..

'Pija, mesti aku akan ngantuk nanti sebab aku tak tau jalan cerita dari awal...aku penah tengok Harry Potter yang first ja, lepas tu tak penah tengok dah..tak minat..'

'Ala Puja..takpa la..aku tolong cerita sikit-sikit masa kita tengok nanti..ok..pukul 12 nanti mai amik aku kat rumah yea..'

Hhhmmm..best jugak tengok cerita Harry yang menjadi kegilaan tu.. Pija kata..kalau baca buku lagi best..dalam movie yang kami tengok tu dah banyak di'potong' menjadi pendek...

Apa-apa jelah Pija..hehe..nasib la Pija tolong cerita sikit-sikit..kalau tak, tak paham jugak saya... Masa kami tengok cerita tu, tak ramai yang sangat, biasala pawagam kat Jitra je pun..hehe..boleh la nak borak-borak sambil tengok cerita..

Kami berdua ke sana pakai baju kurung..hehe..pastu siap pak cik pengawal tu cakap, 'Ni dua orang ni ponteng kerja ka, balik awai sebab nak tengok Harry Potter?'

Hehe..suka hati ja pak cik tu cakap camtu...

Monday, 13 July 2009

Sehijau Warna Daun

Ketika memandu kereta berseorangan melewati sebuah kawasan di pinggir bandar Jitra...

'Emm...cantik jugak negeri Kedah ni..' Itulah yang terdetik di hati ketika melalui kawasan tanaman padi yang hijau kekuningan.... Lambang negeri Kedah ialah HIJAU dan KUNING...itu adalah mengambil resam padi yang menjadi lambang kebanggaan negeri jelapang ini..

Lihat saja tanaman padi yang hijau kekuningan...warna itulah menjadi lambang abadi..hehe... Sebenarnya..hijau kuning juga bermaksud bangsa MELAYU... Penyataan ini diambil ketika saya berada di Parapat, Indonesia..sepanjang perjalanan ke Danau Toba, saya melewati sebuah kawasan perkampungan di mana semua rumah dan bangunan di situ dicat warna hijau dan kuning..

Saya hairan jugak...mesti ada sebab disebalik warna ini... Dan saya diberitahu bahawa hijau kuning di daerah itu bermaksud bangsa MELAYU yang utuh..

Ini bermakna..hijau kuning itu adalah Melayu jika anda berada di Indonesia manakala di Malaysia, ia bermaksud anda adalah seorang anak jati negeri Kedah..hehe...

Tapi kalau hanya KUNING..ia adalah warna diraja...warna kuning ialah warna emas..bermaksud kemewahan..

Manakala warna HIJAU pula ialah warna dedaunan...warna klorofil...warna yang selalu dikaitkan dengan Biology...alam sekitar... warna hijau juga bermakna warna ketenangan...

Jikalau digabungkan kedua-dua warna ini...maka terjadilah maksud kemewahan alam sekitar... yakni tanaman padi itu sendiri...padi yang diproses menjadi beras..beras dimasak dan dimakan.. Bukankah itu bermaksud tanaman padi adalah tanaman yang mewah?? Semua orang makan makanan ini di seluruh dunia..hatta di negara Eropah sekalipun..

Dulu, saya ingat di UK takdak beras..rupa-rupanya sama sahaja seperti di Malaysia... cumanya, takdaklah pelbagai jenis beras seperti di sini.. Di UK hanya ada 3 jenis beras yang saya pernah nampak....Basmathi Rice, Brown Rice dan Long Grain Rice... Yang pasti, pilihan saya adalah Basmathi...


Ini adalah gambar seekor anak gajah semasa saya berkunjung di Taman Gajah di negeri Pahang..hehe...tak dak kaitan dengan entry kali ini.. Nama gajah ini ialah Pian...

Sunday, 12 July 2009

Puasa

Di Masjid negeri Medan, Indonesia.

Sedar tak sedar...sudah hampir sebulan ye saya di Malaysia..yehe...bukan apa..rasamacam baru saja pulang dari negara sejuk itu..walaupun di sini tidak sesejuk di sana...namun kepanasannya sudah dibiasakan seadanya...

Bercuti di sana sini semuanya sudah..berjumpa nenek-nenek saudara pun sudah...apatah lagi merasai masakan-masakan Malaysia yang enak-enak..

Ohh..janganlah cakap pasal makanan sebab saya sudah lapar sekarang..lagi pulak tak boleh makan kerna berpuasa sunat Rejab hari ini... Adeihh...lagi 7 jam untuk berbuka... sabar...sabar..

Friday, 10 July 2009

Horas!! Horas!!

Horas!!

Horas! Horas! Horas!

Itu adalah ucapan selamat dalam bahasa kaum Batak di daerah Parapat, Indonesia. Hehe..sebenarnya saya baru saja pulang dari bercuti di Indonesia Sumatera iaitu Medan.

Best best..menjelajah ke kawasan perkampungan Batak di Danau Toba...tasik gunung berapi terdalam di dunia...hoho..memang cantik...

Tapi gambar-gambar tak dapat saya upload lagi sebab ada dalam camera cousin saya yang belum di'transfer'

Tentang kaum Batak ni..

Mereka adalah golongan petani..perempuan bekerja, manakala lelaki pula berehat-rehat di kedai-kedai kopi sambil minum todi atau air tuak.. best nye jadi lelaki kaum Batak ni... Tapi kalau lelaki Melayu yang buat camtu, serious jadi tak laku terus di mata perempuan..ohok ohok...

85% daripada mereka beragama Christian...church merata-rata dapat dilihat...boleh dikatakan sepanjang jalan ke Danau Toba, church berada sekitar jarak 1 kilometer dari setiap satu church yang lain...

Orang Batak ni berkulit ala-ala orang asli Malaysia...hehe..rumah mereka lebih comel-comel dan tidak teratur susunannya..

Sepanjang jalan melewati penempatan kaum Batak ni, dapat dilihat gerai-gerai makan bertulis 'Babi Panggang', 'Anjing Panggang' dan 'Kucing Panggang'..... adeih..dah la virus flu babi melanda seluruh dunia, diorang ni pulak dok jual secara terbuka macam tu..rasa nak muntah pun ada...uwekkkk...

Orang Batak ni berprinsip...'Semua benda yang bernyawa di muka bumi ini adalah halal bagi kami'... ohhh..mereka sungguh berprinsip!! Manusia juga bernyawa.. Orang Batak makan orang kan.. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami, tak da la pulak orang Batak menculik kami untuk dijadikan sup atau dipanggang hidup-hidup... syukur..syukur..hehe...

Jikalau ada kematian, perkahwinan atau kelahiran, kaum Batak ini akan mengadakan pesta joget dan nyanyi untuk meraikan.. hhhmmm...agak pelik tradisi mereka ini..

Kubur mereka pula dihias-hias secara melampau penuh dengan lampu-lampu sekeliling kubur dan diletak pelbagai hiasan.. Saya rasa...kubur mereka lebih cantik daripada rumah mereka.. Hmmmm....saya tak tahu nak komen apa tentang ini...

Oh ye..kalau kubur mereka itu berada di atas tanah pertanian mereka...itu maknanya tanah itu tidak akan dijual selama-lamanya kepada sesiapa pun...Itu adat katanya.. Memang dapat dilihat kuburan mereka di atas kebun-kebun sayur itu... menarik juga bukan??

Pastukan, simbol kaum Batak ialah cicak..ia bermaksud,di mana cicak berada, di situ juga cicak itu boleh memulakan sebuah kehidupan dan mencari rezeki.. Umpama kaum Batak yang boleh hidup di mana-mana sekalipun tempat itu jauh dari kemudahan infrastruktur.. Teringat cicak, teringat pulak kat Gaudi, arkitek berbangsa Spanish di Spain yang juga sukakan cicak..ohok ohok...semua hasil seni Gaudi ada gambar cicak yang berwarna-warni..

Haa...itulah sedikit sebanyak tentang perjalanan dan pengembaraan kami ke Danau Toba...Tasik tu sangat cantik!!! Besar dan luas...airnya jernih..

Di Danau Toba, kami menaiki feri ke Pulau Samosir di tengah-tengah tasik.. Kehidupan orang Batak di sini agak primitif..membasuh baju di tepian tasik yang luas sambil bermandi-manda... seronok juga tengok..

Saya rasa macam nak pegi Medan lagi la...hhmm...tapi mungkin tidak..ehehe..nak ke Jakarta dan Bandung pula lepas ni... seronok dapat lihat kehidupan manusia-manusia di sana...