Saturday, 27 February 2010

Where am I?


Alhambra, Spain, 2008



Turkey, 2008


Cliffs of Moher, Irenland, 2007





Brussels, Belgium, 2008



Egypt, 2009


I was inspired by this video..Matt Harding..


Lagu yang dinyanyikan bertajuk Praan (bahasa Benggali) - bermaksud Stream of Life

The same stream of life that runs through my veins night and day
runs through the world and dances in rhythmic measures.

It is the same life that shoots in joy through the dust of the earth
in numberless blades of grass
and breaks into tumultuous waves of leaves and flowers.

It is the same life that is rocked in the ocean-cradle of birth
and of death, in ebb and in flow.

I feel my limbs are made glorious by the touch of this world of life.
And my pride is from the life-throb of ages dancing in my blood this moment.


Di kala kita merantau mencari pengalaman melawat negara-negara di seluruh dunia..pasti kit abelajar tentang sesuatu dalam kehidupan kita bukan. Saya sangat suka mengembara sambil mengetahui sesuatu perkara yang kadang-kadang bisa merubah prinsip hidup.

Belajar melalui pengalaman lebih berbisa daripada kita membaca buku dan hanya terperap di dalam bilik menyaksikan dunia hanya dari kaca screeen laptop kita. Untuk menjadi orang yang berguna, adakah cukup dengan hanya membacara berita-berita sensasi di internet sahaja. Keluarlah untuk bermasyarakat..Gunakan segenap ruang untuk berkhidmat. Sekarang ini kita punya ruang itu..gunakanlah!!

Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Sebagai orang Islam..bawalah agama kita ke mana-mana sahaja kita pergi.. Jangan tinggal solat walaupun di kepayahan mencari tempat yang selesa. Segenap ruang di atas muka bumi Allah ini akan menyaksikan kita bersolat. Bukankah itu yang menjadi saksi kita di akhirat kelak??

Cuba fikirkan..antara agama yang paling cepat dan besar pengaruhnya ialah agama ISLAM. Di mana-mana saja ada Islam ...di mana-mana saja ada masjid. Tidak kiralah masjid India ke, Pakistan ke..Arab ke..Melayu ke..janji tujuan tempat itu didirikan adalah untuk bersolat.

Apa yang kita dapat lihat di sini ialah, orang Islam walau ke tanah mana pun dijejak, ia akan membawa ISLAM sebagai pengaruh.

Disclaimer: Ini hasil pemerhatian saya..saya mungkin salah...Saya lihat orang dari tanah Cina berada di mana-mana..di semua negara yang saya lawati pasti ada bangsa Cina.. mereka sangat tekun dan gigih. Namun satu saja...saya belum nampak mereka menyebarkan agama mereka di tempat yang mereka pijak. Buktinya, walaupun begitu ramai orang Cina di Cardiff, namun tiada satupun temple yang mereka bina untuk beribadat. Adakah mereka hanya tumpukan untuk mebina kedai-kedai dan business shops semata-mata?? Mencari keuntungan dunia??? Tanpa melabur saham akhirat??

JOM BERFIKIR!!!!!

*Mat Harding ialah seorang web game designer yang mencari ilham nak buat production baru dengan merantau ke 42 negara untuk mencari ilham.



Tuesday, 23 February 2010

Perempuan itu penuh emosi.

Mahu hidup dalam dunia sendiri.
Mungkin untuk seketika.
Kadang-kadang tidak suka diganggu dengan perbualan yang sia-sia.
Baik berdiam saja.

Tidak mahu melayan.
Bukan bermakna tidak suka.
Atau sombong.
Tapi malas.
Tiada keperluan di situ.

Mahu melayan diri sendiri.
Dengan seribu satu perkara lain yang menenangkan jiwa.
Hehe.

Namun.
Sekali sekala hati terasa sunyi.
Mahu berbicara.
Dengan seseorang yang memahami.
Mahu bercerita.
Mahu ketawa juga.

Tapi malas untuk memulakan bicara.
Tiada keperluan di situ.
Sekadar untuk melayan hati, lebih baik menulis.

P/S: Baru selesai menonton cerita 'Perempuan Berkalung Sorban'

--> Perempuan yang bertudung litup bukan bermakna mereka menutup minda mereka. Bebaskan minda..cari jalan kebebasan dengan jalan-jalan Allah.. Tidak perlu melampau batas untuk bebas.

--> Raikan fitrah manusia walaupun dia seorang perempuan. Adakah perempuan hanya layaknya untuk melayan lelaki? [Sedikit sceptical dengan ini...]

--> Perempuan diciptakan dari rusuk lelaki? [benarkah??? Jelaskan please..]

Saya suka baca entry sahabat saya ini...Sila klik dan baca..


--> Jom bangun qiam malam ini.. [setiap malam bercita-cita mahu bangun qiam namun selalu tidak dipilih Allah..apakah dosaku????]

Sila dengar ini...

Sunday, 21 February 2010

Imbasan Kenangan @NISE Leeds, UK.

Nisa Nasheed Extravaganza (NISE), Leeds, UK.

Butiran salji itu menghinggap lembut di pipi dan bulu mataku. Nyaman sekali. Walaupun tahun ini salji tidak putus-putus menghujani bumi UK, kami tetap terasa 'excited' setiap kali menyentuhnya. Mungkin ini musim salji terakhir bagiku... Hari terakhir sebelum bertolak kembali ke Cardiff.


Tanggal 20 February 2010 telah dilewati di Leeds, UK. Kali ketiga saya ke sana untuk satu event khas buat muslimah Malaysia di UK.Setiap tahun, Cardiff tidak pernah gagal menghantar pasukan either dalam nasheed, poster ataupun photography competition.

Bukan kemenangan yang diharapkan, namun ia lebih kepada sokongan kepada penganjur yang mampu untuk menjadi tuan rumah.Untuk nasheed tahun ini, kami pulang dengan hamper 'sebesar pintu train'. hehe..

Secara jujur, saya sangat suka kumpulan saya dengan wajah-wajah baru dan bertenaga. Semangat dan kreatif!!! Sayang mereka semua. Sejak dari tahun pertama Nisa Nasheed Extravaganza dianjurkan, kontinjen Cardiff tidak pernah pulang hampa.

Ada saja hadiah yang dibawa pulang. Jom kita imbas kembali sejarah Cardiff di NISE, Leeds, UK.


Tahun pertama - 2008 - Tema Warna PINK (Merah Jambu)


Inilah kumpulan kami...





Nasheed kita menang tempat pertama - saya salah seorang daripada penyanyi kumpulan itu..hehehehe...

Kumpulan : Hana HumairaLagu: 1. Masanya Telah Tiba dan 2. Hero



Tahun kedua - 2009 - Tema Warna PURPLE


Cardiff tidak mendapat tempat dalam Top 3 nasheed namun, kita menang tempat KEDUA dalam Photography Competition. Inilah gambarnya... hehe..


Tempat KEDUA Photography


Tahun ketiga - 2010 - Tema Warna HIJAU




Cardiff menghantar dua team nasheed tahun ini namun rezeki tidak menyebelahi kami.. Allah lebih mengetahui walaupun kami punya KEYAKINAN yang tinggi.


Allah tidak menghampakan kami..Cardiff membolot hadiah dalam Poster Competition di mana tempat PERTAMA, KEDUA dan KETIGA dimenangi wakil-wakil Cardiff... hehe.

Tempat PERTAMA Poster


Tempat KEDUA poster


Tempat KETIGA poster





DAN..

Photography Competition juga dikuasai oleh Team Cardiff. Kita menang tempat PERTAMA dan KETIGA.. Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..

Tempat KETIGA photography



Tempat PERTAMA photography



Cardiff tidak akan pernah sunyi di NISE.. Namun tahun ini adalah tahun terakhir saya di bumi UK.. Mungkin ini juga tahun terakhir Cardiff di NISE... Saya tak tahu.. saya harap tidak begitu..

Walaupun kontinjen dari Cardiff begitu kecewa dengan pengurusan di NISE 2010, saya harap sesuatu yang lebih baik akan dilakukan demi masa akan datang.

Friday, 19 February 2010

Melodi hati



Saya suka lagu ini..

Selama beberapa minggu hati sentiasa suram dan resah.. [entry blog pun semakin berkurang]

Ternyata lagu ini membuatkan senyuman kembali mekar dan semangat berkobar-kobar..


Saya merindui untuk menjadi guru..

Kadang-kadang perjalanan menjadi guru dihampar resah dan gelisah..hilang semangat..

Kembalikan semangat itu...


Nyanyikan lagu ini untuk diriku..nyanyikanlah...nyanyikanlah...

Tuesday, 16 February 2010

Hari ini buku tidak banyak...

Buku yang perlu disusun tidak banyak sejak 2, 3 minggu lepas. Perpustakaan lengang. Tidak seperti kebiasaannya. Pastinya kerana semester spring yang baru bermula. Tidak banyak assignment lagi.

Saya menulis entry blog ini di suatu sudut kecil di sebalik tiang besar di belakang rak-rak buku exhibition. Seharian saya di sini. Menulis assignment. Patchwork Text 3. Payahnya.. 3000 words.

Sudah 3 minggu saya hanya mampu menulis Patch 1, 1000 words. Tidak berganjak. Asyik edit dan edit.

Patch 2 saya adalah berbentuk poster presentation bersaiz A2. Besar tuuu... Tak buat lagi.

Submission date ialah pada 12 March 2010.

Tidak banyak waktu yang saya ada. Nak buat poster tu sudah satu hal. Nak print out lagi.

Patchwork text saya kali ini bertemakan Occupational Therapy di Sekolah Pendidikan Khas. Saya pilih intervention method, Handwriting Activity.

Patch 1, saya menulis refleksi tentang team working antara guru pendidikan khas dengan Occupational Therapist di dalam classroom activity. Bagaimana professional team working between guru dan OT dapat membantu para pelajar pendidikan khas dalam akademik mereka. Saya tulis refleksi ini berdasarkan pengalaman saya di sekolah pendidikan khas yang lalu.

Patch 2 pula saya membuat poster presentation bagaimana handwriting activity dapat di'implementasi' dari perspective Occupational Therapy. Dan bagaimana peri pentingnya handwiritng itu kepada para pelajar pendidikan khas dalam kurikulum akademik mahupun sebagai alat komunikasi mereka.

Nampak tak hubungan antara kedua-dua patches saya itu?

Dan saya juga perlu menulis dan kritik bagaimana saya akan hubungkan kedua-dua patches itu tadi menjadi sebuah Text yang bagus, koheren dan well-organised.

Sebenarnya saya sedikit stress kerana saya masih 'stuck' di Patch 1 sejak pagi tadi. Tak tahu kenapa...

[entry kali ini sangat teruk. Bahasa bercampur-campur... Saya menghormati bahasa Kebangsaan namun dalam entry ini, saya rasa kurang sesuai untuk di'Melayu'kan semua perkataan yang saya sudah biasa guna dalam bahasa Inggeris]

Mengharapkan bantuan idea-idea bernas dari Allah. Tolonglah Ya Rahman Ya Rahim..

Azam saya untuk Patchwork Text terakhiri ini ialah mendapat first class. Semoga tercapai hasrat tersebut. Ameen..

Monday, 15 February 2010

Slow it down..or make it STOP!!!

Hilang semangat.

Hati semakin kecil.

Putaran kehidupan berada di bawah.

Perlu motivasi.

Fikiran bercelaru.

Tidak teratur.

Hati tidak tenang.

Jiwa kacau.

Banyak perkara bermain di minda.

Patchwork Text, VIVA, Research final year. Elective Placement. Elective report. Research Conference.

Semuanya bercampur.

Tidak fokus.

Saya perlu masa.

Saya perlu bersendirian seketika.

Perlu ketenangan bersama diri sendiri.

Tolonglah Ya Allah..saya perlukan bantuan untuk melalui semua ini..

Thursday, 11 February 2010

Hadiah Untuk Mahfuzah

iPhone...HTC..Blackberry...Touchscreen...Unlimited internet..bla..bla..bla..

Oh kenapakah semua orang bertukar handphone kepada yang lebih canggih dan saya tidak punya sedikit perasaan pun ke arah itu???

Firstly, I am not a 'tech' person, that's why saya tidak kesah pakai handphone Sony Ericsson K800i yang saya 'terbeli' 3 tahun yang lalu.. Terbeli dihighlightkan kerana saya bukan berminat kepada handphone tapi berminat kepada offer free minutes yang ditawarkan semasa mula-mula jejak kaki ke UK...hohohoho...

Orang lain sebok nak upgrade handphone, saya hanya tengok jer...nak guna handphone canggih yang kawan-kawan punya pun saya kekok...salah tekan la..tak reti cari button itu la..ini la.. Adakah itu bermakna saya ini KOLOT?? Tidak mahu perubahan??? Ortodokss!!

Oh Yes..bagi saya handphone hanya digunakan untuk menelefon dan menge'text' orang lain...Tidak lebih daripada itu.. Kolotkah saya??? [ermm...memang sedikit tidak 'fashionable']

Sekarang dunia dah maju...the world is in your fingertips! One touch can change everything.. [melampuanye..]

Oh ok ok..mari kita lihat dari sudut yang lain pula..hehe.. Saya sebenarnya sudah selesa dengan apa yang ada.. Bersyukurlah katakan.. Dah ada handphone yang satu itu sudah lebih daripada cukup. Setia lah katakan...huhuhu..

Saya tak reti sangat benda-benda high tech ni..Saya masih ingat ketika suatu musim dahulu semua orang beralih kepada camera besar-besar...dan saya masih lagi pakai camera kecik SONY itu (tapi touchscreen ye..hehe)...huhu... Kenapa ya?? Saya tak reti guna camerakah? Tak pandai ambil gambar kah? [ohh tapi suka berada di dalam gambar..] .. Dalam fikiran, asalkan ada camera boleh ambik gambar sudah..camera kecik pun takpe..senang nak bawa kemana-mana..senang nak jaga..tidak menjadi perhatian orang sangat...hehe..

Dan ingat lagi suatu ketika orang sibuk bertukar laptop kepada Mac/Apple etc yang canggih manggih.. Dan saya masih lagi pakai laptop berjenama ACER yang serba sederhana ini... Dalam fikiran..asalkan dapat buat assignments, Facebooking, tengok movie, tengok youtube, baca berita, baca email, edit gambar, menulis dan berpuisi, update blog, menambahkan ilmu dunia dan akhirat..bla..bla.... Itu sudah lebih daripada yang cukup..

Specifications laptop, handphone, camera akan berubah mengikut perubahan masa namun fungsinya asalnya tetap sama..yehe..

Saya bukan orang yang bisa menghabiskan banyak duit nak update/upgrade semua barang yang saya sudah ada dan masih berfungsi dengan baik. Tidak mahu jadi hamba kepada arus perubahan gadgets yang sentiasa mencengkam fikiran.. wowowo..

TAPI...

Kalau perubahan yang berbentuk fikiran/ideology lain sikit..saya tidak mahu ulas yang itu dalam entry saya ini. Perlu banyakkan pembacaan lagi.. Masih dalam kategori mencari..

Ok ok... jom tamatkan entry ini..

P/S: Saya mahu beli handphone la..tapi bukan touchscreen..hehehe... Nak yang sederhana dan biasa saja..Nak hadiahkan kepada diri sendiri [asyik beli hadiah untuk orang lain je, diri sendiri juga ada hak]...Hehee...

Hadiah-hadiah untuk diri sendiri...

Sony Ericsson..Budget GBP 100..

Dan saya juga mahu hadiahkan diri saya beberapa helai baju yang sopan, berkualiti dan menutup aurat...budget GBP 60.. [boleh dapat 3 pasang yang cantik]

Dan juga perisian Windows yang original..haha..kantoi guna Windows tak original...

Dan juga sepasang kasut cantik, selesa dan berkualiti untuk dipakai semasa hari pertama saya bekerja kelak..hohoho.. budget GBP 50.


Monday, 8 February 2010

Saya suka menulis.



Saya suka..

Alhamdulillah..article yang saya hantar ke OT News (Occupational Therapy News, February 2010 edition) magazine telah berjaya menembusi majalah itu..hehe..

Tidak berhajat kerana hadiah atau apa..saya hanya suka menulis...

Saya menulis tentang pengalaman saya ketika practical di Neuro Rehabilitation Team.
Inshaallah akan terus menulis tidak kira dalam bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu kerana menulis itu adalah jiwa saya..hehe...

Walaupun saya tahu saya tidak pandai sangat dalam Bahasa Inggeris ni, tapi saya suka menulis dalam bahasa Inggeris..entah tak tahu kenapa.. macam senang je nak luahkan kalau tulis reflection dalam bahasa ini..

Bahasa Melayu juga begitu tapi tidak banyak karya saya dalam Bahasa Melayu. Inshaallah perlu banyakkan membaca karya-karya dari ahli-ahli GLKN nih...

Next target: Ingin menembusi media di Malaysia pula...


Wednesday, 3 February 2010

Batu


Menjadi seperti batu.
Tidak bergerak. Kaku.
Ditendang bergolek.
Dipijak sakit.

Menjadi seperti batu. Haru.
Senyap. Hilang dalam sepi.
Batu itu statik.
Batu itu hitam.
Batu itu tidak punya apa.

Menjadi seperti batu.
Mahu jadi seperti batu?
Hanya diam di situ.
Bila lama jadi pilu.

Jadi seperti batu.
Tidak. Bukan batu.
Jangan jadi seperti batu.
Batu tidak membantu.
Batu hanya di situ.

Batu hanya melihat.
Batu hanya mendengar.
Batu hanya membatu.

Mahukah jadi seperti batu?