Sunday, 12 January 2014

The Re-call of the first time traveller

Okay, mari kita mulakan menulis blog semula..sekadar untuk menghiburkan hati..ini adalah snapshot semasa saya pertama kali mendarat di UK..bumi Inggeris.. huh huh...


Pengembaraan Bermula


Ramadhan ke-20.
Jam menunjukkan kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan. Makanan diberikan kepada penumpang. Saya makan. Tak puasa kerana berniat musafir. Lagipun, perut terasa sangat lapar.
 Penerbangan akan tiba di Lapangan Terbang Heathrow beberapa minit lagi. Hah. Dalam hati menjerit, “Here I come UK!”
 Kami dibawa menaiki sebuah van ke Malaysia Hall untuk taklimat daripada pegawai attaché pendidikan di sini. Daripada tingkap van, dapat kusaksikan pokok-pokok semak di tepi jalan. Sama macam di Malaysia. Apa yang indahnya? Pancaran mentari pagi pun sama. Kereta bersimpang siur melalui lebuh raya.
 Sebaik sahaja van tiba, kami dikenakan bayaran sebanyak GBP 10 setiap seorang. Pertama kali menggunakan duit pound dalam urusan jual beli. Tak pasti nilainya berapa. Yang pasti, 10 pound macam 10 ringgit. Hmmm…murah!
 Setelah beberapa tahun kembali ke tanah air, barulah saya faham nilai 10 pound itu. Nampak macam murah, tetapi nilainya amat tinggi
!