Friday, 16 May 2014

Cidu, selamat hari ciduu!

Happy Teacher's Day

I was once a very happy special education teacher!! And the feeling is alive..

Thanks to all my former teachers since pre-school to tertiary education!
Tabika Ehsan, Kedah
SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
SMK Jitra, Kedah
MRSM Taiping, Perak
International Education Centre (INTEC), Selangor
Cardiff University, UK
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

and the list of instituition will go on..insha Allah.

Have been teaching in these school as a teacher since I was 18 years old..teaching all subjects from Art to Maths, from Science to Kajian Tempatan.

SK Jitra 1, Kedah
SK Jitra 2, Kedah
SK Jitra 3, Kedah
SK Bandar Baru Darulaman, Kedah
SMK Seri Tasik, KL
SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, KL


Sunday, 12 January 2014

The Re-call of the first time traveller

Okay, mari kita mulakan menulis blog semula..sekadar untuk menghiburkan hati..ini adalah snapshot semasa saya pertama kali mendarat di UK..bumi Inggeris.. huh huh...


Pengembaraan Bermula


Ramadhan ke-20.
Jam menunjukkan kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan. Makanan diberikan kepada penumpang. Saya makan. Tak puasa kerana berniat musafir. Lagipun, perut terasa sangat lapar.
 Penerbangan akan tiba di Lapangan Terbang Heathrow beberapa minit lagi. Hah. Dalam hati menjerit, “Here I come UK!”
 Kami dibawa menaiki sebuah van ke Malaysia Hall untuk taklimat daripada pegawai attaché pendidikan di sini. Daripada tingkap van, dapat kusaksikan pokok-pokok semak di tepi jalan. Sama macam di Malaysia. Apa yang indahnya? Pancaran mentari pagi pun sama. Kereta bersimpang siur melalui lebuh raya.
 Sebaik sahaja van tiba, kami dikenakan bayaran sebanyak GBP 10 setiap seorang. Pertama kali menggunakan duit pound dalam urusan jual beli. Tak pasti nilainya berapa. Yang pasti, 10 pound macam 10 ringgit. Hmmm…murah!
 Setelah beberapa tahun kembali ke tanah air, barulah saya faham nilai 10 pound itu. Nampak macam murah, tetapi nilainya amat tinggi
!





Wednesday, 16 May 2012

Transferred.

alhamdulillah..it has been a longg time i never wrote on this page..

since then, i work as a teacher at SMK Seksyen 5 Wangsa Maju..
about 7 months later... i got transferred to Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Putrajaya..as  Penolong Pengarah, Terapis Pemulihan Cara Kerja

new work environment..new people...different system..longer working hours..less work at the moment...

oh Allah..please help me through this journey...

Tuesday, 22 November 2011

Amin..

Oh...hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat...semoga Allah permudahkan segalanya..

Wednesday, 26 October 2011

..

alhamdulillah..it has been a longg time i never wrote on this page..

since then, i work as a teacher at SMK Seksyen 5 Wangsa Maju..
about 7 months later... i got transferred to Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, Putrajaya..as  Penolong Pengarah, Terapis Pemulihan Cara Kerja

new work environment..new people...different system..longer working hours..less work at the moment...

oh Allah..please help me through this journey...

Monday, 10 October 2011

Keletihan Melampau

2 minggu yang sangat meletihkan..mana nak pegi kelas kemasteran lagi..pastu dengan sekolah lagi..then dengan nak kena siapkan medical check-up dan lain-lain borang untuk diisi oleh cikgu baru seperti saya ini.

Hari yang sangat meletihkan..yang pasti Allah banyak menguji diriku hari ini..

Semoga ujian-ujian hari ini menjadi kaffarah dosa-dosa semalam yang begitu banyak.. Allah masih menyayangiku..Alhamdulillah..

Ok, banyak nangis hari ni, mata sedikit bengkak..oh harap-harap cepat sembuh sebelum hari esok kerana hari esok perlu dimulakan dengan penuh semangat baru!

Mulai hari ini, saya berazam untuk menurunkan berat badan secara konsisten..hehe..inshaallah..amalkan gaya hidup sihat..bersenam selalu inshaallah..yeah berazam!!

Friday, 7 October 2011

Blog Baru Mahfuzah

Salam semua..

Alhamdulillah selamat sudah membuat blog baru..dah alhamdulillah juga segala content blog yang lama dan bernilai itu dapat di'import' ke sini..ooo yeahhh..

Mari menulis kembali!!

Sunday, 2 October 2011

My first school.

tomorrow is the day..alhamdulillah..

officially a teacher tomorrow..semoga allah mudahkan segala perjalanan hidup ini..

diriku ini hanyalah hamba Allah yang mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan ke atas diriku ini...

SMK Seksyen 5 Wangsa Maju....

Program Pendidikan Khas Integrasi.

Wednesday, 24 August 2011

Puan Laila dan Encik Qadar

Seronok sangat ramadhan tahun ini..mungkin ini ramadhan terakhir untuk saya untuk berada di rumah sepenuhnya..



Alhamdulillah saya manfaatkan ramadhan kali ini dengan penuh barakah..syukur kerana Allah beri kesempatan ini.. Ramadhan terbaik sepanjang hidup saya..syukur syukur...



Hari ini...25 Ramadhan..saya merasakan semalam tu Puan Laila dengan Encik Qadar datang kot...tapi tak tahulah kan..hanya Allah saja yang tahu...pagi ni..cuaca redup dan mendung..pastu hujan... mungkinkah mereka berdua datang semalam?? Oh saya sangat mengharapkan kedatangan mereka...



Kalau semalam mereka tak datang..saya berdoa agar saya sempat merasakan kehadiran mereka di malam-malam akan datang sebelum Ramadhan berakhir..



Ramadhan kali ini saya dapat merasakan saya boleh puasa penuh!!!!!! Yeah!!! Yeah!!! semoga Allah makbulkan doa ini..



Allah Allah..hujan masih mencurah-curah di luar tingkap bilik saya..kalau lah dapat melelapkan mata sekejap kan best.hehe.. sejuk sejuk macam ni..seronok kalau dapat peluk bantal..ngeh ngeh ngeh..ZZZzzzzzZZZZZzzzzzz



Misi mengesan kehadiran Puan Laila dan EncikQadar masih lagi berlangsung dengan penuh berhati-hati dan dipenuhkan dengan ibadah-ibadah sunat bulan Ramadhan..inshaallah, kalau tak dapat jumpa dengan mereka pun..at least saya dah buat yang terbaik untuk berjumpa mereka setiap malam..



Semoga Allah mempertemukan saya dengan mereka berdua...







Saturday, 13 August 2011

Antara Azan dan Iqamah

salam ramadhan kareem...alhamdulillah sudah masuk hari ke 14 di bulan mulia ini... Alhamdulillah sudah juga memasuki juzuk ke 20 Al-Quran..syukur sangat diberi peluang menjalani ramadhan terbaik sepanjang hidup ini..



manakan tidak, kalau dulu-dulu...selalu tinggal teraweh..hehe..sekarang alhamdulillah belum lagi...dan harapan semoga terus istiqamah tak tinggal taraweh walaupun buat 8 rakaat...



inshaallah tahun ini saya dengan mak saya akan buat kuih raya..rasanya dah bertahun-tahun kami stop buat kuih raya disebabkan ramai orang jual kuih..hehe.. tapi tahun ini inshaallah kami nak buat 3 jenis kuih je.



kuih conrflakes madu tu..

kuih tat gulung

kuih almond london



dan mungkin 1 kek sebagai suka-suka..



haha..harapan saya..biarlah masa buat kuih and kek tu nanti...sy 'tak boleh' puasa.. yuhuu.. [okay..ni jahat...]



cakap pasal masak-masak ni..saya merindui ayam lemon saya.. entah kenapa rasa malas je nak buat kat rumah sebab mak saya selalu masak benda lagi sedap dari ayam lemon.. hihihi... [alasan...]



alhamdulillah di bulan ramadhan ini juga saya berpeluang menunaikan tanggungjawab bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin.. saya cerita bukan nak menunjuk tapi nak jadikan sebagai amalan kita semua. seperti tahun2 sebelum ini, mak and ayah saya akan cari pelajar-pelajar miskin dan anak yatim di sekolah mereka untuk dihadiahkan barangan makanan seperti gula, minyak, susu, air kordial, beras dan sebagainya..



tahun ini syukur saya berpeluang walaupun di saat-saat ketiadaan income masuk..hehe.. guna je lah duit simpanan balik dari UK tu..tak luak rezeki allah bagi kalau kita rajin memberi...kannn..



marilah kita memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini...alhamdulillah jika kita rajin memberi..allah akan selalu beri rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita tanpa disedari. saya meyakini hal itu.. banyak sudah perkara berlaku dalam hidup saya ini kurniaan allah.



saya akui sejak dari kecil, saya dididik untuk sentiasa memberi walaupun sedikit. masih saya ingat, masa mula-mula dapat biasiswa melanjutkan pelajaran selepas SPM, saya tak pernah terlepas untuk memberi duit raya kepada sepupu-sepupu saya walaupun seorang seringgit setiap tahun. hehe.. rezeki allah sama dikongsi..



sejak dari itulah, saya rasakan saya tidak pernah merasa kesempitan wang walaupun duit banyaaakkk habis beli itu ini.. haddoiii...haha.. memang habiss banyakkkk sangat kan apatah lagi bila balik dari UK ni..huh huh..duit keluar macam air sungai mengalir deras..nak nak lagi air sungai yang nak terjun ke bawah.. air terjun! hehe



kalau difikirkan, di dunia ni..semua harta kita adalah milik allah..kalau allah nak uji, sekelip mata saja rezeki itu hilang.. tapi janji allah pasti, kalau allah ambik sesuatu dari kita, pasti Dia akan gantikan sesuatu yang lebih baik!!



saya yakin pada Allah..



okaylah..pagi-pagi begini saya online..saje je nak menunggu waktu Dhuha...jom solat Dhuha..


Tuesday, 9 August 2011

Keputusan!

alhamdulillah..selesai sudah semuanya..KPLI-PPC



result dah dapat dan sekali lagi alhamdulillah..CEMERLANG...sama dengan praktikum jugak...



pointer 3.87 je...alhamdulillah..walaupun tak dapat 4.0 tapi saya sudah sangat bersyukur..



sekarang tiba masa untuk menunggu keputusan posting pula..addoii..



mari berdoa banyak-banyak...



Ya Allah takdirkanlah aku kepada sesuatu yang baik..kerana aku sendiri tidak pasti apakah yang terbaik untuk diriku.. ameen..



Persiapan untuk melanjutkan pelajaran juga sedang dilakukan..semoga allah mudahkan..



Sekarang duduk di rumah saja..di bulan ramadhan ini saya mengambil kesempatan untuk bersolat taraweh setiap hari dan menghabiskan 1 juzuk al-quran 1 hari.. semoga istiqamah wahai Mahfuzah..






Saturday, 6 August 2011

Di Antara Tahajjud dan Dhuha

My passion..

itu ialah nama blog saya.. hehe

Dalam mengharungi kehidupan ini, saya sentiasa membuka ruang untuk diri saya belajar sesuatu daripada orang sekeliling dan alam sekitar.

Saya mengambil bidang pendidikan khas. Hm..sesuatu yang aneh bukan untuk seseorang itu memilih bidang yang kurang popular seperti ini.. Oh okay, kebanyakan orang akan pilih course yang popular seperti...

Law....

Engineering...

Medic....

Accounting....or...Businesss..,,

sounds cool right!!?

hehe..

Tapi kalau tanya-tanya...siapa kata nak pilih course...Special Education...apatah lagi Occupational Therapy..huhu...

bunyi kurang sedap la..hih hih hih

Tapi..i just want to share that my passion is not special education in the first place.. but it grew with me....

sepanjang mengambil course ini..i always thought that i was destined to this arena.. and if i am not happy with it, i am not be able to enjoy my life!!!

so..to make myself happy and tenang..i always think positive that this is my passion...

and..after several years..it does!!! i am into it..

alhamdulillah..alhamdulillah..kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak adil tapi bila kita menjalaninya dengan sabar..baru kita tahu yang hidup ini adalah yang terbaik buat kita.. saya selalu fikir dan rasa macam tu..

rasa tenang dan rasa Allah sangat menyayangi saya...

alhamdulillah..saya dah call my supervisor for my Masters and talked to her nicely..and she asked about my background bla bla bla.. and guess what she asked me???

'You nak tak jadi lecturer di UKM? You have a very strong background in Special Education..we are looking for someone like you...'

Ooo..Emmm...Geee...soalan apakah ini?

I said...I am a KPM scholar..bla bla bla...

But dalam hati..oh bahagianya kalau itu betul-betul berlaku..hehee...

Mohon doakan yang terbaik buat diriku..kerana saya bukanlah superwoman yang boleh buat semua benda dalam satu masa....

Semoga Allah takdirkan saya kepada sesuatu yang baik...

Saya sangat risau sebab tempat posting pun tak tahu kat mana lagi ni... adooii...janganlah dicampak-campakkan saya merata-rata...semoga Allah yang menentukan.. doa sajelah saya di sini..

P/S: Di bulan ramadhan..jom banyakkan amalan.. Selalu solat Dhuha, Tahajjud and baca Al-Quran...



Wednesday, 3 August 2011

Pasca Siswazah nga nga nga

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog saya..heh heh..ada lagi ke pembaca blog saya ni..sebab jarang update dah sekarang..biasalah..sibuk di rumah menguruskan kawasan rumah saya ni..heh..

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini....saya ingin menyampaikan berita gumbira kepada anda semua..sapa-sapa yang bertuah yang dapat baca ja lah yang tau ni...hehe..

Saya telahpun menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Masters in Special Education di UKM!!! bermula September ini..Alhamdulillah...

Syukur yang tidak terhingga kepada Allah..Allah semakin banyak menjawab doa-doa saya...

Sebenarnya saya tiada tempat bergantung melainkan Allah..walau apapun yang terjadi biarlah Allah yang menentukan yang terbaik buat saya..bukan orang lain yang tentukan..Saya meyakini kuasa Allah..

Allahuakbar..siapalah saya ni kan..

Haddoi...bila dengar cerita nak sambung2 ni...saya rasa macam nak pecah kepala la pulak..hehe.mana nak posting lagi..mana nak melangsungkan perkahwinan lagi..wut wut..dah bagi hint dah...hehe

Okay baiklah..mari kita berhenti setakat ini.

Saya mohon anda yang membaca entry ni mendoakan yang terbaik untuk saya.. semoga doa-doa baik yang anda semua titipkan untuk saya akan diperkenankan. Dan saya juga berdoa semoga keberkatan mengiringi anda semua!!!

Syukran jazilan!!

Tuesday, 19 July 2011

As it is.

menghargai kehidupan as it is..

kadang-kadang kalau kita nak rancang-rancang lebeh-lebeh pun..it feels like a bit mengecewakan kalau the plans didnt run as we want it to be.

so, apa yang penting..sentiasa berdoa kepada Allah supaya Dia takdirkan kepada sesuatu dan semua perkara yang baik..kita tak tahu apa yang terbaik buat diri kita..

Kadang-kadang kita suka sesuatu perkara tapi itu bukan yang terbaik bagi kita.. jadi..berdoalah agar ditakdirkan kepada perkara yang baik..

Wednesday, 6 July 2011

Crossing the Book..

okay..hari ini saya dah dapat buku Crossing The Lines yang mengandungi cerita-cerita tentang pelajar international di UK sana.. beli online dari website Newcastle University.. hehe..

Teruja okay dengan benda-benda macam tu..

Masa untuk membaca sekarang..

Selain mendengar berita-berita tentang keBERSIHan yang entah la tak tau bersih ke tak di media massa. Jom menilai. Saya juga layak untuk mengundi...saya harus ambil peduli!!!!

Jom!

Friday, 1 July 2011

okay sekarang sudah musim buah-buahan di Malaysia..

Mari melihat gambar-gambar menarik hehe...


Tuesday, 21 June 2011

Rezeki Lambat?

Sekarang masih lagi menikmati saat-saat indah di rumah.. hmm.. setiap hari akan bangun awal seawal 6.45pagi..hehee...

Sebenarnya saya seorang yang kena bangun awal pagi..sebabnya kalau bangun lebih dari pukul 8 pagi..kepala saya akan rasa sakit..adoii.. sebab tu bangun awal pagi adalah lebih baik selain dapat merasai nikmat pagi dan hari itu terasa begitu panjang sebab dapat buat banyak benda.. hihi

Lagipun mak saya memang tak suka orang yang bangun lewat.. so, sejak dari saya kecik-kecik lagi saya akan bangun awal-awal walaupun tak buat apa-apa..

Saya ada teringat kata-kata ibu kepada seorang sahabat baik saya...lebih kurang macam ni lah..and saya ada tambah2 sket..hehe.."Kalau bangun lambat..solat pun lambat..rezeki jadi lambat..rahmat Allah datang lambat..badan jadi malas..otak lambat berjalan..akal lambat berfikir..jodoh pun datang lambat.."

hehe..Saya suka kata-kata itu..sebab mak saya juga pernah mengatakan perkara yang sama kepada saya dan adik-adik..

Saya akui perkara itu ada benarnya kerana Allah menciptakan waktu pagi itu untuk kita nikmati dengan memulakan perkara harian.

Jadi, marilah kita sama-sama bangun awal..kemudian jangan lupa kerjakan solat Dhuha.. Sesungguhnya, didiklah hati untuk sentiasa melakukan solat Dhuha dan Tahajjud.

Mari beramal dengan Al-Quran...

Selamat diucapkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang membaca entry ini..hehe!!!!

P/S: Berdebar menunggu keputusan!!!

Thursday, 9 June 2011

mengejar bakal suami! opps!

okay...jeles jeles jeles..

kenapa nak jeles..hehe.. saje je nak jeles sebab ramai orang kawen dan bertunang these days.. and they are all my friends!!

lagi jeles tengok gambar diorang bersama tunang and suami/isteri tercinta di majlis-majlis itu..

hmm.. zaman sekarang kan..semua gambar dikongsi..best best best.. but for me..i am not that type of person..huh.

yes..saya memang letak gambar-gambar saya yang agak banyak tapi untuk meletak gambar bertunang di page FB adalah sesuatu yang 'that is not me' heehehe..

berlainan dengan gambar kahwin..dakpelah letak 1 or 2 album gambar kahwin [oppss, album!!] di FB supaya semua orang tahu 'u are not available for dating another man what-so-ever' tapi jangan dok letak yang daring-daring...i pun malu nak tengok you..

huh huh.. kejelesan melampau.. stress! heh

seronokla tengok diorang seme seme..tapi daku harus mengejar sesuatu yang lebih jelas dan pasti..

apakah itu? mestilah bakal suami..toing toing toing!!

Wednesday, 8 June 2011

Serendah Si Kebun

Alhamdulillah kini telah berada di rumah..

Hmm...dah bulan June 2011 kan? rasa macam baru je semalam balik dari Cardiff. [okay..tu melampau..hehe]

takde..saje je

sekarang ni dah balik Kedah for good..and i really hope that i can stay here in my hometown longer than i expect..hmmm harap-harap..saya sentiasa berdoa..

sebenarnya saya baru je habis interview SPP dan bakal menghadiri kursus INDUKSI pada akhir bulan ini..

letih jugak la nak kena ulang alik Jitra - KL pada saat-saat begini...tapi apakan daya..adoii..hehe

okay..saya rasa saya nak berehat..nanti saya akan kembali menulis dengan input-input menarik..hehee....