Tuesday, 4 November 2008

when i say i love OT

Hi again!!

today's lecture, we had a talk at The Lodge Rookwood Hospital where I was during my placement.

The talk is about wheelchairs. electric and manual wheelchair. we were offered to sit on the wheelchairs there and make ourselves comfortable. i had chosen a very comfy electric wheelchair to sit on.

opppsss...got things to do right now.. will continue whenever I am free~

Saturday, 1 November 2008

when i think i live in my own world

bila bersama kawan-kawan, tak terfikir langsung tentang kesunyian atau kesepian..

bila dengar lagu-lagu kesukaan dan menyanyi dengannya, terasa ingin sedunia mendengarnya..

inilah lagu kegemaran saya..for the time being..in fact, sebenarnye banyak lagi lagu but this is my fav at the moment. dont know why maybe the lyrics..the melody or maybe the singer.

who knows. i dont have any comments. haha..
Laskar Pelangi - Nidji
Laskar Pelangi - OST Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Tuesday, 21 October 2008

How I wish....

Alhamdulillah..hari ini genaplah puasa 6 Syawalku tahun ini... Sebenarnya inilah kali pertama dalam sejarah hidupku puasa 6 Syawal ku terlaksana.. entah kenapa, tahun ini,semangat untuk berpuasa Syawal sungguh membuak-buak.. syukur semuanya sudah terlaksana...alhamdulillah segala puji bagi Allah...


Aku tidaklah begitu fanatic untuk menulis blog kerana padaku blog adalah satu ruang untuk bercerita tentang diri sendiri..semuanya tentang kehidupan, kedukaan dan kebahagiaan yang dilalui dalam hidup.


I am not the type of person who simply telling stories of my life and let everyone to read it. [Confidentiality matters] haha. Tapi kadang-kadang terasa ingin berkongsi cerita..


Banyak perkara berlaku di Cardiff semenjak aku kembali ke sini untuk meneruskan pengajianku di tahun kedua [Occupational Therapy] . Setelah habis menyambut Hari raya di Malaysia, sambutan ‘open house’ di Cardiff tak abis2 lagi.. Setiap hujung minggu pasti ada ‘open house’ di mana2..sampai tak larat nak menghadirinya...[it is not about food, but friendship matters]

Weekend ni ada lagi bigger ‘open house’ host by Cardiff Keluarga di Cathays Community Centre.. hurm...asyik keluar je setiap kali weekend, bila la nak siap portfolio ku yang kena hantar 7th November ni... Harap-harapnya bolehla ku siapkan sebelum sampai waktunya....

2nd year Occupational Therapy...

Why I am so obsessed with those two words [occupational therapy]? Kalau nak difikirkan, OT is only a course yang tak sehebat macam course lain [eg:Medicine, Biotechology, Engineering, Law etc..] How ...I wish I were medic students..I wish I were Biotech students..I wish I were Engineering students...

They are all brill!! They learn Mathematics..they learn Science...they learn Anatomy..they learn about Microbs..they learn Physics...they learn about Laws and legislations.... and what I’ve learned in Occupational Therapy??

No Mathematics...no Microbs...no physics...a little about science..a bit about anatomy...not much on laws and legislations... How I wish I were brilliant who could take those courses...


[I suspected myself to have dyslexic symptoms..which lead me to the thought why I am not brilliant.... I will be diagnosed for dyslexia in November...Dyslexia will change my life to a better one]~~ Wish me luck!!

Wednesday, 15 October 2008

Autumn

Here the autumn comes~!!

Classes and lectures started!

Occupational Interruption

Professional Studies

Research!!


2nd year Occupational Therapy student!!

Tuesday, 23 September 2008

RAMADHAN

Ramadhan dan ...

Salam Ramadhan..bermula 1 September 2008, umat Islam di Malaysia dan sebahagian Negara Islam di dunia mula menyambut bulan yang mulia ini. Di celah-celah gelora kenaikan harga barang keperluan dan perdebatan politik tanah air yang tidak menentu, rakyat Malaysia tetap menyambut Ramadhan kali ini dengan meriah..

Gerai-gerai kuih muih dan makanan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Semuanya ingin mengaut keuntungan kesempatan daripada mereka yang berpuasa. Semoga mereka jujur dengan apa yang mereka lakukan.

Pada 2 September 2008, aku mula bertugas sebagai guru ganti di salah sebuah sekolah rendah di sini bagi menggantikan seorang guru yang bercuti sambil belajar. Takdirnya, aku mengajar murid Year 1 sekaligus mengambil alih tugas sebagai guru kelas mereka. Subjek-subjek yang aku ajar ialah Bahasa Melayu, Science, Mathematics, Art dan Health Education. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, aku sudah biasa mengajar subjek English tapi bukan Year 1. Alhamdulillah..terima semua ini dengan senang hati.

Mengajar Year 1 agak mencabar bagi aku..hehe...sebabnye...ada antara murid-murid ini tak tahun membaca lagi. Dalam kelas aku, ada 3 orang yang dikenalpasti tidak lancar membaca..susah juga fikir aku..

Tapi ibuku juga seorang guru Year 1, beliau banyak member nasihat tentang bagaimana untuk meng’handle’ murid-murid tahun 1 ini..

Guru-guru lain juga banyak menasihatkan supaya tunjuk sikit garang kepada mereka ini...(memang aku garang orangnya..haha).

Semuanya berjalan dengan lancar sejak hari pertama aku mengajar ..alhamdulillah..semuanya dengan pertolongan Allah.. mereka mudah untuk dikawal dan mendengar kata. Lega juga hatiku bilamana melihat telatah mereka ini..

Satu perkara lagi, tentunya mereka sangat lucu dan menghiburkan..
I love being a teacher..that is my passion..other than Occupational Therapy!

Walaupun sebagai guru ganti sementara di sekolah rendah..

Thursday, 14 August 2008

Pemulihan Cara Kerja


“Kakak, boleh saya tahu apa itu Occupational Therapy?”
Soalan yang bertalu-talu ditujukan kepadaku ketika Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 baru-baru ini. Agak sukar untuk aku jelaskan kepada mereka.
Occupational Therapy. Bunyinya tidak sehebat Medicine, Engineering, Pharmacy, Biotechnology ataupun Law.
Hendak menyebutnya juga susah...


Oc-cu-pa-ti-o-nal The-ra-py
Berbelit lidah...


Apatah lagi hendak mengingat...


Entry kali ini, akan ku ceritakan apa itu OT dalam bahasa yang mudah. Akan ku jelaskan kepada mereka yang bertanya. Akan ku ku ceritakan juga bagaimana dan apa yang aku belajar.


Occupational Therapy....
Mitosnya, ramai rakan ku menyangkakan aku belajar mengurut. Oh tidak. Aku tidak belajar teknik-teknik mengurut badan secara formal dalam course ini. Pernah sekali ketika aku ‘placement’ di Spinal Cord Department, Rookwood Hospital, salah seorang daripada OT technician di situ mengajar aku Hand Therapy Massage iaitu urutan fungsi tangan kepada pesakit. Sangat mudah! “Please see me if you want to learn - - > haha...”


Aku belajar konsep dan etika dalam merawat pesakit. Sedikit ilmu ‘psychology’. Cara meng’handle’ pesakit menggunakan alat-alat di hospital seperti hoist, wheelchair, splinting dan pelbagai alatan lain yang begitu canggih dan ‘mewah’(costly).


OT student juga belajar sociology, laws behind healthcare practices, biological background of common disease of OT patients. Contohnya seperti stroke (CVA), spinal cord injury, Parkinson, Neurology conditions, multiple sclerosis, cardiac and respiratory disease and osteoarthritis. Semua ilmu perubatan ini perlu diketahui oleh pelajar OT.


Occupational therapy....


Antara yang menarik ialah, course OT di Cardiff University tidak dinilai dengan peperiksaan. No exams. It sounds unbelievable, but that’s the truth. Walaubagaimanapun, assignments, courseworks dan VIVA akan dinilai dan diberi markah penilaian. Rasionalnya di sini mengapa kami tidak dinilai dengan peperiksaan ialah... “to be qualified as an OT, OT student do not need 2-3 hours sitting in exam hall answering questions on a paper. OT students need a lot of practical in real situations, learning through experiences.”


Learning by doing.


Oleh hal yang demikian, kami perlu menjalani practical bermula dari first year lagi. Aku telah menjalani latihan practical sebanyak 2 kali di tahun pertama. Sekali di Elderly Care Assessment Service (ECAS) dan kali kedua di Neurology Department, Rookwood Hospital. Kami di’wajib’kan untuk melakukan ‘assessment’ terhadap patient under supervision from an Occupational Therapist sepanjang tempoh practical selama 12 minggu. Sepanjang tempoh tersebut, seorang OT student akan dibimbing oleh seorang Occupational Therapist bertauliah (educator) dari mula hinggalah akhir tempoh latihan praktikal.


Sebenarnya terlalu banyak perkara menarik tentang jurusan Occupational Therapy yang pastinya tidak terluah di ruang yang sempit ini....


Sebagai pelajar tunggal pertama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diberi peluang mengambil jurusan ini di University of Cardiff, United Kingdom, I certainly deeply in LOVE with this OT course... One word to describe myself towards Occupational Therapy is.....PASSION....!!


Sekian...

Monday, 14 July 2008

my history

  • Not many people know their own history…history was just a record of one’s living..not that important but it’s worth to sit and think one about yours. Jangan menyesal dengan apa yang telah berlaku tetapi ambillah iktibar daripadanya. Things happened for reasons. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. nise 014.jpg

And….

My history starts with numbers …9886. Know what’s that mean? 9 August 1986. I was the first child who was born after 6 years of my parent’s marriage.

I love number 8, my favourite number!! Why? 8 is the only number that is physically balance!

Was born in my own homestate-Kedah. Raised in Penang until 6 years old. Moved back to my hometown-Jitra…my beloved hometown!!

Started school at SK Sultan Ahmad Tajuddin and ended my UPSR with 5As…one of the 41 achievers of that school.

Continued at SK Jitra, being top 10 students for 3 years in a row in exams and tests. Ended with 8As in PMR and excellent in both curricular and co-curricular activities.

Entered MARA Junior Science College in Taiping..first time in boarding school and away from family.. new experience and excitement began. Ended my school studies with 8As and 1Bs in SPM. Alhamdulillah…got the offer for Australian Matriculation (AUSMAT) in Biotechnology sponsored by MARA. Completed and passed my SACE (Examination Board in Australia), got offer from Adelaide University but didn’t manage to fly. It happened for reasons which I gradually realize why…

Was offered Engineering course at University Technology PETRONAS but I refused..reason? Not interested..no actually..I had my own reason for that…

Stayed here in Malaysia for another 2 years to finish my A Level Education UK bound with scholarship from Ministry of Education Malaysia..this was the reason why I am a year older than my mates now…but I am no different right..one year younger than my age? Haahaha..

Specialized in Special Education..being a ‘special’ teacher! Only 2 of us was offered, but I’m the only one who further in Occupational Therapy..one of the areas in Special Education. And here I am..doing my first degree in Bsc Hons Occupational Therapy in Cardiff University for 3 years…soon, will be in 2nd year…

Inshaallah..with His bless and help, I will succeed.