Sunday, 8 February 2009

Umur saya juga 22 tahun

Bercerita tentang umur dan usia.. ada orang cakap ianya hanya angka..
Ada orang cakap juga usia tidak bermakna apa-apa..
Ye ke? Bagiku pula usia umpama lilin..semakin lama..semakin pendek..

Sebenarnya majlis hari lahir Husna dan Yan adalah surprised buat mereka..selepas usrah di rumahku, specifically bilikku yang merah..

Lihat saja wajah-wajah kami..

Selamat Hari Lahir buat Husna dan Izyan .. My KPM mates and also jiran hehe...

Birthday mereka berdua yang disambut di bilikku yang merah..keke..



Inilah 2 orang birthday girls bersama hadiah mereka..


Husna dan Izyan adalah sahabat se-KPM, tapi mereka dari KYUEM. Mereka bakal menjadi guru Physics..dan aku pula bakal menjadi guru..hehe....

Rumah mereka hanyalah beberapa baru saja dari rumahku..mereka menggelar rumah mereka 'rumah cantik' hehe....

Itu saja tentang diri mereka berdua..hehe..nanti kalau cerita lebih2 bahaya..sebab salah seorang dari mereka sudah berpunya...hihi..

Kek yang sangat sedap ..tak taula sape yang buat sebenarnye..hihi


Inilah kek mereka..nombor di atas kek itu juga sebenarnya ditujukan kepada diriku..haha..


Malam yang sungguh bermakna..

Oh bilikku yang merah..sungguh stunning dengan background nye..hehe..


Oh ye petang tadi keluar dengan Mehnoor and Joanna..having great time in the City Centre..temankan mereka ber'shopping'...


Dari kiri : Mehnoor, me and Joanna..

Friday, 6 February 2009

Katak yang dimakan Ular

Berbual dengan ayah pagi-pagi ni..

Saya tanya ayah, 'Yah, cemana dengan negeri Perak la ni yah?'

Ayah pun bercerita..ayahku seorang guru..semua benda dia tahu..hehe...Kadang-kadang benda yang dia tak tahu, dia buat-buat tahu..itulah ayahku.. Sumber inspirasiku..

Rampasan kuasa..frog jumping..titah sultan..lantikan MB secara tergesa-gesa...mempertahankan kuasa..

Kalau dengar berita daripada TV kerajaan saja tidak cukup untuk menggambarkan keadaan sebenar. Tidak boleh menilai hasil dari berita mereka. Sungguh, kebenaran itu pahit. Kebebasan bersuara? Huh? Lantaklah dengan kebebasan itu!!

Apa sebenarnya tujuan mereka?

1. Apa tujuan mereka lompat daripada parti PKR ke parti Bebas? Sebab rasuah? Sebab ada tawaran yang lebih hebat daripada pihak BN? Mereka gila wang? Mereka gila kuasa? Sungguh hati manusia berbolak-balik. Antara wang berjuta dan penjara?

2. Apa tujuan pelantikan MB Perak baru secara tergesa-gesa?? Adakah ini bertujuan untuk mengelakkan pemilihan semula melalui pengundian daripada rakyat? Demokrasi atau strategi?

3. Apa halatuju PKR sebenarnya? Untuk merebut kuasa? Untuk berbakti kepada rakyat? huh! Soal rakyat sudah tiada dalam kamus mereka. Politik wang semata-mata. Oh, mungkin tidak! Mungkin mereka ada agenda tersendiri. Saya tak tahu.


Siapa yang untung disebalik semua kejadian ini?

Anda tidak nampakkah? Tentulah orang-orang yang berada di antara kedua-dua mereka. Yang berada di pihak PKR dan juga berada di pihak BN. Siapakah mereka? Patutkah saya nyatakan di sini? Hehe.. 'read between the line please'

Dan siapa yang akhirnya menanggung kerugian? Tentulah bangsaku sendiri..MELAYU....

P/S: Saya menulis kerana saya berfikir.

Thursday, 5 February 2009

'Fuzah macam buah OREN yang berjalan'

Inilah ID badge saye..hehe..kawan-kawan cakap, ianya cantik..betulke? memang cantik..


'Seperti adanya oh dirimu...'


'Menemanku waktu tidur..'

'Seperti indah sang rembulan..'


'Cahayanya menyinar..'


bait-bait lagu diatas menjadi nyanyianku sejak semalam..hehe..lagu dari band Sarawak kata cik Dayang, my OT mate..hehe

Hari ini snow turun lagi..tapi dah tak excited sangat, terasa macam biasa..

Hari ini pakai baju dan tudung warna oren.. Kak Yati housemate ku cakap '
Fuzah macam buah oren yang sedang berjalan..' Cett..taulah aku bulat kan.. Aku punya sebab memilih tema oren pada hari ini..OREN lambang keceriaan.. hehe..

Kak Faezah housemate ku lagi sorang pulak cakap,
'nanti senang nak nampak Fuzah dalam keputihan salji ni..' Pagi-pagi lagi diorang gelak-gelakkan aku..hish sabor je lahh..
Inilah Llandaf Rail station.

Pagi-pagi dah naik train ke Llandaf sebab my educator akan ambil di Llandaf Train Station untuk pegi OT meeting di Howel Dafan Centre in Penarth. First time naik train pagi-pagi...dengan salji yang memutih di sepanjang perjalanan. Sesampai saja di Llandaf, snow semakin melebat.. Besar-besar pulak ketulannya..

Station yang bersalji..

Aku dah takde perasaan sebab kesejukan menunggu di bawah pondok rail station itu.. akhirnya educator ku yang disayangi telah tiba bersama kereta comelnya.. Untuk pengetahuan, educator aku adalah seorang disability person. Kakinya 'tempang' (ini mungkin bukan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau, tapi untuk memudahkan gambaran). Aku bangga punya educator seperti beliau.. walaupun 'tempang' kerana penyakit POLIO yang dihidapinya namun beliau punya credibility tersendiri. Aku senang dengannya. Nak tahu umurnya berapa??? Guess what, beliau dah 58 tahun..tapi nampak seperti 45 tahun.. Aku sangat terkejut masa berbual dengannya pasal umur kami..

Oh ye lupa pulak, educator ku memuji warna OREN baju dan tudungku..hehe..
'nice colour!!'

Ramai yang bertanya, apa yang aku buat masa placement????

erm..banyak sangat.. untuk course OT, kami ada 4 practice placement semuanya. Yang kali ini ialah placement ke-3 aku. Oh dah 2nd year rupanya aku..tapi rasa macam baru semalam sampai Cardiff..

Ini Laura ketika placement pertama di Rookwood...dia sangat cantik..

Placement ku yang pertama di Rookwood Hospital, Elderly Care Assessment Service (ECAS). Memang dealt dengan orang-orang tua saja.. Tapi seronok sebab selalu keluar buat home visit.. setting ni banyak provision seperti frame, bed lever and etc to aid patients with their daily living.
Inilah barisan OT dan OT student di ECAS, Rookwood. Yang berbaju hitam tulah educator ku, dia sedang pregnant mase tu.. Sebelah aku ialah Pretty, student OT dan sebelahnya Brenda, Senior OT. Comelkan kami semua?

Placement yang kedua juga di Rookwood tapi di Neuro Rehab Ward. Yang ni paling hectic.. penat giler.. one assessment after another.. Aku banyak belajar tentang Brain Injury di sini..kenal doctor-doctor yang sombong dan nurse yang baik2.. Sorry kepada sape-sape yang belajar jadi doctor, tapi memang doctor-doctor sombong giler..Mentang-mentangla aku hanya student OT.. Aku sedar siapa diriku.. Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Di sini, aku buat assessment ke atas pesakit brain injury di ward seperti washing and dressing (assess bagaimana mereka mandi dan bersiap) , kitchen assessment (memasak bersama pesakit di daput hospital untuk melihat keupayaan mereka memasak secara independent), breakfast group (menyediakan sarapan pagi bersama-sama), shopping assessment (keluar membeli barangan keperluan bersama pesakit untuk assess bagaimana mereka boleh berdikari untuk shopping sendiri) dan juga powered wheelchair assessment (assess pesakit menggunakan kerusi roda automatik).

Inilah team masa di Neuro Rehab Rookwood. Yang duduk itu ialah educator ku..comel kan dia? sebelah ku ialah Emma, dia baru saja kahwin 6 bulan lepas..

Aku bersama educator ku..tahu tak umur dia berapa? Haha..mesti tak caye..dia berumur 42 tahun..hihi..belum berkahwin..masih mencari calon...haha.

Placement kali ni, bersama Community Mental Health Team di Cardiff Royal Infirmary (CRI), Newport Road. Setakat ni, ini yang paling best sebab relax giler, educator pulak kamcing giler. Staffs kat situ best2 semua, kadang-kadang ikut diorg jumpa patient kat luar.. Itu yang paling best!! Alhamdulillah..

Kali ni deal dengan pesakit mental yang mengalami masalah seperti depression, anxiety, mood swings dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak perkara yang aku belajar apabila placement..banyak lihat masalah manusia.. Ketika itu diri ini rasa syukur..rasa nikmat dengan apa yang ada...

Okaylah, nanti kita cerita-cerita lagi ye pasal OT..




Tuesday, 3 February 2009

Salji yang menemaniku...

Lihatlah warna baju dan tudungku..sesuaikan dengan tema warna musim salju..haha..


Ini adalah pemandangan dari tingkap bilikku di atas jalanan pada pukul 7 pagi rasenye..


Saya paling suka gambar ni...dengan snowgirl saya. Comel kan? Tapi belum siap lagi

Hari yang bersalji...Hari ini aku placement di Whitchurch Hospital. Bersiap-siap dengan warna baju dan tudung bertemakan salji salju musim sejuk di Cardiff..

Tak naik basikal sebab takut tergelincir licin dek salji yang tebal..lagipun takut nanti 'cramp' pulak masa tengah mengayuh di kala kesejukan yang melampau.

Naiklah bus ke sana..Kiri dan kanan sungguh indah pemandangan salji yang memutih.. Di sepanjang perjalanan dalam bus, nampak ada sekolah ditutup..budak-budak main salji di 'playground' bersama ibu bapa mereka. Bus yang aku naiki juga terkena balingan 'snowball' daripda budak-budak jalanan..buat terkejut aku je..

Lepas saje 'meeting' dengan Head of Occupational Therapy di hospital, kami (iaitu aku dan kawan Brunei ku, Yanti) bersama-sama melawat 'patient' ku di Heathwood. Kena pergi sendiri...kami berjalan dalam hujan salji yang lebat..Mula-mula excited..tapi bila dah lama-lama.penatla..abis mukaku basah..haha...


Saya dan Yanti di Whitchurch Hospital

Saya yang leka mengambil gambar salji..

Pemandangan di sepanjang jalan di Heathwood


Yanti bersama snowgirl saya..hehe



Saya yang khusyuk membuat snowgirl...


Saya suka tengok ni...



Ini adalah gambar snowman yang dibina oleh jiran depan rumah saya...hehe... Saya ambil gambar ni dari tingkap bilik saya..



Tapi hari ini sangat indah..hari yang tidak mungkin aku lupakan..


Saya bersama pohonan salju di Whitchurch Hospital yang damai...

Monday, 2 February 2009

Any Dream Will Do

May I return
To the beginning..

The light is dimming..everything is true..
Any dream will do..

The colours faded into darkness
I was left alone

Any dream will do..

'Ayah, salji dah turun di Cardiff'

Snow yang sangat lebat malam ini di bumi Cardiff..Alhamdulillah akhirnya muncul jua salji yang ditunggu-tunggu...lebat pulak tu..

Di luar tingkap, butiran-butiran salji masih lagi berhamburan..

Putih di atas kereta...di jalanan..di pohonan... kelopak air menjadi beku...

Kanak-kanak keluar bermain salji..membuat snowman..snowgirl..bermain snowball dan macam-macam lagi...

Tadi telefon ayah..Cakap kat ayah...salji dah turun di Cardif...hehe.. Rugilah ayah tak datang masa salji turun...hihi...

Ayah tanya, apa pemandangan masa salji.. Aku cakap..putih..hehe

Ayah dah nak pegi sekolah dah..Tak boleh cakap lama-lama... Tapi kadang-kadang aku telefon je dia masa dia tengah mengajar kalau dah rindu sangat tu..aha..

Tapi sekarang tak rindu sangat sebab dah rasa gembira sikit..kiki..

Sebutir Salji yang hinggap di Bulu Mataku

Sejak hari Sabtu yang lalu, jadual harian begitu terisi dengan pelbagai aktiviti yang sihat. hehe

Mencari jalan ke Whithchurch Hospital dari Riverside hari Sabtu lalu di sepanjang Taf Trail, so hari ini berbasikal ke Whitchurch Hospital yang jarak masanya adalah 45 minit berbasikal dari rumah. Walaupun hari ini salji turun, namun hasrat untuk berbasikal tetap teguh dan utuh.

Hari Ahad semalam adalah hari yang membahagiakan..Kuliah Tafsir bersama Ustaz Nazri sungguh bermakna.. Manakan tidak, tafsiran surah An-Nur yang begitu mantap dari ustaz. Tak sabar menunggu kelas yang akan datang untuk menanti kesinambungan kisah surah An-Nur, Alhamdulillah..seronok sangat...

Seperti yang diceritakan oleh junior OTku, dia membonceng basikalku sewaktu pulang dari kelas tafsir.. Alhamdulillah, taklah beban sangat bawa dia sebab ringan..hehe.. tapi alih-alih dia terpaksa juga turun ketika melalui jalan berbukit.. haha..haha.. Kenangan itu pasti tidak aku lupakan.. Kalau kat Malaysia, aku tak kan buat lagi aksi-aksi berbasikal seperti itu..malu kot.. Kalau kat UK ni, boleh dimaafkan sebab orang kat sini jenis tak peduli dan tak pandang-pandang..

Balik dari kelas tafsir, terus meluru ke kedai Cina di hujung jalan rumahku, sebab nak tengok tarian Naga sempena tahun Baru Cina..best-best..sempat aku bergambar bersama tuan punya naga tu..tapi gambar tu ada dalam blog cik Dayang junior OTku..

Makan angin di Cardiff Bay selepas itu ----- sungguh mengasyikkan..menyaksikan tarian tradisional istana Britain di Wales Millenium Centre. Seronok-seronok..nak menari jugak bersama mereka ..tapi..erm...kena ada partner sendiri.. Saya pulak tiada partner untuk menari.. Mission : mencari partner untuk menari... Step-step tarian tu dah ingat dah...hehe..practice makes perfect..kekeke.. and kena cari skirt kembang dan labuh untuk menari bersama partner..untuk pusing-pusing supaya kelihatan cantik..

Jalan-jalan bersama sahabat dari Manchester, Waniey yang baru kenal semasa berbasikal ke Whitchurch bersama Izzati. Satu lagi jalinan ukhwah yang terbentuk. Alhamdulillah..seronok..

Dan juga adik-adik comel, Farhah dan Izzah yang bersama makan angin di Cardiff Bay. Housemates ku Kak Faezah dan Kak Yati juga join kami semua.. Cik dayang pun ikut jugak sebenarnye..katanya tak pernah datang Cardiff Bay.. Ish..ish..dah sekerat tahun dok Cardiff tak penah pegi Cardiff Bay. Masa aku first year dulu, Cardiff Bay adalah destinasi pertama selepas seminggu menjejak bumi UK ni.. Simpatiku pada Dayang.. hehe

****************************************************************

Hari ini Isnin, Mandatory Training di Whitchurch Hospital seharian aku di sana. Blog ini ditulis sebaik sahaja aku pulang dari Whitchurch Hospital..sekadar untuk menghilangkan penat. Hari ini salji turun di Cardiff. Aku tak pasti sama ada rakan-rakanku di sini dapat menikmatinya atau tidak..hehe..sebab salji di Cardiff light saje.. Tapi aku menikmati salji yang turun di Whitchurch Hospital, ketika dalam perjalanan berbasikal pulang..sepanjang jalan..

Ini kali pertama aku berbasikal dalam keadaan salji yang turun, sebelum ini hanya air hujan yang memberati bulu mataku.

Tapi kali ini, butiran salji-salji pula yang hinggap di bulu mataku..haha... Sungguh membahagiakan..