Monday, 9 March 2009

Janganla begini..'Saya sayang kamu'


Entahlah laptop ni...asik buat hal aje... Kejap-kejap dia pengsan.. Entah kenape tah.. Dibelai sudah..diusap pun sudah.. didodoi pun dah...

Nak ape lagi wahai laptop ku sayang...

Erm...Kalau ditakdirkan dirimu sudah tidak lagi kumiliki....apakan daya..hanya Dia yang tahu...

Mula-mula dah fikir macam-macam...abisla macam ni kalau laptop kesayangan ni rosak... Kena beli baru....abisla...abisla...

Hatiku berbisik, kalau ditakdirkan aku terpaksa beli laptop baru, maknanya tiadala rezeki ku....Allah punya perancangan yang lebih baik... Lagipun laptop ni sudah bertahun-tahun lamanya...

Laptop pertamaku...hadiah dari ayah tanpa permintaan dariku...[ni betul okay, tak minta pun kat ayah, tetiba je ayah ajak pegi kedai laptop..pastu suruh saya pilih nak yang mane, saya pilihla sebab ingatkan dia nak beli untuk diri dia sendiri, tup-tup rupanya laptop ni menjadi milik kekalku di dunia fana ini]

Terima kasih ayah.

Oh ye, baru teringat, laptop ni hadiah dari ayah sempena hari lahirku yang ke 19...Bulan August 2005 laptop ini dibeli... Lepas tahun 2005, saya dah tak dapat hadiah dari ayah dah sampai sekarang..haha.. [ Alhamdulillah, ayah ada pun jadi hadiah buat kakak] [Kakak tak kesah...]

Oh laptop ku...janganla begini...
Saya sayang kamu...
Kamu sumber inspirasiku...
Di dalammu, tinggalnya kawan-kawan ku...
Hehe...

Di dalammu tersimpan jutaan rahsia kehidupanku..
Segala memori ku adalah memorimu...
Kamulah peneman di kala duka dan derita..
Di kala bahagia, kamu juga selalu menyanyi untukku..

Namun satu saja yang tidak mampu kamu lakukan...
Kamu tidak dapat memasak untukku...
Di kala aku kelaparan..aku meninggalkanmu..untuk mengisi perutku...
Haha..

p/s: Ape punye merepekla entry kali ni... [Mahfuzah...geleng-geleng kepala]

Saturday, 7 March 2009

Tentang Kehidupan Lampau

Inilah pintu hadapan Tower Building... bangunan ini adalah sangat strategic kerana dekat dengan Laundry, Security dan juga Reception..


Sila lihat....cuba teka apakah bangunan itu..hehe.. Yezza betul!!!! Itulah Millenium Stadium..boleh dilihat dari Uni Hall...ini menunjukkan betapa tingginya kawasan di sini...hehe..


Inilah Laundry Uni Hall..saya selalu basuh baju di sini..Seminggu sekali..kadang-kadang 2 minggu sekali..hehe... Haa..mesin yang nombor 3 dari kanan tu adalah favourite saya..selalu cop yang tu..


Ini pemandangan ke arah bahagian kanan bilik saya, bangunan Coachman dan Birchwood House.



Inilah bangunan saya tinggal suatu ketika dahulu...Bilik saya adalah yang ke-4 dari bawah..kedua dari kiri...hehe..




Pemandangan dari tingkap bilik ketika pagi menjelma..




Pemandangan dari tingkap bilikku ketika senja...

Cantikkan University Hall...saya rindu akan pemandangan dari bilik saya di Tower, Uni Hall... Setiap petang, menikmati hidangan makan malam romantis sambil menyaksikan panorama indah matahari tenggelam.. Kelainannya ialah...saya hanya berseorangan...bukan berduaan..hehe..

Itulah University Hall saya. Walaupun kawan-kawan cakap Uni Hall jauh, tapi saya tetap menafikannya..mana ada jauh.. Sekarang, kalau saya berbasikal ke Uni Hall dari rumah saya sekarang di Riverside, hanya mengambil masa selama 25 minit sahaja. Tak jauh kan..

Allah mencampakkan saya tinggal di Uni Hall ada sebabnya..saya banyak berjalan mencari jalan-jalan shortcut ketika tinggal di sana. Saya banyak berjumpa orang-orang yang baik dan juga kurang baik dan saya belajar 'sesuatu' dengan mereka. Banyak 'perkara' berlaku ketika saya di Uni Hall...

Perkara-perkara itulah yang mengajar saya erti hidup berdikari, tidak bergantung pada orang lain, berhati-hati dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali yang cuba berkawan dengan kita, menghormati rakan-rakan se-flat dan juga menghargai erti sebuah persahabatan.

Sekian, coretan tentang kehidupan lampau saya..haha..

'Suara kakak tak sedapla..'

Sudah setahun lebih blog ini ditubuhkan..seingat penulis, bulan February 2008.

Tapi setahun yang lepas entry-entry dalam blog ini lebih kepada karya-karya creative writing dan tidak menjerumus kepada diary kehidupan. Sebenarnya penulis ingin mengelakkan blog ini menjadi seperti diari kehidupan tapi matlamat sedikit terpesong apabila mood untuk blogging membara.

Seeloknya penulis perlu menegaskan misi dan matlamat penubuhan blog ini. Sebelum ini ada juga menulis blog tapi blog tersebut telahpun dipadamkan kerana isi kandungannya terlalu personal dan peribadi. [Hehe..sopannye bahasa]

Okay-okay. Bosan-bosan. Minggu-minggu kebelakangan ini begitu ketat dengan jadual aktiviti setempat di Cardiff. Tidak terhitung jumlahnya. Hehe..tapi itulah kemanisan yang dapat dirasai.

Majlis qiam semalam sungguh menyentuh hati penulis kerana penulis yang semakin sedar amalan beliau tidak istiqamah.

Agama itu ialah amalan. Kalau tidak beramal, apa gunanya agama.

Kalau tension, mintalah ketenangan daripada Si Pemberi tension itu. Siapa dia?? Allah SWT. Solatlah taubat setiap malam...solatlah hajat...solatlah tahajjud. Bacalah Al-Quran, amalkan isi kandungannya.

Kelas Quran pagi tadi belajar Taranum...teringatla pulak zaman-zaman sekolah menengah di SMK Jitra..masuk pertandingan hafazan...pertandingan Tilawah...hehe... Walaupun menang, tapi fikirkanlah...tiga peserta yang bertanding, saya dapat tempat ketiga...apa maknanya itu???!!!

Pernah sekali pergi kelas belajar Taranum Exclusive ni...Mak bayar and suruh pegi... Tiap-tiap malam Isnin dengan Khamis, ayah hantar... Kadang-kadang ayah join sekali kelas tu sebab dia bosan nak tunggu saya habis. Pastu dia cakap..

'Suara kakak tak sedapla...'

Terus saya berhenti belajar kelas Taranum tu. Haha..begitu la ceritanya... Sampai sekarang saya masih teringat-ingat kata-kata ayah...hehe..

Terasa jugak 'inferior' dengan kenyataan hakiki itu sampai sekarang..haha...


Tapi masa kat INTEC pernah masuk Tilawah dan Hafazan jugak, tapi only MUSLIMAH la..
Hehe..tak expect pun nak menang, Alhamdulillah tempat PERTAMA. Hafazan tempat KEDUA. Terima kasih Ya Allah.
Hadiah yang diberi ialah hand luggage bag. Dengan bag itulah saya bawa datang ke UK ni masa pertama kali sampai di sini. Sekarang bag tu dah rosak sebab telah dirosakkan oleh seorang Pak Cik Taxi di Dublin. Hampess punye pakcik taxi...

Okay, nanti sambung lagi.

Thursday, 5 March 2009

You and So..

You laughed at my weaknesses

so I feared to show them



You troubled on my dreams

so I dreamed alone



You were too busy to listen

so I never spoke



You handled my secrets indiscreetly

so I ceased to share them



You were insensitive to my needs

so I hid them from you



You never seemed to understand

so I stopped trying to communicate



You wouldn’t let me near you

so I kept my distance



You cared for my physical needs

so my soul became impoverished



You drove me into myself

so now I am imprisoned

Tuesday, 3 March 2009

.:Contemplated:.

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda;
Maleh nak copy...hehe..

2.Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda;
Cik Dayang, my junior OT Cardiff University.

3.Setiap bl0gger hendaklah menyatakan 10 fakta/h0bi diri sendiri;

I am Mahfuzah.
Occupational Therapy student base at the Links, CRI with Mary (educator) and Jackie (educator angkat).
I have another 2 weeks left to finish my intervention placement.
I really enjoy my placement - more relaxed this time.
Saya anak sulung daripada 4 adik beradik.
My birthday is on 9th August every year.
I love colours especially RED and GREEN. Not a good combination really.
My research project is about depression and stress, coping strategies.
Saya suka berkebun, saya sedang tanam bunga sekarang, harapan agar bunga-bunga akan tumbuh nanti.
Cita-cita saya adalah menjadi seorang.... [Fill in the blank with your own words..hehe]



4.Anda perlu memilih penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di bl0g anda;
Seseorang yang sudah tidak aktif lagi menulis blog sekarang tapi dia suka baca blog saya. Siapa dia? 'Siapa makan cili, dialah rasa pedasnya' [hehe]

Sunday, 1 March 2009

Sesuatu yang hilang akan ditemui semula

Berfikir tentang kebahagiaan bererti berfikir tentang apa yang berlaku sebelum dan apa yang berlaku selepasnya. Terkadang, berfikir terlalu jauh juga boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri.

I'm Alive

I cant wait for all of this to finish..I mean,I want to go home. I want to complete my degree and go back to Malaysia, marrying somebody and be a teacher. I cant wait. I JUST cant WAIT.

Bukan tak suka tinggal di sini...Cardiff is a peaceful place... I love it all. I appreciate everything here...the people...the kindness...the knowledge...the experience...the love...

But but..I want to live in my hometown...Jitra...my home sweet hometown.... I am so proud of being Jitra-ian..Haha. I am proud of being an SMK Jitra student.. I love my former friends.. I miss them very much..

I remember we formed a study group together for our PMR...haha..kelakar2.. Study group yang tak jadi. We ended not studying but wandered around in Jitra Town.. haha.. We cycled together in a BIG group.. Zaman sekolah berbasikal bersama kawan-kawan... I really miss it..