Sunday, 22 March 2009

Tentang 'Kota Bharu'

Dengan kesibukan sepanjang weekend ini..hampir terlupa bahawa saya akan berangkat ke Newcastle untuk cuti musim bunga nanti untuk menemui sahabat-sahabat semasa di INTEC dulu.. Nik Amelina, Amni Safiah dan Dayana. Saya memang merindui mereka. Sudah lama dipendam perasaan ini. Hehe...

Masa nak pilih-pilih university dulu, mereka bertiga bertekad mahu ke 'Kota Bharu'. Tapi saya pula tidak boleh ke sana kerana pilihan university yang ada jurusan Occupational Therapy sangat terhad kepada Cardiff, Southampton, Brunel, Edinburgh. Tempat yang begitu berbeza antara satu sama lain. Mula-mula, pilihan pertama saya ialah Southampton. Kedua ialah Cardiff, tetapi selepas beberapa minggu, saya tukar pilihan pertama Cardiff, kedua Brunel.. hehe... Lihatlah sekarang, sudah ditakdirkan Allah, saya tercampak di bumi Wales ini......hehe..

In, Meni and Dayana pula pilih Newcastle sebab mereka mahu tinggal di Kota Bharu.. Maklumlah..mereka orang-orang Kelantan...Sungguh kuat pegangan mereka ....hehe.. Tapi di Cardiff pulak ramai orang Kedah.. Cardiff dipenuhi orang-orang Kedah...hehe..sesuai-sesuai..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Mungkin Allah ingin menguji sesuatu kepada.. Ish-ish...

Tapi Alhamdulillah Cardiff ni sangat peaceful...orang-orangnya..tempatnya..dan semua berkaitan dengannya... Semoga ia berkekalan.. Inshaallah..

Berbalik kepada Kota Bharu..In, Meni and Dayana..'tak sabar nak gi tempat mu...'

Saturday, 21 March 2009

Thank you for coming~

Inilah barisan OT dan Gigi...hehe..


Anis...Mia and Yah...


The big family...heehe..inilah semua tetamu jemputan yang hadir..




My beloved best friend in Cardiff..Husniyah.. Some people say, muka kami nak sama... Biasela, anak-anak pakcik Zainol..hehe.. Cuba teka yang mana satu kakak and adik... huhu..

P/S: Kemana jua daku pergi, mesti ada orang yang mukanya hampir sama dengan ku dan kebetulan pula, kami sentiasa berkawan baik..hihi...

Yah, i think i have to find someone yang muka nak sama dengan aku to be my husband..hehe.. What do you think? Kui kui kui...


Tetamu-tetamu terawal yang datang...

Thursday, 19 March 2009

Entah apa mimpinya malam itu..

Dia duduk di kerusi malas itu. Memandang sekeliling biliknya. Merah. Bersulamkan putih. Dia suka suasana merah. Baginya, merah adalah sumber kekuatan. Dia lemah. Merah itu membuatkan perasaannya kuat. Sekuat cahaya mentari yang merah di musim bunga. Errr..bukankah cahaya mentari di musim bunga berwarna oren..hehe..salah-salah cahaya mentari di Malaysia lebih sesuai.

Dia memandang ke arah sudut dinding putih. Seekor ular sawa hijau membelit lampu 'study'nya. Comel. Dia juga sukakan hijau. Hijau lambang ketenangan. Alam ciptaan Tuhan. Hatinya dekat dengan alam. Dia merindui pemandangan sawah padi yang menghijau di belakang rumahnya. Tapi apakan daya, musim panas belum tiba.

Sedang dia memerhatikan keadaan biliknya, dia terpandang sekuntum bunga mawar merah besar yang melilit di kerusi malasnya. Merah dan cantik. Daunnya hijau. Kombinasi yang berkesan. Warna kegemarannya. Dia memiliki bunga mawar besar itu sejak tahun lepas. Dibeli di Barcelona, Spain ketika berkunjung ke sana. Puas hati.

Dia pun mengalihkan pandangan ke arah katilnya yang putih bersih. Seputih kapas. 'Baru basuh', bisik hatinya. Dia inginkan hatinya seputih itu. Dia berusaha. Dia teringat kata-kata ibunya, 'kalau hati kita bersih, orang pun suka'. Susahnya nak bersihkan hati. Solat taubat setiap malam pun susah nak buat.

Dengan langkah yang longlai, dia pun bangun daripada kerusi malasnya. Duvet yang berwarna putih itu menggamit-gamit untuk didakap. Dia pun hanyut dibuai mimpi...entah apa mimpinya malam itu.

Wednesday, 18 March 2009

inilah educator saya..

alhamdulillah placement bakal berakhir esok
tapi educator sudah sign semua nya
maknanya sudah PASS ini placement

alhamdulillah


hari ini educator saya belanja saya makan tengahari
beliau juga belikan saya sumber vitamin C (hehe, itu adalah buah oren)
kami makan bersama-sama

saya bagi hadiah 'brooch' yang saya suka pada educator saya
warnanya 'silver'
beliau sangat sukakannya

saya pun gembira

ini adalah gambar beliau bersama saya




saya pasti merindui semua pengalaman manis bersama dengan beliau
beliau sangat kelakar
saya pasti ketawa bila bersamanya..hehe

esok saya takkan jumpa beliau lagi sebab beliau mula bercuti selama 2 minggu
saya sangat suka bekerja dengan beliau

opss lupa nama beliau Mary XXXX (hehe)

Thursday, 12 March 2009

The 'Witch' Hospital

Whitchurch Hospital..

Seminggu kadang-kadang 2 kali saya perlu pergi ke Whitchurch Hospital untuk Student Support Group bersama OT students dan Occupational Therapists di sana.. Setiap minggu agenda kami berbeza..nanti saya cerita lagi pasal ni..

Hari ini berbasikal ke sana buat kali yang terakhir untuk placement kali ini... Minggu hadapan adalah minggu terakhir placment..Alhamdulillah nearly there... Educator pun dah bagi 'hint' yang dia cakap saya boleh LULUS..Alhamdulillah...double Alhamdulillah..semoga Allah tetapkan hati educatorku supaya aku LULUS..Ameen..

Walaupun sudah beberapa kali datang ke Whitchurh Hospital, tapi jarang sekali saya jalan-jalan kat dalamnya.. Ye la..saya takut sesat.. Lorong-lorong di dalam hospital ni agak sunyi dan menakutkan..semuanya lorong-lorong yang panjang..hanya sesekali bertemu nurse atau pakcik ambulans atau doktor di tengan jalan..

Bangunan hospital ni bersambung-sambung..macam terowong bawah tanah ..macam 'rabbit warren' . Cumanya ia di atas tanah...

Tadi, setelah selesai Student Support Group saya ambil peluang untuk jalan-jalan di sini...masuk lorong itu.keluar lorong ini..kemudian jumpa balik pintu depan..haish pening sungguh la..

Kemudian saya masuk dalam Chaplaincy...saje nak tengok-tengok...rupanya ada exhibiton di situ..saya melangkah masuk, lalu disapa oleh mak cik kat pintu.. 'How can I help you?'

'Oh, I'm just looking around.'

'You are not allowed to enter this room until tomorrow.'

'Alright, but why?'

'There will be an exhibition tomorrow.'

'I see, what sort of exhibition?'

'Oh yes, actually this hospital will be closed for construction because its condition is no longer safe to fit in many patients. So, the exhibition is about giving information to the patients about this.'

'Oh really. Oh, okay thank you for the information.'

Saya melangkah keluar..patutlah bangunan hospital ni buruk semacam je...rupanya nak re-construction. Erm.. Saya berjalan-jalan lagi dan kemudian ternampak plat di dinding kiri kanan..Ohh..rupanya hospital ini sudah berusia beratus-ratus tahun.. Patutla rupanya macam biara lama...menakutkan...

Sudahlah..saya pun berjalan ke Dining Hall, untuk lunch bersama bekal yang dibawa dari rumah. Menu --> nasi kicap bersama telur.hehe..sempat pagi tadi goreng telur.. Sambil-sambil makan melihat 'OT diary' untuk hari ini.

Pukul 2.00pm ada appointment dengan patient di Heathwood. Adoii...nak kena naik basikal naik bukit lagi...tercabut lagi la kepala lutut saya macam ni...Penat mengayuh...hehe...

Baiklah, sekarang dah pukul 1.15pm, lokasi sekarang di Heath Hospital..Oh, tak solat lagi..Solat dulu and then gerak ke rumah patient and then terus balik..Yeayyyyyy!!!!

Wednesday, 11 March 2009

Hati saya kecil

Kalau kita boleh jaga hubungan kita dengan Allah, kenapa kita tak boleh jaga hubungan kita dengan manusia? Iya benar Allah adalah segalanya tetapi bukankah jalan untuk masuk ke syurga-Nya adalah menjaga hubungan baik sesama manusia.

Tidak menyakiti hati sesama kita..
Tidak berhasad dengki sesama kita..
Tidak menganggap atau memandang rendah terhadap kemampuan orang lain..
Tidak berbual tentang sesuatu perkara yang boleh mengecilkan hati sahabat yang lain..
Tidak membelakangi sahabat yang berada di sekeliling kita...
Dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang kadang-kadang kita tidak prihatin..

Perkara-perkara kecil itulah sebenarnya yang membuatkan perkara itu jadi besar..

Setelah me'reflect' tentang apa yang telah berlaku..kesimpulannya..

Walaupun kita menjaga baik hubungan dengan Allah, tapi kita juga perlu menjaga hati dan perasaan orang lain juga sesama manusia..
Walaupun mereka hanya manusia yang hina tapi siapa kita untuk menilai mereka..mungkin mereka lebih disayangi oleh Allah berbanding diri kita..Hanya Dia yang tahu..
Walaupun kadang-kadang kita rasa kita sudah hebat, sudah banyak ilmu, sudah pandai, tapi siapa yang lebih hebat?? Allah boleh tarik segala nikmat Iman dan Islam dalam sekelip mata kalau kita takbur, ujub dan riak..

Saya tak nak jadi macam tu..saya nak jaga hubungan sesama sahabat saya..Saya sayang mereka...Walaupun mereka tidak suka saya, saya tak kesah asalkan Allah tahu hati saya ikhlas...

Saya tidak akan membelakangi mereka..Saya banyak belajar daripada mereka...Mereka terlalu banyak membuat saya berfikir.. Dan daripada itulah saya belajar...

Bukankah setiap orang yang kita kenal dan jumpa ada sebabnya kenapa Allah temukan kita dengan dia...??

Saya tiada hak untuk menilai..

Terfikir, bila kita buat sesuatu yang baik manusia tidak menghargai...Tapi siapa kita hendak menilai penghargaan yang kita dapat daripada manusia berbanding penghargaan daripada Allah..

Saya akui saya banyak kelemahan....saya berusaha menmbersihkan hati sendiri...menghargai orang lain dan juga menghargai Dia yang menciptakan...

Banyakkan bersabar dengan mereka..mereka hanya manusia..kalau mereka berbangga dengan amalan mereka..adakah aku patut ikut sama? Tidakkah itu namanya ujub...riak..takabur..?? Kalau aku ikut sama, sama saja aku dengan mereka.

Benar, kita ingin tampil yang terbaik di hadapan sesiapa sahaja.Tapi bukankah Allah lebih tahu?? Aku terasa rendah diri dalam setiap apa jua keadaan... I am powerless. Tapi keyakinan ku hanya pada Allah.. Dia yang menciptakan.. Tiada satu benda di dunia ini diciptakan dengan sia-sia..walaupun ia tumbuhan yang berduri....

Kita kenal sesorang itu ada sebabnya...ada sebab Allah jadikan kita mengenali sahabat kita ... Mungkin Allah ingin tunjukkan contoh yang baik ataupun tidak baik... Kita mampu berfikir bukan?? Doakan semoga Allah beri petunjuk kepada yang baik. Kasihilah sahabat-sahabat di sekeliling anda regardless what they had done to you..Neglecting you or you feel neglected by them..

Kita tidak berhak untuk menilai...Allah saja yang tahu..