Thursday, 14 May 2009
10 sebab saya suka...
Hish rasa sayang pulak nak tinggalkan 2nd year yang penuh bermakna ini..huhu..
10 sebab kenapa saya suka pengajian saya di 2nd year tahun ini ??
1. Saya suka groupmates saya tahun ini.. Group D : Lois, Martyn, Claire, Charlotte, Brenda, Kate and Laura. Diorang ini sangat supportive. Compare to last year punye groupmates, selalu conflict sesama kitorang, but this year, everyone is very nice to each other. Nanti saya letak gambar diorang ye... Ala..tahun depan re-shuffle balik groupmates yang baru. Semoga Allah takdirkan saya dapat groupmates yang supportive lagi.
2. Saya telah berjaya memahami OT principles and concepts dengan lebih mendalam tahun ini. Compare to last year, saya kurang faham kerana saya baru lagi. hehe.. Alhamdulillah, kefahaman itu juga datang daripada Allah...
3. Saya rasa suka dengan kehidupan 2nd year ..hehe... saya suka bilik saya yang merah putih ini..
4. Saya banyak belajar memasak tahun ini... Hehhe..percaya atau tidak, saya tak reti masak sangat masa 1st year sebab saya tinggal sorang-sorang kat Uni Hall. Takdak sapa nak ajar saya masak. Masak sendiri-sendiri je..tak professional..hehe.. Tapi tahun ini..Kak Faezah dan Kak Yati banyak turunkan ilmu memasak pada saya.. Ditambah pula percubaan resepi-resepi baru daripada pemerhatian dan pemakanan di Malaysia. Apa yang penting dalam memasak ialah, 'Campak apa yang patut dalam kuali, pastikan rasa sedap dan makan!!' hehe..
-->P/S: Slogan di atas hanya apply kepada orang-orang yang tak suka berada dalam dapur lama-lama...tapi suka masak.....hihi~ Macam saya. kuang kuang kuang..
5. Saya rasa bahagia dan indah dalam kebersamaan ini..Alhamdulillah.. Bersama siapa? Bersama dia......... [nyanyi dalam nada nasheed Munawar]
6. Saya ada basikal tahun ni..hehe..dulu takde...
7. Saya dapat banyak 'special recognition' dan 'personal achievement' tahun ini..hoho..Alhamdulillah..
8. Dulu, saya banyak beli hadiah untuk orang lain tapi tahun ini, saya sudah mula menghargai diri saya sendiri dengan membeli hadiah untuk diri sendiri...
9. Saya melawat kawan-kawan saya di Newcastle tahun ini. Tahun lepas, saya tak sempat pun melawat diorang kerana asyik berjalan-jalan di luar negara setiap kali cuti panjang... Bayangkanlah, dalam masa setahun (2007/2008), saya dah pegi 9 buah negara..Memang itu hakikatnya.. Tahun ini, saya tak kemana-mana..kerana saya sudah penat berjalan... [hehe..ye ke..]
10. Tahun ini ada snow di Cardiff...hehe.. Merasai snow di tempat sendiri..tahun lepas, pegi cari snow kat Swiss Alps di Switzerland je... Jauh bebenorr....
Tuesday, 12 May 2009
Melukis Impian....
Ceritanya begini..
Pada Khamis lalu ialah Team Working Presentation. Presentation ini adalah berkaitan tentang OT role within the chosen setting in Mental Health, Physical setting dan lain-lain lagi yang OT terlibat.
Setiap kumpulan mesti pilih setting masing-masing dan present tentang setting kepada cohort pada hari presentation. Pelbagai teknik presentation digunakan untuk menambat hati audience. Presentation ini berbeza daripada sebelum-sebelum ini kerana kami semua akan di'evaluate' oleh group lain dan ahli-ahli dalam kumpulan.
Inter Peer Evaluation dan Intra Peer Evaluation. Kumpulan saya kumpulan D memilih setting Mental Health Service. Kami memang bekerja keras untuk hari presentation, setiap hari stay sampai lewat petang untuk memastikan kami practice untuk presentation itu.
Di hari presentation...
Kami semua agak terkedu dengan persembahan dari kumpulan-kumpulan lain (4 semuanya). Presentation mereka sangat mantap dan penuh gaya dengan 'interactive games' yang melibatkan audience. Ada 'role play'. Ada poster. Ada hadiah untuk audience jika dapat jawab soalan mereka dengan betul. [Saya pun dapat hadiah juga kerana mencuba jawab soalan-soalan mereka.hehe] . Ada yang present in a two-way presentation. Discussion session. Semuanya dilakukan dalam masa 30 minit.
Kumpulan kami..
Haha..kumpulan kami takde semua interactive games or role play or anything else. Kami lebih tumpukan pada content of the presentation. For example: Impact of OT role within the MDT and practice setting. Dan semua benda yang kami present focus kepada kekuatan information dan content. Tapi kami rasa itu kelebihan kami.
Apa yang saya dapat simpulkan, kumpulan kami paling boring. Paling dull...paling tidak ada interactive dengan audience. Semuanya ber'informative'...
Setelah evaluate kumpulan masing-masing...
Alhamdulillah..markah yang individual dapat memang memuaskan hatiku. Menghampiri an A. Lagi 3 markah nak A. Adoiii...takpe..itu rezeki lah tu...
Markah berkumpulan pulak lebih rendah daripada itu. Hurm..saya pun agak tak puas hati sebenarnya. Sebab-sebab:
1. Adakah kerana presentation kami yang focus kepada content di'evaluate' as that our group presentation mem'boring'kan?
2. In my opinion, markah untuk content adlah lebih banyak proportionnya berbanding dengan way of presentation. Say for example: 70% content and 30% presentation. Dalam situasi professional sekalipun, content adalah priority kan??
3. Bias berlaku di sini dek kerana presentation kami kurang menarik, kami di'down-grade'kan ...Hrrrhhhh.. Hidup ini memang tidak pernah yang adil. Padahal,kumpulan mereka yang lain tidak menekankan kepada info yang ingin disampaikan. Kalau cara penyampaian menarik sekalipun jikalau isi tak ada, buat apa kan??
Apa yang berlaku pagi tadi...??
Ahli-ahli kumpulan kami dan kumpulan lain masing-masing menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap cara penilaian dan pemarkahan. Pening kepala our lecturer yang sorang tu melayan karenah kami semua yang tak puas hati.
Masing-masing bertelagah menegakkan kebenaran dan menyatakan pendapat masing-masing. Jauh di sudut hatiku..Saya bersyukur dengan markah yang saya dapat beserta comments dan critics from my group members.... In fact, my groupmates semuanya okay dan rapat sesama sendiri. In every group meetings, semua orang tak pernah ponteng. Believe it or not? I love my groupmates. Group D the best group ever!!
Apa yang saya belajar hari ini?
1. 'Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita dapat.' That is how we were trained react to life situation. Tapi saya terfikir, kita tak sepatutnya menerima apa sahaja bulat-bulat apa yang orang lain critic terhadap diri kita or kerja kita. We did our part.We did our best but people simply ignored how much efforts that we've put on. Kalau benda itu betul, terima lah, tapi kalau salah, pertahankanlah. To give and receive constructive feedback.
2. 'Susah nak puaskan hati semua orang'. Yess. Ini memang betul. Puaskan hati orang ini, pihak lain pula akan berasa tidak puas hati. Susah kan?
3. Satu lagi, 'How we measure the degree of consistency?' Tell me... Consistency or in other word, 'ISTIQAMAH'. Kita boleh cakap kita consistent buat itu dan ini but to what degree it has been measured as consistent? Sedangkan tahap iman kita pun kadang-kadang turun naik dan berbolak balik.Iya kan??
P/S: Panjangnya entry ini...saya pun tak tahu kenapa hati asyik berfikir. Semoga hati saya yang berfikir ini tidak dipengaruhi oleh emosi. Harapnya akal saya dapat membantu untuk merasai...
Monday, 11 May 2009
Mata yang berfikir, Hati yang melihat, Akal yang merasai.
Persiapan untuk VIVA sedang giat dijalankan di saat-saat kesibukan orang lain mentelaah subject untuk peperiksaan. Memang benar, tekanan pelajar yang tiada exam dengan ada exam adalah berbeza, namun satu persamaan di sini ialah, UJIAN itu tetap ada cuma caranya saja yang berbeza.
Kami ada VIVA...sebuah presentation tentang 'case study' yang diberi. Persembahan adalah dalam masa 20 minit dan sesi Q & A selama 15 minit.
Pada tahun ini, saya dapat case study tentang 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)' yang dihadapi oleh seorang pelajar perempuan yang berumur 14 tahun.
Dah besar dia, tapi still exhibit symptoms ADHD. Kebanyakan 'previous studies' menunjukkan bahawa ADHD sypmtoms akan hilang setelah sesorang itu meningkat dewasa tapi ada juga yang tak.
Biarlah saya namakan budak perempuan bermasalah ini Aifa.. [hoho]. Erkk!!! Ok ke guna nama Aifa, takde orang lain yang perasan eh? Okay okay. Aifa.
Aifa ni bermasalah dengan academic, kurang memberi tumpuan dalam kelas dan susah bergaul dengan rakan-rakan di sekolah.Beliau suka menyendiri dan bermain-main dengan haiwan comel kesayangannya. Beliau tidak dapat mengawal kemarahan dan selalu pukul adik lelakinya yang berusia 6 tahun.
Kelakuan Aifa memang unpredictable dan sukar. Ibunya pening kepala dengan sikapnya itu. Aifa mengalami tekanan mental dek kerana ADHD yang dialaminya. Sekarang, beliau sudah mula menunjukkan symptoms yang lebih mencemaskan dengan mencederakan dirinya sendiri.
Akhirnya beliau di'refer' kepada pihak Occupational Therapist di Children and Adolescents Mental Health Service (CAMHS) untuk treatment.
Nantikan entry seterusnya tentang apa yang saya akan buat dengan Aifa dalam Occupational Therapy intervention. Huhaa~ Tunggu~
[BUSY] : Tapi still nak tulis blog. Blogging is addicted.
Friday, 8 May 2009
Alhamdulillah, macam tak percaya!
I received this email form British Council's International Students Awards regarding an essay competition entitled 'A letter home' . Allah Allah...sungguh terharu bercampur gembira... Semua ini kurniaan Allah..
Saya menyertai competition ini juga hanya kerana minat terhadap 'Creative Writing' yang mendalam. Semoga dengan minat saya ini dapat digunakan sebagai medium dakwah. Inshaallah...
"Congratulations on your success!
I am writing to thank you for entering the British Council’s International Student Awards.
We were delighted to receive your ‘letter home’, and to hear that you have been making the most of your time in the UK.
The competition was a tremendous success and attracted more than 1,500 entries from students representing 118 nationalities. I am delighted to inform you that our panel of judges decided that your entry deserved to be ‘highly commended’ and was one of only 36 letters awarded this special recognition, just narrowly missing out on becoming a runner-up in the regional finals - Many congratulations on getting this far.
The British Council launched the Awards to celebrate the achievements of students who come to the UK for a high quality education and to enjoy new experiences and challenges. Your letter will help us in our work to inform people around the world about the wealth of opportunities in the UK.
Thank you again for your time and effort. I wish you every success for the future.
With kind regards
International Student Awards Team"
Please click link di bawah untuk melihat senarai nama winners, runner-up dan highly commended.
Finalist Winners, Regional Runner-up and Highly commended
Wednesday, 6 May 2009
What Dreams are Made of?
Ketika berbasikal di Bute Park, bau klorofil menusuk ke hidung..ermm..sedap bau klorofil segar ni. Aku mencari-cari dari mana datangnya bau itu... Ohhh rupa-rupanya daripada pakcik yang sedang naik mesin pemotong rumput di seberang sana. Aku merindui bau klorofil ini sebenarnya. Teringat rumahku di Malaysia. Teringat ketika ayah sedang me'mesin' rumput di halaman rumah kami...
Tupai.
'Eh, ko perasan tak dah lama tak nampak tupai-tupai berkeliaran sekarang ni', kata Izzati ketika kami menikmati perjalanan pulang melewati Bute Park, Cardiff the historical City.
'Yeke, aku selalu je nampak. Siap kene berenti bagi laluan kat tupai melintas lagi', jawab aku. hehe..
Teamworking Presentation.
'It has been nice working for the presentation in this rainny, cloudy weather', kata Charlotte, groupmate ku masa kitorang tengah 'pressure' dok prepare presentation.
Dalam hati aku berkata, 'Sempat lagi dia dok pikir pasal weather....yang aku pikir, lapar je la..dah pukul 4 ni tak boleh balik-balik lagi dok siapkan benda ni ntuk presentation Khamis ni.' hehe
Harijadi.
Pada 4 May lepas adalah ulangtahun kelahiran seseorang yang istimewa dalam hidupku. Kini umurnya 23 tahun..hehe...dan aku juga bakal menjejaki beliau pada bulan August nanti.. Ohh sungguh tidak percaya!! Kami sama-sama meningkat dewasa~
Semoga kami dapat meniti hari-hari tua bersama-sama juga.. Ameen..Semoga Allah tetapkan..
Menghitung hari.
Lagi beberapa minggu lagi aku bakal menghirup udara panas dan lembab Malaysia. Inshaallah semoga Allah permudahkan perjalanan pulangku. Menemui orang-orang yang dirindui dan disayangi dan paling penting orang yang DICINTAI..hoho...
Doa.
Doakan saya untuk esok. Presentation saya untuk esok amat-amat penting dalam kalendar akademik OT saya.
Semoga berjalan lancar. Team working professional presentation. Dihadiri oleh semua healthcare professionals within Acute Mental Health settings.
Ameen...Semoga Allah bantu..
Tuesday, 5 May 2009
My Happy Ending


Selesai sudah report saya on Intervention Analysis berkaitan dengan Cognitive Behavioural Therapy.. Adoiii..assignment ni memang menguji minda dan emosi saya...
Nak siapkan tu punyalah susah dek kerna ilham dan mood yang tidak mendatang...Alhamdulillah semuanya siap..dan sekrang tinggal nak suruh Ilona check essay saya dan kemudian suruh Martyn baca..and then boleh submit...
Ohh..pressure tidakberakhir di situ..ada VIVA yang bakal menjelang..kali ni berkaitan dengan ADHD and intervention...adoiiii...kena research lagi...
Hari Khamis ada Team working presentation within Acute Mental Health setting.. Haaa...maaf kepada yang boring membaca pasal OT di sini...hehe... Doakan semoga presentation saya hari Khamis nanti berjaya dan cemerlang kerana akan di'assess' untuk final year OT saya...Semoga Allah bantu...
Perkara-perkara kuliah mengingatkan saya tentang future career saya nanti..saya tak nak jadi Occupational Therapist... Saya nak jadi teacher...saya suka kerja tu... Saya suka.. Walaupun orang cakap ia tidak seberapa.. Ada apa pada pekerjaan sangat...kalau hati tidak gembira.. Pilihlah pekerjaan yang membuatkan hati kita gembira walaupun ia sederhana...kan kan??
Saya suka jadi cikgu...Saya rasa gembira nak jadi cikgu. Tapi KPM cakap mungkin kami semua OT student di UK takkan dihantar ke sekolah..saya tahu perkara ni sebelum saya datang Cardiff lagi tapi saya anggap perkara itu tidak akan berlaku...Saya tak mahu terus dihantar ke bahagian admin Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pelajaran tanpa experience menjadi cikgu.... Saya rasa rugi sangat kalau itu berlaku...kerana 'passion' saya adalah menjadi cikgu....
Ohh Allah..semoga Engkau takdirkan sesuatu yang terbaik untukku..kerana aku sendiri tidak pasti apa yang terbaik untuk diriku.
.
Inilah idola saya dalam menjadi seorang guru...hehe..Beliau ayah saya...Banyak pengalaman ayah dalam bidang ini..Guru Cemerlang... Ayah banyak mengajar saya cara-cara untuk menjadi guru cemerlang dan berdedikasi..walaupun anaknya ini belum jadi guru bertauliah..hehe...
Friday, 1 May 2009
"Entahlah Labu..." kata Jambu-Biru
"Hurmmm..entahlah Labu...dia dah tak suka aku kot." Jawab basikal merah jambu-biru.
Perbualan mereka diteruskan....
"Sudah hampir seminggu dia beli aku tapi seingat aku, dia pernah naik aku sekali aje. Itu pun pegi Heath Hospital je, hari Isnin hari tu. Lepas daripada tu, dia asyik naik kau je. Kat aku dia tak peduli pun. Inilah nasib aku..nampak je cantik, tapi tak berguna." Kata Jambu Biru.
"Janganlah bersedih Jambuuu...takpe..aku rasa dia baru je nak suka kau tu. Mungkin dia belum serasi lagi dengan kau. Tunggulah dua tiga minggu lagi, maybe dia akan mula sukakan kau." Kata Labu.
"Aku rasa lain la sejak semalam..aku rasa dia nak bagi aku kepada seseorang. Aku dapat rasakan dia tak sukakan aku walaupun aku lebih cantik daripada kau. Semalam aku terdengar dia bercakap dengan sesorang tentang aku. Dia kata dia nak bagi aku pada junior OT nya yang baru kehilangan basikal. Ape nama junior dia tu? Dayang eh? Abislah aku macam ni..aku sayangkan tuan kita tu..aku suka bila dia naik aku." Kata Jambu-Biru.
"Eh ye ke..??? Biar betul, takkanlah dia nak buat camtu kat kau? Dia kan baik. Dan aku rasa, aku yang akan ditinggalkan oleh tuan kita tuuu.. Aku ni dah buruk. Dahlah tak 'hensem'.Warna pun kelabu. Bukan cam kau, lawa, cun, hensem, menarik."
"Ye lahh tu..tuan kita tu tak pandang benda-benda luaran ni. Dia pandang jasa kau yang dah banyak pada dia. Aku ni 'orang' baru dalam hidup dia. Manalah sempat pernah berjasa lagi kat dia. Dia baru naik aku sekali, lepas tu dia balik pada kau. Hisshhh..dah nasib aku."
"Oh ye ke..hehe..aku perasan sekejap! Ye ke kau rasa dia suka aku? Hikhikhik..ni yang makin sayang kat tuan kita ni. Dahlah baik, cumil pulak tu. Walaupun aku rasa 'tertekan' oleh sebab beratnya dia semasa mengayuh aku, namun dia tetap di hatiku..hehe..."
"Takpelahhh..nanti tuan baru aku, cik Dayang tu pun boleh sayang aku jugak....Entah-entah, cik Dayang tu lagi baik daripada tuan kita sekarang..hehe..mungkin nama aku bukan lagi Jambu-Biru lepas ni..hoho."
Perbualan mereka berakhirdi situ...hehe..saya berjaya merekod perbualan mereka ketika saya memerhatikan mereka berdua dari jauh. Mungkin mereka berdua tak perasan saya kat situ. Huhu.
Apa yang pasti, saya tetap sayangkan mereka berdua. Dua basikal yang berjaya mengheret perasaan dan emosi saya untuk menyayangi mereka. Walaupun kenangan bersama Jambu-Biru belum terukir banyak, namun saya pasti merindui saat-saat manis ketika saya membelinya di Carboot.
Kepada basikal Kelabu, walaupun banyak kelemahan anda, namun hati ini sudah terpaut. Mencintai dia sepenuh hati. Saya akan menerima keadaan Kelabu seperti ada dirinya..Dia yang terbaik untukku. Dia yang lebih lama denganku...Semoga aku juga adalah yang terbaik untuk dia.
Hehe...rehat kejap selepas tension buat reportttttt..huarghhh~
