Friday, 22 May 2009

When the Rainbows End

Mungkin saya tak pernah ceritakan di sini bahawa saya ada keluarga angkat..bagaimana saya dapat keluarga angkat, hehe..tak payahlah saya ceritakan di sini..

Inilah keluarga angkat saya... Family Umi..


Umi dan Uncle Nasa...bersama anak-anak mereka dan seorang anak angkat (hehe..sayelah tu). Adam (anak sulung), Elina (anak kedua) dan Aisyah (anak bongsu)..hehe.. Keluarga angkat saya ini sangat mengambil berat pasal diri saya...sejak saya di INTEC hinggalah ke UK..

Mereka tinggal di Shah Alam, jadi saya kerap kali ke rumah 'angkat' saya setiap kali weekend..hehe...best sebab dapat makan freeee!! Alhamdulillah..kadang-kadang kalau saya tak balik rumah 'angkat' masa weekend, pasti Umi dengan Uncle Nasa akan datang hantar makanan ke hostel..hihi..best-best..Rindu mereka juga sebenarnya...

Umi ialah seorang pensyarah English and Literature di INTEC.. Haaaa..Sebenarnya, saya banyak belajar 'Creative Writing' daripada Umi..hehe..dan dari situlah minat dalam 'Creative Writing' bermula... Terima kasih Umi...

Dulu masa kenal mereka, Adam, Elina dan Aisyah sekolah lagi..sekarang ni dah besar-besar dah...hehe..dah masuk University.... alhamdulillah, semoga berjaya Adam, Elina dan Aisyah...

To Umi, I bought something special for you from UK...nanti saya visit Umi yer...

Special - > World of our 'FUN' -> Group D.

Semalam, tamatlah sudah 2nd year Bsc Occupational Therapy sesi 2008/2009. Saya nak share satu gambar menarik ni..hehe..inilah groupmate saya yang disayangi..


Group D.
Martyn, Kate, Laura, MeMahfuzah, Charlotte and Claire... Missing --> Brenda and Lois..sebab diorang sedang siapkan intervention report mereka di rumah....hehe.

Tahun depan...mungkin saya dah tak sekumpulan dengan mereka lagi sebab kami semua kan di'shuffle' semula dan dapat groupmates baru.. Saya sangat suka groupmates saya tahun ini...

My wish for them --> Good luck for your VIVA~ See you guys in 3rd year...
Martyn akan ke Erasmus exchange programme ke Sweeden, so, see you in January 2010!
Kate, Laure, Charlotte and Claire...see you guys in September 2009~

We are are having FUN together this year~

Wednesday, 20 May 2009

Cerita Hospital

Cerita Satu.
Pada suatu pagi sebelum lecture pagi bermula, Katie menerima text daripada Martyn berbunyi, 'I'm in hospital now, fell off from a ladder last night.'

Katie mengkhabarkan kepada kami semua OT 2nd year perihal Martyn yang jatuh tangga di rumahnya. Semua orang berkata, 'Ohhh..poor Martyn..'

Selepas lecture pagi berakhir, kami Group D berkumpul dan berbincang. Sambil berbual sebelum kami mula buat kerja, Lois menerima text daripada Martyn berbunyi, 'I'm in the computer room Floor 1, but dont tell Katie.'

Haha..yang menjadi kelakar ialah...Lois telah membaca text message itu 'loudly' dan Katie pun terdengar..Kami semua ketawa dan terbocorlah rahsia Martyn yang menipu kami terutamanya Katie...

Macam ni ke lawak orang British..ohok ohok ohok..sungguh tak kelakar...




Cerita 2.
Izzati dimasukkan ke hospital petang semalam dan suspected 'Apendicitis'. Doktor mahu operate dia malam itu jugak namun setelah beberapa jam, Izzati sudah tak sakit lagi. Dia pun berehat dan membaca nota kerana dia ada exam esok paginya.

Pagi besoknya, dia rasa sihat walafiat dan insist mahu amik exam pagi itu jugak. Dia ada alasan tersendiri untuk buat begitu. Sebab 1: Dia tak mahu re-sit paper dan kena datang balik bulan August ni semata-mata untuk re-sit untuk 1 paper sahaja. Sebab 2: Dia rasa yakin dia sudah sihat.

Doktor tidak membenarkan namun dia berdegil. Jadi dia pun men'self-discharged' diri dia dan pergi ke exam hall untuk amik exam pukul 9 pagi. Selepas exam, dia pergi semula ke hospital untuk rawatan selanjutnya namun nurse memberitahu, untuk dapat rawatan, dia perlu memasukkan dirinya semula ke A&E..

Akhirnya, Izzati membuat keputusan untuk pulang ke rumah saja dan berehat.Tambahan pula dia tidak sakit lagi sepanjang hari ini. Hehe..

Ermm...ini kejadian pertama saya dengar pesakit 'self-discharged' diri sendiri dari hospital..heheh..

Inilah dua kisah hospital yang saya dengar daripada orang-orang sekeliling saya...hehe.

'I really want to see your wedding pictures!'

Hari ini berjalan lagi ke Heath Hospital dek kerana hujan yang lebat di pagi hari.. Kalau ikutkan hati, nak aje ponteng lecture pagi tadi tapi digagahi jua atas alasan....minggu ini minggu last untuk 2nd Year OT...

Sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, kira-kira 5 minit berjalan,dah sampai kat depan Bute Park, TEXT message dari Brenda mengatakan bahawa dia tak datang lecture pagi ini, tapi akan datang sebelah petang untuk 'group meeting'... Adeeiiiii..lagila jadi tak semangat nak pegi lecture.. Digagahi jua kaki dan hati ini meredah hujan lebat di pagi hari...

Walaupun berjalan kaki, basahnya tetap sama macam naik basikal kerana payungku patah akibat libasan angin Cardiff yang kencang... Adoooiiii...perjalanan terpaksa diteruskan demi secebis ilmu Allah ini..

Sesuatu yang menarik masa group meeting tadi...group meeting tadi adalah yang terakhir untuk tahun ini.. Kami Group D has decided nak buat 'leaflet' untuk presentation hari Khamis nanti...

Theme kali ini ialah, private practice OT. Ohh..group saya pilih tajuk pasal OT in housing association. Ini bermakna, kami investigate pasal role of OT untuk design rumah atau ruang pejabat untuk disabled people... Memang seronok!! Kami semua explore area di mana OTists work together with architects, engineers dan juga builders untuk merealisasikan impian men'design' rumah atau pejabat untuk kemudahan mereka yang kurang upaya.
Inilah through-floor-lift untuk kemudahan mereka yang memerlukan


Apa yang kami buat ialah, me'renovate' rumah..siap dengan kelengkapan ramps untuk wheelchair access, bathing facilities, door systems, stair lifts, wheelchair lifts dan banyak lagi..hehe...sungguh menarik..


Ini pula ialah stair lifts..hehe..best giler ada benda ni kat rumah..


Jadi, masa buat 'leaflet', sayalah yang lead sebab diorang tak berapa mahir guna Microsoft Publisher..hikhik... Saya pun tak la pandai mana pun.. Jadi 'leaflet' kami pun siap beserta design-design hebat memperkenalkan syarikat housing design kami..hehehe...


Ini pula bathroom facilities...


Alhamdulillah..pening jugak saya dibuat mereka..Sorang nak letak colour ini,sorang lagi nak colour lain..Adeiii...Akhirnya siap... Kira-kira pukul 2.40pm camtu la abis semua...Saya pun berjalan pulang bersama Kate dengan Laura..

Masa jalan-jalan tu, diorang tanya saya, kat mana saya selalu solat. Ohh baru saya teringat, hari tu saya solat masa tengah-tengah group discussion di suatu sudut dalam kelas sebab saya malas nak pegi Prayer Room kat hospital building.. Hohoho..mula-mula ingat nak cari bilik lain yang kosong tapi takde la pulak..last-last terpaksa solat dalam bilik group discussion kitorang...lantakla..panggilan Allah sudah datang..solat kena solat jugak.. Nasib baik diorang tak kesah, malah siap suka lagi tengok saya solat..hehe...

Pastu banyak benar soalan Kate dengan Laura pasal saya..diorang nak tahu nama adik beradik
saya ..hehe...NAZMI...NAZRIN...ASSYAH... Diorang suka pulak dengar nama adik-adik saya..haha..

Pastu diorang tanya lagi..nanti bila abis belajar, saya akan bekerja kat Malaysia ke? Saya jawabla..YES, jadi cikgu Pendidikan Khas... Hehehe..

Pastu lagi diorang tanya soalan ini... 'Do you have any plan to get married?' Haha...seriousla Laura dengan Kate niii... Soalan itu jugak yang diorang tanya.. Apa jawapan saya? Hahaha..Of course la after I finish my degree..

Lepas tu Kate cakap... 'I really want to see your wedding pictures!!' Hahaha...saya jawab, 'Of course I will email them to you..hehe..'Inilah groupmate saya masa activity 'psychodynamic' di hutan belantara di Cardiff...hehe..dari kiri bawah, Martyn, Brenda, Kate, Laura dan Charlotte...


Perbualan kami tamat setelah kami berpecah menuju arah rumah masing-masing... Rumah diorang kat Coburn Street, Cathays. Saya pulak menuju ke Bute Park untuk melewati pemandangan indah sebelum sampai rumah...

Sunday, 17 May 2009

Kurus itu Cantik??

Apabila semua orang sibuk nak kuruskan badan...hurm..saya jugak yang tak kurus-kurus...hoho

Orang sibuk nak kuruskan badan sebab nak kahwin..nak nampak comel berbaju pengantin..tak nampak gemuk...
Tapi saya rasa, kalau saya nak kahwin nanti, saya tak kurus jugak..

Orang sibuk nak kuruskan badan sebab nak sihat...Kalau kurus, takde lemak di badan..sihatlah..
Tapi saya rasa..lemak diperlukan untuk memanaskan badan di UK ini..hehe..[macamla takleh pakai kot]

Orang sibuk nak kuruskan badan sebab nak nampak cantik..kalau kurus maknanya cantik..iye betul..
Tapi saya rasa kalau gemuk pun cantik jugak...cuma kureng sikit je...

Ada banyak alasan untuk kuruskan badan..saya juga yang tiada alasan untuk kuruskan badan..hehe..walaupun sebenarnya nak jugak kembali kurus seperti dulu-dulu..hihihi..

Haruskah saya menjadi kurus???? Sejauh mana orang sekeliling saya mentafsir ke'kurus'an.. Adakah mengikut saiz baju yang dipakai?? Atau berat dan ketinggian? Atau kecantikan luaran??

Menyedapkan hati mengatakan gemuk itu bahagia...emm..yelah tu..bahagia lah sangat.. Saya gemuk=saya bahagia..hehe.. [Seriously, ia satu pemikiran deduktif yang tidak valid!!!]

Berehat sekejap daripada keletihan mata dan otak,
Mahfuzah

Saturday, 16 May 2009

Saya Bakal Guru Malaysia




Selamat Hari Guru~

Saya paling suka hari ini..16 May setiap tahun, guru-guru di Malaysia diraikan penuh penghargaan.. Hanya Malaysia sahaja yang ada 'Hari Guru'..huhu...itulah istimewanya menjadi guru di Malaysia...

Hehe..saya juga pernah bergelar guru sekejap-sekejap ketika mengisi masa lapang cuti-cuti panjang atau 'summer' di Malaysia..Tak sabar rasanya bergelar guru lagi sekali tahun ini..ohh tidak sabar...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ayah saya..
Cikgu Zainol

Kepada ibu saya..
Cikgu Ku Sofiah

Kepada Tokcik saya..
Cikgu Habsah

Kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra..
Cikgu Hamidah, Cikgu Fatimah, Cikgu Fauziah Hanim, Sir Anasamy, Sir Teoh, Cikgu Zainab dan Sir Murthy.. hehe..ini aje yang masih melekat dalam hati dan fikiran saya..

Kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra..
Cikgu Siti Hajar, Miss Cheung, Cikgu Ku Sofiah (hehe..ibu saya juga pernah mengajar saya di sekolah ini dulu), Cikgu Haziza, Cikgu Pora...err..yang lain lupa nama la....

Kepada guru-guru di MRSM Taiping, Bukit Larut, Perak..
Cikgu Zana, Cikgu Tengku, Ustazah Hafizah, Cikgu Mariam, Cikgu Aziz, Cikgu Ghazi dan lain-lain saya tak ingat sangat..hehe...maaaf cikgu...

Kepada rakan-rakan se-guru-an di Sekolah Kebangsaan Jitra 1, 2 dan 3..
Cikgu Hajar, Cikgu Marni, Cikgu Diana, Cikgu Nora dan ramai lagi..fuhhh...banyak giler kawan-kawan cikgu ku..

Kepada bakal-bakal guru...hehe...
Cikgu Izyan, Cikgu Husna, Cikgu Anis, Cikgu Mai, Cikgu Dayang, Cikgu Syafiq, Cikgu Nik Amelina, Cikgu Amni, Cikgu Dayana...hehe...ramai lagi sebenarnya tapi tak larat nak taip..

Selamat Hari Guru untuk yang teristimewa...Cikgu Mahfuzah..hoohoo..

Friday, 15 May 2009

Katak di Bawah Gelas Kaca

Swine Flu.
Malaysia sudah mencatat kes Swine Flu yang pertama..dibawa oleh seorang pelajar lelaki yang baru pulang daripada US 13 Mei lalu. Itula..ayah cakap, nanti masa kakak balik nanti akan di'kuarantine' kan, di'medical check-up' sebelum keluar. Aduhh..ini melambatkan proses untuk bertemu yang tersayang..hehe.. Tapi, kalau itu peraturannnya, saya akur sahaja. Untuk kebaikan semua..

Pergolakan di Perak.
Rasa emo jugak dengan isu ini. Selalu berborak dengan ayah tentang ini
Bukan mahu menempelak, tapi tidak terdetikkah di hati anda semua bahawa itu hanyalah permainan politik mereka yang berkuasa?????? Erm..cuba anda compare berita-berita dari pelbagai pihak..semuanya memihak kepada satu pihak.. Janganlah meletak sepenuh kepercayaan kepada berita daripada sebahagian pihak sahaja. Teknologi internet dan kebebasan bersuara di blog-blog boleh membuka mata anda semua. Kita ada akal..kita ada kemudahan untuk mencari maklumat. Manfaatkannya selagi yang boleh. Ingat: Kita tak buta atau pekak untuk dipermainkan. hehe..

Politik adalah sebahagian daripada agama Islam..janganlah terlalu secular..mengasingkan antara agama dan politik..dan janganlah pula mempolitikkan agama..

Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung..gelap..tak nampak dunia luar...tak tahu apa yang berlaku..

Jadilah seperti katak di bawah gelas kaca...walaupun duduk diam tak boleh keluar, namun tahu dan nampak apa yang berlaku di luar sana... Dan paling penting, mampu untuk menilai..

Itu saje untuk hari ini.

Mahu berjalan pulang hari ini...daripada Heath Hospital ke Riverside. hehe..tadi datang kelas jalan kaki sebab hujan... 50 minit jugak la meredah renyai-renyai hujan...hoho..saje je nak test power jalan kaki ke Heath hari ni...

Tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita positif tentang kehidupan. Walaupun hidup ini payah, bukankah kita ini milik ALLAH?? Dia yang mengaturkan semuanya..

Okay -okay...perutku lapar..sudah bernyanyi-nyanyi..
Will be at home in 50 minutes. hehe.