Wednesday, 2 February 2011

Pangkor Vacation

Okay..saya berehat seketika setelah menyiapkan Kerja Kursus Tamadun Islam untuk KPLI saya. Syukur dah siap..

Berehat sebentar bersama-sama Kit Kat..

Saya dengar lagu di bawah. Saya suka rentaknya...it keeps me alive. hua hua

Okay. Sebenarnya syaa baru pulang dari bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarga tercinta dan sepupu sepapat terdekat..hehe..

Pangkor is the best Island so far..saya naik bot mengelilingi 4 pulau dan singgah di 4 pantai yang begitu indah dan mendamaikan..Fuiyoohhh...sangat saannntekk... I loike..

Saya juga snorkling di Pulau Giam bersama ikan-ikan belang yang jinak dan melucukan.. Oh, adik saya sempat lagi mencari sejenis haiwan laut bernama Gamat untuk kami pegang-pegang dan kemudian lepaskannya balik ke dasar laut.

Kali terakhir saya snorkel ialah ketika bercuti di Pulau Manukan, Sabah pada tahun 2008. Saya rasa sangat gembira kerana dapat kembali berenang dalam laut biru yang dalam dan luas..YEahhh... Hilang stress!!!

Okay okay..mari menyambung kerja lain pula..hehe..banyak sungguh homework nak kena buat cuti-cuti begini..adoiii..toing toing.. toing..

Banyak perkara berlaku di dunia pada masa ini.

Di Malaysia sendiri..DUN Tenang dimenangi oleh BN..Hmmm..sebenarnya saya suka calon PAS..begitu tenang dan lembut orangnya..peribadi seorang muslimah solehah..

Banjir di 4 negeri selatan Malaysia..Johor, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan...

Gunung-gunung berapi di seluruh dunia semakin galak mengeluarkan asap-asap tebal..petandakah itu?

Pergolakan menjatuhkan HosNO Mubarak di Mesir. Saya mengagumi tindakan pantas negara jiran Indonesia untuk membawa pulang rakyatnya pulang..walaupun terpaksa meminjam pesawat dari negara lain. Hmm..Malaysia?? Ada pesawat dan kapal-kapal mewah sendiri. Tak mahu gunakah untuk kepentingan pelajar kita di sana?

Semoga Allah melindungi semua hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh..









adik-adik dan sepupu-sepupu yang rapat..hehe



di tepi pantai...




Si cilik yang sedang bergembira dilambung ombak..huhu..




Thursday, 27 January 2011

Saya mahu awak buktikannya Mahfuzah.

Alhamdulillah esok Jumaat saya akan berangkat pulang ke negeri kelahiranku..Kedah yang permai..hehe.. Saya akan memandu seorang diri all the way back...wah wah wah..dah jadi wanita independent dah ye sekarang...hehe

Semoga Allah selamatkan perjalananku pulang ke rumah. Esok, selesai sahaja waktu persekolahan, saya akan merempit meninggalkan ibu kota raya Kuala Lumpur ini..yuuuhuuuu..Walaupun tak sambut Tahun Baru Cina..tapi cuti seminggu itu amat perlu untuk dihargai oleh insan solo seperti saya ini... hehe

Hari ni lecturer pembimbing saya datang ke sekolah untuk membuat lawatan sosial di samping bertemu guru pembimbing saya.. Huh Huh Huh!! Saya sangat berdebar.. apalah yang dikatakannya kepada guru pembimbing saya. Saya cuak okay.. saya gelabah tak tentu arah walaupun tak buat salah..hehe.. entahnya kenapa. mungkin sebab lecturer saya tu agak cerewet orangnya..Jadi saya pun jadi gelabah kalau-kalau ada benda yang beliau tak puas hati... Nga nga nga...

Beliau datang dan terus masuk ke bilik guru kanan Penyelaras Pendidikan Khas dan juga bertemu guru pembimbing saya. Saya hanya memerhatikan sahaja dari luar tingkap lutsinar pejabat Guru Kanan Penyelaras itu sambil buat-buat sibuk menulis lesson plan..hehe..tapi memang betul pun saya tulis lesson plan untuk hari Jumaat.

Saya tak dapat dengar perbualan mereka dek kerana dinding yang kedap udara itu. Hanya mampu melirik secara sembunyi-sembunyi ke dalam ruang kaca lutsinat itu dari tempat duduk saya dalam bilik guru.. Cuak okay!!

Setelah agak-agak 45 minit mereka berbual-bual di dalam. Pensyarah saya pun keluar dan saya pergi mendapatkannya untuk bersalaman.. Setelah beberapa minit, beliau pun berlalu pergi meninggalkan sekolah.

Dalam hati saya..apalah yang beliau bincang-bincang tadi...

Tak lama selepas pensyarah saya balik.. Guru Kanan Penyelaras, Cikgu Rosli panggil saya masuk pejabatnya itu. Uikss...gabra...gabra.. Saya pun melangkah masuk dengan penuh keyakinan dan tahap kesedaran sosial yang tinggi..huk huk huk...budget je tu..nak cover perasaan gelabah.

Masuk je bilik Cikgu Rosli, beliau menghamburkan saya soalan-soalan dan pertanyaan seperti ini..

"Mahfuzah, saya baru tahu yang awak rupanya graduan dari universiti luar negara. UK pulak tu. Dan awak merupakan pelajar tajaan Kementerian untuk Pendidikan Khas. Kenapa awak tak bagitau saya sebelum ni? Saya ingat awak pelajar KPLI biasa yang sama seperti guru-guru pelatih sebelum ini."

Kus semangat..marah ke cikgu Rosli ni..adeihh...

"Saya ni nak bertanya pada awak Mahfuzah..tadi lecturer awak datang dan beritahu saya bahawa awak pelajar cemerlang dari luar negara..dalam bidang Terapi Cara Kerja..Jadinya saya mahu tanya pendapat awak tentang bagaimana kita nak 'handle' pelajar-pelajar kita seperti Raihan, Farid dan Fazrul? Mereka kanak-kanak Cerebral Palsy.. Saya tak ada kepakaran macam awak dapat di luar negara sana"

Mak aiii...sampai macam ni sekali kah..

"Okay..beginilah..saya mahu adakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan khas untuk guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini. Jadinya saya nak bagi awak kendalikan kursus Terapi Cara Kerja kepada semua guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini selama satu hari macam tu. Ini merupakan peluang untuk awak buktikan kecemerlangan awak..saya tidak bermaksud untuk membebankan awak ye Mahfuzah tapi ini satu usaha murni untuk kita gunakan kepakaran ilmu yang awak dapat di luar negara untuk sama-sama dikongsi di sekolah ini. Saya amat berbangga dengan pencapaian awak yang telahpun diceritakan oleh pensyarah awak sebentar tadi."

Mashaallah..mashaallah.. stress buat lesson plan tak habis lagi..dah nak kena bagi talk kat cikgu-cikgu yang dah banyak pengalaman ni..adoii.. Sungguh berat ujian ini..

"Saya harap awak dapat buat yang terbaik selama tempoh praktikum awak di sini ye.. Kami amat berbesar hati kerana awak memilih untuk praktikum di sekolah kami ini.."

*********************

Okay okay...saya kembali tenang..tapi..alamak..banyaknya kerja kena buat over the holidays.. Uwaaaaa...inikah pengorbanan??

Yes..saya mahu berfikiran positif...!! Mungkin ini langkah pertama menuju kecemerlangan dalam bidang Pendidikan Khas.. Inshaallah sya akan berjaya dengan pertolongan Allah..bantulah aku Ya Allah..

Baru 2 minggu praktikum sudah diberi tugas sehebat ini..mampukah aku?????

Kalau setakat bagi talk pasal Terapi Cara Kerja kepada cikgu-cikgu pelatih di maktab IPIK tu saya tak kisah sangat sebab dah biasa buat sebelum ni ketika pensyarah saya jemput. Ini cikgu-cikgu yang dah qualified okay!!! Mereka lagi banyak pengalaman daripada saya..dan saya bukanlah pakar sangat..setakat belajar dari pengalaman dan pengajaran semasa praktikal di Cardiff je ada..

Tolonglah hamba-Mu ini...

Bantulah daku..

Tolonglah doakan saya kawan-kawan...

Wednesday, 26 January 2011

Minggu Kedua penuh konflik..

Ya Allah..

Minggu kedua hampir selesai melabuhkan tirainya.. saya rasa tertekan dengan semua perkara yang saya perlu lakukan..

Rasa macam tak sanggup. entah mengapa jadi begini entah.. Mental saya tak bersedia kah?? Entah..rasanya dah mind-set dah masa mula nak praktikum dulu.. hmm... (mengeluh lagi..saya tahu tak baik mengeluh tentang kehidupan)

Minggu kedua di sekolah.

Banyak benda terjadi. Barulah saya tahu betapa karenahnya guru-guru.. kadang-kadang saya rasa macam budak-budak..

Cikgu berkonflik walaupun berada dalam satu pasukan Pendidikan Khas. Ditambah dengan cikgu yang ada 'geng' mengikut negeri asal..geng Kelantan dengan pelat budunya.. Geng utara dengan pelat 'Hang' nya..geng selatan dengan 'gege'nya dan geng lain-lain lagi la..hehe..

Kemudian, cikgu aliran perdana yang cemburu dengan kelapangan kerja cikgu aliran Pendidikan Khas. Uiyee..mereka memang cemburu melihat pelajar-pelajar kami yang sedikit dan waktu persekolahan yang habis lebih awal. Then dapat extra allowance sebanyak RM 250 sebulan kerana mengajar Pendidikan Khas daripada cikgu aliran perdana.

Aliran Pendidikan Khas memang banyak keluar sekolah kerana lawatan-lawatan seperti Terapi Renang, Bowling, Fisioterapi, Berkuda, Perkhemahan, Kursus Memasak, Kursus Berkebun dan banyak lagi.. Sesungguhnya saya amat menyukai semua ini..

Memang banyak keistimewaan cikgu Pendidikan Khas. Jangan cemburu. Jangan jeles.

Masa kat sekolah, saya kan cikgu baru, makanya ramailah pelajar-pelajar khas yang datang menghampiri saya dan mahu berkenalan..cecece..hehe.. Sampaikan ada yang bertanya dan merayu.. 'cikgu..masuklah kelas saya cikgu..' 'cikgu ajar kelas saya tak cikgu?'

Oh ada satu cerita..seorang pelajar ni..siapa masuk bilik guru panggil saya suruh masuk kelas dia sedangkan saya tak mengajar kelasnya itu..hehe.. teruja teruja.. Saya menjadi rebutan..yeahh.. hehe..perasan!

Biasalah cikgu baru.. memanglah begitu..

Setiap pagi akan ada pep-talk ringkas. Jadi masa tu lah pelajar-pelajar khas akan berkumpul sambil duduk..masa saya lalu je kat depan tempat duduk diorang.. mereka akan memanggil saya.. 'cikgu!!' sambil melambai-lambai..hehe..

Lepasabis perhimpunan je, beberapa orang dari mereka yang mempunyai ability untuk berjalan pantas akan mendekati saya dan bersalaman.. huh huh huh.. saya gembira kerana penghargaan itu..

Pengalaman berada dalam pendidikan khas membuatkan kadang-kadang saya geli hati melihat telatah lucu mereka.. hehe.. tergelak-gelak saya dengan cikgu-cikgu lain.. silap-silap tabiat gelak saya akan muncul kembali tanpa menghiraukan keadaan. hehe..

Tapi..tu lah..time dengan budak2 memang seronok..tapi time nak tulis lesson plan tu payahla.....nak kena perah otak tulis step by step.. adoii.. saya selalu stress..tidor lewat and kadang-kadang tak cukup.. esoknya pagi2 pukul 7 dah kena pegi sekolah. balik pulak sengaja saya lewatkan sampai pukul 3 la..hehe..

sebabnya..sayakan cikgu yang masih 'single mingle'. Takde suami atau anak-anak di rumah.. Jadinya saya ambillah kesempatan untuk membuat kerja sampai lewat petang sambil berborak-borak dengan PPM iaitu Pembantu Pengurusan Murid..haaaa...jangan tak tau yang cikgu Pendidikan Khas ada pembantu dalam kelas.. Kalau apa-apa hal, pelajar nak pegi toilet etc, PPM ni lah akan membantu.. best kan.. istimewa kan?? hehe...

Yelahkan..sekarang ni saya kan masih membujang..tinggal sorang-sorang pulak tu...Walaupun hidup di Kuala Lumpur yang penduduknya padat ni..saya rasa saya sorang saja dalam dunia ni.. Hmm..kena cepat-cepat kahwin ni..hehe..

Takla..saya rasa sunyi sangat.. itu juga merupakan penyumbang terbesar kepada stress saya dan menyebabkan saya 'mood swing'. Tulah..saya pun jadi tak paham dengan diri sendiri. Asyik nak sedih je.. asyik nak ade orang yang layan saya je.. nak ada orang temankan saya..

Sekarang saya makan sorang-sorang tau..pegi kedai makan, saya akan pilih tempat duduk tersorok sikit, then order makanan..pastu tunggulah makanan sampai sorang2 and habiskan makanan sorang-sorang.., macam loser tak?? dulu mula-mula yes saya rasa malu..tapi sekarang ni saya dah biasa sorang-sorang.. tapi seriously perasaan bersendirian ni sangat tak best.. jadi doakanlah saya cepat-cepat kahwin jika anda ingin melihat saya gembira..hehe... ye ke?? ye ke?

Nanti bila posting, saya nak mintak sekolah yang dekat-dekat dengan rumah..supaya saya boleh tinggal dengan mak ayah saya.. doakanlah.. kalau duduk rumah, saya tak rasa sunyi..sebab ada teman berbual dan bershopping barang-barang dapur dengan mak saya..hehe.. takpun bila malam akan berbual-bual dengan ayah saya tentang politik dan isu-isu pendidikan semasa.. oh ilmiahnya lah perbincangan dengan ayah..hehe..

saya mahukan suasana itu... rasa nak aje saya balik rumah tiap-tiap minggu untuk hilangkan stress melampau ini..

syukur saya punya blog untuk menceritakan semuanya di sini..saya harap tak ramai yang membacanya kerana saya pemalu orangnye.. Ptuiii...hehe..

Okaylah..dah lewat ni..saya perlu tidur.. esok nak sekolah lagi..

Saturday, 22 January 2011

Remeh dot Temeh

Ya Allah Ya Tuhanku..

Minggu pertama praktikum dah selesai.. saya suka..

Tapi..saya paling tak suka apabila begitu banyak borang yang perlu diisi.. sungguh meremehkan.. banyaknya memang keterlaluan.

Dulu masa praktikal di Uni takdelah sampai kena isi sampai 30 jenis borang!!! Rasanya ada dalam 5 borang yang penting je kot kena isi... aduhh saya jadi pening..

Sampaikan guru pembimbing saya cakap..kenapa maktab nak pening-peningkan cikgu and student dengan borang yang banyak kena isi..aiyoo..i pun peningla.. sepatutnya maktab u kena pentingkan P&P dan kaedah mengajar. borang-borang tu perkara remeh saja.. aiyooo... begitulah kata-kata guru pembimbing saya..

adoii...letih baca and isi borang.. ok stop. RPH lebih penting..itu yang pensyarah nak tengok..

tapi dalam senarai semak siap kena isi semua borang dalam minggu pertama praktikum lagi..ayoyo..

ok..bolehlah kalau kita senangkan semua orang dan jangan susahkan orang dengan isi pelbagai borang sampai nak dkat 30 borang?? Suka sangat buat perkara remeh temeh...sedangkan perkara penting diketepikan.. hmmmm.. Malaysiaku gemilang..Malaysiaku terbilang..

Friday, 21 January 2011

Allah bersamaku..

Alhamdulillah jadual praktikum dah dapat. 10 waktu semuanya...yuhuu syukur.. mengajar 4 kelas. 2 kelas English dan 2 kelas Kemahiran Hidup. Untuk kelas Pendidikan Khas, tak ada Form 1,2,3 whatever ye.. So, kelas - kelas PKhas dibahagikan kepada kelas tahap tinggi (high function), tahap sederhana (middle function) dan tahap rendah (low function). Jadinya saya ajar semua tahap kelas tersebut. Kata guru pembimbing saya, saya perlu kuasai kemahiran mengajar untuk semua tahap murid. Hehe..inshaallah semoga Allah bersamaku..

Mari bersemangat!!

Warga SMK Seri Tasik bahagian Pendidikan Khas sungguh menakjubkan. Mereka sangat menghargai kehadiran saya. Tidak pernah satu detik pun saya merasakan diri ini dipinggirkan. Pelbagai bantuan nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata motivasi diterima daripada guru-guru senior. Tak kurang juga guru-guru yang banyak membantu saya dari segi penghasilan RPH yang bermutu serta kaedah P&P yang menarik. Nasihat diterima tanpa ditanya. Itulah sebenarnya yang saya dambakan daripada cikgu-cikgu senior.

Masa masuk kelas tadi, saya rasa seronok sangat berkenalan dengan kelas tahap tinggi yang bakal saya ajar kelas Kemahiran Hidup-Masakan. Mereka sangat peramah dan sangat manja. Hehe..

Oh ye..saya juga ada sedikit concern di sini..Sepanjang pengalaman saya bersama dunia pendidikan khas di dalam dan luar negara, kebanyakan pelajar khas terdiri daripada pelajar lelaki. Boleh dikatakan 80% adalah lelaki. okay okay..saya pun tak tahu kenapa..

Uoohh.esok sekolah..mari tidor awal.. supaya esok bertenaga dan gembira untuk memulakan hari bari di sekolah!!

Ucapkanlah 3 ayat ini sebelum tidor..

Allah bersamaku
Allah melihatku
Allah menyertaiku..

Wednesday, 19 January 2011

Butterfly at the window

Perjalanan praktikum di sekolah adalah lancar.

Hari ketiga dan hari ini cuti umum Hari Thaipusam..

Berehat di rumah dan saya saja suka suka nak keluar mencari breakfast di luar bersama flatmate saya, Ila. Hehe

Lagipun nak cari barang-barang untuk mengajar and buat Alat Bantu Mengajar (ABM) jugak untuk minggu depan.

Sesungguhnya saya akan berusaha dengan cara saya sendiri. Tidak mahu menjadi orang lain. Ramai orang anggap nak jadi cikgu cemerlang mesti buat ABM yang mantop meletop. Tapi bagi saya, apa yang lebih penting ialah bagaiman teknik dan kaedah pengajaran tersebut. Inshaallah saya akan berusaha!! ABM akan dijadikan sebagai alat bantu sahaja dan tidak bergantung penuh kepada penghasilannya yang cantik, mantop meletopp!!

Yezza.. fikiran dan semangat mulai kembali sedikit demi sedikit. Saya nak posting di Kedah!!

Yezza akan target untuk itu.. Semoga Allah bantu..

Apabila kita dilanda masalah, cuba lihat kembali dunia secara keseluruhannya.. Cuba ingat kembali apa rahmat Allah yang telah kita dapat. Maka tersenyumlah kerana masalah ini adalah kaffarah kepada dosa-dosa kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik. Inshaallah.

Berada dalam situasi masyarakat, I mean di sekolah pendidikan khas menyebabkan saya merenung kembali kehidupan ini. Tidak semua kehidupan yang Allah kurniakan sentiasa punya bahagia di dalamnya.. Allah itu mahu menguji supaya kebahagiaan itu adalah yang hakiki.

Masih mencari dan mengumpul semangat.

Tuesday, 11 January 2011

My special tribute!

Debaran menanti hari pertama praktikum bermula.

Kesihatan saya tidak berapa baik sejak dua minggu yang lalu..entah mengapa..adoii.. Sejak Isnin lepas, saya demam teruk. Mungkin sebab saya drive straight dari Kedah to Kuala Lumpur kot. Perjalanan yang panjang di bawah terik sinar mentari.

Minggu ni pun saya masih lagi batuk, selesema dan sakit-sakit kepala. Tak tahulah kenapa..asyik sakit saja.. Dugaan Allah mungkin.

Oh yes..sengaja saya nak buat special tribute buat pembaca blog saya yang setia iaitu, Dayang!!! Hehehe.. terima kasih ye kerana membaca blog kerdil ini. Updates nya tidaklah selalunya hebat..sekadar meluahkan dan mengisi masa lapang.

Doakan ye.. hehe.. Fuzah juga akan doakan Dayang cemerlang dalam studies!!!! Ameen!