Tuesday, 30 December 2008

Hanya itu yang aku mampu - Free Palestine!!

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Aku mendail nombor seseorang. "Hello, eh Izzati, jom pegi GAZA rally kat Queen Street sekarang? Nak tak?"

"Aaaah..okay jugak tu..Jom!! Tunggu aku siap jap"

"Okay, aku tunggu kat luar rumah, naik basikal eh"

"Okay!!"

Kami mengayuh basikal bersama-sama ke Queen Street yang hanya 5 minit menaiki basikal dari rumah kami. Cuaca sejuk amat. Aku biarkan saja. Malas melayan kesejukan di musim sejuk ini. Sudah lumrah.

Kami sampai di Nye Bevan Statue, Queen Street. Tidak ramai yang berkumpul tapi boleh diagak kumpulan itu adalah kumpulan yang akan kami sertai. Selepas mengunci basikal, kami berjalan menyertai mereka. Kedengaran suara-suara nyanyian dari mereka. Merdu.

Aku berjumpa ramai sahabat ISOC di situ. Aala, Lucinda, Zainab dan ramai lagi muka-muka yang familiar tetapi tidak tahu nama mereka.

"Allahuakbar" "Allahuakbar" "Allahuakbar" "Free Palestine!!" "What we want?? JUSTICE!! When we want?? NOW!!

Laungan demi laungan kedengaran. Berulang-ulang. Sungguh membara semangat mereka. Bendera Palestine dikibar. Aku turut sama memegang penjuru bendera kecil di celahan manusia itu. Sekali-sekala kibaran bendera besar yang dikibar oleh seorang lelaki di belakangku mengenai tudungku. Tudungku senget. Aku meniup beberapa kali supaya ia kembali seperti keadaan asal.

"Justice...freedom...lalalalala.....lalalalaalala...laalaallalala..."
Kedengaran juga nyanyian daripada kumpulan orang bukan Islam. Kemudian berselang-seli dengan laungan takbir daripada kumpulan Muslim. Aku dapat rasakan ada kesatuan di situ. Walaupun aqidah berbeza, namun sifat kemanusiaan menyatukan kami dan mereka.


Setelah hampir sejam melaungkan kata-kata protes terhadap serangan Israel terhadap Palestine, perhimpunan aman itu bersurai. Esok ada lagi perhimpunan yang lebih besar di tempat yang sama. Inshaallah aku akan datang lagi.

Siaran televisyen di seluruh dunia memaparkan perhimpunan protes terhadap serangan terkutuk itu di mana-mana. Hanya itu yang mereka mampu lakukan. Berdoa ... Menderma.... dan mengadakan perhimpunan bantahan. Alhamdulillah aku juga dapat menyumbang keprihatinan aku walaupun tidak seberapa.


Berdoa sudah...Menderma juga sudah....Menyertai perhimpunan bantahan juga sudah.. itu usaha orang-orang kecil seperti aku dan mereka..


Namun apakah tindakan orang-orang besar dunia???? Kesatuan-kesatuan besar dunia??? Adakah perhimpunan bantahan di seluruh dunia tidak dapat menandingi kuasa besar itu???

Berdoalah dan berdoalah... Doa itu adalah senjata. Doa itu pengubat jiwa. Doa itu memungkinkan segala.

"Ya Allah, selamatkanlah dunia Islam."

Monday, 29 December 2008

when somebody ask you "will you marry me?"

Sibuk di sana sini perkahwinan sahabat handaiku yang dahulu pernah bersekolah sekali..teman sepermainan semasa kecil, teman semasa tadika, teman sekolah rendah, teman sekolah menengah, teman MRSM...teman INTEC, teman Ausmat...teman A Level..

Mungkin tak semua yang sudah berpunya, boleh dikira dengan jari sahaja..tapi...apabila menatap gambar-gambar mereka di Facebook, Friendster, Blogspot, Flickers dan lain-lain...diri ini seolah-olah teruja...

TERUJA??

Teruja untuk menjadi seperti mereka..mungkin diri ini belum bersedia namun hati seperti berminat.. mungkin tertarik dengan pakaian pengantin mereka...menjadi raja sehari..lumrah hati manusia , lebih-lebih lagi seperti aku...sukakan kecantikan..sukakan kebahagiaan...sukakan kemanisan sebuah perhubungan.

Tentang soal perkahwinan..padaku, ia adalah lebih kepada soal meng'halal'kan perhubungan antara lelaki dan perempuan..pandanganku mungkin salah, namun ada kebenarannya.. rata-rata, orang berkata perkahwinan adalah satu tanggunjawab.

YA!! Benar!! perkahwinan adalah tanggungjawab...TANGGUNGJAWAB apa?? anda mungkin tahu jawapannya..

aku masih TERcari-TERcari...

makna sebuah perkahwinan yang MAHAL...

letaknya pada MAHARnya kah?

atau HANTARAN??

atau perkahwinan MEWAH??

pada KETENANGAN dalam sebuah perkahwinan??

atau pada HATI yang menerima seadanya diri seorang LELAKI yang menemani kehidupan??

...MUNGKIN 2010..soalan-soalan itu akan terjawab....Inshaallah..semoga Allah meletakkan sesuatu yang terbaik bagiku...yang terbaik bagiku..yang terbaik bagiku...Sungguh Dia lebih mengetahui...

The Only Conquerer is Allah - [Palestine]

semalam dan hari ini...
darah di mana-mana...
nyawa seperti mainan..

mereka bukan lagi manusia..
mereka binatang..
mereka membunuh..
mereka kejam..

tahun baru 1430 Hijrah dicemari...
oleh hati-hati tidak berperi..
bumi Palestine itu..
seperti neraka dunia...

apa tanggungjawab kita?
adakah melihat saja..
mendengar berita semata..

hati dicuit tidak berperasaan...
saudara seaqidah seperti orang asing...

mereka adalah watan kita..
berdoalah untuk mereka....
hindari menyokong Israel..
elakkan membeli barangan mereka...
mendermalah untuk mereka...

walau usaha kita tidak seberapa..
walau ia hanya sebesar zarah..
adakah Allah tidak melihat?
adakah Allah tidak tahu?

Sunday, 28 December 2008

when everyone is quiet..

1) doing my assignment --> Patchwork Text 2...still writing my first patch..long way to go....another 2 patches to be done soon..inshaallah...

2) reading at my friends' blogs...so many things explained, Palestine, humankind, economy, recession..shopping...boxing...then about jihad...relationships with our Creator..trips..vacation..winter break..personal achievements...mixed feelings when reading them..

3) happy new year 1430H... reciting end-of-year du'a and new-year du'a... new hopes, vision and tasks... always in the blessing of Allah..

4) Brain injury and rehabilitation mode --> this is my patchwork theme anyway!!! fening-fening..

Friday, 26 December 2008

Suatu Kepulangan

1) hari ini sibuk juga walaupun tiada yang istimewa...

2) semasa ada kelapangan winter break ini, tidak banyak perkara yang dapat dilakukan..siang yang pendek..malam yang panjang...

3) entah mengapa..sepatutnya banyak perkara yang dapat dilakukan kerana malam yang panjang..banyak perkara dapat dilakukan apabila malam...

4) selepas pulang dari Espana beberapa hari yang lalu...mood untuk bekerja dan belajar dan membuat assignment belum datang... saya tahu..mood itu tak perlu ditunggu untuk datang..saya yang perlu berusaha ke arahnya...inshaallah..mungkin esok!!

5) gaya penulisan blog ini adalah seperti gaya penulisan seorang bekas pemimpin negara suatu masa dahulu..hehe..saja mengambil mood baru..bukan hendak meniru..tapi mungkin boleh dikata meng'imitate'....

6) okay, cukup setakat ini dahulu..nanti tulis lagi...jika ada perkara menarik atau tidak menarik... ini lamanku..lamanku..lamanku....

Tuesday, 23 December 2008

Life is a test from Allah


saya demam..badan saya panas...kepala saya sakit...mata saya rasa panas...

saya selesema...hidung saya tersumbat...kadang-kadang berdarah-darah...sungguh tidak selesa...

saya batuk...tekak saya sakik...tekak saya kering...

semoga sakit-sakit saya ini dapat menghapuskan dosa-dosa kegembiraan saya selama ini...mungin kerana hati saya gelap...hati saya hitam..susah untuk cahaya masuk....

seperti penyakit cataract mata..apabila lensa mata sudah hitam...cahaya tidak dapat masuk...jadi, keindahan alam ini sudah tidak dapat dinikmati...apa yang pesakit nampak, tidak seindah alam yang sebenar...kabur...bunga yang cantik, dikata buruk....

saya tidak mahu jadi seperti itu...

bersihkanlah hati saya...supaya saya tidak terlalu gembira...sehingga tidak nampak kebenaran..buta hati..buta pemikiran...buta akal....jauhkan lah saya dari bisikan-bisikan syaitan lantaran kerana mata saya yang buta...

ameen.....

Monday, 22 December 2008

siapa kata....??

our lives depend on what are people saying...

siapa kata .....diriku ini peramah??
aku tidak terlalu peramah..any objection? aku ni pendiam orang nye..any objection?? tak banyak bercakap melainkan dengan orang yang ku benar-benar pasti ku mengenalinya... tapi aku banyak bertanya..hehe...pertanyaan mengarut mungkin..

siapa kata ...diriku gemuk??
hehe..tp memang aku gemuk pun..any objection? tapi aku rase ok je kot jadi gemuk mcm ni... one of my friend cakap...kalau gemuk, nanti takde orang yang nak kahwin dengan kita.. very childish minded.

siape kate takde orang nak kawin dengan orang gemuk??? If Allah says 'kun fa ya kuun'.. maka jadilah ia... segala jodoh ada ketentuannya..jadi why worry of being a fat plumpy chubby girl as long as I am not making other people worry??

orang gemuk maknanya gembira....hehe..any objection??

siapa kata ..diriku selalu seronok?

memang aku selalu berperasaan sernok...tetapi itu bkan kepastian bahawa hidupku penuh dengan kegembiraan.. pernah juga mengalami trauma dalam hidup...kemuncak kesedihan...tapi patutkah ku bercerita di sini? tak usah diingatkan perkara yang sudah berlalu..jadikan ia sebagai secubit kenangan yang memungkinkan ku untuk tersenyum kembali setelah bertahun-tahun ia terjadi.... harapanku agar perkara-perkara yang sama tidak berulang kembali...

siapa kata ....diriku sempurna?
takde sape kot yang cakap macam tu...haha
I'm dyslexic..I'm a slow learner...lambat pick-up....blurr....
but i think i am happy that way...
i live at my own phase..

sebab tu seronok sangat sebab course ku sekarang tak de exam.... only essay writings..which i really love love love....and practical skills ...in which communication and skills reqired ..which i relly like like like............ I am passionate~~

siapa kata...diriku pandai masak???????
memang suka memasak..tapi suka tidak semestinya pandai...kan kan kan..any objection??
tapipun takde la aku suka sangat memasak...but kalau dah masak tu, i will cook from the bottom of my heart....hehe...baru la sedap... hey whatever..

p/s: spending time writing this one on bed when everyone in the house are out at the moment....im home alone....