Tuesday, 24 March 2009

Sleeping with the enemy

'Sleeping with the Enemy'

That is our new trigger for Occupational Interruption 2 module GROUP D. Huha..Can't turn my thinking back to university life...after 8 weeks away from all of these..

So many things going on...
So many work to do..plus the Research and VIVA and Professional Team working..adusss...

1. Research Proposal due on 24th April

2. Professional Team Working presentation on 7th May

3. Intervention Analysis due on 22th May

4. VIVA - i got ADHD topic... presentation on 2nd June


Huarghhh...i got headache...

Sleeping with the enemy..
Saya adalah musuh kepada diri saya sendiri...

Kadang-kadang apabila kita telah berusaha bersungguh-sungguh, hasilnya kurang memuaskan atau tidak memuaskan langsung.. Iya, Allah yang anugerahkan perasaan itu. Kalau hati kita yakin pada-Nya segala cabaran dan rintangan dalam hidup pasti dihadapi dengan tenang.. Ketenangan itu sangat mahal harganya..

Allah tidak memandang hasil usaha kita, tapi Dia pandang usaha yang kita lakukan untuk mencari kejayaan...

Kalau kita bandingkan..[ini pengalaman masa A Level..hehe] kita buat latihan past years setiap hari secara 'consistent' supaya kita cemerlang dalam peperiksaan A Level nanti.. Tapi kawan baik kita tak buat latihan pun..asyik keluar makan malam je dengan 'friends' dan 'boyfriends' mereka..

Hasilnya, result kita biasa-biasa saja tapi kawan baik kita 'excellent' giler... Pasti terdetik di hati 'Tak adilnya...' 'Aku dah usaha..tapi tak dapat jugak..'

Sungguh lemah iman kita... Bukankah semua ini dalam perancangan Allah??? Kenapa kita harus menafikan hak Allah.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita... Yakinlah, Allah pasti memakbulkan doa kita.

Terima kegagalan dalam setiap apa yang kita lakukan dengan keyakinan dan tawakkal kepada-Nya....dengan syarat kita sudah berusaha bersungguh-sungguh ke arah kejayaan itu.

Mungkin dengan kegagalan hati kita lebih tunduk pada kekuasaan-Nya

Mungkin dengan kegagalan itu adalah kaffarah dosa-dosa kita

Mungkin dengan kegagalan ini akan bermula titik kejayaan yang akan datang

Mungkin dengan kegagalan akan mengajar kita tentang sesuatu yang lebih bermakna

Kegagalan akan menjadikan hati dan perasaan kita dekat pada Allah

Bukankah itu yang Dia mahu..??

Allah menguji sesorang itu dengan 2 sebab..
1. Dia mahu angkat darjat kita di sisi-Nya.
2. Dia mahu uji kita dan hapuskan dosa-dosa yang lalu.

'Saya mahu perasaan rendah diri di hati saya kerana saya terlalu ego'

Monday, 23 March 2009

Jangan memilih

Tentang terima kasih..
Selalu kita lupa mengucapkan terima kasih...
Jangan memilih untuk berterima kasih..
Hatta dengan kawan yang tidak dikenali..

Orang Melayu kaya dengan budi..
Jangan sombong sesama sendiri...
Hanya berbaik sesama fikrah..
Bukankah agama itu indah...

Saya tidak pandai berceramah..
Apatah lagi untuk berdakwah..
Tunjukkanlah sifat mahmudah..
Walaupun tidak peramah...

[hehe....nukilan di pagi hari..]
Selamat pagi~

Serpihan Cerita

1. Saya gembira kerana bunga-bunga yang disemai sebulan yang lalu telah tumbuh di belakang rumah kami.. Saya semakin suka menyiram mereka semua.. Ada warna kuning, merah, 'purple' dan putih.. Saya mesti menjaga mereka dengan penuh kasih dan sayang.. Hari-hari yang dilalui semakin menenangkan apabila melihat mereka membesar di depan mata.. [hehe..ayat tak boleh blah]

2. Saya sudah tamat placement saya. Alhamdulillah. Tinggal lagi satu placement sebelum menamatkan Degree in Occupational Therapy di Cardiff Univesity. Inshaallah mungkin akan dapat di 'Special School' takpun Pediatric Department. Semoga Allah bantu..

3. Semalam birthday Izzati. Makan-makan di tebing sungai pada waktu petang. Hari ini birthday Dayang, junior OT ku yang sedang sibuk dengan VIVA nya.. Haaaa..haaaaa... Semoga berjaya nanti...!! Inshaallah, berusaha!!!

4. Tidak beberapa lama lagi saya akan berangkat ke Newcastle...Yeay!! Menemui sahabat-sahabat INTEC yang dirindui.. In, Meni and Dayana.... Banyak cerita nak kongsi ni...hehe

5. Esok presentation. Alamak..dok merantau di ruang maya ini tanpa satu kerja pun lagi siap...O'o..back to work!!!

Sunday, 22 March 2009

Tentang 'Kota Bharu'

Dengan kesibukan sepanjang weekend ini..hampir terlupa bahawa saya akan berangkat ke Newcastle untuk cuti musim bunga nanti untuk menemui sahabat-sahabat semasa di INTEC dulu.. Nik Amelina, Amni Safiah dan Dayana. Saya memang merindui mereka. Sudah lama dipendam perasaan ini. Hehe...

Masa nak pilih-pilih university dulu, mereka bertiga bertekad mahu ke 'Kota Bharu'. Tapi saya pula tidak boleh ke sana kerana pilihan university yang ada jurusan Occupational Therapy sangat terhad kepada Cardiff, Southampton, Brunel, Edinburgh. Tempat yang begitu berbeza antara satu sama lain. Mula-mula, pilihan pertama saya ialah Southampton. Kedua ialah Cardiff, tetapi selepas beberapa minggu, saya tukar pilihan pertama Cardiff, kedua Brunel.. hehe... Lihatlah sekarang, sudah ditakdirkan Allah, saya tercampak di bumi Wales ini......hehe..

In, Meni and Dayana pula pilih Newcastle sebab mereka mahu tinggal di Kota Bharu.. Maklumlah..mereka orang-orang Kelantan...Sungguh kuat pegangan mereka ....hehe.. Tapi di Cardiff pulak ramai orang Kedah.. Cardiff dipenuhi orang-orang Kedah...hehe..sesuai-sesuai..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Mungkin Allah ingin menguji sesuatu kepada.. Ish-ish...

Tapi Alhamdulillah Cardiff ni sangat peaceful...orang-orangnya..tempatnya..dan semua berkaitan dengannya... Semoga ia berkekalan.. Inshaallah..

Berbalik kepada Kota Bharu..In, Meni and Dayana..'tak sabar nak gi tempat mu...'

Saturday, 21 March 2009

Thank you for coming~

Inilah barisan OT dan Gigi...hehe..


Anis...Mia and Yah...


The big family...heehe..inilah semua tetamu jemputan yang hadir..




My beloved best friend in Cardiff..Husniyah.. Some people say, muka kami nak sama... Biasela, anak-anak pakcik Zainol..hehe.. Cuba teka yang mana satu kakak and adik... huhu..

P/S: Kemana jua daku pergi, mesti ada orang yang mukanya hampir sama dengan ku dan kebetulan pula, kami sentiasa berkawan baik..hihi...

Yah, i think i have to find someone yang muka nak sama dengan aku to be my husband..hehe.. What do you think? Kui kui kui...


Tetamu-tetamu terawal yang datang...

Thursday, 19 March 2009

Entah apa mimpinya malam itu..

Dia duduk di kerusi malas itu. Memandang sekeliling biliknya. Merah. Bersulamkan putih. Dia suka suasana merah. Baginya, merah adalah sumber kekuatan. Dia lemah. Merah itu membuatkan perasaannya kuat. Sekuat cahaya mentari yang merah di musim bunga. Errr..bukankah cahaya mentari di musim bunga berwarna oren..hehe..salah-salah cahaya mentari di Malaysia lebih sesuai.

Dia memandang ke arah sudut dinding putih. Seekor ular sawa hijau membelit lampu 'study'nya. Comel. Dia juga sukakan hijau. Hijau lambang ketenangan. Alam ciptaan Tuhan. Hatinya dekat dengan alam. Dia merindui pemandangan sawah padi yang menghijau di belakang rumahnya. Tapi apakan daya, musim panas belum tiba.

Sedang dia memerhatikan keadaan biliknya, dia terpandang sekuntum bunga mawar merah besar yang melilit di kerusi malasnya. Merah dan cantik. Daunnya hijau. Kombinasi yang berkesan. Warna kegemarannya. Dia memiliki bunga mawar besar itu sejak tahun lepas. Dibeli di Barcelona, Spain ketika berkunjung ke sana. Puas hati.

Dia pun mengalihkan pandangan ke arah katilnya yang putih bersih. Seputih kapas. 'Baru basuh', bisik hatinya. Dia inginkan hatinya seputih itu. Dia berusaha. Dia teringat kata-kata ibunya, 'kalau hati kita bersih, orang pun suka'. Susahnya nak bersihkan hati. Solat taubat setiap malam pun susah nak buat.

Dengan langkah yang longlai, dia pun bangun daripada kerusi malasnya. Duvet yang berwarna putih itu menggamit-gamit untuk didakap. Dia pun hanyut dibuai mimpi...entah apa mimpinya malam itu.

Wednesday, 18 March 2009

inilah educator saya..

alhamdulillah placement bakal berakhir esok
tapi educator sudah sign semua nya
maknanya sudah PASS ini placement

alhamdulillah


hari ini educator saya belanja saya makan tengahari
beliau juga belikan saya sumber vitamin C (hehe, itu adalah buah oren)
kami makan bersama-sama

saya bagi hadiah 'brooch' yang saya suka pada educator saya
warnanya 'silver'
beliau sangat sukakannya

saya pun gembira

ini adalah gambar beliau bersama saya




saya pasti merindui semua pengalaman manis bersama dengan beliau
beliau sangat kelakar
saya pasti ketawa bila bersamanya..hehe

esok saya takkan jumpa beliau lagi sebab beliau mula bercuti selama 2 minggu
saya sangat suka bekerja dengan beliau

opss lupa nama beliau Mary XXXX (hehe)