Tuesday, 21 June 2011
Rezeki Lambat?
Sebenarnya saya seorang yang kena bangun awal pagi..sebabnya kalau bangun lebih dari pukul 8 pagi..kepala saya akan rasa sakit..adoii.. sebab tu bangun awal pagi adalah lebih baik selain dapat merasai nikmat pagi dan hari itu terasa begitu panjang sebab dapat buat banyak benda.. hihi
Lagipun mak saya memang tak suka orang yang bangun lewat.. so, sejak dari saya kecik-kecik lagi saya akan bangun awal-awal walaupun tak buat apa-apa..
Saya ada teringat kata-kata ibu kepada seorang sahabat baik saya...lebih kurang macam ni lah..and saya ada tambah2 sket..hehe.."Kalau bangun lambat..solat pun lambat..rezeki jadi lambat..rahmat Allah datang lambat..badan jadi malas..otak lambat berjalan..akal lambat berfikir..jodoh pun datang lambat.."
hehe..Saya suka kata-kata itu..sebab mak saya juga pernah mengatakan perkara yang sama kepada saya dan adik-adik..
Saya akui perkara itu ada benarnya kerana Allah menciptakan waktu pagi itu untuk kita nikmati dengan memulakan perkara harian.
Jadi, marilah kita sama-sama bangun awal..kemudian jangan lupa kerjakan solat Dhuha.. Sesungguhnya, didiklah hati untuk sentiasa melakukan solat Dhuha dan Tahajjud.
Mari beramal dengan Al-Quran...
Selamat diucapkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang membaca entry ini..hehe!!!!
P/S: Berdebar menunggu keputusan!!!
Thursday, 9 June 2011
mengejar bakal suami! opps!
kenapa nak jeles..hehe.. saje je nak jeles sebab ramai orang kawen dan bertunang these days.. and they are all my friends!!
lagi jeles tengok gambar diorang bersama tunang and suami/isteri tercinta di majlis-majlis itu..
hmm.. zaman sekarang kan..semua gambar dikongsi..best best best.. but for me..i am not that type of person..huh.
yes..saya memang letak gambar-gambar saya yang agak banyak tapi untuk meletak gambar bertunang di page FB adalah sesuatu yang 'that is not me' heehehe..
berlainan dengan gambar kahwin..dakpelah letak 1 or 2 album gambar kahwin [oppss, album!!] di FB supaya semua orang tahu 'u are not available for dating another man what-so-ever' tapi jangan dok letak yang daring-daring...i pun malu nak tengok you..
huh huh.. kejelesan melampau.. stress! heh
seronokla tengok diorang seme seme..tapi daku harus mengejar sesuatu yang lebih jelas dan pasti..
apakah itu? mestilah bakal suami..toing toing toing!!
Wednesday, 8 June 2011
Serendah Si Kebun
Hmm...dah bulan June 2011 kan? rasa macam baru je semalam balik dari Cardiff. [okay..tu melampau..hehe]
takde..saje je
sekarang ni dah balik Kedah for good..and i really hope that i can stay here in my hometown longer than i expect..hmmm harap-harap..saya sentiasa berdoa..
sebenarnya saya baru je habis interview SPP dan bakal menghadiri kursus INDUKSI pada akhir bulan ini..
letih jugak la nak kena ulang alik Jitra - KL pada saat-saat begini...tapi apakan daya..adoii..hehe
okay..saya rasa saya nak berehat..nanti saya akan kembali menulis dengan input-input menarik..hehee....
Monday, 23 May 2011
Perjalanan mengakhiri sebuah episod kehidupan di Kuala Lumpur..hee
Sekejap lagi, saya akan memulakan perjalanan menempuh ratusan kilometer untuk pulang ke rumah di jitra kedah.
Pemanduan solo bersama kereta kesayangan akan mengambil masa selama lebih kurang 6 jam...hehe.. tak sabar tak sabar..
doakan perjalanan saya selamat.
maka tamatlah perjalanan sebuah episod kehidupan di Kuala Lumpur bersama KPLI PPC ini..semoga saya akan dapat posting di negeri kelahiranku..Kedah...
inshaallah..dan kehidupan baru ku juga akan bermula di situ..hehe...paham-paham je la yee.. hoh
okay..saya akan bertolak 15 minit dari sekarang..doakan saya..hehe..
sayunya nak tinggalkan bilikku yang comel ini...
Tuesday, 17 May 2011
KPLI-PPC
Tertekan sebab nak balik rumah..
Argghh..hebat betul dugaan Allah kepada saya di saat ini..
Saya nak balik..tak mau lagi duduk Kuala Lumpur ini..
Satu je masalah saya..saya tak suka hidup berseorangan di perantauan macam ni..
At least kalau kat rumah, saya ada keluarga dan adik-adik..hehe..
Tak sabar menunggu lagi seminggu nak pulang ke rumah for good!! yeahhh!!!
Go go KPLI-PPC!!
Next paper is esok..Paper Pendidikan Khas 1.
Doakan saya..
Friday, 13 May 2011
Nak Exam.
it's a good interval between paper though. ada time nak study sikit..between papers.
okay..satu je nak beritahu..
sebenarnya saya suka nak jadi pensyarah..walaupun course saya lebih menjurus kepada bidang perguruan..tapi pensyarah pun macam guru la jugak kan..cuma kaedah pengajaran mereka lebih bersifat Expository.. hehe..
ceeehh..
saya suka sebabnya..dah 2 orang pensyarah saya jemput saya untuk jadi pensyarah jemputan untuk beri 'syarahan' dan berkongsi tentang bidang saya iaitu..Occupational Therapy kepada bakal-bakal guru di IPG saya..
Uwaaa...saya suka..tapi usaha ini kecik je.. semoga saya dapat jadi yang lebih baik..semoga allah mudahkan..
aiyaa...sambung studyy...rasa sedikit bosan.. hehe..
Selamat Hari Guru semua!!!
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..
Sunday, 17 April 2011
Guru CEMERLANG Praktikum
Seminggu lagi praktikum saya akan tamat sepenuhnya. Saya tidak tahu apakah saya akan mengucapkan syukur ataupun sebaliknya. Saya sayangkan semuanya di sekolah ini..dari kawan-kawan guru pendidikan khas, kawan-kawan pembantu pengurusan murid, pelajar-pelajar istimewa yang amat saya sayangi..serta segala aktiviti yang pernah saya lalui ketika berkhidmat sebagai guru pelatih di sini..
Semuanya sangat indah!! Mereka adalah antara perkara terbaik yang pernah hadir dalam hidupku..
Alhamdulillah, di sekolah ini juga saya telah tercalon sebagai salah seorang GURU CEMERLANG PRAKTIKUM..bukan penghargaan seperti itu yang saya harapkan, saya hanya lakukan yang terbaik.. semua yang saya lakukan adalah kerana Allah..
Saya masih ingat satu kata-kata yang saya masih pegang sehingga sekarang ‘Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan menemui Allah pada esok harinya.. Dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya’ Saya bukanlah yang terbaik sebenarnya kerana ada orang yang lebih baik dari saya dari segala segi.
Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat dalam bidang yang amat saya minati. Sambil bekerja, saya mengambil peluang untuk mengumpul pahala bersama mereka yang begitu ‘istimewa’ di hati saya. Saya menghargai setiap apa yang ada dalam diri mereka. Setiap kata-kata mereka ketika saya mengajar adalah penawar duka di hati saya. Haha..sebenarnya saya suka sangat datang mengajar mereka..menjadi guru adalah perkara paling mudah dalam dunia jika anda mempunyai ‘passion’.
Ketika saya mengajar, saya tak ‘strict’ kepada akademik sebab saya tahu, pelajar-pelajar istimewa saya ini mempunyai kelebihan yang luar biasa. Saya selitkan unsur-unsur aktiviti dan perkara yang boleh membangkitkan kreativiti mereka semasa belajar. Satu konsep yang penting ialah..FUN LEARNING!
Alhamdulillah teknik begini mampu untuk membuatkan pelajar gembira dengan apa yang belajar. Sebagai guru, saya juga gembira apabila pelajar saya gembira. Walaupun pelajar saya tidak akan mampu untuk menjadi seorang doctor atau jurutera atau akauntan, kepuasan saya mengajar bukan terletak kepada kejayaan akademik mereka. Saya sudah boleh merasa lega dan puas hati apabila mereka mampu untuk berdikari dalam hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup serta mempunyai akhlak budi pekerti yang baik.
Mudah bukan… tak susah nak bekerja sambil mengumpul pahala..mereka dijanjikan syurga.. saya suka pekerjaan saya. Saya sayang apa yang saya lakukan..saya tak mahu kehilangan insan-insan ‘istimewa’ dalam hidup saya..
Alhamdulillah…Ketua-ketua Jabatan dari Maktab perguruan telah datang untuk menilai kewajaran saya untuk mendapat ‘title’ itu…saya telah lakukan yang terbaik buat diri saya dan diri mereka yang ‘istimewa’ dalam hidup saya.. seyakinnya saya tidak akan sekali-kali mempersiakan mereka yang saya ajar..
Doakan saya benar-benar mendapat anugerah GURU CEMERLANG PRAKTIKUM itu.. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!!!
I am sure I will be missing my life as a practical teacher…