
Sajak untuk renungan muslimah
Mawar dan Semalu
tersenyum mawar
merah dan mekar
dirintiki embun segar
melata semalu
menyerlahkan puspa yang ayu
berwarna ungu
bagai menggamit datang
mawar harum nan kembang
dipetik dimasukkan ke dalam balang
aduh
jari tertusuk duri berbisa
darah merah mengalir sama
semalu pula
di tanah menjalar melata
menghiasi padang hijau yang luas
bertaburan bebas
semalu dipetik
aduh
mengapa daunnya merapat
tak bisa disunting menjadi semat
mawar masih di dalam balang
semalu kembali dibuang kembali ke padang
mana satu menjadi pilihan
mawar merah yang melukakan
atau semalu yang tak rela disentuh tangan?
Karya: Fitri Azmi
hmmmm..sungguh sajak ini membuat kita berfikir, untuk jadi semalu atau mawar.
Mawar - cantik, berbau harum tapi harumnya hanya seketika...menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang..tetapi berduri..simbol kasih sayang dan romantis (seorang wanita akan berasa sangat gembira apabila menerima bunga mawar berbanding semalu daripada seorang insan bernama lelaki)...
Semalu - mungkin tidak secantik mawar, tidak seharum mawar, jumlahnya pula banyak di padang rumput, manusia juga tidak menghargai semalu (tiada semalu dijual ketika Graduation Day), malah di padang rumput juga manusia hanya memijak semalu tanpa rasa bersalah sedikit pun..tapi semalu sangat menjaga maruah dan kehormatan dirinya..tidak rela dirinya disentuh sesiapapun..sungguh pemalu wahai semalu...
Jadi fikir-fikirkanlah wahai teman..kerana sajak ini bukan tujuan untuk mengelirukan tetapi untuk membuat kita berfikir dan membuat pertimbangan daripada perbandingan sekuntum bunga mawar di tangan dan sepohon semalu di padang...
Ambillah iktibar dari kedua-dua pohon ini..sungguh..keduanya hanya makhluk ciptaan Allah, tidak diciptakan untuk kesempurnaan...
Indahnya hidup ini jika kita menjadi berani dan bersemangat seperti mawar yang merah dan mengambil ciri 'wisdom and dignity' seperti semalu yang ungu...
comellah awak ni~~~ huuh
ReplyDeletehehe..wanie..malunye wanie bace blog kite..kite x pandai la buat blog mcm wanie..blog ni just simple je...x de mende2 lain pun...hehe...
ReplyDeletehi..best la some of ur essay..keep on the gud work k..
ReplyDeletehehe..ade org jadik pemalu macam semalu...
ReplyDelete