Saturday, 15 November 2008

daun-daun yang berguguran...

semalam dan hari ini...

Jumaat~
seperti jumaat pada minggu-minggu sebelumnya, aku tak de kelas.. in fact, setiap hari rabu dan jumaat aku free dari sebarang kelas ataupun group discussion... memang seronok hidup ini, alhamdulillah.. jadi hari rabu dan jumaat adalah waktu terbaik untuk aku berjalan-jalan di town, di sekitar Student's Union ataupun sekitar Bute Park... cukup waktu solat, balik ke rumah untuk solat..hehe..kalau rajin,masaklah yang special sikit hari tu,kalau tak, makan apa yang ada saja...

hari jumaat ku ... seperti biasa setelah selesai solat Dhuha dan bersarapan sedikit, aku keluar dengan basikal ku pergi ke town...saje je nak jalan-jalan melihat gelagat manusia..and do some window shopping..nak shopping beriya tak boleh sangat sebab nak 'saving' untuk ke Spain dan Scotland winter ni.. dah penat jalan, aku pun pulang mencari makanan..

cadangnya nak swimming dengan sebah malamni di Maindy Pool.. terus call sebah and terus plan nak swimming and bermalam di rumah sahabat-sahabat doktorku..

swimming sangat seronok..therapy...menendang dan menumbuk air itu.. kemudian mengapungkan diri..bahagianya hidup ini.alhamdulillah.. walaupun aku bukanlah perenang yang hebat seperti sebah, (still pakai alat mengapungkan diri untuk berenang..hihi), namun aku tetap bahagia apabila dapat berada dalam air...

malam itu..di rumah sebah...
setelah selesai saja makan kebab dengan sahabat-sahabat doktor itu (rus, aiman, odah). aku meng'offer' diri untuk menjadi patient kepada mereka..hehe..seronokla jadi patient diorang..malam tu kitorang main doktor-doktor...haha... aku yang jadi patient... 3 doctors vs 1 patient... abis seluruh badan aku di'examine' oleh mereka...waaaaaa......
tapi best...hehe... diorang doktor yang 'baik', 'peramah' dan 'sopan santun'...(hihi)...

malam itu berakhir dengan kebahagiaan....alhamdulillah...seronok dapat sahabat-sahabat macam diorang semua... tak sah kalau tak gelak-gelak dengan diorang..hehe...nak jadi patient diorang lagi la macam ni...



Sabtu~
Pukul 10 am dari rumah sebah bertolak balik ke rumah...20 minit kemudian sampai rumah...lepas beberapa minit sampai di rumah, tiba-tiba...'ting-tong'..bell rumah berbunyi...terus meluru membuka pintu....

aaaaaaaaaaaa....aku menjerit..(takla kuat sangat)...seseorang yang aku kenal sangat berada di depan mataku...ezati!!! adik junior INTEC ku yang belajar di Birmingham..datang Cardiff tak bagitau..tup-tup ada depan pintu rumah.. ish..ish zati ni.... lepas berborak agak lama dalam bilikku yang merah, ezati pun pulang...

akan berjumpa lagi di Spice Route, Cardiff Bay lunch nanti..hehe...

Spice Route, Cardiff Bay..
sedapnya makanan kat situ...banyak juga aku makan..hehe..bayar GBP 7, mestila kena makan puas-puas..biar pecah di perut..jangan pecah di mulut...(ehe..boleh pakai ke simpulan bahasa itu dalam konteks dan situasi ini?)

lepas makan-makan, hari sabtu tidak berakhir di situ..hehe..ada lagi satu plan untuk celebrate birthday mia di rumah sebenarnye... puasla kitorang buat plan tak bagi mia masuk rumah dulu sebab preparation sedang dijalankan..

ajaklah mia dan beberapa orang lagi termasuk yah, anis and kak kinah ke bilikkku..hehe...bilikku yang merah ituu... lepas dah solat and menghirup minuman green tea yang aku buat, panggilan telefon menyatakan 'line clear'..hehe...so, buat-buatlah nak pegi rumah mia ...nak ambik suratla..barang itu la..ini la...hehe..(tipu je semua tu)...

Taaaa..daaaa.'happy birthday mia'....kek dipotong dan hadiah diberi kepada mia.. terkejut badak dia ..haha... hehe...surpriseddd!!! semoga panjang umur dan murah rezeki ye mia...satu lagi ucapan khas untuk mia..semoga bertemu jodohnya sebelum sampai masanya..hahhaagurau je..kekekkekeke...

anyway..memang best la hari ini dan semalam... suka sangat..memetik kata-kata anis.."suke ahhh..." hhehhee....

banyak incident yang mencuit hati berlaku...hihi..tak larat nak gelak...tapi alhamdulillah inilah nikmat persahabatan yang Allah kurniakan kepadaku di bumi bertuah Cardiff ini...

semoga persahabatan ini tiada penghujungnya....inshaAllah..

No comments:

Post a Comment