Tuesday, 30 December 2008

Hanya itu yang aku mampu - Free Palestine!!

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah hari. Aku mendail nombor seseorang. "Hello, eh Izzati, jom pegi GAZA rally kat Queen Street sekarang? Nak tak?"

"Aaaah..okay jugak tu..Jom!! Tunggu aku siap jap"

"Okay, aku tunggu kat luar rumah, naik basikal eh"

"Okay!!"

Kami mengayuh basikal bersama-sama ke Queen Street yang hanya 5 minit menaiki basikal dari rumah kami. Cuaca sejuk amat. Aku biarkan saja. Malas melayan kesejukan di musim sejuk ini. Sudah lumrah.

Kami sampai di Nye Bevan Statue, Queen Street. Tidak ramai yang berkumpul tapi boleh diagak kumpulan itu adalah kumpulan yang akan kami sertai. Selepas mengunci basikal, kami berjalan menyertai mereka. Kedengaran suara-suara nyanyian dari mereka. Merdu.

Aku berjumpa ramai sahabat ISOC di situ. Aala, Lucinda, Zainab dan ramai lagi muka-muka yang familiar tetapi tidak tahu nama mereka.

"Allahuakbar" "Allahuakbar" "Allahuakbar" "Free Palestine!!" "What we want?? JUSTICE!! When we want?? NOW!!

Laungan demi laungan kedengaran. Berulang-ulang. Sungguh membara semangat mereka. Bendera Palestine dikibar. Aku turut sama memegang penjuru bendera kecil di celahan manusia itu. Sekali-sekala kibaran bendera besar yang dikibar oleh seorang lelaki di belakangku mengenai tudungku. Tudungku senget. Aku meniup beberapa kali supaya ia kembali seperti keadaan asal.

"Justice...freedom...lalalalala.....lalalalaalala...laalaallalala..."
Kedengaran juga nyanyian daripada kumpulan orang bukan Islam. Kemudian berselang-seli dengan laungan takbir daripada kumpulan Muslim. Aku dapat rasakan ada kesatuan di situ. Walaupun aqidah berbeza, namun sifat kemanusiaan menyatukan kami dan mereka.


Setelah hampir sejam melaungkan kata-kata protes terhadap serangan Israel terhadap Palestine, perhimpunan aman itu bersurai. Esok ada lagi perhimpunan yang lebih besar di tempat yang sama. Inshaallah aku akan datang lagi.

Siaran televisyen di seluruh dunia memaparkan perhimpunan protes terhadap serangan terkutuk itu di mana-mana. Hanya itu yang mereka mampu lakukan. Berdoa ... Menderma.... dan mengadakan perhimpunan bantahan. Alhamdulillah aku juga dapat menyumbang keprihatinan aku walaupun tidak seberapa.


Berdoa sudah...Menderma juga sudah....Menyertai perhimpunan bantahan juga sudah.. itu usaha orang-orang kecil seperti aku dan mereka..


Namun apakah tindakan orang-orang besar dunia???? Kesatuan-kesatuan besar dunia??? Adakah perhimpunan bantahan di seluruh dunia tidak dapat menandingi kuasa besar itu???

Berdoalah dan berdoalah... Doa itu adalah senjata. Doa itu pengubat jiwa. Doa itu memungkinkan segala.

"Ya Allah, selamatkanlah dunia Islam."

Monday, 29 December 2008

when somebody ask you "will you marry me?"

Sibuk di sana sini perkahwinan sahabat handaiku yang dahulu pernah bersekolah sekali..teman sepermainan semasa kecil, teman semasa tadika, teman sekolah rendah, teman sekolah menengah, teman MRSM...teman INTEC, teman Ausmat...teman A Level..

Mungkin tak semua yang sudah berpunya, boleh dikira dengan jari sahaja..tapi...apabila menatap gambar-gambar mereka di Facebook, Friendster, Blogspot, Flickers dan lain-lain...diri ini seolah-olah teruja...

TERUJA??

Teruja untuk menjadi seperti mereka..mungkin diri ini belum bersedia namun hati seperti berminat.. mungkin tertarik dengan pakaian pengantin mereka...menjadi raja sehari..lumrah hati manusia , lebih-lebih lagi seperti aku...sukakan kecantikan..sukakan kebahagiaan...sukakan kemanisan sebuah perhubungan.

Tentang soal perkahwinan..padaku, ia adalah lebih kepada soal meng'halal'kan perhubungan antara lelaki dan perempuan..pandanganku mungkin salah, namun ada kebenarannya.. rata-rata, orang berkata perkahwinan adalah satu tanggunjawab.

YA!! Benar!! perkahwinan adalah tanggungjawab...TANGGUNGJAWAB apa?? anda mungkin tahu jawapannya..

aku masih TERcari-TERcari...

makna sebuah perkahwinan yang MAHAL...

letaknya pada MAHARnya kah?

atau HANTARAN??

atau perkahwinan MEWAH??

pada KETENANGAN dalam sebuah perkahwinan??

atau pada HATI yang menerima seadanya diri seorang LELAKI yang menemani kehidupan??

...MUNGKIN 2010..soalan-soalan itu akan terjawab....Inshaallah..semoga Allah meletakkan sesuatu yang terbaik bagiku...yang terbaik bagiku..yang terbaik bagiku...Sungguh Dia lebih mengetahui...

The Only Conquerer is Allah - [Palestine]

semalam dan hari ini...
darah di mana-mana...
nyawa seperti mainan..

mereka bukan lagi manusia..
mereka binatang..
mereka membunuh..
mereka kejam..

tahun baru 1430 Hijrah dicemari...
oleh hati-hati tidak berperi..
bumi Palestine itu..
seperti neraka dunia...

apa tanggungjawab kita?
adakah melihat saja..
mendengar berita semata..

hati dicuit tidak berperasaan...
saudara seaqidah seperti orang asing...

mereka adalah watan kita..
berdoalah untuk mereka....
hindari menyokong Israel..
elakkan membeli barangan mereka...
mendermalah untuk mereka...

walau usaha kita tidak seberapa..
walau ia hanya sebesar zarah..
adakah Allah tidak melihat?
adakah Allah tidak tahu?

Sunday, 28 December 2008

when everyone is quiet..

1) doing my assignment --> Patchwork Text 2...still writing my first patch..long way to go....another 2 patches to be done soon..inshaallah...

2) reading at my friends' blogs...so many things explained, Palestine, humankind, economy, recession..shopping...boxing...then about jihad...relationships with our Creator..trips..vacation..winter break..personal achievements...mixed feelings when reading them..

3) happy new year 1430H... reciting end-of-year du'a and new-year du'a... new hopes, vision and tasks... always in the blessing of Allah..

4) Brain injury and rehabilitation mode --> this is my patchwork theme anyway!!! fening-fening..

Friday, 26 December 2008

Suatu Kepulangan

1) hari ini sibuk juga walaupun tiada yang istimewa...

2) semasa ada kelapangan winter break ini, tidak banyak perkara yang dapat dilakukan..siang yang pendek..malam yang panjang...

3) entah mengapa..sepatutnya banyak perkara yang dapat dilakukan kerana malam yang panjang..banyak perkara dapat dilakukan apabila malam...

4) selepas pulang dari Espana beberapa hari yang lalu...mood untuk bekerja dan belajar dan membuat assignment belum datang... saya tahu..mood itu tak perlu ditunggu untuk datang..saya yang perlu berusaha ke arahnya...inshaallah..mungkin esok!!

5) gaya penulisan blog ini adalah seperti gaya penulisan seorang bekas pemimpin negara suatu masa dahulu..hehe..saja mengambil mood baru..bukan hendak meniru..tapi mungkin boleh dikata meng'imitate'....

6) okay, cukup setakat ini dahulu..nanti tulis lagi...jika ada perkara menarik atau tidak menarik... ini lamanku..lamanku..lamanku....

Tuesday, 23 December 2008

Life is a test from Allah


saya demam..badan saya panas...kepala saya sakit...mata saya rasa panas...

saya selesema...hidung saya tersumbat...kadang-kadang berdarah-darah...sungguh tidak selesa...

saya batuk...tekak saya sakik...tekak saya kering...

semoga sakit-sakit saya ini dapat menghapuskan dosa-dosa kegembiraan saya selama ini...mungin kerana hati saya gelap...hati saya hitam..susah untuk cahaya masuk....

seperti penyakit cataract mata..apabila lensa mata sudah hitam...cahaya tidak dapat masuk...jadi, keindahan alam ini sudah tidak dapat dinikmati...apa yang pesakit nampak, tidak seindah alam yang sebenar...kabur...bunga yang cantik, dikata buruk....

saya tidak mahu jadi seperti itu...

bersihkanlah hati saya...supaya saya tidak terlalu gembira...sehingga tidak nampak kebenaran..buta hati..buta pemikiran...buta akal....jauhkan lah saya dari bisikan-bisikan syaitan lantaran kerana mata saya yang buta...

ameen.....

Monday, 22 December 2008

siapa kata....??

our lives depend on what are people saying...

siapa kata .....diriku ini peramah??
aku tidak terlalu peramah..any objection? aku ni pendiam orang nye..any objection?? tak banyak bercakap melainkan dengan orang yang ku benar-benar pasti ku mengenalinya... tapi aku banyak bertanya..hehe...pertanyaan mengarut mungkin..

siapa kata ...diriku gemuk??
hehe..tp memang aku gemuk pun..any objection? tapi aku rase ok je kot jadi gemuk mcm ni... one of my friend cakap...kalau gemuk, nanti takde orang yang nak kahwin dengan kita.. very childish minded.

siape kate takde orang nak kawin dengan orang gemuk??? If Allah says 'kun fa ya kuun'.. maka jadilah ia... segala jodoh ada ketentuannya..jadi why worry of being a fat plumpy chubby girl as long as I am not making other people worry??

orang gemuk maknanya gembira....hehe..any objection??

siapa kata ..diriku selalu seronok?

memang aku selalu berperasaan sernok...tetapi itu bkan kepastian bahawa hidupku penuh dengan kegembiraan.. pernah juga mengalami trauma dalam hidup...kemuncak kesedihan...tapi patutkah ku bercerita di sini? tak usah diingatkan perkara yang sudah berlalu..jadikan ia sebagai secubit kenangan yang memungkinkan ku untuk tersenyum kembali setelah bertahun-tahun ia terjadi.... harapanku agar perkara-perkara yang sama tidak berulang kembali...

siapa kata ....diriku sempurna?
takde sape kot yang cakap macam tu...haha
I'm dyslexic..I'm a slow learner...lambat pick-up....blurr....
but i think i am happy that way...
i live at my own phase..

sebab tu seronok sangat sebab course ku sekarang tak de exam.... only essay writings..which i really love love love....and practical skills ...in which communication and skills reqired ..which i relly like like like............ I am passionate~~

siapa kata...diriku pandai masak???????
memang suka memasak..tapi suka tidak semestinya pandai...kan kan kan..any objection??
tapipun takde la aku suka sangat memasak...but kalau dah masak tu, i will cook from the bottom of my heart....hehe...baru la sedap... hey whatever..

p/s: spending time writing this one on bed when everyone in the house are out at the moment....im home alone....

Thursday, 11 December 2008

Menanti saat dan detik itu....

hari terakhir lecture --> 2nd year OT Cardiff University~

macam biasa before the end of each seme
ster, semua student akan buat peer evaluation untuk semua assessments and modules and groupmates masing-masing... positive...negative...semua ada laaa....

lepas tu ada jumuan ringan sket...makan-makan biskut...minum-minum juice... get in group and we chat and buat lawak sket...

pastu before balik..peluk-peluk dulu dengan coursemates (of course le pilih yg pompuan kan)... lelaki dalam course ku hanya ada 5 orang je..tolak 1 orang gay..jadila 4 lelaki sejati..tolak lagi 1 orang dah jadi bapak orang....tinggallah 3 yang agak sejati....hehe..

Yang bestnye...kali ini...rasa seronok sangat...sebabnye...

One of my coursemate --> Lucy gave me a huge stocking full of presents!!!!!! dia cakap.." I respect your believe and I know you dont celebrate Christmas but this stocking is for you, a present from me. Hope you like it!!!"

Aku terkejut teramat...dalam hati..[mak aiii,banyak giler hadiah dalam stocking ni...] "All of this?? For me???"

"Yes, for you"


"This is too much..Thank you!!! Thanks a lot!!" [aku dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi..] Most of my coursemates mengelilingi stocking tu..hehe...serious banyak giler hadiah kat dalam stocking besar tu...

Hatiku berbunga...Alhamdulillah..Kalau kita buat baik pada orang...Allah akan balas sesuatu yang lebih baik....Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Aku rasa la kan..Lucy bagi hadiah tu sebab masa aku balik sini from summer, aku bagi diorang sampul duit Raya berisi wang RM 1 setiap seorang... coursemate ku tak ramai...32 orang semuanya...taklah banyak sgt budget ku....memang hubungan kami sangat akrab... Selalu sangat lunch sama-sama... hehe..

Pengajarannya di sini...

Sentiasalah berbaik-baik dengan semua orang tak kira bangsa mahupun agama...walaupun mereka dari golongan yang kafir, tetapi kita sepatutnya menghormati mereka..sepertimana mereka juga menghormati kita...

Kalau kita tak mampu nak ajak mereka kepada Islam melalui perkataan...ajaklah mereka melalui perbuatan... Maksudnya....tunjukkan sifat MAHMUDAH dan jauhi sifat MAZMUMAH...

Selalulah berdoa...

"Ya Allah, Engkau cantikkanlah akhlakku seperti mana Engkau cantikkan wajahku, Ameen"

Wednesday, 10 December 2008

kalau suka sesuatu...

kalau suka sesuatu..tunjuk lah rasa sayang setiap hari....

ahah...ting tong~

hari silih berganti...masa mula-mula datang cardiff dulu....masa mula-mula naik train kat Paddington Station bersama Husna and Mai datang sini.....

masa tengah baring-baring melihat bintang kat Uni Hall dalam bilik...masa tengah jalan-jalan kat Roath Park sorang-sorang...masa mula-mula explore Cardiff ni dengan map di tangan sorang-sorang...masa sesat tak tau jalan balikUni Hall sorang-sorang...

masa mula-mula masuk kelas (OT)..aku sorang je Melayu...aku sorang je yang pakai tudung...masa mula-mula aku belajar benda yang aku tak pernah belajar sebelum ni masa SPM ataupun AUSMAT ataupun A Level...masa mula-mula merangkak-rangkak nak paham when all the people around me speak English...

masa mula-mula OT course takde exam..aku sudah lupa bagaimana perasaan cemas dan panik nak ambik exam...aku sudah hilang potensi diri menggunakan calculator dengan pantas...aku sudah lupa cara untuk selesaikan 'differentiation dan integration'...adoiii...

masa mula-mula nak adapt dengan situasi pembelajaran yang memaksaku untuk bercakap dan bercakap...."your opinion is needed, please dont keep quiet"
masa mula-mula nervous dengan situasi seperti itu..mungkin itu juga menyebabkan aku semakin suka bercakap dan ingin bercakap semasa dalam kelas mahupun ketika group discussion..

masa mula-mula kenal Ijun..Izzati...Anis....Husniyah..Husna...Mai...
Yan...Mia..Wina...Zira..Kira...Sandra...
masa mula-mula nak kawan dengan diorang...masa mula-mula tau diorang semua baik-baik..hehe.....

masa mula-mula pergi rumah Kak Sue, Kak Kinah, Kak Ash, Kak Miza and Kak Faizah..
masa mula-mula nak rapat dengan mereka....

masa mula-mula...masa sorang-sorang...

masa muda-muda...

dan sekarang....

masih lagi muda...hehe..

dan kalau sukakan sesuatu..tunjuk lah rasa sayang setiap hari....

dan kalau suka sesuatu...janganlah marah-marah...

dan kalau suka sesuatu...senyumlah...

dan kalau suka sesuatu...cakaplah....

dan kalau kita suka sesuatu...belilah....

dan kalau kita suka sesuatu...simpanlah...

tapi.....

kalau kita tak suka sesuatu....buat je tak tahu....

Tuesday, 9 December 2008

basikal..lavender..dan musical...

seronoknye bercerita tentang hari ni..

pagi ni bersiap awal untuk ke kelas...pukul 9.30am start kelas..so, kayuh basikal pukul 9.05am...

memang hari ini bersejarah...pada detikku mengayuh basikal sepanjang Coldstream Terrace..pengalaman baru bagiku...bermula lah detik cerita seorang penunggang basikal di bumi Cardiff ini..


Kali pertama terjatuh dari basikal..bukan sebab tak pandai kayuh..tapi kerana environmental factor...haha..jalan ber'ais'..licin...Walaupun banyak mata yang memandang.. nasib baik tak de Malaysian yang tengok..kalau tak lagi malu.. seluar ku koyak kat bahagian lutut...aahh...kelas tetap kena pegi.. I am still cognitively able~

Meditation presentation hari ni..mana bleh tak datang.. I really enjoyed the presentation... We learned Remisniscence Therapy.. maybe hanya O
T student sahaja yang faham..hehe..


Elin (my coursemate) gave me this lavender leaves....harum baunya...pertama kali aku melihatnya secara live... menyentuhnya...menggosoknya..dan mencium bau lavender segar dari daunnya.. Sejamba
k Elin bagi aku... boleh buat potpureee katanya ..Yeayyyy!!!!! [kat Malaysia tak de ni...]

Semasa perjalanan pulang..setiap kali melintas jalan kat Whitchurch Road ..selalu sorang pak cik ni tolong aku...dia tolong berhentikan kereta yang lalu lalang and bagi aku melintas dengan selamat....

Dia baik sangat...selalu tegur aku masa melintas jalan.. "Alright, love? Bye bye...see you again tomorrow!!"

Nak tau kenapa dia selalu tolong aku?

Haha..sebab kerjanya adalah memegang papan tanda STOP untuk pelajar sekolah melintas kat jalan tu...hehe... dia selalu pakai baju KUNING yang striking~~~

-Banyak sungguh orang baik di dunia ini sebenarnya...kalau kita baik..inshaallah...Allah anugerahkan kita berjumpa dengan orang-orang baik..kan kan..betul tak.. Jadi..kita mesti membersihkan hati kita daripada kebencian...kemarahan ataupun hasad dengki... Jikalau semua perasaan MAZMUMAH tu takde...hati akan bersih..terpancar pada wajah kita...sentiasa ceria dan tenang...orang yang memandang kita juga akan rasa seronok dan tenang...Subhanallah...-

Sampai sahaja di rumah..awal lagi..baru pukul 3.30pm..layan kejap Sutera Maya TV3..tunggu maghrib...Solat and........

Bersiap untuk keluar lagi!!!!!!

Memandangkan esok Rabu..cuti~

Petang tadi decided nak tengok citer High School Musical 3 ....yeyeye...pegi tengok sorang2 je...nak ajak kawan2 lain, diorang tak abis kelas lagi...


Jalan 5 minit,dah sampai Vue Cinema Cardiff.beli tiket, beli Kids tray popcorn..hehe...time to MUSICAL~ seronok seronok...I enjoyed the music the most..and the dancing part as well~ [am I still not mature enough because of this?] --> I enjoy my leisure~

So sekarang dah lengkap la sequeal High School Musical yang pernah ku tonton...sebelum-sebelum ni tengok dengan Asyah (my little sister) kat DVD di rumah je....

Madagascar 2 pun dah tengok.. Boleh le citer kat Asyah ni..bagi dia jelessss ...hehehe.....


Monday, 8 December 2008

ucapan itu untuk siapa??

for the time being..I am celebrating Eid-ul-Adha..this time is different..ALONE...in front of my laptop...with the MP3 on...watching TV3 Buletin Utama...checking emails...checking powerpoint slides for tomorrow's presentation....

pada pagi eid..ada group discussion @9.30am

I sent messages to my groupmates--> Claire, Lois, Martyn, Brenda, Laura and Kate saying that I might be a bit late because i want to perform Solat Eid at the Cathays Community Centre Cardiff (CCCC)

They replied..lega sikit...very understanding...

Berjalan dan berlari-lari anak dengan... baju kurung ayu....menuju Heath Park Campus (University Hospital of Wales) bersama Wina sebaik sahaja selesai Solat Sunat.. Sempat dengar khutbah sekejap saje daripada Ust Anuar Al - Hafiz...alhamdulillah...

Lepas balik dari group discussion --> terus naik bus 9A to Riverside..cadangnye nak ke rumah Kak Mar--> sebab I think I dunt want to go back home yet...takde sape2 pun di rumah..nanti buat sedih je sorang2... pegi rumah orang, dapat makan-makan sikit...jumpa orang..nak senyum kat orang..rasa macam dah lama tak senyum pada orang... --> Senyuman itu Sedekah...senyuman itu indah...

Hari raya kali ni..tak seperti hari-hari raya sebelum ini...rasa begitu sunyi...

Dan sememangnye hidup ini terlalu sunyi..sepi...

Selamat Hari Lahir kepada sesiapa saja yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini...

Seronoknye kan kalau hari ulangtahun kelahiran disambut meriah dengan kegembiraan...wishes dan hadiah daripada kawan-kawan...Alhamdulillah..

Seingat aku..tak pernah Birthday ku disambut dengan ucapan birthday wishes daripada kawan-kawan sejak aku tamat Form 3 --> kerana berpindah sekolah ke MRSM Taiping... Ye lahh...birthday masa summer (August) sape nak ingat..hehe...

Kalau ada pun..just 2 or 3 simple text messages daripada kawan-kawan terdekat... hehe..[tak bersyukurkah aku??]

Yang sebenarnya..aku cemburu/iri hati dengan orang lain yang mendapat hadiah dan wishes yang sangat banyak daripada kawan-kawan mereka... Paling extreme, kalau yang dapat surprised birthday party!! Sungguh coooooollll~~~ Aku tak pernah merasai semua itu...

Sedey tak..sedey tak.. Sedih jugak kan.. Seingat aku juga..paling banyak aku dapat hadiah daripada kawan-kawan was when Form 1 kot..sebab masa tu byk peminat..haha~~~~ Sekarang dah tak de peminat..sebab tu tak dapat...[hihi...betulke...] Tapi taklah banyak sangat...4 je kot..

Pastu ingat lagi masa time Form 1,2,3 selalu sangat buat dedication untuk diri sendiri...sebab takde sape2 nak bg dedication...jadi terpaksa buat sendiri..hehe... Bunga...Kek...wishes... semua ditujukan buat diri sendiri.... [zaman kanak-kanak riang mase tu..dunia hanya untuk berseronok..lagipun masa tu tak terfikir lagi arah dan tujuan hidup ini...]

Haha..panjang la pulak menulis...

Till my fingers meet the keyboard again~ [macam ayat sape ye..tak ingat...]




Friday, 5 December 2008

the autumn


seronoknye...last day of autumn 2008 in Cardiff


i love this picture for the reason that we all looked so happy...portrayed in our faces..