Monday, 29 December 2008

when somebody ask you "will you marry me?"

Sibuk di sana sini perkahwinan sahabat handaiku yang dahulu pernah bersekolah sekali..teman sepermainan semasa kecil, teman semasa tadika, teman sekolah rendah, teman sekolah menengah, teman MRSM...teman INTEC, teman Ausmat...teman A Level..

Mungkin tak semua yang sudah berpunya, boleh dikira dengan jari sahaja..tapi...apabila menatap gambar-gambar mereka di Facebook, Friendster, Blogspot, Flickers dan lain-lain...diri ini seolah-olah teruja...

TERUJA??

Teruja untuk menjadi seperti mereka..mungkin diri ini belum bersedia namun hati seperti berminat.. mungkin tertarik dengan pakaian pengantin mereka...menjadi raja sehari..lumrah hati manusia , lebih-lebih lagi seperti aku...sukakan kecantikan..sukakan kebahagiaan...sukakan kemanisan sebuah perhubungan.

Tentang soal perkahwinan..padaku, ia adalah lebih kepada soal meng'halal'kan perhubungan antara lelaki dan perempuan..pandanganku mungkin salah, namun ada kebenarannya.. rata-rata, orang berkata perkahwinan adalah satu tanggunjawab.

YA!! Benar!! perkahwinan adalah tanggungjawab...TANGGUNGJAWAB apa?? anda mungkin tahu jawapannya..

aku masih TERcari-TERcari...

makna sebuah perkahwinan yang MAHAL...

letaknya pada MAHARnya kah?

atau HANTARAN??

atau perkahwinan MEWAH??

pada KETENANGAN dalam sebuah perkahwinan??

atau pada HATI yang menerima seadanya diri seorang LELAKI yang menemani kehidupan??

...MUNGKIN 2010..soalan-soalan itu akan terjawab....Inshaallah..semoga Allah meletakkan sesuatu yang terbaik bagiku...yang terbaik bagiku..yang terbaik bagiku...Sungguh Dia lebih mengetahui...

No comments:

Post a Comment