Saturday, 7 March 2009

Tentang Kehidupan Lampau

Inilah pintu hadapan Tower Building... bangunan ini adalah sangat strategic kerana dekat dengan Laundry, Security dan juga Reception..


Sila lihat....cuba teka apakah bangunan itu..hehe.. Yezza betul!!!! Itulah Millenium Stadium..boleh dilihat dari Uni Hall...ini menunjukkan betapa tingginya kawasan di sini...hehe..


Inilah Laundry Uni Hall..saya selalu basuh baju di sini..Seminggu sekali..kadang-kadang 2 minggu sekali..hehe... Haa..mesin yang nombor 3 dari kanan tu adalah favourite saya..selalu cop yang tu..


Ini pemandangan ke arah bahagian kanan bilik saya, bangunan Coachman dan Birchwood House.



Inilah bangunan saya tinggal suatu ketika dahulu...Bilik saya adalah yang ke-4 dari bawah..kedua dari kiri...hehe..




Pemandangan dari tingkap bilik ketika pagi menjelma..




Pemandangan dari tingkap bilikku ketika senja...

Cantikkan University Hall...saya rindu akan pemandangan dari bilik saya di Tower, Uni Hall... Setiap petang, menikmati hidangan makan malam romantis sambil menyaksikan panorama indah matahari tenggelam.. Kelainannya ialah...saya hanya berseorangan...bukan berduaan..hehe..

Itulah University Hall saya. Walaupun kawan-kawan cakap Uni Hall jauh, tapi saya tetap menafikannya..mana ada jauh.. Sekarang, kalau saya berbasikal ke Uni Hall dari rumah saya sekarang di Riverside, hanya mengambil masa selama 25 minit sahaja. Tak jauh kan..

Allah mencampakkan saya tinggal di Uni Hall ada sebabnya..saya banyak berjalan mencari jalan-jalan shortcut ketika tinggal di sana. Saya banyak berjumpa orang-orang yang baik dan juga kurang baik dan saya belajar 'sesuatu' dengan mereka. Banyak 'perkara' berlaku ketika saya di Uni Hall...

Perkara-perkara itulah yang mengajar saya erti hidup berdikari, tidak bergantung pada orang lain, berhati-hati dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali yang cuba berkawan dengan kita, menghormati rakan-rakan se-flat dan juga menghargai erti sebuah persahabatan.

Sekian, coretan tentang kehidupan lampau saya..haha..

No comments:

Post a Comment