Monday, 13 July 2009

Sehijau Warna Daun

Ketika memandu kereta berseorangan melewati sebuah kawasan di pinggir bandar Jitra...

'Emm...cantik jugak negeri Kedah ni..' Itulah yang terdetik di hati ketika melalui kawasan tanaman padi yang hijau kekuningan.... Lambang negeri Kedah ialah HIJAU dan KUNING...itu adalah mengambil resam padi yang menjadi lambang kebanggaan negeri jelapang ini..

Lihat saja tanaman padi yang hijau kekuningan...warna itulah menjadi lambang abadi..hehe... Sebenarnya..hijau kuning juga bermaksud bangsa MELAYU... Penyataan ini diambil ketika saya berada di Parapat, Indonesia..sepanjang perjalanan ke Danau Toba, saya melewati sebuah kawasan perkampungan di mana semua rumah dan bangunan di situ dicat warna hijau dan kuning..

Saya hairan jugak...mesti ada sebab disebalik warna ini... Dan saya diberitahu bahawa hijau kuning di daerah itu bermaksud bangsa MELAYU yang utuh..

Ini bermakna..hijau kuning itu adalah Melayu jika anda berada di Indonesia manakala di Malaysia, ia bermaksud anda adalah seorang anak jati negeri Kedah..hehe...

Tapi kalau hanya KUNING..ia adalah warna diraja...warna kuning ialah warna emas..bermaksud kemewahan..

Manakala warna HIJAU pula ialah warna dedaunan...warna klorofil...warna yang selalu dikaitkan dengan Biology...alam sekitar... warna hijau juga bermakna warna ketenangan...

Jikalau digabungkan kedua-dua warna ini...maka terjadilah maksud kemewahan alam sekitar... yakni tanaman padi itu sendiri...padi yang diproses menjadi beras..beras dimasak dan dimakan.. Bukankah itu bermaksud tanaman padi adalah tanaman yang mewah?? Semua orang makan makanan ini di seluruh dunia..hatta di negara Eropah sekalipun..

Dulu, saya ingat di UK takdak beras..rupa-rupanya sama sahaja seperti di Malaysia... cumanya, takdaklah pelbagai jenis beras seperti di sini.. Di UK hanya ada 3 jenis beras yang saya pernah nampak....Basmathi Rice, Brown Rice dan Long Grain Rice... Yang pasti, pilihan saya adalah Basmathi...


Ini adalah gambar seekor anak gajah semasa saya berkunjung di Taman Gajah di negeri Pahang..hehe...tak dak kaitan dengan entry kali ini.. Nama gajah ini ialah Pian...

1 comment:

  1. tq..memang keindahan susur jalan menghala ke changloon akan memukau pandangan, selain sawah padi,anda pasti terpesona dengan kehijauan pepohonan pinggir jalan, apatah lagi semasa bunga berkembang dan gugur persis berada di luar negeri...mengasyikkan serta menginsafkan. Betapa agungnya ciptaan ilahi..

    ReplyDelete