Sunday, 27 December 2009

Harapan yang Tak Pasti

Saya suka lagu dalam video closing FUIYO 09. Lagu kedua title Kembali.. Saya nak lagu ni..sape ade boleh bagi saya ke?

Kenapa saya suka lagu ni??
Sebab..
Saya masih mencari diri sendiri...hati saya selalu tak tenang.. Selalu berubah-ubah..
Saya mahu berubah menjadi yang lebih baik tapi kadang-kadang saya tak kuat.. sebab apa eyh? Sebab saya banyak gelak ke? Hati saya hitam mungkin.. Keras..

Perkara pertama, pemakaian saya.. Hmmm... Saya cemburu melihat mereka yang lebih sopan pakaian mereka. Apabila melihat diri ini...? Saya jadi rendah diri.. Tapi hati saya selalu tidak kuat.. Lembutkanlah hatiku..

Kadang-kadang saya terikut-ikut naluri hati ingin nampak cantik. Jadi, saya beli baju-baju yang saya suka. Saya pakai. Saya rasa seronok sekejap. Lepas tu saya rasa baju-baju saya semua over-over belaka. Kenapa rasa macam tu? Saya gelisah. Tapi still pakai lagi baju-baju itu sebab saya sedapkan hati saya sendiri... Tapi sebenarnya saya tak tenang.
Patutkah saya tinggalkan semua benda yang saya suka??

Saya suka perkara keduniaan..make-up dan alat solek, baju dan tudung yang cantik sampai saya lupa tujuan sebenar saya hidup. Saya pernah baca satu artikel tentang hukum bersolek adalah HARAM. Bersolek adalah lambang cara hidup JAHILLIYAH. Hidup hanya sementara... Saya perlukan bimbingan hati sepanjang hidup saya.. Di manakah saya boleh dapat itu semua??

Perkara kedua, cara saya berfikir dan bercakap. Saya akui saya bukan seorang yang pandai bercakap. Cakap saya cakap kosong. Tidak ada isi langsung. Semuanya tidak berfaedah. Saya banyak bergurau. Saya cemburu kepada mereka yang fasih berbicara tentang ke-Tuhan-an berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran. Bila saya nak jadi berilmu macam mereka?? Apa yang perlu saya buat?
Saya mahu tapi tak berusaha ke arah itu... Tiada semangat. Tiada motivation. Saya memang tak kuat.

Saya banyak kekurangan.. Saya mahu membaiki diri.. TAPI.. Saya takut tak sempat.. Saya selalu menangis apabila mengenangkan masa depan saya di AKHIRAT nanti. Saya takut..

Saya sedar..saya banyak ketawa di hadapan orang lain...tapi saya selalu menangis bila sendirian.. SEBAB saya takut... Saya selalu berfikir APA NAK JADI DENGAN SAYA NI????

Antara NIAT untuk berubah, TANGGUNGJAWAB untuk berubah dan PERASAAN untuk berubah...

Semua itu ada..tapi MOTIVATION untuk ke arah itu masih belum ada. Saya masih mencari... Mencari apa sahaja untuk tenangkan hati saya.... Saya tak tahu apa yang boleh tenangkan hati saya... Masih belum dapat jawapan...

Sekali-sekali rasa macam hidup saya ini hanyalah untuk DUNIA semata-mata.. Hati ingin jadi milik Allah..


Harapan dari setiap insan kesenangan serta ketenangan
mengarungi hidup ini tanpa ada cubaan
sayang harapan itu tak pasti karna cobaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus ke dalam keputusasaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohon ampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhoan dan pertolongan

sayang harapan itu tak pasti karna cubaan akan terjadi
tuk menguji sabar diri dan ketaqwaan
akankah kita tetap tegar menjalaninya dengan keikhlasan
ataukah terjerumus kedalam keputusasaan

katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
yang akan kembali kepadanya kapan dan dimana saja
dan berdoalah mohonampunan dari semua kesalahan
agar mendapat keredhaan dan pertolongan Dalam Ujian


2 comments:

  1. anis rasa semua ni pernah dilalui oleh hampir semua orang. normal. tapi, untuk masuk syurga kita perlu menjadi luar biasa ataupun abnormal. tinggalkan jahiliah sedikit demi sedikit.pesanan untuk diri sendiri dulu. Niat yang baik akan dimudahkan insyaAllah =) have faith dear, have faith. dan paling paling penting adalah doa dan mujahadah!fuzah fikirlah dulu aspek mana nak ubah, tudung dulu ke, tanak pakai make up dulu ke. buang satu2 lah. kalau drastik takut diri tak mampu nak cope. I'll pray for u, insyaAllah.

    lovesss.

    ReplyDelete
  2. i felt the same thing as you are dulu.be strong.bak kata anis,niat yg baik akan dipermudahkan.kuatkan tekad.

    love u dear.

    ReplyDelete