Buku yang perlu disusun tidak banyak sejak 2, 3 minggu lepas. Perpustakaan lengang. Tidak seperti kebiasaannya. Pastinya kerana semester spring yang baru bermula. Tidak banyak assignment lagi.
Saya menulis entry blog ini di suatu sudut kecil di sebalik tiang besar di belakang rak-rak buku exhibition. Seharian saya di sini. Menulis assignment. Patchwork Text 3. Payahnya.. 3000 words.
Sudah 3 minggu saya hanya mampu menulis Patch 1, 1000 words. Tidak berganjak. Asyik edit dan edit.
Patch 2 saya adalah berbentuk poster presentation bersaiz A2. Besar tuuu... Tak buat lagi.
Submission date ialah pada 12 March 2010.
Tidak banyak waktu yang saya ada. Nak buat poster tu sudah satu hal. Nak print out lagi.
Patchwork text saya kali ini bertemakan Occupational Therapy di Sekolah Pendidikan Khas. Saya pilih intervention method, Handwriting Activity.
Patch 1, saya menulis refleksi tentang team working antara guru pendidikan khas dengan Occupational Therapist di dalam classroom activity. Bagaimana professional team working between guru dan OT dapat membantu para pelajar pendidikan khas dalam akademik mereka. Saya tulis refleksi ini berdasarkan pengalaman saya di sekolah pendidikan khas yang lalu.
Patch 2 pula saya membuat poster presentation bagaimana handwriting activity dapat di'implementasi' dari perspective Occupational Therapy. Dan bagaimana peri pentingnya handwiritng itu kepada para pelajar pendidikan khas dalam kurikulum akademik mahupun sebagai alat komunikasi mereka.
Nampak tak hubungan antara kedua-dua patches saya itu?
Dan saya juga perlu menulis dan kritik bagaimana saya akan hubungkan kedua-dua patches itu tadi menjadi sebuah Text yang bagus, koheren dan well-organised.
Sebenarnya saya sedikit stress kerana saya masih 'stuck' di Patch 1 sejak pagi tadi. Tak tahu kenapa...
[entry kali ini sangat teruk. Bahasa bercampur-campur... Saya menghormati bahasa Kebangsaan namun dalam entry ini, saya rasa kurang sesuai untuk di'Melayu'kan semua perkataan yang saya sudah biasa guna dalam bahasa Inggeris]
Mengharapkan bantuan idea-idea bernas dari Allah. Tolonglah Ya Rahman Ya Rahim..
Azam saya untuk Patchwork Text terakhiri ini ialah mendapat first class. Semoga tercapai hasrat tersebut. Ameen..
xpaham..
ReplyDeletetp
gud luk
salam kak fuzah~~~ satu penulisan entry yang agak bagus...saya suka dengan tajuk akak.... mungkin boleh ditambah dengan pengaruh OT dalam skill menulis kanak itu...ya lah....guru memberi bimbingan melalui kaedha penulisan dan OT memberi bimbingan bagaimana adaptasi pada peralatan penulisan itu memberikan keselesaan pada kanak2 dalam menulis~~~~~guru dan ot bertindak melalui 2 cabang yang berbeza namun satu matlamat yang sama....~~~~~semoga berjaya.....
ReplyDelete