Erm...
Cukup seronok apabila berbicara tentang hati..tentang perasaan..tentang emosi...
Kenapakah? Mungkin kerana sejak akhir-akhir ini...hati ini mudah tersentuh...hanya apabila memikirkan tentang Dia...tentang rahmat-Nya...
Sesungguhnya hati ini cukup bersyukur kerana diciptakan-Nya sebagai seorang perempuan....seorang wanita...seorang gadis...gadis solehah mungkin...hehe....[Insyaallah, akan berusaha ke arah itu..]
Banyak kisah-kisah mengenai wanita dalam Islam....dan juga terdapat banyak kisah wanita di zaman Rasulullah SAW....antara yang terkenal ialah....isteri kesayangan baginda sendiri...Saidatina Aisyah....
Mari kita ikuti apakah fakta-fakta menarik mengenai orang yang paling Rasulullah SAW sayangi ini......
1. Penghafal Al-Quran
2. Telah meriwayatkan 2210 hadis
3. Rasulullah SAW wafat di pangkuannya
4. Orang yang paling utama mengajarkan ajaran Islam selepas kewafatan baginda
5. Ciri-ciri wanita yang sempurna
6. Ramai orang zaman sekarang yang bernama Aisyah..[ni memang tidak dinafikan lagi..hehe..adik bongsu saya juga bernama Aisyah]
7. Pakaian Aisyah: simple, merah dan kadang-kadang memakai jubah berwarna saffron
8. Kulitnya kemerah-merahan...sebab itu mendapat gelaran Humaira
9. Berkahwin dengan Rasulullah ketika umur 9 tahun, dengan keizinan Allah
10. Perwatakan Aisyah diwarisi oleh kedua-dua ibu bapanya
11. Ibunya bernama Ummu Rumman
12. Bapanya pula Saidina Abu Bakar
Begitulah fakta-fakta menarik mengenai Aisyah...
Kisah perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah perlu diambil iktibar oleh kita dalam mengharungi kehidupan berumah tangga..[eh..macam dah nak sangat berumah tangga pulak..]
Antara tips-tips rumahtangga bahagia daripada kisah Aisyah ialah....
1. Jika bergaduh, tergurlah dengan nada bergurau..hehe
2. Jika suami inginkan sesuatu, mintalah pada isteri dengan penuh penghargaan...hehe...[Orang perempuan suka memberi kasih sayang, lelaki pula suka menerima kasih sayang..tapi jarang ucapkan terima kasih..]
3. Suami perlu mengutamakan isteri dalam setiap perkara.
4.Memuliakan isteri di hadapan anak-anak....
5. Rasulullah, sebelum keluar dari rumah akan mencium Aisyah...[wahhh...bestnye....hehe...]
6. Ikutlah contoh Aisyah menjadi isteri..taat, patuh dan setia pada suami...
7. Lelaki yang mulia adalah lelaki yang memuliakan wanita....Only honourable man who honour woman....
Get it?? Yeah..marilah kita bersama berusaha menjadi wanita solehah...Insyaallah....
Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..begitulah juga sebaliknya.....