Tuesday, 22 April 2008

Apakah itu Occupational Therapy?

"Apakah itu Occupational Therapy?"

Itulah soalan yang selalu saya terima walaupun sudah hampir setahun saya belajar jurusan ini. kalau hendak dikira sudah beribu malah jutaan kali soalan ini diacukan kepada saya. Sebenarnya, saya bukan tidak mahu menceritakan tentang course saya ini tetapi, jika diceritakan mesti ramai akan 'jealous' kepada diri saya ini...

Bukan ini yang ingin saya tulis hari ini. Entahlah, saya pun tidak tahu mengapa jari-jemari ini mahu menaip di blog sendiri hari ini. Blog saya ini tidak sehebat sepertiblog rakan-rakan lain yang penuh dengan bahan tarbiyanh dan ilmiah. Blog saya hanyalah cerita-cerita kosong yang saya karang semasa di Creative Writing Class. Sekarang, kelas tersebut sudahpun berakhir. Jadi, karya-karya pun menjadi semakin kurang. Jikalau semasa kelas berjalan, setiap minggu akan ada karya-karya baru yang menghiasi blog ini. Insyaallah hujung tahun ini, mungkin sekitar September, saya akan kembali meneruskan kelas itu lagi. Sekarang terpaksa tangguhkan dahulu kerana Practical Placement yang bakal tiba minggu hadapan di Rookwood Hospital. Masa untuk menulis juga berkurang mungkin.

Jadi, blog ini mungkin menjadi tidak sehebat blog-blog lain dan kadang-kadang saya fikir, blog saya ini tiada tarikan...tiada kekuatan...tapi tidak mengapa, saya pun tidak suka blog ini menjadi perhatian sangat...malu cerita-cerita saya diketahui umum....Jadi saya perlu berhati-hati dalam bab ini...takut nanti menjadi bahan bualan orang pula...[hehe]

No comments:

Post a Comment