"Aaaah..okay jugak tu..Jom!! Tunggu aku siap jap"
"Okay, aku tunggu kat luar rumah, naik basikal eh"
"Okay!!"
Kami mengayuh basikal bersama-sama ke Queen Street yang hanya 5 minit menaiki basikal dari rumah kami. Cuaca sejuk amat. Aku biarkan saja. Malas melayan kesejukan di musim sejuk ini. Sudah lumrah.
Kami sampai di Nye Bevan Statue, Queen Street. Tidak ramai yang berkumpul tapi boleh diagak kumpulan itu adalah kumpulan yang akan kami sertai. Selepas mengunci basikal, kami berjalan menyertai mereka. Kedengaran suara-suara nyanyian dari mereka. Merdu.
Aku berjumpa ramai sahabat ISOC di situ. Aala, Lucinda, Zainab dan ramai lagi muka-muka yang familiar tetapi tidak tahu nama mereka.
"Allahuakbar" "Allahuakbar" "Allahuakbar" "Free Palestine!!" "What we want?? JUSTICE!! When we want?? NOW!!
Laungan demi laungan kedengaran. Berulang-ulang. Sungguh membara semangat mereka. Bendera Palestine dikibar. Aku turut sama memegang penjuru bendera kecil di celahan manusia itu. Sekali-sekala kibaran bendera besar yang dikibar oleh seorang lelaki di belakangku mengenai tudungku. Tudungku senget. Aku meniup beberapa kali supaya ia kembali seperti keadaan asal.
"Justice...freedom...lalalalala.....lalalalaalala...laalaallalala..."
Kedengaran juga nyanyian daripada kumpulan orang bukan Islam. Kemudian berselang-seli dengan laungan takbir daripada kumpulan Muslim. Aku dapat rasakan ada kesatuan di situ. Walaupun aqidah berbeza, namun sifat kemanusiaan menyatukan kami dan mereka.
Setelah hampir sejam melaungkan kata-kata protes terhadap serangan Israel terhadap Palestine, perhimpunan aman itu bersurai. Esok ada lagi perhimpunan yang lebih besar di tempat yang sama. Inshaallah aku akan datang lagi.
Siaran televisyen di seluruh dunia memaparkan perhimpunan protes terhadap serangan terkutuk itu di mana-mana. Hanya itu yang mereka mampu lakukan. Berdoa ... Menderma.... dan mengadakan perhimpunan bantahan. Alhamdulillah aku juga dapat menyumbang keprihatinan aku walaupun tidak seberapa.
Berdoa sudah...Menderma juga sudah....Menyertai perhimpunan bantahan juga sudah.. itu usaha orang-orang kecil seperti aku dan mereka..
Namun apakah tindakan orang-orang besar dunia???? Kesatuan-kesatuan besar dunia??? Adakah perhimpunan bantahan di seluruh dunia tidak dapat menandingi kuasa besar itu???
Berdoalah dan berdoalah... Doa itu adalah senjata. Doa itu pengubat jiwa. Doa itu memungkinkan segala.
"Ya Allah, selamatkanlah dunia Islam."
Bagus tu Fuzah, husband Kak Yati Azam pun join jugak demo kat Manchester. Ramai sangat orang sampai jalan tutup untuk bagi laluan orang protest. Ok mari kita boikot barang Israel laknatullah!
ReplyDeleteHo yeah!!!! mari mari.. banned M&S, McD and Starbucks!!!!!!! And the list goes on..
ReplyDelete