Sunday, 22 March 2009

Tentang 'Kota Bharu'

Dengan kesibukan sepanjang weekend ini..hampir terlupa bahawa saya akan berangkat ke Newcastle untuk cuti musim bunga nanti untuk menemui sahabat-sahabat semasa di INTEC dulu.. Nik Amelina, Amni Safiah dan Dayana. Saya memang merindui mereka. Sudah lama dipendam perasaan ini. Hehe...

Masa nak pilih-pilih university dulu, mereka bertiga bertekad mahu ke 'Kota Bharu'. Tapi saya pula tidak boleh ke sana kerana pilihan university yang ada jurusan Occupational Therapy sangat terhad kepada Cardiff, Southampton, Brunel, Edinburgh. Tempat yang begitu berbeza antara satu sama lain. Mula-mula, pilihan pertama saya ialah Southampton. Kedua ialah Cardiff, tetapi selepas beberapa minggu, saya tukar pilihan pertama Cardiff, kedua Brunel.. hehe... Lihatlah sekarang, sudah ditakdirkan Allah, saya tercampak di bumi Wales ini......hehe..

In, Meni and Dayana pula pilih Newcastle sebab mereka mahu tinggal di Kota Bharu.. Maklumlah..mereka orang-orang Kelantan...Sungguh kuat pegangan mereka ....hehe.. Tapi di Cardiff pulak ramai orang Kedah.. Cardiff dipenuhi orang-orang Kedah...hehe..sesuai-sesuai..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Mungkin Allah ingin menguji sesuatu kepada.. Ish-ish...

Tapi Alhamdulillah Cardiff ni sangat peaceful...orang-orangnya..tempatnya..dan semua berkaitan dengannya... Semoga ia berkekalan.. Inshaallah..

Berbalik kepada Kota Bharu..In, Meni and Dayana..'tak sabar nak gi tempat mu...'

2 comments:

  1. aku pon tak sabar nk gi cardiff!!! puja masakkan sedap2 utk aku nanti ea..hehehehe

    ReplyDelete
  2. salam puja,

    tak bleh bla bila baca in, meni, dayana pilih newcastle sebab nak duduk kota bharu! hahahahaha. macam desperate je aku rasa. miss u lots, tak sabar nak jumpa, smg Allah permudahkan :)

    ReplyDelete