Thursday, 30 April 2009

Menangislah di bahuku...

'Pangggggggg....!!!! Pranggggg!!!' Bunyi dentum-dentam gelas kaca yang pecah dek kerana perasaan marah yang dilepaskan oleh Firdausi. Dia marah kerana kecewa. Dia kecewa dan geram. Entah apa sebabnya, saya pun tak pasti.

Hehe.. itu adegan sebagai permulaan bicara entry kali ini... Watak Firdausi juga hanyalah rekaan semata-mata. [Peace]

Bagaimana anda melepaskan perasaan geram dan marah?
Salahkah jikalau saya cakap saya lepaskan perasaan marah, geram, kecewa dengan mengalirkan air mata? Mengalirkan air mata sama seperti menangis.

Adakah lemah seseorang itu mengalirkan air mata kerana perkara-perkara kecil? Saya selalu menangis. Kadang-kadang saya sendiri tak tahu kenapa saya menangis. Tension mungkin. Tapi saya bukan menangis seperti kanak-kanak yang pinta dipujuk. Saya menangis untuk melepaskan perasaan. Saya tak pernah menangis depan orang lain kerana ingin minta dipujuk atau ditenangkan.

Air mata itu indah. Alhamdulillah berkat air mata kurniaan Allah ini, saya tidak pernah merosakkan barang-barang jikalau tension atau stress. Saya jarang marahkan orang sekeliling saya hanya kerana saya tension atau stress dengan kerja-kerja universiti. Lebih baik menangis sendirian daripada marah atau emo tak tentu pasal dengan orang sekeliling kita, bukan?

Ada orang cakap, 'Kalau menangis tandanya kita lemah. Jangan menangis! Kuatkan semangat!'

Ego sangatkah kita untuk tidak menangis? Kuat sangatkah kita? Hatta di kala membaca Quran pun kita menangis, adakahh itu tanda kita lemah? Allah tidak menilai kekuatan atau kegagahan kita dengan titisan air mata yang mengalir.

Menangislah..menangis tanda kita diuji...saya rasa tenang selepas menangis. Lepas nangis, okaylah balik sebab perasaan sudah lepas. Jangan nangis lama-lama. Kalau nangis lama-lama, nikmat air mata itu tidak terasa. Apabila menangis, hati rasa lebih dekat dengan Allah..terasa lebih rendah diri. Terasa jiwa sebagai seorang hamba apabila diuji oleh-Nya. Bukankah itu lebih berfaedah, daripada kita merosakkan barang-barang atau memarahi orang-orang sekeliling kita?

Hidup sentiasa diuji. Tapi takkanlah jika stress je terus nak mengamuk, nak emo tak tentu pasal, nak marah-marah orang lain. Apa salah orang lain pada kita? Salurkanlah kemarahan dengan cara yang indah. Nafsu marah itu datangnya daripada syaitan.

Saya bukan manusia sempurna untuk berbicara tentang ini tapi tak salahkan kalau saya menulis apa yang saya rasa betul?

Jadi..kalau nampak orang lain menangis, biarkan dia sendirian. Mungkin dia tak mahu dipujuk. Dia mahu berfikir dan bertenang. Itu mungkin caranya. Tapi janganlah pula kita mempersendakan perlakuannya yang menangis hanya kerana kita anggap menangis itu adalah sifat kebudak-budakan dan bersifat lemah. Tanya diri kita, bagus sangatkah kita nak persendakan orang lain?

Setiap insan ada kekuatan masing-masing. Allah boleh tarik segala nikmat yang kita ada kalau kita berbangga dengannya. Dunia ni kan hanya pinjaman. Berfikirlah sebelum bertindak. Jangan persendakan orang lain. Kawal sifat marah.

Okaylah..nak solat maghrib.

P/S: Saya belum dapat mood untuk menulis report intervention analysis saya ni...bagaimana ini......lagi 3 minggu nak submit. Oh Occupational Therapy ku....

Menjadi Guru Pendidikan Khas

Alhamdulillah

Happy happy today. managing my workload pretty well. Naidex Show Exhibition and Conference in Birmingham was one of the wonderful things in my OT life.


Let me tell about what is Naidex. Naidex is like a conference show from all of healthcare professionals in the UK. Ini termasuklah Occupational Therapists, Physiotherapists, Speech Therapists, Audiologists, Social services dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan bidang healthcare professions. Yang paling banyak ialah perhimpunan syarikat-syarikat besar dan ternama dalam bidang ini yang men'supply' products untuk equipments/aids bagi membantu orang-orang yang memerlukan..


To make it simple, contohnya paling mudah ialah syarikat kerusi roda. So, ada banyak sangat kerusi2 roda fashion terbaru di pasaran UK yang nampak lebih handy, user friendly dan carer friendly. Paham ke? Err..meh sini nak tunjuk gambar...




inilah pelbagai reka bentuk kerusi roda khas untuk orang-orang yang memerlukan,tapi yahukah anda semua harga kerusi-kerusi ini? Sungguh tidak termampu untuk dibeli melainkan dengan duit yang berjumlah ribuan pound.

Occupational therapy is an emerging course among Malaysian, dalam bidang ini, Malaysia baru sahaja nak membangun. Tapi sayang sekali, negara kita tiada funding untuk alat-alat canggih seperti ini kepada orang-orang yang memerlukan. NHS Trust (in 'so-called' words -> Kementerian Kesihatan UK) telah membelanjakan beberapa percent daripada income-tax yang dibayar oleh rakyatnya untuk kemajuan dalam bidang ini. Jadi, pesakit yang memerlukan rawatan dan equipments seperti ini boleh dapatkan funding daripada NHS Trust.

Di Malaysia, saya kurang pasti bagaimana perkembangan profession ini...En Hanafiah atau OT students di Malaysia, bolehlah ceritakan kepada saya..hehe..thought provoking..

Inilah suasana di Naidex, Birmingham semalam. Ramai sungguh yang datang dari seluruh pelosok UK. Saya pun bimbang dengan keadaan yang ramai ini di celah-celah kerisauan penyebaran wabak 'swine flu' hehe.. Inshaallah.. Yakin hanya pada-Nya.



Ini rakan OT saya dari Cardiff Uni, Elin. Beliau sedang mencuba alat membantu menolak kerusi roda untuk menuruni tangga tanpa memberi hentakan/gegaran kuat kepada pesakit. NOTE: Elin hanya mencuba saja, beliau tidak disabled. Huhu..
After try, Elin cakap alat itu sangat membantu 'carer' untuk menolak 'patient' melalui tangga tanpa rasa gegaran yang kuat.


Haaa..ini pula ialah section kanak-kanak. Sesi ini dikendalikan oleh syarikat kerusi roda kanak-kanak di UK. Mereka mengajar kanak-kanak 'disabled' untuk bergerak dengan pantas dan selamat di atas kerusi roda. Kanak-kanak 'disabled' ini sangat 'positive'. Walaupun mereka 'disabled' tetapi semangat yang mereka tunjukkan sungguh menyentuh hati saya.

Dalam hati saya berkata,'Bertuahnya budak-budak ni lahir dalam negara yang maju seperti ini. Walaupun 'disabled', tapi kehidupan mereka sama seperti orang lain, mereka ada pelbagai kemudahan'

Sekali lagi, saya tak tahu keadaan di Malaysia bagaimana. Adakah kanak-kanak 'disabled' di Malaysia punya kemudahan seperti ini? Jika ada, ada'funding' kah untuk mereka membeli kerusi roda yang bernilai ribuan pound atau jika diconvert mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia?


Okay, mari kita ke section 'pekak dan bisu' pula... Abaikan rambut kawan saya, Alex itu dan fokus kepada skrin di hadapan. Skrin itu adalah untuk kegunaan sesiapa sahaja yang tak mahu bercakap atau memang tak boleh bercakap. Anda boleh mengeja apa yang anda mahu cakap dengan hanya melihat abjad-abjad/nombor-nombor di skrin itu. Kemudian, alat itu akan bercakap apa yang anda eja bagi pihak anda. Hehe..mungkin tak paham sangat explanation saya ini..

Tapi sebagai kesimpulan, anda tidak perlu menaip apa yang anda mahu cakap, hanya lihat pada hurufnya saja, dan perkatan yang anda mahu cakap terus disampaikan kepada orang yang mahu mendengar.. err..paham ke? Benda ni juga berfungsi sebagai komputer peribadi, ada internet dan televisyen.

Saya dah pernha guna alat-alat ni masa practical di Rookwood Hospital dulu. Dah try jugak...hehe.memang best dan berkesan... Memang 'techno' abisssss!!

One more time, kat Malaysia adakah benda ni..harganya..ratusan pound saja....hehe..

Apabila saya reflect balik tentang kewujudan benda ni, saya terfikir tentang 'syurga di dunia'..apa yang anda lihat, itulah yang ada dapat...tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannnya... Senangnya hidup..

Baiklah ini gambar terakhir...ini bath tub..hehe.. Untuk kegunaan carer memandikan dan membersihkan patient mereka.. Saya suka alat ini sebab, carer tak perlu susah-susah nak angkat patient mereka yang seberat ratusan kilogram untuk dimandikan. Hanya duduk atas kerusi roda yang sama, dan alat ini akan angkat patient masuk ke dalam bath-tub. How it works?? Hehe.kena tengok sendiri.. Saya penah guna benda ni masa practical di Rookwood juga.

Untuk reflection tentang benda ini, saya terfikir untuk kemudahan memandikan mayat.. Entah kenapa saya terfikir begitu. Mungkin kerana bath-tub ini boleh dilaras ketinggiannya mengikut keselesaan orang yang memandikan.. Hurm...


Itu saja yang dapat saya kongsikan tentang OT hari ini.. Sebenarnya banyaklagi pengalaman menarik yang saya dapat..tapi disebabkan saya lupanak amik gambar, jadi susah sikit nak explain.

Banyak juga hadiah dan free gifts yang kami semua (OT students batch saya) dapat di Naidex ni. ada beg..penssssss....bekas air..free lunch...free pendrives dan pelbagai lagi....

Daripada pengalaman ini, tercetus di minda saya untuk berbuat 'sesuatu' di Malaysia bila berkhidmat sebagai guru pendidikan khas nanti..Inshaallah akan saya usahakan untuk itu...

Semoga dengan idea baru saya ini akan tercetus lagi idea-idea baru untuk memperkasakan bidang pendidikan khas di Malaysia.. Siapa tahu ada hikmah di sebalik mengapa KPM menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara untuk belajar tentang Occupational Therapy... Allah jua yang mengetahui.. Semoga berjaya budak-budak OT se-UK!!! MeMahfuzah, Dayang, Syafiq and Norfarhada (Southampton).

Kata bijak, belajar di tempat orang, mestilah bawa balik semua perkara baik untuk diaplikasikan di tanahair sendiri.. Yang buruk pulak, jadikan sebagai pengajaran.. kan kan.. Kita belajar dari pengalaman dan pemerhatian.. Semoga Allah bantu saya.. Semoga Allah sayang saya!!!!

Okay, saya nak buat kerja sekarang..

Tuesday, 28 April 2009

Two little things in my head

My my my Occupational therapy.. Oh oh my Occupational therapy

semalam ber'chat'ing dengan Encik Hanafiah, the OT president in Malaysia. he asked me how's my OT going in here? ermm..I said, fantastic but stressful...

up till now, i still searching/exploring/ finding for a concrete answer to define this two words 'Occupational Therapy' just in a couple of words... Ramai yang tanya, 'Apa itu OT?'

Dalam hati selalu berkata, hish, macamana nak jawab kat budak ni. people cant easily understand this fantastic words in a few minutes explanation... Tidak seperti subject lain yang semua orang tahu. Apa itu engineering? Apa itu Medic? Apa itu Pharmacy? Apa itu Physics? Apa itu Biology?

They can picture the answers in their mind without explanation because they know it already. They experienced it in schools..in college. They do the experiments..they know people who work in those fields.. They know how engineers/medics/biologist/pharmacist are working.

But how far do they know about this new emerging course among Malaysian? Even saya juga tidak tahu apa itu OT before I really 'in' this area, so, what we expect other people to know OT that much??

Mereka mungkin tahu apa itu OT setelah Kementerian Pelajaran Malaysia menghantar seorang pelajarnya yang bernama ***f***h [hehe] ke sini iaitu UK untuk belajar benda ni... Apa benarkah wujud course pelik ini? Believe it or not, mestila ada..

Pelik sangatkah OT, oh tidak...walaupun course ini takdak exam, but the stress level is as highly as to those people who have exams. Or even worst!! Tapi taklah seteruk tu. Everything got pros and cons... Same goes to OT.. Fair enough.

Ok, sudahlah melalut pasal OT ni. I got tonnes of work to do instead of doing this thing... I dont blame blogging is nasty, I reward writing as therapeutic. Blogging and writing are two things that have similar effects to my biochemical/physiological/psychological. Hehe.. a bit of OT really.

back to work.
Mahfuzah,
Computer room,
Ty Dewi Sant building
Heath Hospital.
3.15pm.

Monday, 27 April 2009

Idaman Hati

Astaghfirullah...

Saya sudah tak layan sangat Facebook, MySpace, Hi5 atau Friendster sekarang. Saya ada hobi baru..Blogging. Jadi semua messages or comments or wall post or apa-apa saja di laman-laman tersebut tidak di layan.

Ramai kawan-kawan sekolah saya cakap saya sombong sebab saya tak layan messages mereka atau membalas comments mereka di laman-laman tersebut..adoii...saya tidak bermaksud begitu. Saya akui saya jarang reply benda-benda cenggitu kerana saya sudah hilang minat. Haaaa..mungkin sudah meningkat dewasa agaknya.. Ye ke??

Apa yang pasti..hit viewers saya di laman-laman tersebut memang tak terhingga. Sampaikan saya terpaksa blog certain-certain users kerana mereka bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Haduihhh.. Atas tindakan tersebut, saya dikecam hebat oleh mereka, cakap saya sombongla..jual mahal la..ape-ape la.. Talk to handdddssssss!!!! Padahal, saya tak kenal mereka pun... Alik-alik bila saya tergerak hati untuk view profile mereka, saya dah jadi featured friend mereka.. Bila masa saya kenal mereka semua ni. Ni salah Friendster ni...

'Seseorang' telah berpesan kepada saya.."Jangan letak gambar bersendirian di laman-laman tersebut, kalau nak letak, mesti ramai-ramai. Gambar sorang-sorang akan menarik perhatian lelaki."

Iya baiklah saya ikut nasihat itu kerana saya tahu itu untuk kebaikan dan menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Terima kasih atas nasihat itu. Terima kasih kerana mengambil berat. Terima kasih kerana memberi perhatian. Saya juga mesti berusaha ke arah itu, menjaga maruah saya sebagai seorang perempuan.. Tapi kadang-kadang jiwa saya lemah... Saya akan cuba untuk membina kekuatan dalam diri. Menjadi wanita solehah, perempuan yang disayangi Allah.... Jauhnya saya dengan 'title' itu...

Sunday, 26 April 2009

Cinta yang beralih arah

Beli basikal baru di Carboot...yeeehaaa .. Alhamdulillah...akhirnya basikal buruk itu ada pengganti..basikal baru warna PINK and BLUE...I got it at GBP 20.. Mula-mula pakcik tu letak GBP 25. Then, dia cakap.. 'You know what, because you have a lovely face, its only 20pounds for you' Aku pun dengan gumbira men'try' basikal tu kat situ jugak... Hoho..akhirnya ia menjadi milikku..

Basikal buruk tu dah botak tayarnya..brek dah 'tak makan'...seat selalu longgar..pastu warna tak menarik...Haha..sekarang bila dah dapat basikal baru ni, basikal lama aku letak kat luar rumah..Menunggu untuk hilang dengan sendirinya..huhu..sape-sape yang lalu depan rumah ku dan berminat dengan basikal itu, silalah curi... Saya tak kesah..saya dah ada yang baru...

Beginilah pentas kehidupan...kalau dah dapat yang baru dan lebih bagus, yang lama ditinggalkan begitu saja malah tak hirau pun.. Walaupun banyak jasa basikal itu kepadaku... Sama juga macam manusia...kalau dah rosak atau dah buruk atau dah lama..diabaikan begitu saja...

Tapi untuk sesetengah case, semakin lama...semakin antik...semakin mahal..semakin bernilai....

Tapi untuk case basikal ku...tak sama... Ia bakal meninggalkan sejarah...yang tak mungkin berulang....walaupun saya amat sayangkan ia sebelum basikal baru kumiliki...

Spot the difference.

'Mempolitikkan agama
Agama ialah asas bagi politik'

Politik memang tidak dapat dipisahkan daripada agama.

Pertemuan dan perbincangan khas dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin aka Dr MAZA (Bekas Mufti Perlis) bersama muslimin dan muslimat di Cardiff sangatlah bermanfaat.

Ini sekadar reflection daripada hati naluri saya...hehe..

Bagaimana kita mentafsir politik, itulah diri kita. Adakah patut kita tinggalkan politik dalam kehidupan? Dalam pentadbiran? Sekecil-kecil organisasi pun ada politik. Apakan lagi politik dalam negara. Kebanyakan beranggapan, politik itu kotor. Rasuah dan penyelewangan. Konco dan kroni. Dan lain-lain lagi. Banyak sebenarnya.

Betulkah politik itu kotor? Politik tak kotor. Orang dalam politik itu yang kotor. Kalau orang di luar bercakap Barisan X salah..adakah Barisan barisan Y betul? Dari sudut mana kita menilai? Tak semua yang barisan Y betul dan tak semua barisan X salah.. kita boleh fikir, kan? Dan kita pun boleh nampak? Buta sangatkah kita untuk menilai politik dalam negara sendiri?

Ramai berpendapat.. 'Malaslah fikir pasal politik.' 'Biarlah diorang bergaduh.' Saya meneliti dan mengikuti senario politik tanah air sejak saya umur 12 tahun tapi masa tu saya ikut ayah saja. Apa ayah cakap saya dengar. Saya lihat di televisyen. Saya tak cakap apa-apa. Saya diam saja. Sebab saya tak tahu semua. Tapi saya tahu politik itu penting.

Apabila meningkat dewasa, saya semakin yakin dengan pandangan politik saya. Perlukah saya nyatakan di sini?? Ohh, saya rasa mungkin beberapa orang dah tahu pandangan politik saya.

Walauapapun pandangan politik anda, fikirlah. Nilailah dari setiap perspective dan angle. Setiap parti politik ada agenda masing-masing. Matlamat tidak menghalalkan cara. Cara mereka juga berbeza. Apa yang pasti adakah matlamat mereka selari dengan tuntutan yng disebut dalam Al-Quran? Jelas, politik dan agama tidak dapat dipisahkan. Tapi harus diingat, politik cara Islam tidak sekali-kali menindas atau menafikan hak orang bukan Islam. Contoh di zaman Rasullah SAW. Namun, mampukah negara kita melaksanakan politik cara Islam seperti di zaman kegemilangan Rasulullah SAW??

Jikalau moral politik tidak stabil. ditegaskan sekali lagi..MORAL POLITIK.... jika ia tidak stabil, bagaimana dengan moral dan akhlak rakyat yang dipimpin?? Contoh terdekat..negara saya sendiri...MALAYSIA..

Friday, 24 April 2009

Menjadi Milikmu...hoho

Erm...terasa nak menulis malam ni...
Padahal banyak je kerja kena buat tapi jari jemari ni macam gatal je nak menulis..
Picnic musim bunga di Bute Park petang tadi sangat seronok..bersama kawan-kawan dan sahabat-sahabat muslimah di Cardiff ni.. Banyak cerita yang kami kongsi.. Darihal peristiwa exam, NISE, nasheed Mirwana, pengalaman berbasikal masa Cycle for Orphan Islamic Relief dan sampailah bab kahwin..hoho..tetttttttt...

Haha...di kala umur yang semakin dewasa..topic perbualan ini hangat diperkatakan hoho..yeke..takla selalu..kadang-kadang je kan kita borak2 pasal ni.. hehe

Hurmm..beberapa orang muslimah di Cardiff ni bakal melangsungkan perkahwinan mereka...hoho..nama dan identiti mereka dirahsiakan...untuk menjaga adab dan maruah...

Tapi ye lah kan...seronoknye... Tetiba teringat buku 'Aku Terima Nikahnya' by Ustaz Hasrizal ...best buku tu.. macam-macam ustaz cerita..perihal sebuah perhubungan dan selepas perkahwinan.

Bestnye kahwin..ye ke? Entahlah..saya pun tak tahu bagaimana rasanya sebab belum berpengalaman..tapi kata orang yang dah berpengalaman seronok kata mereka..ahha...

Jadi kesimpulannya, jikalau anda sudah punya calon atau sedang dalam perhubungan dengan kaum yang satu lagi, semoga dipercepatkan jodohnya dan bahagialah dunia dan akhirat..Inshaallah... Kahwin bkan untuk nak seronok tapi kerana Allah dan semoga dengan perkahwinan itu dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah...Semoga Allah memberkati...Semoga Allah sayang..

P/S: Nasihat ditujukan untuk diri sendiri juga..ohok ohok...tetttt......

Thursday, 23 April 2009

I am not Schizophrenic

erm....feel like i really need to update my blog. my mood for blogging has now decreased to the lowest point.

blogging is like an addict. once you blogged, you will continue to blog as long as you know that some people that you know read your blog..hehe..

my blog is not as interesting as others as it contains reported-activity-of-my-daily-living which is not interesting. hoho

i tried to creatively write about thought-provoking articles or stories or 'nasihat' or anything related to that which is more 'membina minda' and 'dakwah'. but then it turned out to be a site where i shared my typical-stories-of-a-malaysian-girl-who-wants-to-be-a-teacher. what the....

i rarely shared things about my-beloved-occupational-therapy lately because the stress level in doing this course strikes me to the maximum!!! what the...

oh my god..this is not really me. i think i should come out with an occupational therapy assessment on myself.

the underpinning theory is...i feel like i am having an occupational interruption..hoho..not many people could understand this. OT does. i bet!!

having to think about next-week-presentation-to-the-whole-cohort and will be assessed this time...
and a-3000-word-intervention-analysis-essay to be handed-in in 22nd May 2009.
and my VIVA is coming......
and re-do my patchwork essay..adoiiii...

alhamdulilllah..i submitted my research proposal today...just now at 1 o'clock in the OT office. what a reliefffffffffffffffff.... completely done!!

sometimes i feel like i had no time for other thing but then when i looked back, i actually had plenty of time!!! just because i didnt appreciate it, i lost it.

OT wisdom words stated that ...

..when you dont use it, you will lose it..

how meaningfullllllllllllllllll??

OKAY MAHFUZAH, BACK TO WORK NOW!!! i heard voices coming out from my head..oh no..i am not schizophrenic!!!! okay-okay..stop blogging for this moment....

bye

Monday, 20 April 2009

He loves me? He loves me not?

Bismillah..

Selalu kita solat dan buat benda-benda baik untuk tunjukkan rasa sayang kita pada Allah..
Tapi Allah sayang kita kah?? Cukupkah dengan semua benda baik yang kita dah buat untuk merasai kasih sayang Allah..??

Saya mahu Allah sayang saya...

Saya mahu sayang Allah....

Saya yakin Allah mesti sayang saya...Benarkah begitu?

Sunday, 19 April 2009

Treat me as you treated me before..

Allah did not promise that the way would be easy
But He did promise that.....He would be with me in every single step in my life...
as long as I want Him to..

Alhamdulillah..tenang dalam perasaan..
Syukran dengan kurniaan ini...
Indah dalam kebersamaan...

Tuesday, 14 April 2009

Episode Buah Rambutan

'Teacher teacher, boleh tak saya nak datang rumah teacher petang nanti? Saya dah tau rumah teacher kat mana.'

'Eh mana tau rumah teacher ni?'

'Hari tu saya nampak kereta teacher masuk ikut Jalan XGHT pastu saya ikut kereta teacher dengan basikal saya. Sebab tu saya tau rumah teacher.'

'La ya ka. Oh boleh-boleh. Ajak la kawan-kawan lain lagi mai rumah teacher petang ni. Pukul 5 petang tau.'

Aku mempelawa seorang tahun 5 Sekolah Kebangsaan XXX supaya datang rumah aku sebab sekrang ni musim rambutan, kat rumah ada 5-6 pokok rambutan yang sedang masak ranum buahnya..Boleh la suruh budak-budak ni panjat.

Tak sampai pukul 5 petang lagi sudah tepacak 5 orang murid kelas aku kat depan rumah bersama basikal masing-masing. 3 lelaki dan 2 perempuan. Mereka ni tinggal berdekatan saja.

Dalam hatiku..'semangat gile budak-budak ni'

Aku pun bergegas masuk dalam rumah, ambik 5 plastik yang agak besar. Pastu keluar balik jumpa diorang.

'Jom pi belakang kat dusun rumah teacher. Parking ja basikal tu kat atas rumput.'

Sampai ja kat dusun belakang...

'Uwaaaaa...banyaknya pokok rambutannnnnnnnn.....'

'Ish..teacher tak makan ka buah rambutan ni teacher? Macam tak makan ja tengok banyak macam ni. Saya memang suka buah rambutan.'

Mereka pun berlarian panjat pokok-pokok rambutan tu..dalam hatiku..Ish-ish..budak-budak ni..

'Eh eh..tunggu..Ni amik dulu plastik ni sorang satu isi buah-buah tu nanti..Pi la panjat. Teacher tunggu kat sini ja.'

Aku duduk melihat mereka bergembira meng'hacking' pokok-pokok rambutan.. Yang perempuan tunggu kat bawah mengumpul buah yang dipetik oleh budak-budak lelaki yang memanjat. Pastu boleh pulak buat lawak masa panjat-panjat tu.

Aku senyum je la..tak tahan nak gelak. Budak-budak....

Peristiwa ini membuatkanku terasa nak makan buah rambutan..Okeh...Jap lagi nak pegi kedai Cina beli buah rambutan dalam tin..hohoho..mengidam..

Monday, 13 April 2009

Allah alone is enough for me..

Kadang-kadang Allah menguji kita dengan sesuatu musibah yang dahsyat.... Ada orang lain pula diuji dengan kesenangan yang melampau..

Sungguh Allah itu segalannya..

Cukuplah Allah bagiku....

P/S : Busy menyiapkan Intervention Analysis...adoiii...
Perintah berkurung sehingga essay ini siap...

Friday, 10 April 2009

Rasa yang harus dibatasi

Bismillah..

Sudah dua hari saya berkurung dalam rumah kerana menyiapkan 3 assignments dan 1 VIVA. Semuanya due dalam masa kurang dari 2 bulan dari sekarang.

Semalam tengok TV3 , barisan Kabinet baru diumumkan. Apabila saya teliti, Menteri Pendidikan yang baru ialah Dato Seri Muhyiddin . Ahhh..lega rasanya... Entah kenapa saya rasa kalau Dato' Hishamuddin still jadi Menteri Pendidikan, saya rasa serabut. Haha...

Mungkin jiwa menjadi guru dalam diri saya sangat membara..jadi saya hanya tumpukan perhatian kepada Kementerian Pendidikan sahaja.

Harapnya Dato Seri Muhyiddin dapat melakukan sesuatu yang baru untuk anak bangsa Malaysia. Dan saya akan berikan sepenuh komitmen kepada beliau...apa yang saya boleh lakukan??

Saya akan menjadi guru yang terbaik..guru CEMERLANG seperti ayah saya.. Hehe... Hampir setiap tahun ayah saya dapat Anugerah Perkhidmatan Terbaik peringkat Negeri Kedah.

Alhamdulillah..saya mahu contohi ayah dalam bidang ini... Mungkin ini sebab saya rasa tenang dan suka untuk menjadi warga pendidik. Adalah menjadi satu kepuasan bagi saya untukbergelar seorang guru..

Kerjaya sebagai guru dalam hidup saya bermula sejak saya berumur 19 tahun ketika menjadi berkhidmat sebagai guru Ganti Sementara selama 2 bulan di sekolah di Jitra.

Pengalaman yang cukup bermakna..

Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk capai impian saya menjadi Guru Cemerlang..semoga Allah bantu.. Semoga Allah permudahkan... Doakan saya ye...

Ramai orang tanya saya, 'Nanti dah abis contract dengan KPM, tak nak ke bekerja sendiri? Cari pekerjaan yang lebih baik ke?'

'Eh, jadi cikgu tu tak baik ke?'

Saya tahu mereka mesti berfikir, jadi guru tidak lumayan, bukan pekerjaan yang popular. Iye ke?? Sampai hati mereka cakap begitu.

Bagi saya, hidup saya adalah menjadi guru.. Kalau diizinkan Allah, saya mahu terus berkhidmat dalam bidang perguruan yang mulia ini.. Seingat saya, menjadi guru banyak mengajar saya supaya 'merendah diri' melihat kehidupan anak-anak didik sekolah yang tidak mampu untuk hidup mewah. Hati saya cukup tersentuh.

Biarlah kerjaya saya tidak sehebat 'the medics' atau 'the lawyer' atau 'the engineer' atau apa-apa lagi kerjaya yang bergaji lumayan.

Ayah saya seorang guru, boleh saja dia menyara kehidupan kami sekeluarga dan bahagia bersama. Setiap kali cuti sekolah, dia bawa kami jalan-jalan dan makan-makan... Mana dapat macam ni kalau ayah saya tidak bekerja sebagai guru.. Alhamdulillah.. biarlah hidup saya tidak mewah dengan kekayaan tapi terisi dengan kasih sayang dari seorang ayah...

Kakak sayang ayah.. 'Ohh, saya mungkin terlalu obsess dengan ayah saya'

Iya memang benar...Saya boleh menangis kalau tak dapat cakap dengan ayah selama 2 hari.... Saya tahu ayah saya juga begitu... Hehe..

Thursday, 9 April 2009

a thousand miles

miles away from home...

kenapa orang sekarang tak nak mengaku dia datang dari kampung?? Adakah menjadi orang kampung itu menjadi satu penghinaan??

Orang lain kata orang kampung itu rendah tahap pemikirannya? Iye ke? Cuba bagitau sikit berapa ramai pemimpin yang datang dari kampung? Most of them were from 'kampung' and were born as 'kampung boy'

Ibu dan ayah saya orang kampung. Makanan mereka memang klasik dan tradisional..ulam-ulaman sebagai sumber vitamin...bukan pil-pil vitamin seperti orang bandar.. Heehee...peace..

Saya juga dibesarkan di kawasan kampung di negeri Kedah Darul Aman... Bersama adik-adik saya.. Tapi adakah pembesaran cara 'kampung' menjadi persoalan utama?

Ayah saya tak pernah pun besarkan kami semua dengan kemewahan...ayah saya hanya seorang guru.. Ibu saya juga seorang guru... Kehidupan penuh kesederhanaan.. Ayah saya tak pandai nak makan di restoran KFC atau McD. Ibu saya pula tak suka makan ayam daging. Beliau lebih selesa makan ayam kampung peliharaan ayah di reban ayam belakang rumah.

Rumah kami juga stail kampung. Kereta juga hanya kereta buatan Malaysia. Tak mampu nak beli kereta mewah buatan Germany, USA, Jepun atau UK. Saya pun tak suka kehidupan mewah macam tu.. Macam 'sombong' jek...

Ibu saya hanya pakai baju kurung saja di rumah. Saya juga ada banyak baju kurung. Saya suka baju kurung di rumah di Malaysia. Senang diurus. Tapi kadang-kadang saya tak paham kenapa orang cakap 'Tak panas ke pakai baju kurung kat Malayia?'

Hish..dah tu bila datang UK..diorang cakap pulak.. 'Tak sejuk ke pakai baju kurung kat UK?'

Erm..suka hatila nak cakap apa..disebabkan kat UK ni saya banyak pakai basikal, jadi tak bolehla nak pakai selalu melainkan kalau saya menggunakan mode berjalan. Tapi kat Malaysia saya pakai baju kurung setiap hari.... Hehe...peace...

Ish-ish..ape-apela merapek saja di petang-petang sunyi sebegini... Maafkan salah dan silap untuk entry kali ini...

Sekian terima kasih...

Yang berusaha menjadi seorang yang rendah diri....XXX

Purest of Pain

Sungguh 'stress' membuat research tentang 'stress'

Sememangnya STRESS adalah key element in my research proposal for my 3rd year Bsc Occupational Therapy.. itu untuk kerja next year which will be my final year..

Sekarang sedang menulis research proposal tentang itu...

Lay Summary..

Background and Objectives....

Research Questions...

Methodology....

Ethical Considerations....

Timescales.....

Progress till this moment..erm I think about 20%.. Need to go to library to find existing research articles that related to my topic..

Shall I expose my research topic here?? Hohoho..

How effective of coping strategies to stress amongst students in terms of occupation, health and wellbeing?


A lot of work to do in 2 months before my 2nd year finishes... Oh tak sabar nak jadi 'cikgu' Mahfuzah lagi for this summerrrr....

I still got 10 days to work for my essays, assignments and VIVA before my Easter break ends... Adosssss.. rumah ini begitu sunyi...

Kak Yati takde ..off to Scotland with her friend Kak Ina... visiting Dundee, Aberdeen and Edinburgh katanya....

Kak Faezah pulak sedang tension dengan 'labwork' nya lalu dia pun membuat keputusan secara tiba-tiba dan pergi ke Bath dan bermalam bersama family Rahim and Kak Ana di sana..

Nana pula sibuk dengan forth coming exams next week...

Daku kesunyian lagi.... Apabila macam ni...mula lah terasa nak bercakap dengan orang-orang tersayang di Malaysia dan juga di UK ini..

Nak call Malaysia, erm...setiap hari call...sampaikan ayah dah tak tau nak cakap apa lagi dah bila kakak call rumah... Cakap dengan mak pun sama...tak tau nak cakap apa.. Cakap dengan Assyah pun sama...

Setiap kali call, soalan yang selalu ditanya oleh ayah... 'Sekarang pukul berapa kat sana kakak?' 'Tak tidor lagi ka?' 'Makan apa hari ini?' 'Tak keluar jalan-jalan ka hari ni?' 'Sekarang musim apa?' 'Assignments dah siap ka?'

Nak bercakap dengan 'seseorang' yang lain pula, 'beliau' busy nak exam...

Aaaaaa....boring la duduk sorang-sorang kat rumah....Nak masak pun takde mood sebab takde orang nak makan...

Ahha...apa kata kita menonton TV3...

Tiba-tiba lagu ini berkumandang dari laptop kesayanganku...

...I'm sorry i didnt mean to call but i couldnt fight it...
...I have to see you is that all i'm asking....
...So I surrender just to hear your voice...
..Vida, give me back my fantacies..
..the courage that i need to live...
..the air that i breath...

So what I suppose to do...aaaaaa....

Wednesday, 8 April 2009

Cuba Ingat Semua...Semula..

Percutian yang bersambung di Cardiff...the Red Dragon... haha..saje je nak immitate Newcastle upon Tyne..

Well these pictures explain every moment in Cardiff... Cardiff Bay, St Fagans Welsh Park, Bath the Historical City and Rhossili Bay in Gower dekat-dekat dengan Swansea...


The wind in Rhossili..made us chilliiieeee


Sand at the bay, made us feel like flying to Malaysia


Looking through the....erm..


Berlarian dek dikejar ....dot..dot..dot... Ahah, saje je nak lari but nampak macam real aha..


I like this place really..Rhossili Bay


The Royal Crescent in Bath the historical city


The University of Bath.. erm mengambil gimmick the Roman Bath kot..


The Royal Crescent at a glance with me looking at the map of the city...


Seriously looked sooo fabulous... Nice shot Dayana!!! Thank hyou [pronounce this word in Geordi accent please]

P/S: Geordi ialah panggilan to people who was born along Tyne River in Newcastle..their accent is a bit different..


Pulteney Bridge in Bath..


Candid by Dayana at Bute Park in Cardiff...


St Fagans Welsh Park..motion -> control semua...


Obviously in Cardiff Bay


From Newcastle to Cardiff... these people.. Dayana, Kak Mizah and Inn



St Fagans yang cantik...

Sebenarnya Cinta

Sejak dua tiga hari ni..saya suka dengar lagu ini...lagu yang saya letak di blog saya di bawah ni... Emm...Kak Faezah cakap lagu ni sesuai untuk orang kahwin.. Ahha..I like that!!

Kalau saya suka sesuatu, saya boleh jadi fanatik ..Macam saya suka lagu ini... Haha.. 'Sebenarnya Cinta'

'...dan bawa ku sana...dunia fatamorgana..termanja-manja oleh rasa....'

Saya suka lyrics yang sebegitu, perlu berfikir untuk memahami.. Errr..tapi saya sendiri yang lambat pick-up tentang sesuatu... Berterus teranglah dengan saya...

Ohhh..semenjak saya away dari alam maya dan lama tidak update blog, seseorang memberitahu 'beliau' merindui untuk menanti update dari saya.. Ahha.. Suka sangat!!! Thanks~

'...satu detik lalu..dua hati terbang tinggi..'

Mungkin part ni membuatkan lagu ini sesuai untuk orang yang sudah kahwin...hoho..ye ke..

'..dari sudut mata..jantung hati mulai terjaga..'

'..dan bangunkanlah aku..dari mimpi-mimpiku..sesat aku dari sudut maya..dan tersingkir dari dunia nyata..'

Wahh..begitu mendalam maksudnya..Love that!!

'...dan kau menawarkan rasa cinta dalam hati..'

Sungguh mengasyikkan..

Beginilah indahnya dunia yang melalaikan sebenarnya... Kalau kita suka sesuatu, janganlah keterlaluan sampai lupa dunia..lupa siapa yang menciptakan kita..lupa Allah..

Kadang-kadang rasa sedih...kepada siapa kita mengadu?? Allah juga bukan??

Kalau kita rasa gembira, kita ingat tak pada Dia?? Saya selalu lupa.. Saya selalu ambil mudah untuk spend masa berdoa lama-lama di akhir solat kalau saya gembira... Kalau saya sedih baru doa lepas solat saya jadi panjang... Ohhh kenapakah... Saya memang tidak sempurna..

Ya Allah...saya mahu perasaan rendah diri....saya tak mahu jadi orang yang sombong.. Saya terlalu ego..Saya terlalu memikirkan tentang dunia.. Saya tak mahu jadi sombong..Saya mahu perasaan tenang dan rendah diri.... Saya mahu kesederhanaan dalam perkara dunia..

Saya mahu jadi 'tamak' untuk perkara akhirat... Bilakah semua itu akan saya dapat.. Bimbinglah saya..

Tuesday, 7 April 2009

.:Ungkapan yang berbeza:. [Special]

Di Alnwick Garden...seperti apa ya..



Durham....


Di beach err..tak ingat nama apa..wonderful~~


Sunyi saja rumah ini semenjak kepulangan mereka dari 'Kota Bharu'



Percutian kali ini berbeza dari yang sebelum ini. Walaupun tidak terbang keluar dari bumi UK ini, namun keletihan yang dirasa tetap sama.With Hazirah, Dayana and Kak Mizah at the beach


In Alnwick Garden..umpama Generalife di Alhambra...


Di Newcastle, kedatangan disambut dengan masakan 'Nasi Ayam Dayana' yang sungguh sedap sehingga lupa diri sebentar. Thanks Dayana!! Sungguh enak masakan kamu!! Saya suka!!


Dayana, Nik Amelina (Inn), Amni (Meni) and me... I love them all!! My favourite and best friends!!!

Hari berikutnya dibawa ke Alnwick Castle di ceruk Newcastle entah di balik bukit mana yang jauh dari Tyne River. Istana yang menjadi tempat penggambaran 'Harry Potter' . Ahh...saya hanya tonton Harry Potter and the Sorcerer's stone. Yang lain saya tak layan...
Anyway, cantik castle tu... I like. I give four-and-a-half stars!!!! Awesome~




Then, ke Durham. Durham Castle and Durham University.
Marvellous. I like them!! I give four stars!!!!
Apabila pulang ke rumah, Amni masak bihun sup~ Deliciociociociosssssssssss!!!!! Rindukan Malaysia cam gini. Thank hyou Meniiii~



Last day in Newcastle, walk-around and about ke beach sambil menikmati 'Fish and Chips' yang sedap giler...

Tyne Bridge cantikkkk!!! Five Stars!!!!!

Hari-hari terindah di bumi UK adalah pengalaman bersama best friends di Newcastle Upon Tyne!!!! Walaupun di Newcastle singkat saja, tapi rasanya jutaan gambar dan rakaman menarik bersama my best friends!!! Nik Amelina....Dayana and Amni .... Wah wah..ooopppsss....lagi seorang 'kakak' yang saya kenal di sana... Kak Mizah and Hazirah..~ Thanks everyone!!

Percutian bersambung di Cardiff the Red Dragon!!!!! More challenging...more exciting...haha..


Wednesday, 1 April 2009

Sayang

Setenang angin di 'Kota Bharu'
Sepanas mentari di Alnwick Castle
Seindah bunga-bunga di Durham Castle
Semanis kenangan bersama In, Dayana and Amni di sini...

Sudah 2 hari di bumi Newcastle bersama In, Dayana and Amni, banyak perkara yang berlaku semenjak ketiadaanku di bumi Wales sana..

Insaf dengan semua yang berlaku di sana..
Perasaan terkejut berbaur sedih bercampur terkilan ditambah perasaan tidak tenang.

Apa yang lebih penting..kawal lah perasaan itu semua..Allah jadikan dunia ini sebagai dugaan untuk saya. Sungguh Dia lebih mengetahui apa yang terdetik di hati saya.

Di Newcastle, banyak perkara yang membuat saya berfikir..Alhamdulillah, perjalanan jauh ke sini ada pengajarannya..Menghayati kehidupan di rumah sahabat-sahabat ku ini.. Indahnya kehidupan di sini.. Indah dalam kebersamaan

Rindukan kehidupan di INTEC semasa di A Level dahulu.. Huhu.. Sampai bilakah kita akan hidup dibayangi kehidupan masa lalu..
Regardless pengalaman itu indah atau tidak seberapa,
Pandang harus ke depan.. Langkah mesti ke hadapan.. Jadikan pengalaman di belakang sebagai pendokong semangat untuk maju ke sana..

Jalani hidup dengan semua sifat mahmudah supaya hati sentiasa tenang.. Ketenangan itu mahal harganya...

..dan untuk melaksanakan akhlak mahmudah itu sangatlah susah..Yess kena berusaha!!

Mahfuzah..saya sayang awak... Of course semua orang sayangkan diri sendiri kan.

Saya akui, kadang-kadang kita tidak dapat mengawal perasaan sehingga kita bertindak di luar batasan sebagai manusia.. sebagai seorang insan yang punya IMAN dan sebagai khalifah di muka bumi Allah.. Ingatlah pada Allah..segala masalah yang kita hadapi, ada sebab kita diuji oleh-Nya..

Mungkin selepas kita tersedar daripada kesilapan-kesilapan, kita menyesal dengan tindakan.. Semoga tindakan luar kawalan iman kita tidak sampai merosakkan kehidupan akan datang..

Bagi sahabat-sahabat yang dirundung kesedihan dan sedang diuji oleh-Nya, saya doakan semoga kalian tenang dalam setiap ujian.. Hidup tidak mudah seperti yang disangka..

Tapi Allah sayang kita.. Al-Quran itu pengubat jiwa.. Penenang hati.. Pohonlah HIDAYAH dari-Nya

Saya sayang semua..

Dari hati yang ikhlas,
Mahfuzah..