Thursday, 30 April 2009

Menjadi Guru Pendidikan Khas

Alhamdulillah

Happy happy today. managing my workload pretty well. Naidex Show Exhibition and Conference in Birmingham was one of the wonderful things in my OT life.


Let me tell about what is Naidex. Naidex is like a conference show from all of healthcare professionals in the UK. Ini termasuklah Occupational Therapists, Physiotherapists, Speech Therapists, Audiologists, Social services dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan bidang healthcare professions. Yang paling banyak ialah perhimpunan syarikat-syarikat besar dan ternama dalam bidang ini yang men'supply' products untuk equipments/aids bagi membantu orang-orang yang memerlukan..


To make it simple, contohnya paling mudah ialah syarikat kerusi roda. So, ada banyak sangat kerusi2 roda fashion terbaru di pasaran UK yang nampak lebih handy, user friendly dan carer friendly. Paham ke? Err..meh sini nak tunjuk gambar...




inilah pelbagai reka bentuk kerusi roda khas untuk orang-orang yang memerlukan,tapi yahukah anda semua harga kerusi-kerusi ini? Sungguh tidak termampu untuk dibeli melainkan dengan duit yang berjumlah ribuan pound.

Occupational therapy is an emerging course among Malaysian, dalam bidang ini, Malaysia baru sahaja nak membangun. Tapi sayang sekali, negara kita tiada funding untuk alat-alat canggih seperti ini kepada orang-orang yang memerlukan. NHS Trust (in 'so-called' words -> Kementerian Kesihatan UK) telah membelanjakan beberapa percent daripada income-tax yang dibayar oleh rakyatnya untuk kemajuan dalam bidang ini. Jadi, pesakit yang memerlukan rawatan dan equipments seperti ini boleh dapatkan funding daripada NHS Trust.

Di Malaysia, saya kurang pasti bagaimana perkembangan profession ini...En Hanafiah atau OT students di Malaysia, bolehlah ceritakan kepada saya..hehe..thought provoking..

Inilah suasana di Naidex, Birmingham semalam. Ramai sungguh yang datang dari seluruh pelosok UK. Saya pun bimbang dengan keadaan yang ramai ini di celah-celah kerisauan penyebaran wabak 'swine flu' hehe.. Inshaallah.. Yakin hanya pada-Nya.



Ini rakan OT saya dari Cardiff Uni, Elin. Beliau sedang mencuba alat membantu menolak kerusi roda untuk menuruni tangga tanpa memberi hentakan/gegaran kuat kepada pesakit. NOTE: Elin hanya mencuba saja, beliau tidak disabled. Huhu..
After try, Elin cakap alat itu sangat membantu 'carer' untuk menolak 'patient' melalui tangga tanpa rasa gegaran yang kuat.


Haaa..ini pula ialah section kanak-kanak. Sesi ini dikendalikan oleh syarikat kerusi roda kanak-kanak di UK. Mereka mengajar kanak-kanak 'disabled' untuk bergerak dengan pantas dan selamat di atas kerusi roda. Kanak-kanak 'disabled' ini sangat 'positive'. Walaupun mereka 'disabled' tetapi semangat yang mereka tunjukkan sungguh menyentuh hati saya.

Dalam hati saya berkata,'Bertuahnya budak-budak ni lahir dalam negara yang maju seperti ini. Walaupun 'disabled', tapi kehidupan mereka sama seperti orang lain, mereka ada pelbagai kemudahan'

Sekali lagi, saya tak tahu keadaan di Malaysia bagaimana. Adakah kanak-kanak 'disabled' di Malaysia punya kemudahan seperti ini? Jika ada, ada'funding' kah untuk mereka membeli kerusi roda yang bernilai ribuan pound atau jika diconvert mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia?


Okay, mari kita ke section 'pekak dan bisu' pula... Abaikan rambut kawan saya, Alex itu dan fokus kepada skrin di hadapan. Skrin itu adalah untuk kegunaan sesiapa sahaja yang tak mahu bercakap atau memang tak boleh bercakap. Anda boleh mengeja apa yang anda mahu cakap dengan hanya melihat abjad-abjad/nombor-nombor di skrin itu. Kemudian, alat itu akan bercakap apa yang anda eja bagi pihak anda. Hehe..mungkin tak paham sangat explanation saya ini..

Tapi sebagai kesimpulan, anda tidak perlu menaip apa yang anda mahu cakap, hanya lihat pada hurufnya saja, dan perkatan yang anda mahu cakap terus disampaikan kepada orang yang mahu mendengar.. err..paham ke? Benda ni juga berfungsi sebagai komputer peribadi, ada internet dan televisyen.

Saya dah pernha guna alat-alat ni masa practical di Rookwood Hospital dulu. Dah try jugak...hehe.memang best dan berkesan... Memang 'techno' abisssss!!

One more time, kat Malaysia adakah benda ni..harganya..ratusan pound saja....hehe..

Apabila saya reflect balik tentang kewujudan benda ni, saya terfikir tentang 'syurga di dunia'..apa yang anda lihat, itulah yang ada dapat...tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannnya... Senangnya hidup..

Baiklah ini gambar terakhir...ini bath tub..hehe.. Untuk kegunaan carer memandikan dan membersihkan patient mereka.. Saya suka alat ini sebab, carer tak perlu susah-susah nak angkat patient mereka yang seberat ratusan kilogram untuk dimandikan. Hanya duduk atas kerusi roda yang sama, dan alat ini akan angkat patient masuk ke dalam bath-tub. How it works?? Hehe.kena tengok sendiri.. Saya penah guna benda ni masa practical di Rookwood juga.

Untuk reflection tentang benda ini, saya terfikir untuk kemudahan memandikan mayat.. Entah kenapa saya terfikir begitu. Mungkin kerana bath-tub ini boleh dilaras ketinggiannya mengikut keselesaan orang yang memandikan.. Hurm...


Itu saja yang dapat saya kongsikan tentang OT hari ini.. Sebenarnya banyaklagi pengalaman menarik yang saya dapat..tapi disebabkan saya lupanak amik gambar, jadi susah sikit nak explain.

Banyak juga hadiah dan free gifts yang kami semua (OT students batch saya) dapat di Naidex ni. ada beg..penssssss....bekas air..free lunch...free pendrives dan pelbagai lagi....

Daripada pengalaman ini, tercetus di minda saya untuk berbuat 'sesuatu' di Malaysia bila berkhidmat sebagai guru pendidikan khas nanti..Inshaallah akan saya usahakan untuk itu...

Semoga dengan idea baru saya ini akan tercetus lagi idea-idea baru untuk memperkasakan bidang pendidikan khas di Malaysia.. Siapa tahu ada hikmah di sebalik mengapa KPM menghantar pelajar-pelajarnya ke luar negara untuk belajar tentang Occupational Therapy... Allah jua yang mengetahui.. Semoga berjaya budak-budak OT se-UK!!! MeMahfuzah, Dayang, Syafiq and Norfarhada (Southampton).

Kata bijak, belajar di tempat orang, mestilah bawa balik semua perkara baik untuk diaplikasikan di tanahair sendiri.. Yang buruk pulak, jadikan sebagai pengajaran.. kan kan.. Kita belajar dari pengalaman dan pemerhatian.. Semoga Allah bantu saya.. Semoga Allah sayang saya!!!!

Okay, saya nak buat kerja sekarang..

No comments:

Post a Comment