Astaghfirullah...
Saya sudah tak layan sangat Facebook, MySpace, Hi5 atau Friendster sekarang. Saya ada hobi baru..Blogging. Jadi semua messages or comments or wall post or apa-apa saja di laman-laman tersebut tidak di layan.
Ramai kawan-kawan sekolah saya cakap saya sombong sebab saya tak layan messages mereka atau membalas comments mereka di laman-laman tersebut..adoii...saya tidak bermaksud begitu. Saya akui saya jarang reply benda-benda cenggitu kerana saya sudah hilang minat. Haaaa..mungkin sudah meningkat dewasa agaknya.. Ye ke??
Apa yang pasti..hit viewers saya di laman-laman tersebut memang tak terhingga. Sampaikan saya terpaksa blog certain-certain users kerana mereka bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya ditanya. Haduihhh.. Atas tindakan tersebut, saya dikecam hebat oleh mereka, cakap saya sombongla..jual mahal la..ape-ape la.. Talk to handdddssssss!!!! Padahal, saya tak kenal mereka pun... Alik-alik bila saya tergerak hati untuk view profile mereka, saya dah jadi featured friend mereka.. Bila masa saya kenal mereka semua ni. Ni salah Friendster ni...
'Seseorang' telah berpesan kepada saya.."Jangan letak gambar bersendirian di laman-laman tersebut, kalau nak letak, mesti ramai-ramai. Gambar sorang-sorang akan menarik perhatian lelaki."
Iya baiklah saya ikut nasihat itu kerana saya tahu itu untuk kebaikan dan menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Terima kasih atas nasihat itu. Terima kasih kerana mengambil berat. Terima kasih kerana memberi perhatian. Saya juga mesti berusaha ke arah itu, menjaga maruah saya sebagai seorang perempuan.. Tapi kadang-kadang jiwa saya lemah... Saya akan cuba untuk membina kekuatan dalam diri. Menjadi wanita solehah, perempuan yang disayangi Allah.... Jauhnya saya dengan 'title' itu...
Salam.
ReplyDeleteNasihat itu betul dan sikap anda terhadap sikap itu juga betul.
Semoga kita sentiasa mendapat " yaqiinan Soodiqaa" yakin pada yang benar.