Sunday, 1 November 2009

Cerita@Notts Games


Pagi Ahad ini sungguh tenang, desiran angin yang bertiup kencang boleh kedengaran daripada bilikku yang sedikit bersambung dengan 'chimney'. Kenangan semalam di Nottingham Games masih segar dalam ingatan..Ada 2 benda yang saya rasa saya suka sekali tentang semalam.

Pertama, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya masuk pertandingan congkak. Mewakili komuniti Malaysia di Cardiff. Ia hanyalah sekadar suka-suka dan main-main..bukan untuk mencipta nama dalam bidang congkak ini. Hahaha..




Ketika perlawanan pertama saya, tanpa disangka saya menang. Perlawanan kedua...juga menang.. Perlawanan ketiga..juga menang.. Perlawanan ke-4, Menang. Perlawanan ke-5 (yang terakhir) juga menang... Maka tamatlah set perlawanan hari ni dengan begitu bergaya.. straight set semuanya. Ini memang kelakar. Johan Congkak di Notts Games!! Saya masih gelakkan diri sendiri sejak saya menang semalam sampailah hari ini... Ini bukan yang saya minta.

Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak disangka ini... (saya senyum-senyum kepada diri sendiri memikirkan ia satu pencapaian yang sungguh lucu dan menghiburkan!!!!!!!!!)

Ramai sahabat mengucapkan tahniah... Terima kasih. Ada yang berkata, "Menang besar ye Kak Fuzah"
"Rupanya ada bakat terpendam Fuzah ni.."
"Pujaa..johan congkak se-UK!"
"Baguslah kak Fuzah, at least team Cardiff dapat jugak Johan Congkak dan Top 5 Batu Seremban di Notts Games..hehe" --> Okay, ini kelakar jugak!!

Tamat cerita CONGKAK!!



Perkara kedua, gerai CENDOL Sutera Klasik@FUiYO semalam sungguh menjadi fenomena di Notts Games. Saya tidak dapat menolong di awal pembukaan gerai dek terikat dengan perlawanan congkak. Namun, saya sempat menjadi penjual untuk batch cendol yang terakhir.

Sambutan untuk cendol mengitu mengejutkan. Kami terpaksa bertungkus lumus menyiapkan batch cendol yang terakhir sebelum pukul 4 petang kerana permintaan yang terlalu tinggi dari pelbagai bangsa dan agama di Notts Games. Saya menyaksikan sendiri bagaimana pelanggan kami beratur panjang untuk secawan cendol, walaupun ketika itu cendol belum lagi sampai. Adeihh.. Saya sendiri terkejut.

Ketika membawa cendol meredah lautan manusia untuk ke gerai kami di tingkart atas, kedengaran percakapan mereka, "Wah..cendol dah sampai..Cepat-cepat..nanti habis!"

Terima kasih Allah kerana membantu kami dan memudahkan perjalanan urusan kami pada hari tersebut.. Keuntungan yang melebihi 5 kali ganda daripada modal~~~

Alhamdulillah Allah terlalu baik... Bersyukur kerana ini semua anugerah Allah.. Terima kasih kepada Geng Cendol yang terlibat sejak dari awal. Saya sungguh hargai pengorbanan mereka. Saya hanya terlibat di saat akhir saja... Itupun sangat sedikit..tapi saya akui kerja-kerja ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang besar.

Okay, itu saja nukilan di pagi Ahad yang tenang..dan sedikit hujan. Tapi saya suka...

No comments:

Post a Comment