Jam sudah pukul 12....
Saya teringat-ingat ketika cuti musim panas di Malaysia, telatah anak-anak kecil itu bermain dalam fikiran saya... Saya rindukan saat-saat menjadi cikgu ketika itu.. Saya sukalah~~~
Saya tak sabar nak jadi cikgu...Saya bersyukur kerana berpeluang menjadi cikgu di Malaysia walaupun ianya hanyalah buat sementara waktu... Pengalaman itu sangat berharga.. Ada rakan-rakan tanya, kenapa nak kerja masa cuti? Tak cukup ke duit allowance? You know what? Bukanlah soal duit cukup atau tidak.. tetapi pengalaman menjadi cikgu itu lebih bernilai daripada harga upah RM 40 sehari jadi cikgu sementara di Malaysia.
Syukur saya tidak berfikiran seperti mereka yang mahu 'spent' cuti musim panas semata-mata untuk berada di rumah dan berehat-rehat. Darah muda saya selalu memberontak mencari peluang untuk bergerak. Hehe.. Apa barang cuti dok berehat di rumah je, tak challenging la beb!!!! Tak remaja la...macam orang tua suka dok umah..tak pun macam orang baru kahwin..suka dok umah jugak~~ Huhuhu....tak kutuk sesape....
Secara logik dan rasionalnya, amatlah rugi jika saya spend cuti saya hanya untuk tengok TV dan berada di rumah. Oh sungguh bosan!!!!! Bukankah lebih baik saya buat kerja volunteer bersama community masyarakat daripada saya duduk senyap-senyap dalam rumah. Saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan penyataan saya ini. Hehehe..tapi saya yakin, lagi ramai yang bersetuju~~~ Hi hi hi...
Saya juga amat bersyukur kerana permohonan saya untuk buat placement di sekolah pendidikan khas di Cardiff diterima dan peluang ini tidak saya sia-siakan begitu saja.. Haha.. Saya berharap agar suatu hari nanti saya dapat menjadi antara pioneer yang mengubah cara pembelajaran dan pengajaran untuk kanak-kanak pendidikan khas di Malaysia. Mungkinkah itu akan berlaku? I know it will be a hard work tapi saya yakin saya akan rasa puas bekerja untuk itu~ Menjadi seorang guru pendidikan khas yang cemerlang~~ Apalah gunanya jika saya dihantar untuk belajar di sini (Cardiff) dalam bidang pendidikan khas dan saya pulang ke Malaysia hanya untuk menjadi guru biasa~~ Ehem.ehem..maksud saya..guru typical yang hanya datang sekolah untuk mengajar.... Saya perlu menjadi lebih dari itu~~
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang mulia ini, mari kita sama-sama tingkatkan mutu ke'profesional'an guru di Malaysia. Bukan hanya untuk menjadi guru biasa tetapi menjadi yang LUAR BIASA...hehe.. semangat tak?? semangat tak??
Oh saya memang bersemangat jika bercerita tentang hal ini...Kan best kalau anda dapat membayangkan bagaimana saya bercakap di hadapan anda tentang hal ini~~~~ Heh heh heh.. Pastinya anda akan lebih bersemangat dengan apa yang anda lakukan kan~~
Semoga semangat saya ini tidak hanya ter'abadi' sebagai sebuah entry blog atau kata-kata kosong. Pastikan anda suka apa yang anda lakukan untuk masa depan!! Di situlah timbulnya semangat~~~
Disitulah datangnya KEPUASAN!!!!!!!
InsyaAllah Fuzah! =)
ReplyDeleteJom doakan kejayaan bersama. Bukan just untuk jadi cikgu tapi, juga berjiwa pendidik :)
Loves.