Tuesday, 6 April 2010

Kuatkanlah daku..

Ini kali kedua entry berkaitan perkara sama ditulis. SHINE International Awards British Council 2010.

Semua orang tak tahu pertandingan apakah itu. Begitu random sekali sampai semua orang tak tahu... Macamanala pertandingan itu boleh disertai oleh saya.. Dan orang pun tak ambil kesah sangat..

Saya sebenarnya cukup tertekan dengan anugerah ini. Saya tidak hebat. Saya hanya manusia biasa yang punya minat sendiri. Saya tidak mahu dengan anugerah ini menyebabkan saya lupa diri kerana saya hanya manusia biasa. Sungguh biasa. Langsung tiada keistimewaan yang boleh dibanggakan.

Sekarang nama-nama pemenang telah diumumkan di website ini.


Semakin banyak ucapan tahniah diterima daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat.. Namun siapalah saya. Semakin banyak 'demand' daripada pelbagai pihak... Janganlah terlalu memuji saya.. Saya sangat menghargai pujian-pujian dan mampu tersenyum ketika menerima pujian namun janganlah sampai keterlaluan sehingga menyebabkan saya resah dan gelisah..

Apabila ucapan tahniah diterima, saya berkata 'Terima kasih'..'Saya bukanlah yang terbaik...anda lebih baik dari saya'... 'Sebenarnya pihak British Council tersalah pilih essay saya itu' 'Saya tak layak untuk menang' 'Itu semua satu kesilapan'

Sesungguhnya saya memang tiada keyakinan diri untuk menghadapi semua ini..

Saya bukanlah yang terbaik.. Hati kecil saya tetap mengataka bahawa saya bukanlah yang terbaik.. Saya hanya menang pertandingan menulis. Bukan menang anugerah berprestij. Disebabkan hasil tulisan saya terpilih, saya tetap mengatakan bahawa apa yang ditulis itu adalah hasil ilham dari Allah. Saya tidak akan lupa itu.

Hati saya terdetik untuk menyertai pertandingan ini juga kerana Allah yang 'tiupkan' keinginan itu kepada saya.. Jikalau tiada semua itu..saya langsung tidak punya apa-apa.

Saya ingin sekali menjadi insan biasa. Insan biasa yang punya perasaan biasa.

Ekoran kemenangan itu, saya perlu membuat video tentang kehidupan saya sebagai seorang pelajar Malaysia-Islam-Melayu-International-Occupational Therapy-KPM sponsored-Teacher to be-Cardiff Uni. Saya sungguh tertekan untuk menyiapkan video itu kerana tiada idea pada mulanya..menangis setiap hari.. Adeih.. Alhamdulillah sahabat-sahabat membantu.. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan video tersebut.

Izzati Yussof..Dayang binti Abang..Ainol Jamilah..Izyan Kamarulzaman..Veena... Thanks for being the cameragirlss.

****

Semua perkara yang berlaku tetap telah berlaku..saya harus meneruskan kehidupan dengan positif..

POSITIF.. Itu hanya secebis dugaan daripada Allah...

Saya suka lagu ini..SHINE daripada kumpulan Take That, British English boyband di tahun 90-an.. Wa haa haaa...

Sila dengar ye...


Paling saya suka part ini..

"Stop being so hard on yourself
It's not good for your health
I know that you can change
So clear your head and come round
You only have to open your eyes
You might just get a big surprise
And it may feel good and you might want to smile, smile, smile.

Don't you let your demons pull you down
'Cause you can have it all, you can have it all..."

Lagu ini diperkenalkan kepada saya oleh 'Keluarga Besar pemenang-pemenang SHINE Awards tahun-tahun lepas'

Erm..mungkin mereka juga merasai apa yang saya rasa semasa mereka menang dahulu kan.. Alhamdulillah..ada juga yang memahami..

Lagu ini mengembalikan semangat saya yang pudar terhadap pencapaian-pencapaian dalam kehidupan..

Saya menyertai pertandingan ini bukan kerana niat untuk menang namun untuk melakukan yang terbaik.. Dan sekarang, essay itu dipilih dan tanggungjawab saya semakin besar untuk memperkenalkan Islam dan Malaysia di mata British Council...

Ya ALLAH..kuatkanlah daku dengan ujian-Mu ini..

4 comments:

  1. gdluck!!do ur best.huhu.bout pujian tuh.mmg kita lebih perlukan kritikan than pujian.tp lau dapat pujian pn,aplikasikan lah ia sbgai kritikan mmbina.and moga2 dpt mmbuat yg terbaik untuk video.sebarkan islam.insyaallah.

    ReplyDelete
  2. you deserve to win.Allah was choose you .say thanks to Allah and think +ve

    ReplyDelete
  3. congrats again dari akak..

    setiap yang berlaku punya hikmah tersembunyi..dan setiap yang berlaku jua adalah ujian dari Allah untuk melihat bagaimana kita menerima sesuatu itu..sentiasa bersangka baik ya dik fuzah kerana

    'selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik'..punya makna yang sangat mendalam tu..

    ReplyDelete
  4. Salam kak fuzah.sorry if my congrats wish make u feel bad.hehe..i know,penyakit2 hati tu agak susah nak elak.but i cant help to say it again n again bcoz i'm so proud of u!!! =D

    nak share satu doa yg diberi sorang sister kat uni saya.utk dibaca bila kita dipuji orang.
    "O Allah, don't judge me for what they've said.and forgive me for what they don't know.and make me better than what they say"

    hope this helps!=D all the best for ur project!

    ReplyDelete