Thursday, 1 April 2010

"Iya, betul apa awak cakap tu.."

Yang pasti..kehidupan seharian semakin bersinar.. matahari juga muncul kembali dalam hidup..umpama cahaya bukan. Ahh..berdrama pulak di sini.

Hari-hari semalam saya sentiasa tidak bersemangat..hidup ini selalu begini bukan.. Sekejap panas, sekejap sejuk sampai kadang-kadang boleh turun 'snow'. Angin kencang usah dibicara, memang sentiasa meniupkan angin berbisa. Angin yang 'beracun' itu telah mematahkan semangat saya untuk berbasikal ke library.. Akhirnya belajar dari rumah saja dek kerana tidak mahu menyeksakan diri dengan tikaman-tikaman kejam angin itu.

[Oh my God..macam dahsyat sangat pulak dengan description pasal angin itu..Biasalah, angin-angin Eropah..hehe]

***

Dalam kehidupan, kita mesti melakukan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah. Susahkan nak 'direct' niat kita kerana Allah.. Kadang-kadang saya terfikir..saya belajar Occupational Therapy tapi untuk apa..apa yang boleh dikaitkan dengan Allah [astaghfirullah].. Saya selalu berfikir-fikir..tapi tak dapat..takpe..tapi niat memang kerana Allah walaupun kurang faham kenapa..

Alhamdulilllah soalan itu dijawab oleh seorang sahabat istimewa dalam hidup saya.. Beliau hanya insan biasa namun punya ucapan yang bisa membuat lidah berkata 'ya betul tu apa awak cakap, baru saya sedar sekarang, terima kasih'!!!

"Mesti betulkan niat dalam apa jua yang kita lakukan di awal perkerjaan, semasa melakukan pekerjaan dan di akhir pekerjaan.. " kata beliau.

Oh mari saya jelaskan apa yang beliau kaitkan proses pembelajaran saya dengan Allah.. Iya, saya belajar Occupational Therapy..menolong insan tidak berupaya untuk hidup dengan lebih sempurna.. [malas nak cerita lebih-lebih..hehe]

Bermanfaat tak pekerjaan itu kepada orang lain? Iya sangat bermanfaat, dalam surah Ar-Ra'ad ayat 17 yang bermaksud:

Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah di lembah-lembah menurut ukurannya, maka aurs itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.

Dan ada juga hadis dari Rasulullah SAW tentang perumpamaan manusia seperti pohon kurma. Apa yang ada padanya semuanya dapat dimanfaatkan manusia dari batangnya sehinggalah buahnya..

Jadi berbalik kepada melakukan sesuatu niat kerana Allah.. sahabat istimewa saya cakap lagi..

"Jadi apa yang awak lakukan dalam pelajaran adalah bermanfaat kepada manusia secara amnya kan.. Teruskan berusaha..belajar kerana Allah. Itu pasti lebih berkat. Jangan niat belajar kerana nak dapat 'first class', nak dapat jawatan tinggi dan kemudian berbangga-bangga dengannya.. Allah akan tarik balik nikmat itu..percayalah.."

Terkedu sebentar saya dibuatnya.. Fikiran ligat berfikir dan merenung kembali apa yang saya niatkan sebelum ini.. Astagfirullah... Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

"Walau dalam perkara apapun yang awak lakukan, niat kerana Allah mesti yang pertama. Kemudian barulah disusuli niat-niat lain.. Contoh dalam 'course' OT awak tu dah banyak sangat boleh niat kerana Allah.. Menolong orang lain, walaupun bukan sesama Islam..tapi itulah cara kita berdakwah.. Melalui akhlak.. Akhlak yang baik lebih tajam daripada perkataan yang diucapkan.."

Ok..action speaks louder than words.. Now I realise how it works.. Contoh akhlak zaman sahabat dulu juga sudah jelas, ramai orang bukan Islam tertarik dengan Islam kerana AKHLAK..

Alhamdulillah..saya sungguh bersemangat dengan perbualan-perbualan yang bermanfaat.. Terima kasih Allah kerana kurniakan saya sahabat yang boleh menegur diri yang lemah dan berbicara tentang-Mu.

Saya semakin yakin bahawa, saya merasa cukup dengan pergaulan bersama teman-teman yang memberi nasihat.. Kita akan belajar dari segenap ruang dalam kehidupan kita..

Belajarlah untuk MERENDAH DIRI...
Belajarlah untuk MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN...
Belajarlah untuk MENJADI..

"THE LITTLE AMBASSADOR FOR ISLAM"


No comments:

Post a Comment