Adakah anda tidak sensitif dengan isu semasa??
Saya begitu sedih dengan kejadian pembunuhan bayi yang berlaku di Malaysia, tanah air tercinta. Remaja itu baru berumur 16 tahun..mempunyai anak luar nikah dan didapati bersalah menanam bayi itu... Itu membunuh.
Saya tidak salahkan remaja perempuan terbabit. Ia memang benar dia melakukan kesalahan namun mengapa kita sebagai masyarakat di sekeliling tidak berperanan?
Kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem sosial di negara kita. Kelemahan akhlak. Kelemahan peranan didikan di institusi pendidikan. Sistem pendidikan hanya melahirkan manusia berotak robot..belajar..belajar..belajar...cemerlang..cemerlang..pelajaran..pelajaran... Namun kita lupa bahawa ada sesuatu yang lebih penting dari semua itu.. AKHLAK... AKHLAK...AKHLAK...
Pembentukan jati diri dalaman yang lemah adalah punca segala masalah ini..
Salahkan media massa...Salahkan sistem pentadbiran.. Salahkan sistem pendidikan..Salahkan insitusi keluarga... Salahkan semuanya..
Media massa sepatutnya memainkan peranan membentuk jati diri ini. Ini tidak, program hiburan menghiasi mata dan telinga. Mengejar kecantikan..populariti.. Didikan sebegitukah yang kita mahu untuk generasi masa depan????
Program agama di kaca TV hanya ada pada hari-hari tertentu..Hari JUMAAT yang orang semua bekerja hari tersebut.. [silalah contohi Kedah, Terengganu dan Kelantan yang bercuti pada Penghulu segala hari tersebut]
Program TV...pagi-pagi lepas subuh..ada kuliah..anak-anak muda sekarang nak tengok ke waktu??? Sibuk nak bersiap pergi sekolah. Atau ada yang masih tidur... Target media salah..seharusnya program keagamaan adalah untuk semua..bukan untuk golongan pesara atau surirumah sahaja.
Banyakkan iklan-iklan berbentuk Islami.. Itu peranan media. Kita perlukan golongan media berfikiran ISLAM..ISLAM...ISLAM...
Cuba buat program MENTOR tu selepas SUBUH..ada yang bangun tak????
Apa peranan kita? Nasihat...nasihat...contoh yang baik..contoh...contoh.. nasihat..didikan..bimbingan..
Sistem pentadbiran juga salah!!!! Tiada seorang pemimpin yang mahu komen tentang ini? Di mana perginya Menteri yang menjaga kebajikan sosial masyarakat?? Beliau bertanggungjawab. Sebagai pemimpin, anda bertanggungjawab. Anda akan disoal jika masalah ini tidak ditangani dengan baik. Kami MEMILIH anda!!!!! Jalankan TUGAS!! Bukan hanya sekadar nama dan jawatan.
TUGAS anda sebagai pemimpin tidak akan berhenti kerana amanah yang diberi akan disoal di akhirat. Berani memegang jawatan itu..Berani juga untuk bertanggungjawab untuk segala masalah yang berlaku walaupun ia di luar 'expectation' anda.
Hari ini, pemimpin semakin bongkak dengan kuasa. KUASA. KUASA. KUASA. Adakah KUASA ini akan dibawa ke AKHIRAT???!! Anda akan disoal wahai pemimpin. KUASA inilah yang akan menentukan SYURGA atau NERAKA. Tidak sedarkah kamu?!
Sistem pendidikan juga SALAH!!! Mengapa?? Kerana didikan hari ini hanya akademik..akademik.. YES negara perlukan pemimpin yang punya otak yang bergeliga!!! GELIGA tapi tiada MORAL tiada guna. Tiada AKHLAK apa gunanya.
Pelajar di sekolah perlu excel..EXCEL...EXCEL.. Once you FAIL SPM, you FAIL your future. You RUIN your LIFE!! Itukah motto pendidikan?? Peperiksaan..PEPERIKSAAN..PEPERIKSAAN!!
Bagaimana jika ada pelajar yang tidak minat belajar dan dianggap terkebelakang dan BODOH! BODOH!! BODOH!! Itu saja yang cikgu tahu cakap. Mereka ada POTENSI. POTENSI itu perlu dicari. Tidak salah kalau mereka tidak minat belajar namun kecenderungan ke arah sesuatu yang BAIK. BAIK. BAIK.. Bukan jadi MAT REMPIT yang tiada AKHLAK!!
Dalam sistem pendidikan, AKHLAK sangat penting. Dan bagi yang ISLAM..pembentukan AKIDAH adalah yang paling utama. AKIDAH AKIDAH. ISLAM ISLAM.
Insitusi KELUARGA juga bersalah!!! Di mana peranan IBU dan AYAH. Adik beradik??? Sokongan dari keluarga sangat penting. Perlu KUAT. Kerana KELUARGA ialah segala-galanya. KAWAN-KAWAN datang pergi namun pertalian darah yang ada dalam KELUARGA itu mengikat kita.
*******************************8
On top of that, siapa yang berada dalam media? Siapa yang berada dalam sistem pentadbiran? Siapa yang berada dalam insitusi pendidikan? Siapa yang berada dalam keluarga? Siapa yang berada dalam masyarakat????
Diri kita..DIRI KITA..DIRI KITA...
Ingat itu.. Jangan lepas tanggungjawab ini. KITA semua bersalah atas keruntuhan SOSIAL dan AKHLAK generasi hari ini...!!!!!!!
Sudah terang lagi bersuluh..
Dan saya juga sedar..mungkin perkara ini berlaku adalah sebagai peringatan kepada KITA semua. Mungkin ini UJIAN atau mungkin juga ia adalah MUSIBAH.
Walauapapun, fikirkan yang baik. Pandang ke hadapan namun anda perlu juga melihat ke belakang supaya kesalahan yang lalu tidak berulang. Berdoalah untuk kesejahteraan rakyat MALAYSIA.
Berdoalah untuk MALAYSIA!!! Tanah air tercinta. Saya sayang MALAYSIA.
Jika bercita-cita.. tanamkan impian untuk mengubah sesuatu yang tidak baik kepada lebih baik. Walaupun sukar, jika usaha itu ada..ALLAH Melihat!!