Monday, 3 May 2010

Let it SHINE!!

Saya mulakan dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah atas kurniaan dalam kehidupan ini..

Sebenarnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan ucapan TAHNIAH kepada saya di Facebook, di blog mahupun di Messages INBOX peribadi..

Terima kasih tidak terhingga... Saya tak dapat reply semua, in fact saya tak reply pun kadang2 kerana saya tak sempat kerana bertubi-tubi notifications datang dan tak sempat nak notify...semoga keikhlasan kalian dengan ucapan tahniah itu dibalas dengan ketenangan dan kejayan kepada semua juga.. Namun inshaallah, saya akan cuba berusaha ucap terima kasih kat email Facebook mereka selepas saya selesai VIVA dan research saya.

Tentang itu..Tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya apakah itu SHINE International Students Awards?? Bagaimana menyertainya? Apa yang saya buat?

Saya hanya tersenyum kerana soalan inilah yang sering diajukan... Saya hanya berkata ia hanya sebuah pertandingan essay biasa berkaitan 'life as an international student'... Kehidupan saya hanya kehidupan biasa.. Tidak lebih dari sebuah cerita seorang pelajar Malaysia yang typical.

Sebenarnya saya bersyukur kerana essay itu dipilih di saat-saat saya tidak mengharapkan sebarang bentuk penghargaan sejak dari mula penyertaan saya dalam pertandingan essay itu... Betapa Allah itu Maha Kaya Maha Pemberi Rezeki.. Saya tak putus-putus mengucapkan syukur kepada Allah sejak dari saat saya menerima panggilan telefon dari British Council tentang kemenangan itu...

Saya berharap di tahun-tahun akan datang..lebih ramai Malaysian Muslim yang menyertainya kerana mereka jauh lebih hebat daripada saya.. Mereka melakukan sesuatu yang lebih bernilai di mata Allah dan manusia berbanding saya.. Saya hanya insan kerdil yang tidak berbuat apa-apa, hanya mengharapkan kasih sayang Allah dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berskala kecil..

Mereka lebih hebat...mereka jauh lebih hebat.. Kejayaan mereka membuatkan saya iri hati dan cemburu.. 'Mahu jadi seperti mereka..mahu berjaya seperti mereka'!!!

Inshaallah saya akan berusaha!!! Semangat muda untuk berjaya ini masih lagi mengalir dalam diri saya..sampai bila?? Entah...mungkin sampai bila-bila.. Saya mesti berfikiran positif...!!!

Semangat!! JOm practice VIVA!!!!! VIVA hari Khamis ini...hari yang sama General Election di UK...tapi saya tak mengundi kerana saya tak sempat nak mendaftar...doakan saya mendapat first class dalam VIVA saya!!! Jelesnya kepada kawan-kawan yang dapat mengundi buat pertama kalinya di UK....seriously jealous!!!

Alright..jom VIVA!!! Doakan saya...saya yakin doa-doa yang baik yang anda kirimkan kepada sesiapa sahaja..akan berbalik kepada diri anda juga... Allah Maha Kuasa..YAKIN itu!!!!

Setiap yang berlaku adalah aturan Allah..kita hanya berusaha..KEJAYAAN itu ada pada-Nya..

Semoga kejayaan demi kejayaan yang kita kecapi hari ini akan menambahkan rasa syukur dan taqwa kepada Allah... Semakin tunduk hati dan semakin tenang dengan nikmat Allah.. Ameen..



2 comments:

  1. VIVA akan datang khamis ni ya?
    akak doakan yang terbaik untuk mahfuzah

    ReplyDelete
  2. TErima kasih kak!!! Thank you very much. Even though I dont you but you are always in my pages..

    [hehe]

    Thanks again!!!

    ReplyDelete