Mimpi saya ialah saya ingin menjadi penulis..
Itu impian saya.. macam dalam drama kan...
tapi saya tidak pandai menulis..bagaimana untuk menjadi PENULIS??!!
Cita-cita menjadi penulis ini disemat sejak saya mula pandai membaca.. Sejak saya pandai membuat karangan pendek semasa Darjah 3.
Sejak saya berumur 6 tahun..seingat saya, ayah selalu belikan novel-novel picisan yang berharga satu sepuluh sen di pasar malam murah. Ada sepuluh semuanya. Saya baca. Saya ulang banyak kali. Sampai 5,6 kali saya ulang baca. Suka membaca.
Tapi apabila semakin dewasa, saya tidak suka baca novel. Langsung tiada minat. Sebab dah banyak sangat baca masa kecil kot. Saya hanya baca novel yang jadi 'bestseller' sahaja. Boleh dikira.
Bila dah besar sikit..maksud saya..ketika remaja sekolah..Minat saya lebih kepada pembacaan berbentuk motivasi. Lebih segar. Lebih 'real'. Sangat dekat di hati.
Kemudian, minat ke arah pembacaan kisah biografi mula bertapak di hati. Kisah-kisah begini memang membuatkan diri saya bersemangat seperti mereka. Kisah biografi yang saya baca termasuklah kisah-kisah pemimpin negara dan dunia, tokoh-tokoh terkenal, dan juga kisah isteri-isteri Rasulullah.. ---> kisah isteri-isteri??? oppss..semangat nak jadi isteri la pulak...haishh..
Berbalik kepada mimpi saya untuk menjadi penulis. Saya tidak mahu jadi penulis novel. Saya mahu jadi penulis bebas. BEBAS!!!! Menulis sesuatu berdasarkan minat dan 'passion'. Seperti nama blog saya ini.
Passion bermaksud minat yang mendalam. Nama blog ini adalah hasil ilham perkataan PASSION yang menjadi perkatan paling 'mahal' dan berkualiti dalam bidang penulisan sejak saya berumur belasan tahun lagi. Saya terbaca mengenai kekuatan yang ada pada perkataan 'PASSION' ini dalam satu majalah ilmiah ketika saya berumur belasan tahun.
Dan saya rasa...MIMPI saya itu semakin mendekati saya...errr..mungkin saya sudah pun menggapai impiam itu melalui penulisan blog ini. Sejak mula blog ini ditubuhkan..ia lebih kepada 'trend' pelajar di luar negara yang rata-rata mempunyai blog sendiri.
Namun blog saya bukan blog ilmiah untuk bacaan berat...Itu pilihan saya.. saya mahu BEBAS!!! Bebas yang saya maksudkan adalah bebas menulis dan berfikir.
BEBAS mengatur impian!!
BEBAS berfikir!!!!
BEBAS berfikir di luar norma. ----> opppsss..kena hati-hati dengan penggunaan ayat ini.. heh!!
Okayh!!! Cukup..cukup!!
Saya mengantuk... masih menunggu waktu Isya' yang tak kunjung tiba walaupun sudah pukul 11 malam...adeihh...ohhh musim panas...mengapakah siangmu terlalu panjang...??
Daku keletihan...
ZzzzzzzZzZZZZZzzzzzZZZZZzzzzzz
pukul 11 malam belum isyak lagi ya...
ReplyDeletepanjang betul waktu siang ya
kalau bualan puasa lambat lah berbuka ya mahfuzah...
saya doakan impian tersebut tercapai.. ameen
Bingung mau ngapain? mendingan main games online bareng aku?
ReplyDeletecuman DP 20rbu aja kamu bisa dapatkan puluhan juta rupiah lohh?
kamu bisa dapatkan promo promo yang lagi Hitzz
yuu buruan segera daftarkan diri kamu
Hanya di dewalotto
Link alternatif : dewa-lotto.name