Saturday, 24 July 2010

The Story of an Orange Girl









Perjalanan Cardiff ke London adalah suatu perjalanan yang agak menggembirakan pada detik itu.

Apa lagi perkara yang paling membahagiakan apabila berjaya mendapat segulung ijazah untuk degree pertama di sini. Alhamdulillah segala kekuatan meneruskan perjuangan di sini adalah dari Allah.

Kenangan-kenangan indah di Cardiff tidak akan mampu dipadam dalam diari ingatan ini..

Makanya..silalah menonton gambar-gambar di hari Graduation saya... Ngahahaha.. Setakat ini, itulah hari paling membahagiakan saya.... Saya tidak mengharapkan ianya kekal sebegitu sebaliknya saya harapkan ada lagi hari-hari indah yang bakal mewarnai rona kehidupan saya yang membuka jalan ke Syurga-Nya...

Seorang demi seorang sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang menamatkan kehidupan sendiri mereka.. Sudah semestinya ayat-ayat ini berbaur cemburu dan iri hati... :P Manakan tidak..Segulung ijazah sudah diperolehi..kerjaya bakal dikejar tidak lama lagi.. Apa lagi yang harus dilakukan selain berdoa...dan berdoa..

Along the way untuk bergelar seorang Puan Mahfuzah..saya tidak akan terus duduk diam..satu demi satu impian akan dikejar..harapan agar bakal suami itu nanti memahami impian dan cita-cita dalam bidang yang saya minati..menjadi warga Kementerian Pelajaran Malaysia.. Aminkan doa-doaku..


Monday, 19 July 2010

I'm Leaving soon..

Esok saya akan berangkat pulang ke Malaysia.

Hati terasa sayu dengan keberangkatan ini.. mixed feelings.. Saya mahu pulang..namun saya juga sebak untuk meninggalkan bumi bertuah ini.. tanah asing yang mengajar saya erti kehidupan.. Alhamdulillah ianya berjalan lancar walaupun ada onak-onak duri kecil sepanjang perjalanan. Namun itu lumrah kehidupan. Jauh di sudut hati saya, jauh sekali untuk menyesal dengan tindakan memilih Cardiff as my first choice masa mula-mula apply university dulu..

Bertemu ramai orang-orang baik adalah satu nikmat dalam kehidupan..Alhamdulillah.. Terasa ingin membawa mereka semua ke dalam kehidupan saya di Malaysia.. Apakan daya..manusia datang dan pergi..meninggalkan segala kebaikan yet keburukan. Namun segala memori itu adalah pengajaran untuk manusia yang melihat dan mendengar.. Bukalah mata hati dan hargailah orang-orang yang baik di sekeliling anda.. Hargai mereka walaupun anda ada sedikit perasaan benci kepada mereka kerana mereka juga manusia.. Kita juga manusia..selayaknya juga ada orang membenci kita bukan? Try to be nice..bersihkan hati..bersangka baik.. Itu nikmat kehidupan sebenar..

Beg sudah 75% dikemas..membawa pulang barang-barang hadiah yang tidak disangka diterima di saat-saat akhir..haha.. Alhamdulillah.. hati ini bahagia dengan pemberian-pemberian ikhlas itu..

Setiap hari sejak dari minggu lepas, ada saja jemputan makan-makan ke rumah keluarga portgraduate Malaysian. Makan-makan terakhir bersama keluarga mereka.. Sungguh terasa seperti keluarga sendiri di Malaysia.. Saya tidak akan lupa mereka.. Kak Madeha-Abang Izham...Kak Al-Abang Aziz.... Kak Ina-Abang Fakri....Kak Hanim-Abang Aidil... Kak Dijah-Abang Fahmi.. Bayangkan 5 hari berturut-turut memenuhi jemputan makan..sampai kena jemput saya ikut turn..hehe... Terima kasih semua.... Saya sangat hargai kebaikan anda..Semoga Allah merahmati keluarga mereka.. Ameen..

Hati saya terasa semakin sayu apabila melewati library Nursing tempat saya selalu kunjungi masa belajar dulu...melewati tasik kecil di kawasan Heath Hospital..melihat burung-burung seagull dan merpati yang jinak dengan manusia..menikmati matahari redup di Cardiff..terbuai dengan lambaian dedaunan di Bute Park.. Teruja dengan bunga-bungaan Tulip..roses..daffodil di sepanjang trek berbasikal saya setiap hari..hehe...

Oh saya juga akan merindui deruan air sungai River Taff yang melewati Millenium Stadium di kawasan rumah saya itu.. merindui juga saat-saat berjalan dan membeli belah di City Centre..Queen Street..sambil makan ais krim Baskin n Robbin atau Thorntons atau Millies Cookies!!!

Merindui saat-saat menyusup di celahan manusia dalam kedai PRIMARK untuk beli stokin..hehe..

Juga..di kala BOXING Day selepas Krismas membeli kasut-kasut SALE di CLARKS!! Oh saya akan merindui CLARKS...Kenapa saya suka CLARKS..sebab saya mampu beli kasut di situ..hehe.dan juga gembira kerana kaki saya ada saiz di situ.. Saya tidak berpeluang membeli kasut dengan begitu jayanya di Malaysia kerana kaki orang Malaysia kecik-kecik..kaki saya lebar dan panjang.. nganganga..

Saya akan rindu TK MAXX iaitu tempat saya selalu beli handbags berjenama yang dah off season.. wahahahaha.. Tahun ni paling banyak saya beli handbags dan kasut..handbags lebih 10.. manakala kasut lebih dari 15 pasang..adoiii...

Di Cardiff jugalah saya telah develop sikap 'SHOPAHOLIC' wahahahha.. Tapi inshaallah saya akan kembali normal bila balik Malaysia nanti..hehe..sebabnya..barang di Malaysia mahal-mahal..kuasa membeli sudah berkurang... hii..

Okay okay..saya perlu bersiap sekarang..nak keluar bersama Husna dan Yan.. menikmati udara-udara segar musim panas di bumi Cardiff...

Sob sob..sob..sob...

Friday, 16 July 2010

Walau dunia tak seindah syurga..

Ok right..lagi dua tiga hari saya akan pulang ke Malaysia...

Okay okay..banyak cerita menarik sepanjang minggu ini..alhamdulillah majlis graduasi berjalan lancar.. Gamabr-gambar saya sangat cantik..wooppp wooopp..bukan sebab saya cantik..tapi sebab camera mahal dan photographer yang talented!!! Hua hua!!

Saya sangat suka all of my graduation photoss..sila lihat gambar2 itu di Facebook saya..tapi cop...kena jadi friend saya dulu la..

Masa hari graduasi..saya seorang saja Malaysian yang grad pada hari tersebut..makanya..photographer saya hanya memberi fokus kepada saya seorang saja... Alhamdulillah... Credit to Alan.. Terima kasih di atas pemberian hadiah graduasi yang begitu bermakna itu... Once in a lifetime..

Sahabat-sahabat yang dijemput untuk datang ke hari graduasi saya semuanya datang..terima kasih semua.. Syukur.. Saya terharu kerana rupanya begitu ramai yang menyayangi diri saya.. Saya sayang semua yang sayang saya...

Di hari graduasi saya..hujai renyai-renyai di luar..menangis kerana saya grad ke? Oh tidak tidak...saya berfikiran positif.. Wales menangis di hari graduasi saya kerana ia adalah tanda syaa bakal meninggalkan bumi bertuah ini..Wales.. Wales..Wales... Allah memberi peluang untuk saya bernafas di bumi Wales dan mencapai segala impian saya di sini.. Alhamdulillah...Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?? Saya mengakui kenikmatan duniawi yang Allah beri ini.

Saya sedar yang sekarang saya berada di atas...Saya sentiasa beringat itu...Suatu hari nanti saya pasti diuji dengan ujian-ujian yang hebat... Minda perlu bersedia..Emosi perlu bersiap-siaga.. Saya mudah menangis.. Tapi syukur, dengan tangisan itu membuatkan hati saya lembut dan cepat terusik dengan segala nikmat kurniaan Allah... Saya tidak mahu menjadi orang yang terlalu hebat...terlalu dipandang mulia oleh manusia kerana lambat-laun ia akan memudaratkan diri saya.. Ya Allah...semoga Engkau bimbing hatiku agar tidak bongkak dan riak kerana semua ini adalah aturan-Mu...

Saya hanya manusia biasa yang punya impian dan harapan...bersyukur kerana impian-impian itu Allah kabulkan sekarang.. Jangan bersedih jika ujian menimpa anda kerana..Allah pasti memberi sesuatu yang jaaaauhhhhh lebih baik!! Allah lebih mengetahui...Yakin itu...

Untuk 4 hari yang mendatang...saya akan memenuhi undangan-undangan oleh kakak-kakak yang sudah berkeluarga di Cardiff yang mahu meraikan saya di saat-saat terakhir bernafas di bumi UK... Alhamdulilllah...rezeki itu di tangan Allah..

Okay okay..saya mengantukk... Jom tidor sekarang..

Esok saya cerita lagi ye..tentang pengalaman memetik buah cherry dan mengutip kupang di Selat Inggeris..hehe...

Monday, 12 July 2010

My Oranje

Esok hari graduasi.

Saya memencilkan diri di dalam bilik untuk menjaga kulit muka daripada terkenan pancaran matahari..haha..takut tanned lagi sebab semalam masa pergi mengutip kupang di Rhossili Bay, Gower di Swansea, kulit saya terbakar lagi...

Dua hari berturut-turut kulit saya terbakar..hari pertama di ladang buah strawberry+cherry dan hari kedua di pantai Rhossili..

Namun begitu..puas sekali cuti-cuti UK dinikmati dengan penuh makna.. pengalaman yang jarang-jarang dinikmati.. Alhamdulillah..segalanya dengan bantuan Allah..

Semalam juga..buat pertama kali dalam hidup, saya menonton perlawanan bola sepak Final World Cup antara SPAIN dan NETHERLAND.. Oh oh saya tidak menykong mana-mana kumpulan..namun disebabkan Oranje adalah salah satu warna kegemaran saya, sudah semestinya saya teruja dengan warna itu..

Tahniah SPAIN sebab menang..!!!

Sekejap lagi..kami akan masak kupang yang kami kutip itu beramai-ramai.. yeay! Masak lemak cili api.. tidak sabar rasanya menikmati hidangan daging kupang yang begitu lazat dan penuh dengan zat besi itu.. hehehe..

Sunday, 11 July 2010

off Tillington Fruit Farm and Rhossili Bay

Hadoii..banyak sungguh perkara yang berlaku sehinggakan saya tak sempat memikirkan diri sendiri.. [ceh tipu]

Sisa-sisa kehidupan banyak dihabiskan bersama sahabat-sahabat dan rakan-rakan rapat, memanfaatkan masa di UK..

Antara aktiviti menarik kami ialah...mengutip buah-buahan dan sayur-sayuran segar dari ladang...cherries..strwberries..and all the berries fruits.. apples.. kemudian onions, garlic, carrots, asparagus etc...

Then, pergi ke pantai Rhossili Bay di Swansea untuk mengutip kupang also known as mussels...

[Oh habislah hitam kulit ku menanti hari graduation dua hari lagi...mungkin teknik pemutihan photoshop dapat menyelamatkan keadaan..]

Till I write again..

[P/S: sedang berusaha dan berdoa untuk 'sesuatu'..kalau dapat..inshaallah nazar saya ialah berpuasa dua hari..campur dengan nazar dapat lulus cemerlang dalam degree, semuanya berjumlah 4 hari]

Thursday, 8 July 2010

Confession upon Graduation

Alhamdulillah semakin dekat hari graduasi pertama saya..hehe..

Semakin banyak ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah graduation diterima daripada sahabat-sahabat terdekat dan rapat... Alhamdulillah..wasyukurillah...

One thing for sure..saya sedikit geli hati apabila membaca ucapan dan kata-kata yang ditujukan kepada saya..kebanyakannya mengharapkan saya cepat melangsungkan perkahwinan.. Uhuk uhuk uhuk..

'Harap dapat makan nasi minyak cepat ye'

'Semoga thabat dan kalau nak makan nasi minyak, silalah jemput..'

'When are you getting married...please please invite me!!'

'Mahfuzah, please get married and have lots of babies'

Oh ada satu ucapan kelakar ni..

'Nanti kalau dah nak ber'NM', jemput-jemputlah ye..'

Punyalah saya dok terfikir NM itu apakah??? Rupa-rupanya Nasi Minyak. wakakaka..lawak-lawak..

Satu ucapan istimewa yang saya terima dari Dayang yang berbunyi..'Maaf Fuzah, kite tak dapat menghadiri majlis penuh makna dalam hidup Fuzah yang ini [graduation] ...semoga kite tak terlepas untuk menghadiri majlis penuh makna yangh satu lagi'

Hehehe..itu adalah doa..Semoga ianya jadi kenyataan..

Apabila belajar sudah selesai..persoalan selepas itu adalah mencari pasangan..uhuk uhuk uhuk.. Saya tak cakap...orang lain yang cakap..

Ini ada confession hehehe.. Saya sememangnya mahu kahwin sebelum umur saya 25 tahun.. Ok ok..sekarang hampir masuk 24 tahun..Jadi saya ada 1 tahun lagi kan.. Kenapa mahu kahwin awal? Sebab saya yakin, lambat laun saya akan kahwin juga..jadi..kahwin je lah kalau dah ada orang yang suka..hehe... [hmmm a point to ponder..siapa yang suka??]

Sesiapa yang ikhlas membaca entry 'hot hot' ini..silalah berdoa supaya saya cepat melangsungkan perkahwinan ye.. Cepat menamatkan zaman berseorangan ini.. Bosan sudah hidup bersendiri..hehe

Okay-okay..entry ini semakin serious..whoever happen to read this mesti cakap saya poyo buat confession di blog.. nge nge nge.. usahlah berselindung lagi.. Saya meyakini takdir Allah.. Jika saya merancang dan Allah memudahkan perancangan maka saya bersyukur.. Jika sebaliknya, saya akan tetap bersyukur kerana itulah yang tebaik.. Saya berserah kepada-Nya...

Doakan saya ye...Terasa begitu indah apabila mengetahui bahawa blog My Passion ini punya pengikut tersendiri..hehe.. Sejak saya datang ke Cardiff sehinggalah saya bakal menamatkan pengajian di sini.. Alhamdulillah..saya bersyukur kerana pembaca-pembaca blog ini sentiasa mendoakan saya...

Terima kasih ... Syukran... Syukran...

Sunday, 4 July 2010

On counting

On counting 15 days to go..

On leaving UK and Cardiff..semakin hari saya merasakan tempat ini semakin membuatkan saya resah dan gelisah.. Banyak jugak dugaan kesabaran yang perlu dihadapi apabila berhadapan dengan difficult people di sini.. Cukup menguji iman..

Saya hampir merasakan diri saya teraniaya dan terfikir..perlukah saya berdoa supaya Allah membalas kejahatan kepada insan-insan yang melakukan perkara sedemikian kepada saya?? Oh oh..alhamdulillah..saya punya sahabat-sahabat yang sering menasihati saya supaya lebih bersabar.. Mendoakan orang lain ditimpa musibah hanya akan memburukkan lagi keadaan.. Allah tidak suka... Hanya Allah tahu mengapa kita diuji..

Sekarang saya asyik dengar video Youtube Bersama Dr Fazdilah Kamsah untuk membuang perasaan negatif.. as recommended by Dayang binti Abang.. hehe.. Thanks ye Dayang.. I really like all the videos on nasihat to be a positive person!!!

Oh saya harus membuang sifat negative berhadapan dengan orang-orang yang begitu 'moody' dan mempunyai 'mood swing' yang terlampau.. Tidak mudah untuk 'handle' orang-orang seperti ini..

Ya Allah..lembutkanlah hati-hati mereka dengan berkat Surah Thoha: 1-5 ini... Inshaallah..yakinlah pada Allah... Dia pasti ingin menguji...

P/S: lagi 15 hari.. jangan jealous~~

Friday, 2 July 2010

Uncertainty

Sejak akhir-akhir ini saya merasakan kehidupan ini semakin tidak keruan.. Hilang kepercayaan terhadap segala perancangan masa depan saya..

Yes..saya merancang kehidupan ini dan saya yakin sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.. Allah yang menentukan kelangsungan perkara yang berlaku dalam perancangan hidup saya..

Saya menjadi semakin keliru dan tidak pasti dengan pilihan-pilihan yang saya ada dalam hidup sekarang.. Saya hanya meyakini-Nya.. Biar apapun yang terjadi, saya tidak akan mengejar sesuatu yang tidak pasti... Sesuatu yang mungkin berubah pada bila-bila masa...

Saya tidak mahu harapan dan impian saya hancur..Itu lebih menyakitkan daripada mengharapkan yang terbaik dari Allah.. But at least, I will make myself a back-up plan so that I have other choices and membina harapan baru..

Yang pasti, di hujung jalan dan pilihan-pilihan saaya nanti...saya mengharapkan syurga Allah..

Persetankan semua yang menggangu kehidupan dan perasaan!! Saya mahu kekuatan dan mahu hidup sendiri tanpa TERLALU bergantung pada manusia.. Saya ingin membina keyakinan..

Saya yakin, sahabat-sahabat setia paling banyak membantu mengurangkan beban perasaan ini..
Saya terlalu meyakini persahabatan ini berkekalan sehingga syurga....

P/S: Barang-barang dalam bilik saya sudah kosong..tiada apa lagi yang tinggal di bilik merah ini selain keperluan-keperluan harian sehingga 20 July nanti.. Semoga apa-apa yang ditinggalkan bakal menjadi sejarah 'Mahfuzah has been using it'!! hehe..

P/S 2: Sedang menyiapkan 'My Graduation Story' untuk Cardiff University graduation leaflet!! Semoga Allah bantu..