Friday, 2 July 2010

Uncertainty

Sejak akhir-akhir ini saya merasakan kehidupan ini semakin tidak keruan.. Hilang kepercayaan terhadap segala perancangan masa depan saya..

Yes..saya merancang kehidupan ini dan saya yakin sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.. Allah yang menentukan kelangsungan perkara yang berlaku dalam perancangan hidup saya..

Saya menjadi semakin keliru dan tidak pasti dengan pilihan-pilihan yang saya ada dalam hidup sekarang.. Saya hanya meyakini-Nya.. Biar apapun yang terjadi, saya tidak akan mengejar sesuatu yang tidak pasti... Sesuatu yang mungkin berubah pada bila-bila masa...

Saya tidak mahu harapan dan impian saya hancur..Itu lebih menyakitkan daripada mengharapkan yang terbaik dari Allah.. But at least, I will make myself a back-up plan so that I have other choices and membina harapan baru..

Yang pasti, di hujung jalan dan pilihan-pilihan saaya nanti...saya mengharapkan syurga Allah..

Persetankan semua yang menggangu kehidupan dan perasaan!! Saya mahu kekuatan dan mahu hidup sendiri tanpa TERLALU bergantung pada manusia.. Saya ingin membina keyakinan..

Saya yakin, sahabat-sahabat setia paling banyak membantu mengurangkan beban perasaan ini..
Saya terlalu meyakini persahabatan ini berkekalan sehingga syurga....

P/S: Barang-barang dalam bilik saya sudah kosong..tiada apa lagi yang tinggal di bilik merah ini selain keperluan-keperluan harian sehingga 20 July nanti.. Semoga apa-apa yang ditinggalkan bakal menjadi sejarah 'Mahfuzah has been using it'!! hehe..

P/S 2: Sedang menyiapkan 'My Graduation Story' untuk Cardiff University graduation leaflet!! Semoga Allah bantu..




No comments:

Post a Comment