Semakin banyak ucapan-ucapan dan hadiah-hadiah graduation diterima daripada sahabat-sahabat terdekat dan rapat... Alhamdulillah..wasyukurillah...
One thing for sure..saya sedikit geli hati apabila membaca ucapan dan kata-kata yang ditujukan kepada saya..kebanyakannya mengharapkan saya cepat melangsungkan perkahwinan.. Uhuk uhuk uhuk..
'Harap dapat makan nasi minyak cepat ye'
'Semoga thabat dan kalau nak makan nasi minyak, silalah jemput..'
'When are you getting married...please please invite me!!'
'Mahfuzah, please get married and have lots of babies'
Oh ada satu ucapan kelakar ni..
'Nanti kalau dah nak ber'NM', jemput-jemputlah ye..'
Punyalah saya dok terfikir NM itu apakah??? Rupa-rupanya Nasi Minyak. wakakaka..lawak-lawak..
Satu ucapan istimewa yang saya terima dari Dayang yang berbunyi..'Maaf Fuzah, kite tak dapat menghadiri majlis penuh makna dalam hidup Fuzah yang ini [graduation] ...semoga kite tak terlepas untuk menghadiri majlis penuh makna yangh satu lagi'
Hehehe..itu adalah doa..Semoga ianya jadi kenyataan..
Apabila belajar sudah selesai..persoalan selepas itu adalah mencari pasangan..uhuk uhuk uhuk.. Saya tak cakap...orang lain yang cakap..
Ini ada confession hehehe.. Saya sememangnya mahu kahwin sebelum umur saya 25 tahun.. Ok ok..sekarang hampir masuk 24 tahun..Jadi saya ada 1 tahun lagi kan.. Kenapa mahu kahwin awal? Sebab saya yakin, lambat laun saya akan kahwin juga..jadi..kahwin je lah kalau dah ada orang yang suka..hehe... [hmmm a point to ponder..siapa yang suka??]
Sesiapa yang ikhlas membaca entry 'hot hot' ini..silalah berdoa supaya saya cepat melangsungkan perkahwinan ye.. Cepat menamatkan zaman berseorangan ini.. Bosan sudah hidup bersendiri..hehe
Okay-okay..entry ini semakin serious..whoever happen to read this mesti cakap saya poyo buat confession di blog.. nge nge nge.. usahlah berselindung lagi.. Saya meyakini takdir Allah.. Jika saya merancang dan Allah memudahkan perancangan maka saya bersyukur.. Jika sebaliknya, saya akan tetap bersyukur kerana itulah yang tebaik.. Saya berserah kepada-Nya...
Doakan saya ye...Terasa begitu indah apabila mengetahui bahawa blog My Passion ini punya pengikut tersendiri..hehe.. Sejak saya datang ke Cardiff sehinggalah saya bakal menamatkan pengajian di sini.. Alhamdulillah..saya bersyukur kerana pembaca-pembaca blog ini sentiasa mendoakan saya...
Terima kasih ... Syukran... Syukran...
No comments:
Post a Comment