Monday, 30 August 2010

Saya sayang Malaysia

Mengejar malam-malam terakhir di bulan Ramadhan.. Tahun ini dirasakan kurang bersemangat sikit berbanding tahun lepas.. Kuatkanlah Ya Allah..

Hari ini ada sambutan Hari Kebangsaan di sekolah..bendera dikibarkan.. Saya terasa lesu sekali..sambutan Hari Merdeka kali ini kurang memberi makna yang mendalam kepada diri saya..

Kita bebas merdeka namun sebenarnya kita masih lagi terperangkap dalam lipatan sejarah agung itu.. Kita hanya bebas pada zahirnya..pemikiran..perlakuan..prinsip dan nilai-nilai masih lagi terbelenggu dalam kejahilan dan terpengaruh dengan kebaratan..

Sejak tiga tahun saya berada di luar negara, saya tidak pernah ambil peduli tentang nilai-nilai yang ada pada SATU MALAYSIA yang begitu gah meniti di bibir-bibir masyarakat kini... Setelah saya pulang ke tanah air dan melangkah masuk ke IPIK Cheras untuk menjadi seorang guru, saya semakin memahami konsep 1Malaysia ini..

Saya berfikir...dan berfikir... dan saya akui saya kurang bersetuju dengan pelaksanaan 1Malaysia ini...Ia tidak menyeluruh sama sekali.. Tidak koheren langsung dengan situasi sekarang..

1Malaysia mahukan perpaduan..perpaduan sesama kaum... Saya menyokong konsep perpaduan kaum dalam situasi yang lebih efektif..iaitu hormat-menghormati..

Konsep 1Malaysia yang dilaungkan hanya gah pada nama..namun kosong pada isinya..

Saya perhatikan, tidak semua masyarakat berbilang kaum Malaysia benar-benar mahu bersatu .. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa..perbezaan itu tetap suatu perbezaan..ia tidak boleh disamakan.. Cuma ia boleh digabungjalinkan atau dalam nama bahasa Inggerisnya...INTEGRATED..hehe.. [Mari mengagungkan Bahasa Melayu].

Jikalau konsep 1Malaysia mahu dilaksanakan dengan berkesan, mewujudkan negara bangsa Malaysia..mengapa tidak sekolah-sekolah semua disatukan dalam satu aliran.. Hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan...Semuanya MESTI Sekolah KEBANGSAAN..kerana itu matlamat 1MAlaysia. Tapi itu tidak terjadi..Oh oh..dah saya kurang bersetuju dengan konsep negara bangsa sebenarnya.. Saya tidak mahu negara yang saya cintai menjadi seperti negara bangsa Indonesia di mana rakyatnya bercampur agama..tidak dapat dibezakan mana satu Muslim mana bukan Muslim.. kerana semuanya satu BANGSA..

Saya pernah bersekolah di sekolah biasa dan punyai ramai rakan-rakan berbilang bangsa dalam satu kelas.. Kami berkawan seperti isi dengan kuku sampai sekarang...kerana kami saling HORMAT MENGHORMATI.. itu terbukti berkesan..

Oh lagi satu.. Jikalau kita mahu 1Malaysia diimplementasikan dengan berkesan, mengapa kita terlalu menjaga sensitiviti agama sehingga menampakkan kejahilan dan kejumudan kita..?? Islam untuk semua.. tidak salah bukan kalau kita ajak rakan berlainan agama untuk datang ke masjid/surau? Saya tidak nampak ia sesuatu yang salah..selagi orang itu menghormati hak-hak orang Muslim dalam rumah ibadat kita..

Jikalau begini cara kita mengatasi masalah..di mana kredibiliti 1Malaysia yang diuar-uarkan??

Saya bukanlah mahu menentang namun ini pandangan peribadi..saya tahu hujah-hujah saya tidak dikembangkan dengan sempurna tapi hati ini rasa nak menulis jugak..

Haaaa....aaahhh...mengantuknya petang-petang begini...

Esok Hari Merdeka..Selamat hari Merdeka Malaysia.. Semoga rakyatmu 'bebas' dan 'merdeka' daripada segala 'kejumudan minda'..

Saya sayang negara Malaysia..



Monday, 23 August 2010

'Ruginya..belajar tinggi-tinggi tapi jadi cikgu Pendidikan Khas...'

'Ruginya..belajar tinggi-tinggi tapi jadi cikgu Pendidikan Khas...'

'Orang-orang yang otak cerdik macam awak ni baik tak payah jadi cikgu la..rugi kepandaian tu tak diguna untuk benda yang lebih bermanfaat..'

'Belajar luar negeri untuk jadi cikgu..cikgu Pendidikan Khas pulak tu..'

Ya Allah..hina sangatkah aku memilih profesion ini sebagai bidang kerjaya daku? Atau mereka yang hina kerana berfikiran seperti itu?

Di sebalik ketenangan bersama anak-anak Khas ini..emosi saya seringkali tewas dalam perbualan berbaur seperti itu.

Guru Pendidikan Khas sering direndahkan tarafnya berbanding guru biasa. Alasannya mudah..pelajar kami tidak sepandai pelajar lain. Pelajar kami tidak akan berupaya menjadi professor mahupun cendekiawan yang mampu meneraju negara.

Saya sangat terkilan dengan pemikiran seperti itu..pemikiran yang menafikan peranan guru Pendidikan Khas dalam institusi pendidikan negara. Jauh di sudut hati saya..saya marah. Saya geram. Namun apakan daya..siapalah saya untuk berkata-kata. Lagipun, saya tidak pandai berdebat. Memang dilahirkan begitu.

Tidakkah mereka menilai sifat-sifat kemanusiaan yang perlu ada dalam diri seorang guru pendidikan khas? Sangat berbeza dengan guru biasa. Rendah sangatkah taraf kami ini di sisi manusia? Hanya kerana kami mengajar kanak-kanak istimewa?

Saya akui dan saya sedar bahawa ramai di kalangan rakan-rakan sebaya, sepengajian yang hanya memandang sebelah mata kami pelajar-pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia di UK sana. Iyelah..kami hanya dilatih untuk menjadi guru..berbanding mereka yang dilatih untuk menjadi doktor..jurutera..akauntan dan pensyarah.. Saya merasa cukup rendah hati dengan mereka. Mereka orang hebat berbanding kami guru-guru. Alhamdulillah..

Saya memilih profession ini kerana PASSION..seperti nama blog saya ini.. Inilah PASSION saya..

Masih saya ingat..sewaktu saya mula-mula menerima tawaran KPM untuk program Guru ini.. saya di'provoke' dengan pelbagai soalan dan kritikan..

'Kenapa pilih nak jadi cikgu? Macamlah takde kerja lain..'

'Kalau masuk Kementerian Pelajaran..gaji tak tinggi mana..nak naik pangkat pun lambat..kena tunggu 10 tahun baru naik tangga gaji..'

'Fuzah ni nak masuk jadi warga Kementerian la ni kan..hmmm..teruklah masuk government..tambah-tambah jadi cikgu..tak kemana la..'

'Jadi cikgu..silap-silap kena hantar ke Sabah Sarawak..abesla..'

Saya hanya diam membisu..tak berkata apa-apa... Ayat penyataan seperti itu masih jelas terngiang-ngiang di telinga saya.. Masih segar..dengan berbekalkan ayat-ayat negatif itu, saya tundukkan hati saya supaya saya tahu ke mana arah saya nanti.. Dan berbekalkan ayat-ayat itu saya membina peribadi yang positif..

Saya tidak mahu bergelar seorang guru yang berfikiran negatif.. Saya bangga menjadi guru..mungkin darah itu yang mengalir dalam diri ini... Kedua ibu bapa saya menjadi guru sebagai profession tetap mereka.. Salahkan saya mengikut jejak langkah mereka?? Sekurang-kurangnya..saya akan berusaha menjadi guru yang lebih baik dari mereka..

Dalam meniti hari-hari untuk bergelar seorang guru..Ayah saya banyak memberi inspirasi.. Kata-kata pendorong selalu diberikan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.. Guru bukan sekadar kerjaya untuk makan gaji..ia lebih kepada melahirkan individu-individu untuk menjadi pewaris kepada negara WALAUPUN saya adalah guru Pendidikan Khas..

Janganlah menghina atau memandang rendah terhadap profession guru ini.. Lebih-lebih lagi guru pendidikan khas.. Saya sedar, di kalangan guru-guru biasa sendiri, wujud perasaan memandang rendah terhadap guru pendidikan khas.. Ubahlah mentaliti itu..

Guru pendidikan khas lebih hebat ujian mereka.. Sesungguhnya Allah tidak memandang manusia pada taraf profession kerjaya yang dimiliki..

Apa sumbangan anda dalam memartabatkan profession kerjaya anda itu? Apa SUMBANGAN anda??

Kalau setakat menjadi guru biasa yang mengajar pelajar mendapat berbelas-belas A dalam pelajaran SPM..PMR..UPSR..namun KOSONG dari segi sahsiah..apa gunanya anda menjadi guru??

Didiklah anak-anak bangsa mempunyai akhlak yang baik..punyai peribadi tinggi..punyai nilai sosial yang teguh.. punyai prinsip diri yang mantap.. dan punyai agama yang utuh dalam jiwa.. Itulah peranan seorang guru..

Sama juga guru pendidikan khas..anak-anak pendidikan khas tidak akan mampu bergelar seorang doktor mahupun professor di universiti..namun mereka mampu untuk menjadi insan yang punyai kemahiran kendiri dan berakhlak mulia..kerana mereka insan istimewa..



Sunday, 22 August 2010

Let's go to Tanjung Pauh

Hari pertama saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh untuk School Based Experience saya.

Pada mulanya saya meletakkan harapan yang tidak terlalu tinggi di situ kerana pensyarah mengatakan bahawa tidak banyak projek-projek Pendidikan Khas dijalankan di kawasan pedalaman seperti Kedah berbanding di area Kuala Lumpur.. dan mereka menggalakkan saya untuk SBE di sekitar Kuala Lumpur..yang pastinya saya kurang selesa dek kerana masalah pengangkutan dan yang lebih penting, saya mahu berdampingan dengan keluarga di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Lagipun, sebagai seorang yang bijak dan profesional, saya tidak seharusnya mengambil pengalaman di sekolah-sekolah hebat di bandar sahaja, di mana peranan saya sebagai duta kecil ummah untuk melihat dan menyelami pengalaman di sekolah-sekolah kampung/luar bandar yang serba kekurangan.. Saya tidak akan dapat menilai jika saya hanya punyai pengalaman-pengalaman terbaik sahaja dalam mengejar profesion mulia ini bukan? Anda bersetujukah dengan saya?

Saya terima tanggapan pensyarah saya itu kerana saya akui saluran kewangan ke sekolah-sekolah seperti itu memang banyak yang tidak sampai ke pihak sekolah..atas sebab apa jua sekalipun, realitinya haruslah dipercayai dan diambil iktibar..bukan melarikan diri dari masalah itu..

Namun, setelah melalui hari pertama, saya berasa kagum sedikit kerana ia sesuatu yang agak luar biasa..Ia bukanlah seperti yang disangka. Begitu banyak projek-projek Pendidikan Khas yang dijalankan atas inisiatif Guru Penyelaras PEndidikan Khas di sekolah ini.. Cikgu Fauziah. Saya mengagumi beliau.

Saya kira ini suatu perkembangan yang positif, walaupun negara kita punyai sejarah pendidikan khas yang masih mentah, baru bertapak di negara ini sejak 1995 yang lalu, begitu banyak projek memperkasakannya dilakukan walaupun dengan sumber kewangan yang terhad. Alhamdulillah..

SBE [School Based Experience]/ PBS [Pengalaman Berasaskan Sekolah]/ROS [Rancangan Orientasi Sekolah]...SBE=PBS=ROS. Ia adalah program untuk para guru pelatih menyelami suasana sekolah sebelum melangkah lebih jauh dalam profession perguruan ini..

Saya ingin namakan sekolah tempat saya SBE itu sebagai sekolah angkat saya. Hehe..

Sekolah angkat saya itu terlalu banyak keistimewaannya..terutamanya ia terletak bersebelahan rumah saya.. Hanya 5-10 minit berjalan kaki ke sekolah..Ok itu saya suka..

Perkhidmatan Pendidikan Khas di sana saya kira tidaklah sehebat atau setanding dengan sekolah di bandar namun kejayaan menghasilkan hasil pertanian yang dijalankan oleh pelajar2 khas sangat membanggakan.. Mereka memasarkan hasil-hasil seperti timun, terung, buah naga dan pisang di pasar-pasar malam tempatan.. Dengan hasil keuntungan itulah mereka menjana projek-projek terapi untuk anak-anak Khas ini..

Antara projek-projek yang mereka lakukan ialah Terapi Renangdi Hosba Valley Resort..Terapi Berkuda di Darulaman Golf and Country Club, Terapi Bowling di Jitra Mall, menonton wayang..memasak...Membuat cup-cakes di Kolej Komuniti Darulaman, projek landskap sekolah..mereka juga ada kemahiran pertukangan dalam menyimen dan membuat meja batu di kawasan sekolah..

Alhamdulillah..saya mendoakan walaupun mereka kekurangan dari segi akademik namun siapa sangka orang bukan akademik tidak mampun berjaya dan berdikari.. Sifat mampu menguruskan diri dan memajukan diri dengan potensi diri yang adalah sesuatu yang amat bernilai dan berharga. Siapa sangka seorang pelajar Pendidikan Khas mampu mencari sumber pendapatan melalui kemahiran-kemahiran asas yang mereka miliki... Itu falsafah pendidikan khas..

Secara perbandingan melakukan practical sekolah pendidikan khas di luar dan dalam negara.. Saya merasakan di Malaysia, penekanan lebih ditumpukan dalam bidang akademik.. Pelajar-pelajar di sekolah angkat saya mampu membuat latihan akademik yang diberi oleh guru berbanding pelajar-pelajar di luar negara yang lebih bertumpu kepada aspek 'nilai-nilai murni' atau manners dan juga potensi diri mereka dicungkil berdasarkan minat..

Oh..rakyat Pendidikan Khas Malaysia lebih bijak dari segi akademik berbanding rakyat pendidikan khas luar negara..hehe...

Oh banyaknye saya tulis..ini baru sehari Observation..ada lagi 8 hari yang perlu dihadapi dengan hati yang tenang..

Semoga Allah kuatkan hatiku untuk menghadapi segalanya..

Tuesday, 17 August 2010

Ikrar Itu!!

Kami guru Malaysia..

Berikrar dan berjanji..

Mendidik dan membimbing..

Putera puteri Negara kita..

Itu baru sebahagian daripada lirik lagu Kami Guru Malaysia yang sering dinyanyikan di IPIK Cheras ini.. Hari ini perhimpunan bulanan maktab kami. Oh rupanya banyak sungguh lagu-lagu menaikkan semangat keguruan dan ikrar-ikrar berkhidmat menjadi guru yang dilafazkan semasa perhimpunan tadi. Sekali sekala meremang juga bulu roma ku kerana perasaan semangat itu datang berkobar-kobar.. Jiwa ini mahu mendidik.. Yesss!! Saya bangga menjadi guru!!

Oh ada satu lagi lagu..IPG.. Institut Pendidikan Guru…blab la bla..mendidik guru..bla bla bla.. haha tak ingat dah lirik..

Di sini, saya lihat pelbagai ragam pelajar yang mempunyai karektor pendidik. Sopan santun. Hormat menghormati. Murah dengan senyuman. Tolong-menolong dan tidak lokek ilmu. Inilah suasana maktab perguruan rupa-rupanya. Hehe.. Karektor manusia di sini lebih fokus berbanding semasa saya belajar di UK dahulu yang manusianya mempunyai pelbagai ragam mengikut jurusan yang diambil..hohoho..

Oh saya semakin menyukai IPIK Cheras..Entah mengapa kehidupan di sini terasa lebih bermakna apabila saya mula rapat dengan pensyarah-pensyarah dan berkongsi pengalaman semasa di Cardiff. Iyelah..kami berdua saja dalam satu kelas..waktu belajar terasa seperti private tuisyen yang diberi oleh seorang tutor kepada 2 orang pelajar dalam satu sesi. Oh ada juga kami berdua bergabung dengan kelas-kelas KPLI dan PISMP yang lain..Wahh..rupa-rupanya kami semakin terkenal di IPIK Cheras ini..yeeeheeeheeee.. Oh kena jaga prestasi dan akhlak…apa yang dilakukan akan menjadi tumpuan.. adoii..

Tadi kami berbual dengan para pensyarah di sini.. Entah mengapa hati saya kuat merasakan bahawa kami berdua akan end-up mengajar di IPIK Cheras setelah semua perkara telah dilalui.. Itu diakui sendiri oleh beberapa orang pensyarah tertinggi di sini yang mengatakan bahawa program PPC Pendidikan Khas adalah hasil idea mereka setelah diutarakan kepada KPM kerana kekurangan pensyarah Pendidikan Khas di IPIK Cheras yang begitu kritikal.. adoi.. pulak dah..

Untuk KPLI ini..saya akan menduduki 3 paper besar. Kertas pertama, Pendidikan Khas 1. Kertas kedua, Pendidikan Khas 2. Dan ketiga, subjek Ilmu Pendidikan.

Inilah perjalanan kehidupan untuk menjadi seorang guru pendidikan khas..menyaksikan pelbagai rancangan yang mungkin boleh berubah pada bila-bila masa.. Apa yang pasti..saya akan lakukan yang terbaik. Demi agama saya yang tercinta..


Sunday, 15 August 2010

Menjadi pelajar kembali..

Seminggu di IPIK Cheras.

Banyak assignments..yes..tugasan-tugasan yang menyeronokkan bagi saya.. hehe.. Contohnya Kemahiran Hidup..asas-asas jahitan..

Bahasa Melayu Kini..essay berkenaan konsep 1Malaysia dan perpaduan kaum..sedang menyiapkannya..

Pendidikan Alam Sekitar..presentation tentang Flora dan Fauna..Pertambahan penduduk dan isu-isu pembalakan di Malaysia dan factor-faktor kepada pencemaran..esok presentation!!! Slide hampir siap!

Pendidikan Negara Bangsa Malaysia pula saya belajar sejarah..tentang Melaka dan kemajuan Selat Melaka..pelabuhan entrepot dan penggunaan mata wang..

Muzik..yes..saya belajar menyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan 3 nada yang berbeza..wuuhuu…saya dah tahu menyanyi!! Saya suka subjek Muzik sebab dapat hilangkan stress!! Ahh…

Ilmu Pendidikan pula saya belajar tentang pembentukan dan sejarah Pendidikan di Malaysia sejak dari dahulu sehinggalah kini..sungguh mengesankan jiwa..

Kehidupan di sini semakin baik..saya mahu jadikan suasana di Cheras ini seperti Cardiff yang dirindui.. Saya berjalan kaki ke mana-mana sahaja…nak beli basikal..errr..tunggu dululah kot.

Saya tinggal di asrama IPIK buat sementara waktu selama 2 minggu. Kemudian saya akan pulang ke rumah sampailah selepas raya untuk menjalani School Based Experience/ Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah berhampiran rumah saya..Alhamdulillah..bolehlah buka puasa kat rumah puas-puas..

Saya bersyukur saya mengambil jurusan Occupational Therapy kerana banyak pengalaman saya di Cardiff boleh digunapakai di sini…Alhamdulillah..sungguh hebat aturan Allah terhadap diri ini.. Semoga tempat IPIK Cheras yang saya kurang suka ini memberi pengalaman baru yang lebih bermakna.. Ameen..

Thursday, 12 August 2010

Saya Pelajar Kementerian Pendidikan.

Hari-hari di IPIK yang begitu mencabar. Maaf, mungkin post ini lebih bersifat negatif. Saya akui, persepsi diri saya terhadap apa yang impikan selama ini semakin runtuh. Persekitran dan manusia di sekeliling yang mempengaruhi. Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Berdepan dengan manusia-manusia yang berfikiran sinis dan jelek walaupun mereka adalah golongan intelek.

‘Nama saya Mahfuzah Zainol, saya pelajar KPLI Program Pelajar Cemerlang Luar Negara, di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil jurusan Sarjana Terapi Cara Kerja atau Occupational Therapy di Cardiff Unviersity, United Kingdom.’ Saya memperkenalkan diri.

‘Waaaaahhhhh….’ Kedengaran suara-suara kekaguman dari pelajar-pelajar dalam kelas baru kami [saya dan kawan saya] semasa sesi memperkenalkan diri.

Jauh di sudut hati kami berdua, kami ini hanyalah insan biasa yang baru saja selesai menamatkan pelajaran di university dan pulang untuk menimba ilmu pendidikan untuk menjadi seorang pendidik terlatih. Tidak lebih dari itu. Janganlah terlalu dibanggakan kerana hakikatnya, kami ‘kosong’ dari segi ilmu pendidikan pengajaran.

Kedatangan saya di IPIK Cheras untuk KPLI Pendidikan Khas menjadi satu isu besar di IPIK Cheras kerana disebabkan kami berdua, semua jadual pensyarah terpaksa diubah. Soalan yang sering ditujukan kepada kami.. ‘Kenapa awak berdua saja datang ke sini..?’

‘Kenapa awak masuk lambat 6 minggu dari pelajar-pelajar KPLI lain, awak berdua memang sangat ketinggalan dari banyak segi. Awak perlu ‘catch-up’ banyak ni..banyak assignments yang perlu dihantar dan dinilai.’

‘Jadual kami semuanya terpaksa diubah kerana kehadiran awak berdua ke sini. Awak berdua minat tak jadi cikgu ni?’

‘Apa course yang awak ambil di luar Negara?’

‘Kenapa awak perlu masuk KPLI? Siapa taja awak?’

‘Kenapa KPM hanya hantar 2 orang, kenapa tak hantar 20 orang? Senang sikit nak buat kelas. Tak pernah dalam sejarah IPIK Cheras, hanya ada 2 orang dalam 1 kelas. Ini perkara yang pertama kali berlaku.’

‘Awak datang ke sini dengan segulung ijazah dari universiti luar Negara, bukan bermakna awak ni lebih hebat dari orang lain. Ilmu awak ‘kosong’ untuk menjadi guru. Awak perlu ikut cara pembelajaran di sini.’ ---- iya saya tahu itu dan saya akui..tapi adakah perlu seorang pensyarah berkata begini kepada seorang pelajar yang ingin menuntut ilmu dengan ikhlas di samping membawa idea-idea berguna dari luar negara untuk dipraktikkan? Pelajar hanya perlu ikut? Tidak boleh bersuara dan member cadangan?

‘Saya tak kenal peribadi sosial awak bagaimana, jadi saya harap awak tidak terbawa-bawa budaya dari luar Negara ke sini.’ ------ adakah budaya baik juga tidak dibenarkan??

‘Saya tahu awak pelajar cemerlang. Tapi awak hanya pelajar cemerlang yang biasa..yang hanya diam membisu, tidak bercakap dan bergaul, hanya pandai dalam pelajaran sahaja. Come on la’ --- erk..penyataan ini diberikan semasa hari pertama saya mendaftar. Saya tak tahu apa-apa..saya tidak bersalah..saya datang ke sini, bukan untuk tunjuk pandai..saya mahu belajar.. Logikkah penyataan ini dibuat?

‘Awak perlu lupakan ‘title’ biasiswa Pelajar Cemerlang yang awak dapat tu. Lupakan keputusan cemerlang dalam SPM awak. Datang ke sini, taraf awak sama saja dengan pelajar-pelajar Maktab Perguruan yang lain.’ --- Iya..ada ke saya cakap saya ni bertaraf lebih tinggi?

Itulah soalan-soalan dan penyataan yang ditujukan kepada kami sejak dari hari pertama kami di sini..Sungguh berat soalan-soalan yang perlu dijawab..apatah lagi tanggungjawab kami untuk menjawab kesemua soalan itu setiap kali berjumpa dengan pensyarah yang akan mengajar kami.

Saya berusaha untuk menjadi positif. Positif. Positif. Benarlah kata orang..jikalau persekitaran kita positif, nilai diri kita akan menjadi positif. Jikalau kita hidup di kalangan orang-orang yang sinis dan suka menyindir, kita boleh tenggelam dalam sindiran dan sinisan itu..akhirnya kita akan jadi negatif..tidak percaya pada orang dan hilang keyakinan diri. Inilah realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai daya intelek yang tinggi.. saya tidak menempelak. Saya hanya menyuarakan pendapat.

Tiada gunalah saya belajar dan mengambil pengalaman di Negara orang dalam bidang Pendidikan Khas jika saya pulang ke Negara yang saya cintai ini dan tidak ‘share’ ilmu yang ada dan hanya mengikut apa saja yang disuap ke mulut. Saya bukan orang yang duduk diam. Saya akan bercakap dengan cara yang elok. Dan jika mereka mempunyai minda kelas pertama, mereka akan mendengar pengalaman, keluhan dan pendapat saya tanpa merasakan bahawa saya berniat untuk ‘menyaingi’ mereka. Siapalah saya untuk itu. Saya cintakan bidang yang saya ambil. Apa sahaja yang keluar dari mulut saya tentang pengalaman ini, bukanlah bertujuan negatif melainkan untuk membuka minda dan mata hati kita untuk menilai di mana kita sekarang. Apa yang boleh kita lakukan untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Mengapa mereka berfikiran sedemikian? Sudah hilangkah nilai-nilai murni dalam hati mereka? Adakah mereka ter’budaya’ dengan persepsi ‘jangan lawan aku kerana aku ini pensyarah yang lebih berpengalaman daripada engkau yang baru lepas ijazah’?

Mari membina peribadi yang positif. Saya berusaha untuk menjadi positif walaupun saya tahu perasaan saya akan terkorban dalam memenuhi impian ini. Keyakinan saya..hanya pada Allah..

Jika anda merasakan perkara yang anda lakukan itu memberi manfaat kepada orang lain..lakukanlah walaupun terpaksa berkorban sedikit. Allah tidak zalim..anda korbankan sedikit..lebih banyak rahmat Allah lain yang menanti.. Ucapkanlah Alhamdulillah..

Saya tidak kuat..namun kekuatan ini didorong oleh Allah..melalui nasihat dari insan istimewa dalam hidup saya. Semoga beliau akan terus menjadi sandaran kepada kekuatan yang Allah berikan ini..

Ikhlas dari hati..

Mahfuzah Zainol

11.22pagi

Library, Institut Pendidikan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

Monday, 9 August 2010

09082010

Saya suka tarihk ini tapi tidak begitu menyukai apa yang berlaku pada hari ini.. Kurang gembira..kalau gembira pun pura-pura saja...

Mengantuk.