Monday, 30 August 2010

Saya sayang Malaysia

Mengejar malam-malam terakhir di bulan Ramadhan.. Tahun ini dirasakan kurang bersemangat sikit berbanding tahun lepas.. Kuatkanlah Ya Allah..

Hari ini ada sambutan Hari Kebangsaan di sekolah..bendera dikibarkan.. Saya terasa lesu sekali..sambutan Hari Merdeka kali ini kurang memberi makna yang mendalam kepada diri saya..

Kita bebas merdeka namun sebenarnya kita masih lagi terperangkap dalam lipatan sejarah agung itu.. Kita hanya bebas pada zahirnya..pemikiran..perlakuan..prinsip dan nilai-nilai masih lagi terbelenggu dalam kejahilan dan terpengaruh dengan kebaratan..

Sejak tiga tahun saya berada di luar negara, saya tidak pernah ambil peduli tentang nilai-nilai yang ada pada SATU MALAYSIA yang begitu gah meniti di bibir-bibir masyarakat kini... Setelah saya pulang ke tanah air dan melangkah masuk ke IPIK Cheras untuk menjadi seorang guru, saya semakin memahami konsep 1Malaysia ini..

Saya berfikir...dan berfikir... dan saya akui saya kurang bersetuju dengan pelaksanaan 1Malaysia ini...Ia tidak menyeluruh sama sekali.. Tidak koheren langsung dengan situasi sekarang..

1Malaysia mahukan perpaduan..perpaduan sesama kaum... Saya menyokong konsep perpaduan kaum dalam situasi yang lebih efektif..iaitu hormat-menghormati..

Konsep 1Malaysia yang dilaungkan hanya gah pada nama..namun kosong pada isinya..

Saya perhatikan, tidak semua masyarakat berbilang kaum Malaysia benar-benar mahu bersatu .. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa..perbezaan itu tetap suatu perbezaan..ia tidak boleh disamakan.. Cuma ia boleh digabungjalinkan atau dalam nama bahasa Inggerisnya...INTEGRATED..hehe.. [Mari mengagungkan Bahasa Melayu].

Jikalau konsep 1Malaysia mahu dilaksanakan dengan berkesan, mewujudkan negara bangsa Malaysia..mengapa tidak sekolah-sekolah semua disatukan dalam satu aliran.. Hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan...Semuanya MESTI Sekolah KEBANGSAAN..kerana itu matlamat 1MAlaysia. Tapi itu tidak terjadi..Oh oh..dah saya kurang bersetuju dengan konsep negara bangsa sebenarnya.. Saya tidak mahu negara yang saya cintai menjadi seperti negara bangsa Indonesia di mana rakyatnya bercampur agama..tidak dapat dibezakan mana satu Muslim mana bukan Muslim.. kerana semuanya satu BANGSA..

Saya pernah bersekolah di sekolah biasa dan punyai ramai rakan-rakan berbilang bangsa dalam satu kelas.. Kami berkawan seperti isi dengan kuku sampai sekarang...kerana kami saling HORMAT MENGHORMATI.. itu terbukti berkesan..

Oh lagi satu.. Jikalau kita mahu 1Malaysia diimplementasikan dengan berkesan, mengapa kita terlalu menjaga sensitiviti agama sehingga menampakkan kejahilan dan kejumudan kita..?? Islam untuk semua.. tidak salah bukan kalau kita ajak rakan berlainan agama untuk datang ke masjid/surau? Saya tidak nampak ia sesuatu yang salah..selagi orang itu menghormati hak-hak orang Muslim dalam rumah ibadat kita..

Jikalau begini cara kita mengatasi masalah..di mana kredibiliti 1Malaysia yang diuar-uarkan??

Saya bukanlah mahu menentang namun ini pandangan peribadi..saya tahu hujah-hujah saya tidak dikembangkan dengan sempurna tapi hati ini rasa nak menulis jugak..

Haaaa....aaahhh...mengantuknya petang-petang begini...

Esok Hari Merdeka..Selamat hari Merdeka Malaysia.. Semoga rakyatmu 'bebas' dan 'merdeka' daripada segala 'kejumudan minda'..

Saya sayang negara Malaysia..



No comments:

Post a Comment