Thursday, 12 August 2010

Saya Pelajar Kementerian Pendidikan.

Hari-hari di IPIK yang begitu mencabar. Maaf, mungkin post ini lebih bersifat negatif. Saya akui, persepsi diri saya terhadap apa yang impikan selama ini semakin runtuh. Persekitran dan manusia di sekeliling yang mempengaruhi. Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Berdepan dengan manusia-manusia yang berfikiran sinis dan jelek walaupun mereka adalah golongan intelek.

‘Nama saya Mahfuzah Zainol, saya pelajar KPLI Program Pelajar Cemerlang Luar Negara, di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil jurusan Sarjana Terapi Cara Kerja atau Occupational Therapy di Cardiff Unviersity, United Kingdom.’ Saya memperkenalkan diri.

‘Waaaaahhhhh….’ Kedengaran suara-suara kekaguman dari pelajar-pelajar dalam kelas baru kami [saya dan kawan saya] semasa sesi memperkenalkan diri.

Jauh di sudut hati kami berdua, kami ini hanyalah insan biasa yang baru saja selesai menamatkan pelajaran di university dan pulang untuk menimba ilmu pendidikan untuk menjadi seorang pendidik terlatih. Tidak lebih dari itu. Janganlah terlalu dibanggakan kerana hakikatnya, kami ‘kosong’ dari segi ilmu pendidikan pengajaran.

Kedatangan saya di IPIK Cheras untuk KPLI Pendidikan Khas menjadi satu isu besar di IPIK Cheras kerana disebabkan kami berdua, semua jadual pensyarah terpaksa diubah. Soalan yang sering ditujukan kepada kami.. ‘Kenapa awak berdua saja datang ke sini..?’

‘Kenapa awak masuk lambat 6 minggu dari pelajar-pelajar KPLI lain, awak berdua memang sangat ketinggalan dari banyak segi. Awak perlu ‘catch-up’ banyak ni..banyak assignments yang perlu dihantar dan dinilai.’

‘Jadual kami semuanya terpaksa diubah kerana kehadiran awak berdua ke sini. Awak berdua minat tak jadi cikgu ni?’

‘Apa course yang awak ambil di luar Negara?’

‘Kenapa awak perlu masuk KPLI? Siapa taja awak?’

‘Kenapa KPM hanya hantar 2 orang, kenapa tak hantar 20 orang? Senang sikit nak buat kelas. Tak pernah dalam sejarah IPIK Cheras, hanya ada 2 orang dalam 1 kelas. Ini perkara yang pertama kali berlaku.’

‘Awak datang ke sini dengan segulung ijazah dari universiti luar Negara, bukan bermakna awak ni lebih hebat dari orang lain. Ilmu awak ‘kosong’ untuk menjadi guru. Awak perlu ikut cara pembelajaran di sini.’ ---- iya saya tahu itu dan saya akui..tapi adakah perlu seorang pensyarah berkata begini kepada seorang pelajar yang ingin menuntut ilmu dengan ikhlas di samping membawa idea-idea berguna dari luar negara untuk dipraktikkan? Pelajar hanya perlu ikut? Tidak boleh bersuara dan member cadangan?

‘Saya tak kenal peribadi sosial awak bagaimana, jadi saya harap awak tidak terbawa-bawa budaya dari luar Negara ke sini.’ ------ adakah budaya baik juga tidak dibenarkan??

‘Saya tahu awak pelajar cemerlang. Tapi awak hanya pelajar cemerlang yang biasa..yang hanya diam membisu, tidak bercakap dan bergaul, hanya pandai dalam pelajaran sahaja. Come on la’ --- erk..penyataan ini diberikan semasa hari pertama saya mendaftar. Saya tak tahu apa-apa..saya tidak bersalah..saya datang ke sini, bukan untuk tunjuk pandai..saya mahu belajar.. Logikkah penyataan ini dibuat?

‘Awak perlu lupakan ‘title’ biasiswa Pelajar Cemerlang yang awak dapat tu. Lupakan keputusan cemerlang dalam SPM awak. Datang ke sini, taraf awak sama saja dengan pelajar-pelajar Maktab Perguruan yang lain.’ --- Iya..ada ke saya cakap saya ni bertaraf lebih tinggi?

Itulah soalan-soalan dan penyataan yang ditujukan kepada kami sejak dari hari pertama kami di sini..Sungguh berat soalan-soalan yang perlu dijawab..apatah lagi tanggungjawab kami untuk menjawab kesemua soalan itu setiap kali berjumpa dengan pensyarah yang akan mengajar kami.

Saya berusaha untuk menjadi positif. Positif. Positif. Benarlah kata orang..jikalau persekitaran kita positif, nilai diri kita akan menjadi positif. Jikalau kita hidup di kalangan orang-orang yang sinis dan suka menyindir, kita boleh tenggelam dalam sindiran dan sinisan itu..akhirnya kita akan jadi negatif..tidak percaya pada orang dan hilang keyakinan diri. Inilah realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai daya intelek yang tinggi.. saya tidak menempelak. Saya hanya menyuarakan pendapat.

Tiada gunalah saya belajar dan mengambil pengalaman di Negara orang dalam bidang Pendidikan Khas jika saya pulang ke Negara yang saya cintai ini dan tidak ‘share’ ilmu yang ada dan hanya mengikut apa saja yang disuap ke mulut. Saya bukan orang yang duduk diam. Saya akan bercakap dengan cara yang elok. Dan jika mereka mempunyai minda kelas pertama, mereka akan mendengar pengalaman, keluhan dan pendapat saya tanpa merasakan bahawa saya berniat untuk ‘menyaingi’ mereka. Siapalah saya untuk itu. Saya cintakan bidang yang saya ambil. Apa sahaja yang keluar dari mulut saya tentang pengalaman ini, bukanlah bertujuan negatif melainkan untuk membuka minda dan mata hati kita untuk menilai di mana kita sekarang. Apa yang boleh kita lakukan untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Mengapa mereka berfikiran sedemikian? Sudah hilangkah nilai-nilai murni dalam hati mereka? Adakah mereka ter’budaya’ dengan persepsi ‘jangan lawan aku kerana aku ini pensyarah yang lebih berpengalaman daripada engkau yang baru lepas ijazah’?

Mari membina peribadi yang positif. Saya berusaha untuk menjadi positif walaupun saya tahu perasaan saya akan terkorban dalam memenuhi impian ini. Keyakinan saya..hanya pada Allah..

Jika anda merasakan perkara yang anda lakukan itu memberi manfaat kepada orang lain..lakukanlah walaupun terpaksa berkorban sedikit. Allah tidak zalim..anda korbankan sedikit..lebih banyak rahmat Allah lain yang menanti.. Ucapkanlah Alhamdulillah..

Saya tidak kuat..namun kekuatan ini didorong oleh Allah..melalui nasihat dari insan istimewa dalam hidup saya. Semoga beliau akan terus menjadi sandaran kepada kekuatan yang Allah berikan ini..

Ikhlas dari hati..

Mahfuzah Zainol

11.22pagi

Library, Institut Pendidikan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

7 comments:

  1. pujah, ko telah zahirkan apa yg kami alami di sini juga. insya Allah kekuatan datang drpd Allah.

    thanks beb!

    ReplyDelete
  2. pujaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    i hate that! really..
    ish geramnya baca.

    puja, kami sokong anda dari belakang! dont worry puja..
    pekak kan telinga, keraskan sikit hati tu..
    buat apa yg kita yakin betul puja..jgn lupa Allah ada!

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Boleh tahan gak di malaysia yer.
    Sabar je lah

    Btw, my brother dekat Institut perguruan teknik cheras . dekat je kan dgn IPIK? ada jugak la dengar cerita pasal IPIK.

    sabar di bulan ramadhan.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Fuzah.
    Slmt bergelumang dengan manusia di Malaysia. Sekarang kena belajar jadi dewasa :)

    Humaizi

    ReplyDelete
  5. emm, aku pun ada mengalami sedikit situasi di maktab. at the end, aku just senyap saja. patah semangat, mungkin.

    don't give up. ko bukan orang yang cepat give up.

    ReplyDelete
  6. Meni: Tkanks beb!! doakan sama2 berjaya dunia akhirat

    Ica: Thanks Ica atas peringatan

    Afham: Thanks..beginilah budaya kerja Malaysia

    Abang Izi: Thank you very much for the suport

    Mai: Aku rasa ko pun bukanlah org yang putus semangat! go MAi..heh

    ReplyDelete
  7. think positive
    mgkn bersebab mengapa kata2 sedemikian blh dikeluarkan.
    blh jadi ad sejarah yg tlh berlaku di ipik yg mbuatkan mereka bkata sedemikian.
    sentiasalah berbaik sangka..cukuplah sekadar meluahkan ap yg terbuku dalam diari..kita semua hanya manuasia biasa dan setiap persepsi manusia dalah berbeza..moga2 post ini tidak melukakan hati2 sesiapa yang mbacanya terutamanya guru/pensyarah yang mengajar kita...
    apa yg kita dapat selepas meluahkannya?
    puas?
    sedangkan dalam masa yang sama kita telah membuatkan org lain tutrut marah dan di satu pihak lain ada yang terluka dengan kenyataan kita..

    ReplyDelete