Alhamdulillah jadual praktikum dah dapat. 10 waktu semuanya...yuhuu syukur.. mengajar 4 kelas. 2 kelas English dan 2 kelas Kemahiran Hidup. Untuk kelas Pendidikan Khas, tak ada Form 1,2,3 whatever ye.. So, kelas - kelas PKhas dibahagikan kepada kelas tahap tinggi (high function), tahap sederhana (middle function) dan tahap rendah (low function). Jadinya saya ajar semua tahap kelas tersebut. Kata guru pembimbing saya, saya perlu kuasai kemahiran mengajar untuk semua tahap murid. Hehe..inshaallah semoga Allah bersamaku..
Mari bersemangat!!
Warga SMK Seri Tasik bahagian Pendidikan Khas sungguh menakjubkan. Mereka sangat menghargai kehadiran saya. Tidak pernah satu detik pun saya merasakan diri ini dipinggirkan. Pelbagai bantuan nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata motivasi diterima daripada guru-guru senior. Tak kurang juga guru-guru yang banyak membantu saya dari segi penghasilan RPH yang bermutu serta kaedah P&P yang menarik. Nasihat diterima tanpa ditanya. Itulah sebenarnya yang saya dambakan daripada cikgu-cikgu senior.
Masa masuk kelas tadi, saya rasa seronok sangat berkenalan dengan kelas tahap tinggi yang bakal saya ajar kelas Kemahiran Hidup-Masakan. Mereka sangat peramah dan sangat manja. Hehe..
Oh ye..saya juga ada sedikit concern di sini..Sepanjang pengalaman saya bersama dunia pendidikan khas di dalam dan luar negara, kebanyakan pelajar khas terdiri daripada pelajar lelaki. Boleh dikatakan 80% adalah lelaki. okay okay..saya pun tak tahu kenapa..
Uoohh.esok sekolah..mari tidor awal.. supaya esok bertenaga dan gembira untuk memulakan hari bari di sekolah!!
Ucapkanlah 3 ayat ini sebelum tidor..
Allah bersamaku
Allah melihatku
Allah menyertaiku..
No comments:
Post a Comment