Perjalanan praktikum di sekolah adalah lancar.
Hari ketiga dan hari ini cuti umum Hari Thaipusam..
Berehat di rumah dan saya saja suka suka nak keluar mencari breakfast di luar bersama flatmate saya, Ila. Hehe
Lagipun nak cari barang-barang untuk mengajar and buat Alat Bantu Mengajar (ABM) jugak untuk minggu depan.
Sesungguhnya saya akan berusaha dengan cara saya sendiri. Tidak mahu menjadi orang lain. Ramai orang anggap nak jadi cikgu cemerlang mesti buat ABM yang mantop meletop. Tapi bagi saya, apa yang lebih penting ialah bagaiman teknik dan kaedah pengajaran tersebut. Inshaallah saya akan berusaha!! ABM akan dijadikan sebagai alat bantu sahaja dan tidak bergantung penuh kepada penghasilannya yang cantik, mantop meletopp!!
Yezza.. fikiran dan semangat mulai kembali sedikit demi sedikit. Saya nak posting di Kedah!!
Yezza akan target untuk itu.. Semoga Allah bantu..
Apabila kita dilanda masalah, cuba lihat kembali dunia secara keseluruhannya.. Cuba ingat kembali apa rahmat Allah yang telah kita dapat. Maka tersenyumlah kerana masalah ini adalah kaffarah kepada dosa-dosa kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik. Inshaallah.
Berada dalam situasi masyarakat, I mean di sekolah pendidikan khas menyebabkan saya merenung kembali kehidupan ini. Tidak semua kehidupan yang Allah kurniakan sentiasa punya bahagia di dalamnya.. Allah itu mahu menguji supaya kebahagiaan itu adalah yang hakiki.
Masih mencari dan mengumpul semangat.
No comments:
Post a Comment