Home visit ke rumah patients ku di Cardiff. Sorang di Cyncoed dan sorang lagi di Heathwood. Rumah diorang cantik-cantik belaka..besar..kawasan pulak berbukit..penat aku kayuh basikal sebelum sampai rumah diorang. Ada samapi satu tahap terpaksa turun basikal kerana bukit yang sangat curam.. hehe...
Educator ku sedang bercuti, jadi terpaksala aku pegi dengan basikal, kalau tak aku tumpang aje kereta educatorku.. Apakan daya, sungguh besar jasa basikal itu kepadaku...walaupun aku beli dengan hanya GBP 20.
Wah..sungguh cantik rumah mereka ... besar.. tapi sayang..rumah besar, namun hati tidak tenang..dalam hatiku berkata..'rumah besar-bsar, tapi sakit jiwa' . Oh jauhkanlah aku daripada kesakitan jiwa Ya Allah..
Di Cyncoed, brisk walk bersama patient ku di Roath Park. Indahnya hari ini..tapi sejuk sikitla.. Seronok juge..berbual-bual bersama patientku yang seorang ini..dia agak pendiam..tapi dia banyak jugak bercakap kalau aku tanya.. Dua round kami berjalan di Roath Park. 45 minutes. Adeiii..letih kakiku...Tadi dah cycle naik bukit dari rumah dah 25 minutes. Lepas tu balik rumah dia, minum-minum...borak-borak dengan Mak dia..Besar giler halaman belakang rumah dia...sedap kalau tanam bunga banyak-banyak ni.. Jeles betul aku dengan bunga-bunga di halaman belakang rumah mereka.
Okay, kemudian cycle pulak ke rumah patient ku lagi sorang di Heathwood...adeiii..atas bukit jugak rumah dia... Memang boleh tercabut kakiku ini.... Kat situ hanya borak-borak dalam rumah dia saja sebab dia tak mahu keluar. Borak-borak pasal medication dia..makanan dia..aktiviti yang dia buat sejak seminggu lalu...Kena ingat ni, sebab kena buat report...Adoiii..
Dia ni asyik tak mahu keluar dari rimah saja sebab dia ada BDD iaitu Body Dysmorphic Disorder. Maksudnya dia anxious dengan appearance diri dia. Dengan bentuk badannya, rambutnya, mukanya dan jugak lain-lain tentang dirinya. Dia ni selalu tutup sebelah muka dia dengan rambutnya sebab dia malu nak tunjukkan wajahnya... [Sedih jugak kan...]
Perkara biasa la kalau patient tak nak keluar kalau dalam Mental Health Setting ni...Kadang-kadang geram tau..tapi mereka tak salah...sebab kondisi mental mereka begitu..... patientku yang ini agreed nak keluar minum-minum bersamaku minggu depan kat Albany Road. Okayh... Jumpa lagi minggu depan.
What a tiring day..asik berbasikal saja ke mana-mana sejak educator ku tak ade ni... Tapi kelebihan educatorku tak dak ialah....hehe...Aku balik awal tiap-tiap hari... Educator dah pesan...'if you dont have anything to do, just go home..you will get your hours 9am-4.30pm everyday..' hehe..ape lagi...Aku balik la awal sebab takde kerja sangat bila dia takdak ni.. Asik ngadap komputer ja..letih mataku... Baik balik rumah awal, boleh berkebun sikit kat belakang rumah, tanam bunga...hehe...
Oh tak lama lagi bunga-bunga liar (benih boleh didapati di PoundStretcher pada harga GBP 1.99 sekotak) akan tumbuh di belakang rumah..hehe..tiap-tiap hari aku siram mereka..aku gembur-gemburkan tanah dan juga check kondisi kesihatan mereka...seronoklah...
No comments:
Post a Comment