Friday, 6 February 2009

Katak yang dimakan Ular

Berbual dengan ayah pagi-pagi ni..

Saya tanya ayah, 'Yah, cemana dengan negeri Perak la ni yah?'

Ayah pun bercerita..ayahku seorang guru..semua benda dia tahu..hehe...Kadang-kadang benda yang dia tak tahu, dia buat-buat tahu..itulah ayahku.. Sumber inspirasiku..

Rampasan kuasa..frog jumping..titah sultan..lantikan MB secara tergesa-gesa...mempertahankan kuasa..

Kalau dengar berita daripada TV kerajaan saja tidak cukup untuk menggambarkan keadaan sebenar. Tidak boleh menilai hasil dari berita mereka. Sungguh, kebenaran itu pahit. Kebebasan bersuara? Huh? Lantaklah dengan kebebasan itu!!

Apa sebenarnya tujuan mereka?

1. Apa tujuan mereka lompat daripada parti PKR ke parti Bebas? Sebab rasuah? Sebab ada tawaran yang lebih hebat daripada pihak BN? Mereka gila wang? Mereka gila kuasa? Sungguh hati manusia berbolak-balik. Antara wang berjuta dan penjara?

2. Apa tujuan pelantikan MB Perak baru secara tergesa-gesa?? Adakah ini bertujuan untuk mengelakkan pemilihan semula melalui pengundian daripada rakyat? Demokrasi atau strategi?

3. Apa halatuju PKR sebenarnya? Untuk merebut kuasa? Untuk berbakti kepada rakyat? huh! Soal rakyat sudah tiada dalam kamus mereka. Politik wang semata-mata. Oh, mungkin tidak! Mungkin mereka ada agenda tersendiri. Saya tak tahu.


Siapa yang untung disebalik semua kejadian ini?

Anda tidak nampakkah? Tentulah orang-orang yang berada di antara kedua-dua mereka. Yang berada di pihak PKR dan juga berada di pihak BN. Siapakah mereka? Patutkah saya nyatakan di sini? Hehe.. 'read between the line please'

Dan siapa yang akhirnya menanggung kerugian? Tentulah bangsaku sendiri..MELAYU....

P/S: Saya menulis kerana saya berfikir.

1 comment:

  1. salam !! bila $$$$$$$$ menjadi matlamat .. perbuatan akan menghalalkan cara. kebajikkan rakyat bukan lagi matlamat diorang ..

    bukan semua orang boleh memimpin. bukan semua orang boleh jadi ketua.
    islam ada garis panduannya .. nak jadi ketua begini syarat2nya .. nak jadi pengikut ini syarat2nya .. nak pilih pemimpin ini syarat2nya .. cantik tersusun .. bila tak diikut, bala lah yg ALlah turunkan.

    jaga diri bebaik ..

    ReplyDelete