Sejak hari Sabtu yang lalu, jadual harian begitu terisi dengan pelbagai aktiviti yang sihat. hehe
Mencari jalan ke Whithchurch Hospital dari Riverside hari Sabtu lalu di sepanjang Taf Trail, so hari ini berbasikal ke Whitchurch Hospital yang jarak masanya adalah 45 minit berbasikal dari rumah. Walaupun hari ini salji turun, namun hasrat untuk berbasikal tetap teguh dan utuh.
Hari Ahad semalam adalah hari yang membahagiakan..Kuliah Tafsir bersama Ustaz Nazri sungguh bermakna.. Manakan tidak, tafsiran surah An-Nur yang begitu mantap dari ustaz. Tak sabar menunggu kelas yang akan datang untuk menanti kesinambungan kisah surah An-Nur, Alhamdulillah..seronok sangat...
Seperti yang diceritakan oleh junior OTku, dia membonceng basikalku sewaktu pulang dari kelas tafsir.. Alhamdulillah, taklah beban sangat bawa dia sebab ringan..hehe.. tapi alih-alih dia terpaksa juga turun ketika melalui jalan berbukit.. haha..haha.. Kenangan itu pasti tidak aku lupakan.. Kalau kat Malaysia, aku tak kan buat lagi aksi-aksi berbasikal seperti itu..malu kot.. Kalau kat UK ni, boleh dimaafkan sebab orang kat sini jenis tak peduli dan tak pandang-pandang..
Balik dari kelas tafsir, terus meluru ke kedai Cina di hujung jalan rumahku, sebab nak tengok tarian Naga sempena tahun Baru Cina..best-best..sempat aku bergambar bersama tuan punya naga tu..tapi gambar tu ada dalam blog cik Dayang junior OTku..
Makan angin di Cardiff Bay selepas itu ----- sungguh mengasyikkan..menyaksikan tarian tradisional istana Britain di Wales Millenium Centre. Seronok-seronok..nak menari jugak bersama mereka ..tapi..erm...kena ada partner sendiri.. Saya pulak tiada partner untuk menari.. Mission : mencari partner untuk menari... Step-step tarian tu dah ingat dah...hehe..practice makes perfect..kekeke.. and kena cari skirt kembang dan labuh untuk menari bersama partner..untuk pusing-pusing supaya kelihatan cantik..
Jalan-jalan bersama sahabat dari Manchester, Waniey yang baru kenal semasa berbasikal ke Whitchurch bersama Izzati. Satu lagi jalinan ukhwah yang terbentuk. Alhamdulillah..seronok..
Dan juga adik-adik comel, Farhah dan Izzah yang bersama makan angin di Cardiff Bay. Housemates ku Kak Faezah dan Kak Yati juga join kami semua.. Cik dayang pun ikut jugak sebenarnye..katanya tak pernah datang Cardiff Bay.. Ish..ish..dah sekerat tahun dok Cardiff tak penah pegi Cardiff Bay. Masa aku first year dulu, Cardiff Bay adalah destinasi pertama selepas seminggu menjejak bumi UK ni.. Simpatiku pada Dayang.. hehe
****************************************************************
Hari ini Isnin, Mandatory Training di Whitchurch Hospital seharian aku di sana. Blog ini ditulis sebaik sahaja aku pulang dari Whitchurch Hospital..sekadar untuk menghilangkan penat. Hari ini salji turun di Cardiff. Aku tak pasti sama ada rakan-rakanku di sini dapat menikmatinya atau tidak..hehe..sebab salji di Cardiff light saje.. Tapi aku menikmati salji yang turun di Whitchurch Hospital, ketika dalam perjalanan berbasikal pulang..sepanjang jalan..
Ini kali pertama aku berbasikal dalam keadaan salji yang turun, sebelum ini hanya air hujan yang memberati bulu mataku.
Tapi kali ini, butiran salji-salji pula yang hinggap di bulu mataku..haha... Sungguh membahagiakan..
seriously Fuzah 45 minutes ride? Fuyoo mantap lah! Memang suspek habis! Kalau Kak Yati, confirm dah pengsan kat tengah jalan, pastu ambulan datang amik pegi hospital hahahah
ReplyDeleteHaha kak Yati..iye..45 minit.tapi itu kayuhan paling lambat pada abad ini la..haha..siap berenti2 kepenatan tu.. hehe.. stamina x cukup kuat.
ReplyDeletePerlu berkayuh lagi untuk tingkatkan kadar metabolisme supaya dapat menjaga kesihatan jantung..huahua..
Thanks for reading my blog kak yati..! Muah2..nanti dtgla Cardiff peaceful lagi ye.. Hari tu wanie dari manchester dtg..siap makan2 kat umah saya lagi..hehe..
Aha..siap promote diriku di sini..dan aku jua..ngehngeh. sila lah klik link. ada gambar kamu di sana.. maaf tak mintak izin dulu sblm taruk gambar2 tu. tapi rasanya Mahfuzah ok je kan Wani taruk gambar comel Mahfuzah kat blog wani..? kan? kan? ^_^
ReplyDelete